Saturday, January 30, 2010

Apa akan jadi pada parti keadilan Terengganu

PAS negeri Terengganu melancarkan program “al falah” yang dihami penulis “kejayaan” yang memang ada kaitan langsung dengan pilihanraya umum ke 13 nanti.

Program ini dibuat adalah semata mata untuk menterjermahkan harapan kepimpinan negari bahawa PAS akan rampas Terengganu dari tangan umno /BN musim pilihanraya umum ke 13 yang barangkali diadakan pada tahun 2012.

PAS memang tidak punya upaya untuk merampa s semula Terengganu dari tangan UMNO jika tidak mendapat bantuan padu daripada parti Keadilan rakyat (PKR)

Ini ditegaskan sendiri oleh kepimpinan PAS negeri. Oleh itu PAS memang mempunyai harapan untuk mendapat bantuan padu yang tidak berbelah bahagi.

Persoalan yang timbul macam mana parti keadilan rakyat Terengganu hendak member bantuan padu kepada PAS dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti jika tidak ujud cawangan dan peti undi.

Setakat hari ini penulis tidak pernah terjumpa dengan cawangan yang ditubuhkan di negeri Terengganu ini kecuali Badan perhubungan pkr negeri sahaja.

Penulis pernah diberitahu bahawa PKR ada di lapan kawasan di negeri Terengganu. Jika ada mana dia ydp tuan PKR Kawasan kemanan, Mana dia YDP Kawasan Dungun, Mana dia YDP kawasan Marang, Mana dia YDP kawasan kuala Terengganu, Mana Dia YDP Kawasan Hulu Terengganu Terengganu, mana dia YDP kawasan Setiu dan mana dia YDP Kawasan Besut.mana dia YDP Kawasan Kuala Nerus.

Yang penulis tahu, ketua angkatan pemuda ada, ketua Perhubungan negeri ada , ketua penerangan PKR ada. Tetapi ketua cawangan setakat hari ini tidak pernah wujud.

Apatah lagi ketua UPU peti peti undi yang boleh berfungsi melalui jentera pilihnraya.
Sebagaimana yang kita ketahui umumnya bagi ahli PKR pada 2010 ini akan berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunannya cawangan cawangan. Mesyuarat ini dijangka bermula pada bulan Februari akan datang.

Maka akan bermulalah kempen mengempen untuk menjadi Ketua Cawangan , Timbalan, Naib Ketua dan AJK kerana Mesyuarat Agung kali ini akan berlakulah pemilihan AJK
Cawangan yang baru setelah tamatnya tempoh AJK cawangan yang lalu di negeri negeri selain Terengganu.

Dalam pada itu telah berlaku kerja2 kempen mengempen ini yang mana pihak yang berminat telah mula menjalankan operasinya dan gerak saraf mula menembusi kesetiap ahli parti.

Bagi yang memang layak kerja kempen mengempen ini menjadi mudah tetapi bagi yang setengah layak kempen mungkin menjadi agak sukar walaupun gejolak dihati tetap mengidam jawatan tersebut.

Sehubungan dengan itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, musyhidul Am PAS member kata dua kepada pemimpin pakatan jangan amal budaya tidak sihat seperti cah keting, rasuah jika mahu terus diterima rakyat.

Tambah beliau lagi sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak akan kela dan diterima rakyat selamanya jika pemim pin mengamalkan budaya tersebut dan tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ingatan itu wajar dijadikan pegangan oleh para poemimpin pakatan rakyat jika mahu memerintah Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kempen mengempen berlaku juga di Terengganu, iaitu kempen mengempen terhadap orang Umno untuk jadi calon dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Kempen ini dihalakan kepada seseorang tokoh yang memang mempunyai cita cita untuk menjadi calon pilihanraya dan gagal dikempen oleh Abdul Rahman Yusof Ketua Perhubungan PKR Terengganu.

Maaf cakap. Itulah yang penulis tahu dengan apa yang berlaku dalam parti keadilan rakyat Terengganu. Ini menunjukkan parti keadilan rakyat sah tidak ada sebuah cawangan pun di Terengganu setakat hari ini. Itu kemampuan parti keadilan rakyat Terengganu Darul Iman.

Sewajarnya ditubuh cawangan terlebih dahulu baru boleh ditawarkan kepada mereka yang berkenaan Ahli dan calon. Sudah PAS Terengganu telah memberi banyak kerusi dalam pilihanraya umum ke 12 lepas .Malangnya tidak ada satu kerusi pun di menanginya.

Penulis tidak tahu sama ada PKR Terengganu mempunyai ahli atau tidak. Walaupun selama ini katakan ada yang menjadi ahli yang tidak aktif, tetapi tidak nampak keagresifan selepas musim pilihanraya ke 12, tetapi sekarang ini kelihatan ada yang mula agresif dan proaktif semula kerana mahu menuntut kerusi lebih dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa bila Pakatan Rakyat memang digambarkan akan ke putra jaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti ramai yang turut memainkan peranan penting miskipun tidak ada cawangan yang diwakilinya.

PAS Negeri Terengganu yang berpesuruhjaya Datuk Mustafa Ali berbeza dengan PAS berpesurtuhjaya Ustas Datuk Harun Taib.

Mustaffa Ali sangat percaya dengan PKR dalam menawan semula Terengganu. Sebab itu banyak kerusi di beri kepada PKR dalam musim pilihanraya umum ke 12 dahulu. Beliau yakin dengan berbuat demikian PAS dapat tawan semula Terengganu setelah kalah teruk pada 2004.

