Tuesday, March 23, 2010

Terkejut apabila Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan berbangga

Saya terkejut apabila membaca tajuk berita yang berbunyi: presiden bangga MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera.

Mengapa tidak? Bangga atau berbangga bukan sifat orang yang beriman.Sifat bangga adalah sifat orang munafik.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu makna bangga. Bangga ialah megah, besar hati. Sesungguhnya megah itu harus dijauhi manusia yang mengaku Islam.

Saya percaya presiden PAS tidak berasa megah diri apabila MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera yang dilayari sekarang ini.

Mungkin penulis yang bernama mohd Sabri Said yang menulis intro berita bertajuk: presiden bangga MP Adun PAS tidak terjun dari bahtera bahawa presiden PAS Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parliman (MP) mshu pun ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu seluruh Negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.

Jika sekiranya Datuk Seri Presiden tidak berkata seumpama yang dilaporkan maka penulis berita ini jelas berdosa besar kerana mengatakan presiden berbangga. Lebih lebih lagi sifat bangga adalah sifat yang berkait dengan manusia manufik.

Mana mungkin seorang yang bergelar “Tuan guru” memiliki sifat orang orang munafik. Lainlah jika kalangan ahli PAS berbangga dengan apa yang berlaku, kerana mereka merupakan orang awam yang banyak terbabit dengan dosa besar dan dosa kecil.

Bagaimana mungkin seorang ulamak memiliki sifat orang orang munafik. Mana boleh beliau megah diri dengan apa yang berlaku terhadap anak buahnya. Sepatutnya beliau bersyukur dengan apa yang berlaku terhadap mereka dibawah kepimpinannya.

Saya tidak percaya presiden memiliki sifat bangga. Kalau beliau ada menyebut perkataan berbangga dengan apa yang berlaku memang ada benda yang tidak kena dan boleh dipertikaikan kewibawan sebagai seorang kepimpinan ulamak.

Adalah teramat tidak wajar seorang ulamak memiliki sifat bangga yang jelas dan nyata sangat bercanggah dengan reputasinya.

Mustahil beliau tidak faham makna bangga atau penulis sengaja mentafsirkan ucapan beliau secara rambang yang barangkali sering membuat dosa kering cuba melabelkan presiden dengan label yang buruk.

Minta dijauhkan memiliki sifat bangga,kerana sifat bangga adalah tembok penghalang untuk beriman dan bertakwa.

Saturday, March 20, 2010

Tengku Razaliegh Hamzah kelihatan masih tidak ikhlas

Bacaan saya sesungguh Tengku Razaliegh Hamzah masih tidak ikhlas miskipun sudah jelas dan nyata melawan arus UMNO/BN dalam kes tuntutan royalty minyak Kelantan.

Walau bagaimana pun saya setuju dengan Tengku Razaliegh Hamzah sangat tidak setuju tuntutan royalty minyak Kelantan dibawa ke mahkamah.

Macam kes royalty minyak Terengganu dahulu yang jelas dan nyata hingga kini ianya tidak ke mana mana.

Bukan itu sahaja, malahan ianya tidak memberi sebarang kesan pada parti PAS yang dikatakan bertungkus lumus untuk menumbangkan kerajaan UMNO Terengganu.

Sehubungan dengan itu saya berani mengatakan bahawa KU LI tidak ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat Kelantan miskipun pernah berkata, apa yang dilakukan itu semata mata untuk mengembalikan hak rakyat.

Ini nampak dengan jelas apabila diajak turun ke jalan raya beliau enggan dan tidak setuju dengan demotrasi yang pernah diamalkan oleh pembangkang itu.

Oleh itu, tujuan beliau mengadakan siri dialog di Staduim Sultan Mohamad di Kota baharu dan di TER Kuala Terengganu itu, semata mata atas nama lawan arus dek kepentingan peribadi iaitu sangat tidak puashati dengan perdana menteri Ke enam.

Maka Fokus pertamanya ialah memcabar kewibawaan Datuk Seri Mohd Najib Razak yang tidak menghargai langsung kewibawaanya yang pernah menjadi orang nombor tiga semasa Tun Razak Husein menerajui Malaysia.

Cuba kita bayangkan, Datuk Seri Dr Rais Yatim diberi kepercayaan sebagai menteri penerangan dan komunikasi. Pada hal kewibawaan KU Li tetap mengatasi Rais Yatim kerana pernah menyandang menteri kewangan.

Inilah punca Tengku Razaliegh Hamzah lawan arus sebagai suatu tempelak terhadap Najib yang sedang berlakon dengan ungkapan manis manis belaka. Rakyat didahulukan konon- satu malaysia konon.percapaian diutamakan konon.

Monday, March 15, 2010

Tahniah Datuk Seri Azizan Razak

Tahniah pada Datuk Seri Azizan Razak Menteri Besar Kedah, kerana beliau benar benar mengenali pegawai kerajaan yang di terajuinya.

Sayang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan barisan EXCO kerajaan ketika memerintah Terengganu dahulu tidak mengenali pegawai kerajaan.

Ustaz Azizan Razak mengenali pegawai kerajaan negerinya sebagai Umno “hangit” yang barangkali boleh jadi akan bertahan lama sebagai kerajaan PAS.

Mungkin beliau mengambil pengiktibaran dengan apa yang berlaku di Terengganu agar tidak berlaku di Kedah.

Tok Guru Haji Hadi dan barisan EXCOnya tidak pernah menganggap pegawai Kerajaan sebagai Umno hangit. Malah masing masing percaya dan yakin pegawai kerajaan UMNO hangit itu sudah sokong PAS.

Dalam satu ucapan beliau pernah berkata bahawa 80 peratus pegawai kerajaan menyokong PAS.Kita tidak tahu dari manakah diambil sumber itu.

Bukan setakat itu sahaja malah barisan kepimpinan negeri tidak percaya dengan kata kata kebanyakan pegawai kerajaan umno hangit bertungkus lumus mensabotajkan kerajaan disetiap penjuru.

Kita doakan agar negeri Kedah akan kekal dibawah pemerintahan PAS buat selama lamanya.