Saturday, May 29, 2010

RM 250 juta tingkat poetensi pendidikan Terengganu?

Membaca berita bertajuk: RM 250 juta tingkat potensi pendidikan, teriangat saya peruntukan sebanyak RM 200 juta oleh kerajaan PAS (1999-2004) terhadap potensi pendidikan Terengganu.

Demikianlah betapa prihatinnya kerajaan yang memerintah Terengganu pada waktu itu. Tetapi malangnya wang sejumlah RM 200 juta itu tidak dapat disalurkan kepada sekolah sekolah milik kerajaan pusat.

Mengapa tidak? Kerajaan Pusat telah mengeluarkan surat perkeliling bahawa jangan menerima sebarang bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan PAS.

Begitulah apa yang berlaku pada kerajaan PAS waktu itu. Alangkah malangnya sebuah kerajaan yang bernama PAS.

Tahniah kepada Datuk Ahmad Said kerana memeruntukan wang sebanyak RM 250 Juta untuk tingkatkan potensi pendidikan negeri Terengganu yang dikatakan mampu menjana pulangan baik pada masa akan datang.

Wang sebanyak RM 250 juta adalah terlalu kecil berbanding dengan peruntukan projek mendalami sungai muara Kuala Terengganu dan membina benteng penahan ombak sebanyak RM 1.2 bilion.Apalah sangat wang RM250 juta itu jika dibandingkan dengan satu jalan sepanjang 5.6 kilometer yang berharga RM 200 juta.

Peruntukan potensi pendidikan sebanyak RM 250 dengan pelbagai insentif yang telah diberikan kerajaan Terengganu untuk meningkatkan mutu pendidikan seperti peruntukan khas peningkatan peperiksaan awam, sekolah elit sekolah premier, kelas dan peperiksaan maya serta pengigahan e-book yang menjadi kebanggaan menteri besar itu dipertikainkan.

E-book yang menjadi kebanggaan Menteri Besar itu telah mencalar reputasi pelajar kerana ada kes e-book bukan digunakan untuk potenasi pendidikan malahan alat itu diguna untuk melayari vedio lucah yang menjadi kegilaan remaja kini.

Tidak dinafikan potensi pendidikan Terengganu tinggi berbanding sebelum ini, tetapi sedikit tercalar dek semakin hari semakin tingginya jenayah maksiat, termasuk melahirkan anak tanpa nikah yang dikatakan sebanyak meningkat.

Kerajaan Terengganu yang diterajui Datuk Ahmad Said diberi tahniah kerana berlumba lumba terhadap potensi pendidikan, tetapi kebanyakan remaja yang mendapat peruntukan tersebut berlumba lumba melakukan maksiat.

Tuesday, May 25, 2010

Jawatan MB dan EXCO punca reputasi tercalar

Tajuk tulisan saya ini ada pro dan kontra. Tapi itulah reality yang tidak dapat dinafikan, kerana Datuk Seri Haji Abdul Awang, presiden PAS dan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung yang reputasi masing masing sudah tercalar.

Buktinya sedikit masa dahulu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga musyidul Am PAS mahu Presiden PAS itu ditentukan jawatannya melalui Muktamar Khas.

Sehari dua ini Presiden mahu pindaperlembagaan parti agar orang bukan Islam boleh dicalon sebagai adunyang ada kaitan secara langsung dengan memberi wala’kepada kafir

Demikian juga Datuk Mustaf Ali yang disebut oleh Azizi Abdullah Dalan blognya bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang melantik Mustafa Ali sebagai setiausaha Agung.

Di Terengganu pro dan kontra dua nama besar dalam PAS Malaysia ini semakin menjadi topic perbincangan hangat

Dalam Tranungkite online Mohd Noor Awang yang menulis Terengganu dalam dakapan UMNO diulas seorang pengulas bahawa Datuk Mustafa Ali dan Datuk Wan Mutaliab Embong harus kekal sebagai calon dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Alasannya kedua dua tokoh itu adalah professional yang mahu tidak mahu mesti dikelalkan sebagai calon disamping calon muda yang berwibawa.

Kita tidak harus bercakap sesuatu yang kita tidak tahu dengan reputasi kedua dua tokoh yang dikatakan banyak jasannya kepada PAS selama ini.

Soal banyak buat jasa pada PAS satu perkara yang berbeza dengan reputasi masing masing. Tidak dapat dinafikan mereka itu banyak buat jasa.