Sifir itu tidak menjadi, kerana satu kerusi pun kerusi yang di peruntukan kepada PKR tidak memang miskipun di DUN yang prestasi tinggi untuk menang.

Bagi penulis, Ustaz Harun Taib akan mengguna kaedah yang berbeza. Lebih lebih lagi tenaga atau jentera pilihanraya PKR tidak pernah wujud, miskipun pernah disebut PKR ada peti peti undi yang sedia membantu PAS.

Mungkin apa yang berlaku di Terengganu tidak sama dengan apa yang berlaku Di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak yang sekebetulan pula PKR menang banyak di Parlimen dan Dun yang ditandinginya, kerana factor undi China dan India. Tetapi kawasan majority pengundi Melayu tidak berlaku demikian.

Maklumat terbaru yang disebut oleh Ir Nizar Jamaluddiin bahawa sokongan PAS di Perak sudah mula merosak dan jatuh sebanyak 7 hingga 8 peratus yang mungkin akan memberi implikasi yang kurang baik dengan perkembangan politik muthakir ini.

Begitulah sokongan keatas Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak. Kalau di negeri Perak status qua sokongan pengundi dalam tahaf demikian barangkali ia menjadi sama dengan apa yang berlaku di Terengganu.

Program “Al Falah” jika benar benar Berjaya perlaksanannya ia bukan sahaja akan menjadi reality, malah Terengganu sekali lagi dapat diperintah semula oleh PAS.

Lebih lebih lagi UMNO miskipun dikatakan sudah bebas dari kemelut ia masih belum selesai.Bermakna PAS Terengganu ada cam untuk merampas balik jika dapat bantuan padu dari PKR.

Datuk Ahmad Said yang masih berada didalam kebimbangan yang UMNO akan kecundang dalam munsim piljhnraya umum ke 13 nanti bercakap besar dengan berkatka, UMNO kuat, kerana banyak bantuan yang dapat disalur kepada rakyat.

Semacam berlaku politik wang melalu permohonan secara berdepan dalam majlis penyampaian bantuan pelajar cemerlang agar rakyat berilah undi kepada UMNO/BN kerana UMNO memberi apa yang rakyat perlukan.

Ahmad said yang diserang oleh YB nya sendiri dengan perkataan “pelawak” pandai mengambil kesempatan itu.Termasuk melakukan sumpah laknat bahawa kerajaan yang diterajuinya bebas rasuah.

Beliau ulang beberapa kali bahawa kerajaan yang dipimpin tidak rasuah setelah dituduh apa yang dilakukan itu adalah suatu rasuah.

Manakala Pas Terengganu sedang berdepan dengan masalah kerajaan campuran yang telah dibentuk di Pulau Pinang dan Kedan dan Selangor. Kedua pasal Penggunaan satu logo baru yang belum pupolar berbanding dengan logo “bulan” yang memang sudah dikenali pengundi.

Penulis dengar sendiri perkataan tidak puashati terhadap PAS bergabung dengan DAP dan Parti Pakatan Rakyat yang barangkali tidak disedari oleh kepimpinan PAS peringkat Pusat bahawa sokongan pengundi sudah jatuh Di Terengganu.

Penulis tidak dapat angka sebenar, tetapi kejatuhan sokongan mula terasa sekarang bukan sahaja pada pengundi malah ahli ahlinya dan juga ahli jawatankuasa yang mana mereka apabila dipanggil mesyuarat mereka tidak hadir.

Demikian juga apa yang berlaku pada program “Al Falah: yang sedang berjalan sekarang. Program tersebut bukan sahaja gagal dimanfaatkan, malah kepimpinan negeri yang berjanji akan turun padang juga tidak turun.

Ahli jawatankuasa kawasan juga ada yang tidak turut serta dalam program yang dilaksanakan oleh DUN DUN berkenaan.Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh salah seorang pengarah pilihanraya satu kawasan yang telah selesai mengadakan program tersebut.

Yang penulis Nampak gambarnya sudah ada yang mula memasang angan2 untuk berkempen kearah menjadi calon, terutama sekali orang PKR.

Untuk menjadi popular bukannya sukar kerana pemberita Akhbar Sinar ada dimana. Jadi masuklah gambar kononnya telah menyelesaikan masalah rakyat disana sini untuk tatapan pembaca bahawa akulah juara rakyat.

Walhal cawangan pun tidak ada . Orang PAS menyampah tengok gelagak beberapa orang orang PKR yang dikatakan sebagai pemimpin. Macam boleh kita iktiraf mereka pemimpin sedangkan cawangan pun tidak wujud.

Beginilah sikap oportunis sebahagian ahli PKR yang bermain politik. Tak termasuk Adun yang dipilih rakyat tidak memainkan peranan yang sewajarnya dan juga sudah ada melompat parti punca kerajaan Perak Tumbang.

Di Selangor sedang betarung dengan pelbagai sabutaj yang dilakukan oleh pihak UMNO/BN.

Kalau kita perhatikan diakhir akhir ini media gila arus perdana cukup kuat memainkan peranannya. Semua bekas2 ketua pemuda, bekas setia usaha politik , bekas pegawai khas dan bermacam macam bekas lagi yang membuat kenyataan dan memburukkan Datuk seri Anwar Ibrahim khasnya dan PKR umumnya.

Sekian…………………

Thursday, January 28, 2010

Wang ehsan haram di makan

Tun Salleh Abas pernah sebut bahawa “Wang Ehsan” adalah “haram”. Haram disisi undang undang Negara.

Tetapi yang peliknya Menteri Besar Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sewaktu menerajui Terengganu kata “halal” bermakna tidak haram disisi Islam. Maka ramai yang berani ambil untuk dimakan oleh anak isteri.

Disisi perlembagaan Negara sah haram. Mengapa tidak? Kerana wang ehsan itu adalah wang yang diambil dari royalty 5 peratus untuk kerajaan Terengganu.

Lima peratus itu adalah bayaran yang kena bayar kepada Kerajaan Terengganu dan diamasukkan ke dalam akaun wang yang disatukan sebagai hasil negeri.

Tiba tiba wang itu tidak dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu, tetapi diberi kepada UMNO dibawah kelolaan Jabatan pembangunan Persekutuan (JPP).

JPP tidak punya hak untuk mengelola wang 5 peratus dari royalty itu. Apatah lagi UMNO yang walaupun sebagai pemerintah Negara.

Yang berhak menerina wang itu ialah kerajaan negeri Terengganu. Jadi adalah munasabah wang ehsan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat itu adalah haram disisi perlembagaan haram juga disisi agama Islam.

Apa yang berlaku di negeri Terengganu itu adalah serupa dengan apa yang akan berlaku di Kelantan dan adalah tersangat wajar kerajaan PAS Kelantan menolak apa sahaja cadangan termasuk supaya ada pihak kerajaan sebagai pemantau.

Oleh kerana wang ehsan punca PAS Terengganu kalah teruk maka adalah tersangat wajar diambil satu pendekatan yang boleh menyekat rakyat mengambil wang ehsan itu sewenang wenangnya.

Terengganu tidak berjaya menyekat rakyat daripada menerima wang ehsan, kerana Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengatakan ia tidak haram, miskipun Tun salleh Abas sebagai EXCO berkata haram.

Rakyat, terutama sekali penyokong PAS tidak segan silu mengambil wang ehsan yang diberikan pada musim sambutan raya puasa yang dinamakan “wang raya”.

Ada sesetengah yang menerima wang ehsan menjadi tidak aktif dalam mana mana majlis, termasuk mereka yang terbabit itu tidak lagi hadir pada majlis Ilmu yang dianjurkan oleh PAS.Sambutan dalam cermah pun turut merosot.

Mereka yang menerima wang ehsan diugut akan ditarik balik pemberiannya jika masih aktif dengan kegiatan PAS.Maka mereka yang aktif tidak lagi aktif dan mereka yang agresif pun kadang kadang hilang entah kemana.timbul tenggelam.

Oleh itu adalah tersangat wajar pihak PAS Kelantan mengambil pendekatan yang strategi dan strategic agar apa yang berlaku di Terengganu tidak akan berlaku di Kelantan setelah wang ehsan diwujudkan.

Saya setuju dengan kaedah Tun Salleh Abas yang mengatakan wang ehsan itu haram, maka perlu satu fatwa yang memang tidak bercanggah dengan ajaran islam bahawa sesiapa yang ambil wang ehsan adalah halal (boleh) tidak berdosa jika tidak pangkat dacing (BN).

Jika pangkat dacing (BN) ia adalah “haram” kerana ia adalah rasuah.Lebih lebih lagi sesiapa sahaja yang menerima wang ehsan di minta oleh JKKK dengan ikrar “supaya ingat mengundi nanti mesti pangkat dacing (BN)”. Kalau tidak……

Apa yang dinyatakan ini pernah berlaku di Terengganu, Malah menteri Besar Datuk Ahmad said sendiri meminta para pelajar yang menerima bantuan kerajaan agar ingat apabila mengundi nanti. Berilah undi kepada BN. Itulah yang diharapkan.

Jika demikian maka sah ia adalah rasuah. Apabila rasuah ia adalah diharamkan dalam islam. Mereka yang menerima bantuan wang ehsan akan berfikir banyak kali untuk pngkat dacing (BN)dalam musim pilihanraya akan dating, kerana” haram” makan jika pangkat dacing dan “halal” jika tidak pangkat dacing.

Friday, January 22, 2010

Apalah sangat dengan pendedahan laporan bumbung stadium yang runtuh

Sebelum Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak yang menelan belanja sebanya RM 280 juta digunapakai penulis dimaklumkan bahawa Stadium itu tidak selamat.

Seorang subkontraktor memberitahu penulis bahawa stadium yang membanzirkan wang rakyat itu tidak selamat.

Tandatanya bermain di benak hati Penulis, tak kan stadium yang menelan belanja Hampir RM 300 juta itu tidak kukuh pembinaannya.

Memang mustahil sebuah stadium yang belanjanya begitu besar tidak kukuh pembinaannya. Pasti ada yang tidak kena dengan pembinaan stadium yang menjadi kebanggaan Datuk Seri Idris Jusoh dan UMNO amnya.

Orang UMNO Terengganu sangat berbangga dengan terbinanya sebuah stadium yang dikatakan tidak pernah dilihat oleh rakyat negeri minyak ini.

Fikir punya fikir ada lojik juga dengan kata kata yang keluar dari mulut subkontraktor yang memberitahu penulis.

Apa tidaknya, tidak berapa lama bumbung stadium itu runtuh tanpa ada ribut dan taufan yang melanda dan riuh rendah rakyat Terengganu dibuatnya.

Sebelum penulis bicara pasal tajuk diatas ada lebih baik kita dengar dahulu cerita keputusan siapakah yang bertanggungjawab untuk membaiki bumbung yang runtuh itu.

Penulis mendapat maklumat tiga subkontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki bumbung yang runtuh itu dengan kos sebanyak RM 6 Juta.

Bermakna setiap seorang terpaksa mengeluar kos sebanyak RM 2 juta. Tetapi hingga sekarang belum Nampak gambar bumbung itu dibaiki. Dimana silapnya. Atau tiga subkonraktor enggan menerima kerana bukan silap mereka.

Mustahil mereka sudah kehabisan wang dari keuntungan yang diperolehi punca mereka tidak mampu mengeluarkan semula kos sebanyak RM 2 juta itu.

Hendak kata tiga subkontraktor masing masing tidak punya untung ketika membina stadium itu mustahil, kerana kos RM 280 juta bukan suatu kos yang kecil untungnya.

Atau mereka mahu supaya laporan siasatan dibentang dan diberitahu kepada rakyat dahulu baru mereka memulakan operasi membaiki bumbung yang runtuh itu.

Sehubungan dengan itu Datuk Ahmad Said, menteri Besar Terengganu berjanji tidak akan sembunyikan laporan siasatan bumbung stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh tidak lama dahulu.

Katanya, kita tidak mahu sembunyikan sampah sarap dibawah permaidani, ini untuk masa depan Negara kita, imej kita, imej kerajaan.Siapa bersalah, kita kena dedahkan, kalau tidak susah”

Betul juga kata menteri Besar yang kena serang oleh YB nya sendiri dalam siding dewan undangan ke 12 lepas.

Ya tak ya juga, Apa guna disembunyikan laporam siasatan itu dibawah permaidani.Tapi bernaikah laporan siasatan itu didedahkan kepada umum.

Mulut boleh berkata kerana lidah tidak bertulang, tetapi apabila sampainya masa dan ketika siasatan itu tidak jadi didedahkan, kerana untuk jaga kepentingan mereka yang bersalah.

Betul memang betul dan kita mengalu alukan laporan siasatan itu didedah kepada untuk biar rakyat tahu siapa yang bersalah sepertimana kata Ahmad said itu.

Kebanyaka berkata, Apa guna sembunyikan laporan siasatan yang dikatakan sudah siap dan tunggu masa untuk diserah kepada kerajaan.

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) menyokong penuh kesediaan Menteri Besar,Ahmad Said mahu mendedahkan laporan penuh hasil siasatan jawatankuasa penyiasatan mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yang runtuh tahun lepas itu

Bagaimanapun, pengerusinya, Mohamad Fauzi bin Abu Samah yang berbesar hati dengan kesediaan itu berharap kenyataan Ahmad tidak sekadar menjadi gula-gula politik tetapi mendedahkannya dengan telus supaya rakyat dapat menilai siapa yang bertanggungjawab.

“Mampat juga berharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mengelakkan daripada mengulangi kesilapan pada masa-masa yang akan datang,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukan sahaja Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merasa terpanggil untuk memberikan respons berkaitan kenyataan daripada Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah, pemilik Senibahri Arkitek melalui laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Januari 2010 bertajuk Siarkan laporan penuh bumbung runtuh,malah rakyat juga mahu tahu kedudukan sebenar.

Oleh itu kenyataan daripada Menteri Besar Terengganu yang dilaporkan oleh laman web Bernama, bertarikh 13 Januari 2010 bertajuk Kerajaan Terengganu akan Dedah Jika Terima Laporan Bumbung Stadium Runtuh suatu yang sangat positif.

Lebih lebih lagi Ahmad said merupakan menteri Besar yang sangat tidak puashati dengan keruntuhan bumbung stadium yang terdiri gagah itu.

Penulis menyokong penuh hasrat Ahmad Said bahawa pendedahan itu adalah untuk menjagas imej kerajaan Terengganu, imej Negara, imej dirinya sendiri sebagai peneraju agar dapat menghukum mereka yang bersalah.

Persoalan yang timbul, beranikah pihak berwajib menghukum mereka yang bersalah. Selama ini mereka yang benar benar bersalah dilepas bebas oleh SPRM. Contohnya, Tan Sri Eric Chia yang didakwa atas sebab kehilangan wang perwaja sebanyak RM78 Juta dibebaskan begitu sahaja.

Penulis ingin penyokong penuh supaya laporan jawatankuasa penyiasatan berkaitan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan didedah dan disiarkan dalam media masa sepenuhnya agar rakyat mengenai punca sebenar keruntuhan bumbung.

Rakyat Terengganu telah maklum bahawa kos pembinaan Stadium Sultan Mizan melebihi RM280 juta dan dikatakan antara stadium yang tercanggih menunggu penuh minat.

Namun yang menimbulkan persoalan besar di kalangan rakyat adalah bagaimana sebuah stadium yang dibina dengan kos yang tinggi dan teknologi yang canggih runtuh dalam masa setahun selepas dirasmikan.

Naman begitu, Mampat mengharapkan agar kenyataan Menteri Besar tidak sekadar menjadi gula-gula politik kepada rakyat. Pendedahan yang telus perlu disiarkan supaya rakyat Terengganu dapat menilai siapa yang bertanggungjawab. Mampat juga berharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan mengelakkan daripada mengulangi kesilapan pada masa-masa yang akan datang.

Mampat juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menganugerahkan projek membaik pulih stadium kepada kontraktor yang sama. Mampat berpandangan bahawa penganugerahan projek ini adalah tidak munasabah dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Ini kerana berdasarkan rekod dan hasil kerja yang lepas, dibimbangi kejadian runtuhan yang sama akan berulang. Seandainya penganugerahan ini atas dasar guaranti daripada kontraktor yang lepas, projek ini seharusnya ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor.

Namun begitu Mampat difahamkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM50 juta untuk kerja-kerja pembaikian. Dalam situasi di mana kontraktor asal perlu bertanggungjawab, rakyat melihat tindakan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sebagai satu tindakan yang tidak tepat kerana kos baik pulih tidak perlu ditanggung oleh kerajaan negeri.

Akhirnya, Mampat mengharapkan agar laporan jawatankuasa penyiasatan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu secepat mungkin dan akan didedahkan kepada rakyat untuk dinilai dan diadili secara saksama.

Kita tunggu apakah ia akan menjadi kenyataan atau ia hanya suatu yang retotik sahaja.

Friday, January 15, 2010

Betulkah RM200 juta untuk atasi banjir di Kuala Nerus?

Anda mungkin gembira apabila dengar sahaja kos RM 200 juta untuk atas banjir di Kuala Nerus. Semua rakyat senanghati, terutama sekali orang UMNO dan golongan kaya terbela kerana akan mendapt projek dn kemewahan kehidupan dunia.

Bagi penulis, bahawa kos RM 200 juta yang disebut oleh Speaker Dewan undangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang itu masih samar samar.

Kebanyakan kita masih keliru, kerana wang RM 200 juta itu tidak ada dalam pembentang bajet 2010 yang dibentang oleh Datuk Ahmad Said dalam sidang Dewan ke 12 lepas.

Kalau sekiranya kos yang disebut itu tiada tercatat dalam bajet macam mana ia boleh dilaksanakan.

Hal ini pernah disebut oleh Dr Alias Razak ADUn Bukit Tunggal kepada penulis dalam satu pertemuan singkat untuk mempastikan apakah benar Kos RM 200 juta diperuntukan untuk mengatasi banjir yang sering berlaku setiap kali datang musim tengkujuh.

Beliau sependapat dengan penulis bahawa sebutan kos RM 200 itu hanya retorik pemimpin UMNO agar rakyat yang sentiasa ditimpa banjir merasa lega dan gembira.

Sehubungan itu rakyat masih dan akan beri kepercayaan lagi kepada UMNO untuk menjadi kerajaan Terengganu yang banyak melakukan pembaziran wang rakyat.

Rakyat yang IQnya rendah pasti mudah percaya dan mudah lupa dengan apa apa yang berlaku keatas diri mereka. Namun umpan sepertimana kos RM 200 itu boleh menjadi penawar yang mujrab bagi menghadap musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dengan itu juga rakyat tidak merasa terbeban dengan hadiah tahun baru (2010) iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang dikatakan baik untuk rakyat.

Rakyat juga tidak akan terasa terbeban dengan cukai barangan(GST) yang dikenalkan sebanyak 4 peratus punca kenaikan harga barangan yang akan membebankan rakyat berpendatan rendah dan miskin.

Walaupun kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dikatakan untuk kebaikan rakyat, ia hanya suatu perangkap yang mahu tidak mahu akan mengena juga akhirnya apabila harga kuih muih dan barang yang ada kaitan dengan penggunaan gula akan turut naik dan ditunggung bebannya oleh rakyat.

Penulis rasa pelik, Tahun 2008 YB Mohamad Ramli Nuh menyatakan kos RM 3.5 juta untuk (tebat) iaitu membina benting perumahan Pusu Tiga Gong Badak yang sering ditimpa banjir disebut semula bahawa kos barunya ialah sebanyak RM 5.6 juta.

Kita tidak faham yang mana satu yang betul.

Penulis rasa sebutan kos yang berbeza dalam tahun yang sama sesuai dengan cita rasa golonagan kaya dan pemimpin UMNO/BN terbela dengan projek projek mewah dan kemewahan dunia punca berlakunya pembaziran wang rakyat.

Seperkara lagi yang penulis hendak sebut, itu projek jambatan kampong Jeram yang pernah disebut oleh Allah yarham Tun Ghafar Baba dua puluhan lepas.

Kos jambatan itu dikatakan sebanyak RM 50 juta sahaja, tetapi disebut sekali lagi kosnya RM 200 juta.

Kos RM 200 itu sangat tidak munasabah, kerana jambatan seberanmg Pintasan Dungun hanya RM 50 juta. Jika dibanding dengan jambatan Jeram yang Sungainya lebih sempit berbanding Kuala Dungun ia suatu yang pelik.

Bukan Kos RM200 juta yang tidak munasabah, malah baru baru ini telah dilulus pula bajet tambahan atas jambatan tersebut sebanyak RM 10 juta lagi. Manakala itu Ahmad Said tidak semena mena mengisytihar satu jambatan yang akan menghubungkan Losong dengan Teluk Pasur akan dibina untuk untuk mengatasi kesesakan jalanraya.

Yang anehnya jambatan Jeram yang dikatakan akan member kemudahan kepada pemduduk kampun Jeram sebrang dengan Jeram Tok yang sudah diberi kepada kontkrator tetapi setakat hari ini belum lagi beroperasi.

Macam mana projek belum beroperasi kos tambahan sudah diluluskan melalui sidang dewan undangan ke 12 lepas?

Persoalan timbul bahawa zaman Datuk Seri Idris Jusoh menerajui Terengganu dikatakan segala projek tidak memberi manfaat kepada rakyat. Sayang giliran Ahmad Said yang pernah memtemplek projek kerajaan sebelum ini turut berlaku juga.

Ramai yang masih tidak tahu dengan kedudukan jambatan tersebut yang pada mulanya kos asalnya yang menelan belanja RM210 juta itu akan ditanggung sepenuh oleh kerajaan Pusat.Sekarang ini jadi terbalik pula kosnya akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Lagi pelik tiada kos yang diluluskan dalam bajet 2010 untuk membina Jambatan tersebut, kecuali kos tambahan yang diluluskan sebanyak RM 10 juta.

Penulis rasa adalah mustahil kos jambatan itu hanya sebanyak RM 10 juta sahaja sepertimana di sebut oleh pihak kerajaan bahawa penduduk Kampung Jeram akan dapat sebuah jambatan untuk memudahkan urusan pergi balik dengan kos RM 10 juta itu sampai siap pembinaannya.

Persoalan yang timbul dari manakah wang hendak diambil, sedangkan Dewan telah meluluskan sebanyak RM 10 sahaja. Lebih lebih lagi hasil negeri Terengganu bukan Dana Khas hanya RM1 63 juta satu tahun ditambah dengan wang dana khas Persekutuan sebanyak RM 1.2 bilion dan jumlah hanya RM1.363 bilion sahaja.

Bajet 2010 sebanyak RM1.881 bilion yang dikatakan berimbang oleh Ahmad Said jelas tidak boleh diterima pakai kerana masih amali difisit sebanyak RM 518 juta yang barangkali tidak mudah diperolehi melalui mana mana hasil selain dari Dana khas yang di harap harapkan Menteri Besar.

Tidak dinafi Terengganu juga mendapat geran perkapita. Semasa PAS memerintah Terengganu 1999-2004) sebanyak RM 25 juta Geran perkapita diberi oleh kerajaan Pusat, Tetapi semasa UMNO/BN menjadi kerajaan dikatakan dibayar sebanyak RM 70 juta.

Bayaran Geran perkapita yang dibayar sebanyak RM 70 juta dan tolak dengan difisit sebanyak RM 518 juta masih juga berlaku difisit sebanyak RM448 juta. Oleh itu, bajet 2010 yang dikatakan berimbang itu tetap masih samar samar.

Saturday, January 9, 2010

Antara salahguna Taman ilmu dengan tukar UDM

Hati penulis tercuit sikit apabila Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri meluluskan permohonan untuk menubuhkan keloj kejururawatan dari Waikota Institute Of Technology New Zealand yang dijangka beroperasi pertengahan tahun depan di Taman Ilmu Besut.

Macam mana boleh jadi begitu. Pada hal Taman Ilmu yang menelan kos RM 250 juta itu dikhususkan untuk tapak induk University Darul Iman Terengganu(UDM).

Bagaimana boleh buat kenyataan yang Taman Ilmu Besut akan diisi dengan sebuah Kolej Kejururawatan dari Waikota Institute Of Technolgy New Zealand.

Apa pula akan terjadi dengan UDM yang akan di pindah ke taman Ilmu Besut pada tahun depan yang barangkali jadi celaru itu.

Atau mungkin UDM yang dikata akan bertukar nama dan di kekalkan di kampus Gong Badak Kuala Terengganu?

Ada juga cerita kampus UDM di Gong Badak akan dijadikan hospital university UDM, manakala fakulti fakulti lain akan berpindah ke Taman Ilmu Besut.

Hendak kata cerita penubuhan kolej kejururwatan dari New Zealand itu macam perisytiharan projek yang dikatakan tidak wujud oleh YB Alias Abdullah pada sidang dewan baru baru ini itu mungkin mustahil. Lebih lebih lagi Menteri Besar sendiri yang berkata bahawa perjanjian penubuhan kolej Kejururwatan yang mampu memberi peluang pendidikan kepada 1,000 pelajar itu akan dibuat pada Januari 2010.

Hendak kata Ahmad Said pelawak macam Yb Alias Abdullah kata itu juga mustahil kerana beliau baru sahaja pulang dari menunaikan haji.Tak mungkin beliau berbohong.

Mustahil Ahmad Said pelawak kepada rakyat Terengganu, kerana beliau juga berkata kerajaan negeri ada menerima pemohonan untuk menubuhkan kolej perubatan dari sebuah institute luar Negara yang popular iaitu Royal Collge Of Surgeons di Ireland (RCSI).

Pelik juga ya, kerana Datuk Seri Hishamuddin Hussein menteri dalam Negara dan merangkat pengerusi Badan perhubungan UMNO Terengganu menyatakan bahawa Negeri Terengganu akan mendapat sebuah university perubatan.

Antara kenyataan Ahmad Said dan Hishamuddin Hussein mana satu yang boleh pakai? Ahad said berkata kerajaan Terengganu akan menubuhkan sebuah kolej perubatan ditaman ilmu,manakala Hishamuddin Hussein berkata Terengganu dapat sebuah university perubatan.

Sehubungan dengan itu penulis ada dengar cerita bahawa UDM akan ditukar namanya.Nama barunya ialah university sultan Zainal Abidin (USZA). Sama ada benar atau sebaliknya sama samalah kita tunggu.

Boleh jadi munasabah dan boleh diterima akal, kerana sempena nama Al sultan Terengganu wajar diabadikan pada sebuah university di Terengganu.

Seorang ahli parlimen yang dianggap banyak berjasa boleh diabadikan namanya pada kolej perguruan di Batu Rakit Kuala Terenggan dengan nama kolej perguruan Razali Ismail. Apalah sangat dengan nama Datuk Razali Ismail berbanding dengan jasa Sultan Zainal Abidin.

Ahmad Said menteri besar yang dilantik oleh sultan tidak harus memandang ringan dengan cadangan agar nama UDM di tukar menjadi USZA yang besar maknanya jika dibanding dengan UDM yang masih disebut sebut “university Deris Malaysia”.

Hati penulis tercuit sekali lagi apabila ada para intelek negeri Terengganu mengelarkan UDM sebagai university nasi dagang. Bayangkan makna nasi dagang yang pasaranya tidak akan kemana miskipun pun sudah ditukar produknya ke e – dagang.
Macam juga kerepok lekor yang ditukar prudoknya ke e-lekor yang mana pasaranya hanya masih tercurok juga akhirnya.

Kalau dahulu kita dimaklumkan bahawa taman ilmu itu tapak induk Universiti Darul Iman Malaysia, kini akan ditubuhkan dua buah kolej. Satu kolej kerjururawatan dari New Zealanda dan kolej perubatan dari Irealand yang dikatakan sudah mempunya kemudahan. Apakah benar begitu.

Ahamd Said berkata, untuk merealisasikanya beliau akan ke Irealand untuk berbincang secara mendalam mengenai penubuhan kolej tersebut, manakala pihak RCSI akan datang melawat Terengganu Januari ini.

Tuesday, January 5, 2010

Sedih dengan kenyataan bahawa Kristian dan Yahudi agama syamawi dan diakui benar.

PAS setuju dengan keputusan mahkmah tinggi malasysia bahawa kalimah “Allah ” boleh digunakan dalam penerbitan kristian.

Bukan setakat itu sahaja PAS sudah akui bahawa agama kristian dan yahudi adalah agama syamawi oleh itu tidak menjadi salah jika orang melayu menganut agama kristian yang dianggap mustad selama ini.

Kalau Agama kristian agama “syamawi” tidak menjadi salah apabila Tun Husein Onn berkata semua agama menuju kesyurga belaka.

Adalah tidak salah apabila Datuk Seri Dr Rias Yatim berkata, semua agama baik belaka dan wajar Samy Velu berkata dia tidak kafir, kerana dia ada agama.

Label kafir kepada orang Umno nampaknya sudah bersih, mereka sudah bebas dari tuduhan kafir, atas sebab PAS melalui mulut Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan kristian agama “syamawi”.

Patut pun hendak buat kerajaan perpaduan dengan umno,kerana parti umno bukan lagi parti kafir.

Ibu bapa Orang melayu yang menganut agama kristian sudah tidak bimbang lagi dengan anak anak mereka yang menganut kristian kerana agama itu adalah agama yang benar dan diterima oleh Allah macam Agama islam juga.

Suatu masa akan datang barangkali mereka yang rasa terhalang dengan halal haram yang diturunkan oleh Allah akan berduyung duyung menganut agama Kristian, macam rakyat Indonesia yang ramai memilih kristian dan mengaku masih beragama islam.

Mengapa saya berkata demikian, pertama menganut agama kristian dapat habuan dan boleh lakukan segala dosa besar dan akan diampun oleh ketua gereja dalam satu majlis pengampunan dosa secara beramai.

Mereka juga akan masuk syurga akhirnya.ia tersebar luas diseluruh pusat pengajian tinggi di negara kita. Sebab itu sudah ratusan ribu orang melayu masuk agama islam, kerana itu diakui benar.

Kalau begitu orang China dan India yang menganut kristian adalah islam kerana dia anak cucu nabi Adam. Nabi Adam Islam maka anak cucu juga Islam dan bukan kafir sepertimana yang kita anggap selama ini.

Adaklah tersangat betul dengan pandangan orang umno yang berkata kita tidak boleh kata orang china itu kafir.

Ini juga punca PAS boleh bekerjsama dengan DAP yang menentang bulat bulat penubuhan sebuah Negara Islam.kerana mereka bukan orang kafir. Yang Allah larang buat kerjasama ialah dengan orang orang kafir sahaja.

Tulisan ini dibuat berdasarkan keputusan yang dikatakan dibuat didalam mesyuarat PAS pusat dengan parti keadilan.

kenyataan ini adalah suatu kenyataan yang mengelirukan umat islam di negara ini dan ia akan menjadi haru biru lagi apabila kristian dibenar menggunakan kalimah Allah yang sama sekali tidak sama dengan sebut yang pernah diungkapkan oleh orang china apabila ditanya siapa bikin hujan mereka aakan jawap "tuhanuAllah".

Sunday, January 3, 2010

Sayangkan Nik Aziz desak Arifahami undur segera?

Betul ke begitu? Rasionalkah desak Arif Fahami Abdul Rahman menantu Nik Abdul Aziz Nik Mat undur segera? Pada hal kes itu sudah pun selesai. Apa untungnya diungkit semula.Dan apa ruginya jika tunggu sampai masa dan ketika yang tidak lama lagi itu.

Kalau mereka benar benar sayangkan Menteri Besar Kelantan sudah barang tentu mereka tidak bertindak mendesak dan ungkit benda yang sudah selesai.

Nampak sangat mereka ini bukan sahaja mendesak Arif Fahami berundur segera, tetapi mahu supaya Nik Abdul Aziz Nik Mat letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.Inilah yang diharap harapkan oleh pihak itu.

Mereka yang masih tidak puashati dengan keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat itu semacam ada kerjsama dengan orang UMNO. Ibrahim Ali tumpang sekaki meminta Nik Aziz letak jawatan, kerana sudah lama menjawat jawatan itu.

Memang orang UMNO selama lamanya sangat tidak berkenan Nik Abdul Aziz Nik Mat memegang jawatan Menteri Besar.

Bagi Umno selagi Nik Abdul Aziz Nik Mat menyandang jawatan itu, menjadi payah dan bertambah rumit untuk merampas semula Kelantan dari PAS.

Untuk rampas Kelantan UMNO bertungkus lumus dan berhempas pulas untuk mencalarkan reputasi Tok Guru.macam macam usaha dilakukan untuk tujuan itu.

Sekarang diberi wang ehsan pula pada negeri serambi Mekkah itu, moga moga berhasil menumbangkan PAS dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sekarang ini reputasi Tok guru sudah ada sedikit tercalar konon atas sebab melakukan kesalahan dari segi undang undang yang diperbadankan iaitu salah melantik menentunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar.

Undang undang salah melantik menantu menjawat jawatan CEO perbadanan menteri besar adalah cipta manusia yang barangkali tidak salah dari segi islam itu telah diberi penjelasan oleh Tok Guru sendiri, kerana orang yang dilantik itu layak miskipun atas nama kroni.

Yang salah ialah melantik kroni yang tidak mempunyai kelayakan.Walau bagaimana pun Nik Abdul Aziz akur dengan mereka yang tidak setuju perlantikan itu, lantas menasihat menantunya letak jawatan untuk jaga imej parti.

Rupa rupanya ramalan itu meleset. Isu itu belum padan,malah masih marak dan membakar PAS Kelantan.

Banyak yang beranggap begitu, tetapi malangnya masih ada yang tidak puashati dan ungkit semula,semacam member peluang dan ruang kepada musuh untuk membunuh Pas di Kelantan.

Tidak hairanlah jika orang yang tidak ada kena mengena dengan PAS mendesak agar Arif fahami berundur segera, kerana mereka adalah musuh yang sentiasa mencari helah untuk menjatuh reputasi tak dan PAS Kelantan.

Tetapi yang malangnya orang PAS sendiri yang jawatanya bukan calang calang jawatan buat hal seolah olah termakan jarum jahat umno. Bayangkan Naib presiden sendiri yang cuba duduk terak dan bertewas dengan Datuk Ibrahim Ali dan orang Umno agar isu itu hidup dan terus hidup.

Semacam mereka ini sudah termakan racun yang diberi oleh UMNO disamping selari dengan usaha musuh dalam selimut yang pernah disebut Datuk Dr Harun Din dalam seminar ulama PAS Pusat tidak lama dahulu.

Apa yang di sebut oleh Datuk Dr Harun Din, timbalan musyidul Am PAS itu semacam ada kebenarannya bahawa ada musuh dalam selimut PAS.

Kalau semasa zaman Rasulullah SAW ada musuh dalam selimut tidak mustahil dalam pas turut ada.Apatah lagi adanya orang yang sangat kepingin dengan jawatan Menteri Besar. Bukan setakat musuh dalam selimut memainkan peranan, malah mungkin “munafik” juga turut bermaharajalela.

inilah gambar PAs kelantan akan tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti. Sejarah telah membuktikan kejatuhan PAS Zaman Asri puncanya berbalah sesama sendiri. Kejatuhan UMNO zaman Mohammad Yaakub juga berpunca berbalah sesama sendiri.Zaman Nik Aziz Nik Mat kini sedang berbalah sesama sendiri juga.Jika ia berterusan tunggulah akibatnya.

Saturday, January 2, 2010

Orang UMNO memang begitu

Jika orang waras fikirannya memang mempertikaikan pemberian “ wang ehsan” kepada Kelantan.

Jika mereka waras fikirannya. Tapi bagi yang tak waras fikirannya pasti setuju dan berkata, kan baik, kerana ia boleh memacukan pembangunan di negeri serambi Mekkah itu.

Sama ada mereka sedar atau tidak itulah realitinya. Orang Umno mahupun bergelar profesor, profesor madya sekali pun, tetap menyokong searatus peratus pemberian wang ehsan kepada Kelantan.

Bagaimana pun Datuk Aziz Deraman bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah menegak benang basah dalam perkara itu melalui tulisannya dalam akhbar sinar harian diruangan khas geger sakmo bertajuk: “suara suara dari serambi mini”.

Saya rasa tercuit sikit apabila beliau berkata,urusan royalty minyak tidak hanya bergantung kepada satu dua factor, bahkan pertimbangan lain termasuk politik.Politik UMNOlah yang buat celaka dalam banyak perkara. Termasuk hampir hampir jual Negara.
Melayu turut terpinggir apabila wujudnya pembangunan.

Royalti minyak ada perjanjiannya dan “politik” yang menjadi penghalang besar yang pernah berlaku pada negeri Terengganu. Semasa UMNO memerintah royalty dibayar. Apabila PAS memerintah royalty ditarik balik atas alasan yang tidak rasional.

Politik jahat inilah yang membuat royalty minyak yang patut dibayar kepada Terengganu ditarik baik sekarang ini padam muka UMNO royalty 5 peratus belum boleh dibayar, kerana saman kerajaan belum ditarik balik.

Demikian juga apa yang berlaku pada negeri Kelantan. Atas sebab Kelantan diperinmtah oleh PASlah royalty minyak dijadikan “wang ehsan” yang dikira oleh Aziz Deraman sebagai baik untuk rakyat Kelantan.

Wang Ehsan yang diagih di Terengganu selama ini, rakyat yang sokong PAS dinafikan haknya. Usah wang ehsan, malah wang zakat tergamak mereka selewengkan.

Aziz Deraman setuju dan disebut politik punca segalanya.Jika namanya masih nama UMNO baik siapa sekalipun itulah amalan wajib dilakukan terhadap musuh politik.

Itulah bentuk senjata yang paling mujrab untuk menumbangkan musuh mereka sepertimana UMNO Terengganu mnunbangkan kerajaan PAS pada pilihanraya umum ke11 2004.

Itulah rasional orang yang berjuang atas nama UMNO miskipun ada cadangan jangan berkelahi sesame sendiri, tetapi bukan sahaja ajak berkelahi sesama sendiri, malah tergamak mengkhianati bangsa sendiri demi kepentingan politik dan peribadi.