Jasa seorang boleh hilang apabila reputasi masing masing sudah tercalar, kecuali bagi mereka yang jadikan duit sebagai tuhan.

Kita tidak tahu mengapa pengundi dan orang PAS tidak suka dengan Datuk Mustafa Ali dan Datuk Wan Muttalib Embong. Bukan dua nama itu sahaja yang disebut sebut sebagai orang yang sudah layak dijadikan calon dalam pilihanraya. Malahan nama Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang terbabit juga.

Apa yang mampu saya kata, tidak lain dan tidak bukan setelah mereka menjadi menteri Besar dan EXCO (1999-2004)

Sejak itulah muncul isu tidak puashati terhadap mereka yang pernah menjawat jawatan EXCo, termasuk Nama Yahya Ali dan Ustaz Abu Bakar Abdullah yang sebelum ini, kedua dua orang wakil rakyat ini adalah merupakan wakil rakyat terbaik.

Tetapi setelah menjawat jawatan EXCO dan pas kalah teruk nama yang ada diatas itu sangat tidak disenanginya. Nama Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikaitkan.Apa tah lagi nama Ustaz Datuk Abu Bakar Chik dikatakan akan ke Kuala Nerus semula?

Satu dua hari ini Presiden PAS itu disebut sebut akan kalah dalam pilihanraya umum musim ke 13 nanti kerana pengundi POS di Marang bertambah menjadi 6,000. Orang.Ada yang mengatakan kalah memang adalah kehendak Allah.

Kalah menang adalah kehendak Allah. Allah boleh memenangkan sesiapa hatta pengundi POS bertambah banyak mana sekalipun.Tetapi diatas muka bumi ini manusia kelihatan macam raja boleh buat apa sahaja. Hatta buat jahat sekalipun.

Kita kena yakin dengan kehendak Allah, kerana 313 orang boleh kalahkan 1,000 orang dalam peperangan. Inilah dalam pangkah memangkah (undi kertas logo bulan dan dacing) ia bukan boleh menyebabkan hilang nyawa.

Kesimpulannya mesti ada yang tidak kena. Kalau tidak mengapa isu ini boleh dibesar besarkan di khalayak ramai. PAS kena fikir dan fikir mengapa isu ini menjadi perbincangan hangat dikalangan orang PAS sendiri hari ini.

Monday, May 17, 2010

Yayasan Terengganu taja pelajar secara pilihkasih?

Hendak cakap agar orang ramai tahu bahawa pilihkasih tetap berlaku miskipun menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaannya bersih.

Bersih bermakna tidak berlaku rasuah, tidak berlaku penyelewengan tidak berlaku salahgunakuasa atau tidak berlaku pilihkasih.

Apakh “Pilihakasih” bukan suatu penyelewengan.Ini bukan tuduhan,tetapi saya dengar dengan dua telinga.

Inilah yang saya dengar dalam sehari dua ini. Ketika di Bank Muamalat ada yang bercakap dan disebut perkataan secara terang terangan bahawa Yayasan Terengganu “pilihKasih”.

Bukan setakat bercakap sahaja malah kelihatan mereka yang bercakap itu macam tersangat marah dan kecewa dengan kes anaknya ditolak serta gagal melanjutkan perlajar setelah ditemuduga.

Anda mungkin tahu tetapi masih ramai yang tidak tahu amalan yang dilakukan oleh Yayasan Terengganu dalam hal menaja pelajar 12 A.

Memang ramai yang layak dan memohon tajaan Yayasan Terengganu, tetapi malangnya ramai yang tersingkir apabila ditemuduga.

Saya diberi tahu oleh orang dalam yayasan Terengganu sendiri bahawa ramai yang tidak berjaya setelah ditemu duga.

Inilah yang membuat kebanyakan ibubapa tidak puashati terus bercakap dan sebut perkataan pilihkasih atau dengan kata lain kroni yang diamalkan sejak sekian lama.

Kalau perkara ini berlaku pada pelajar anak orang PAS tidak mengapalah kerana itu adalah suatu yang lazim. Tetapi pelajar yang terbabit ini adalah anak orang UMNO. Mengapa diperlakukan demikian rupa.

Mungkin mereka itu bukan kroni kot, sebab itu gagal melanjutkn pelajaran dibawa tajaan Yayasan Terengganu.

Kita tidak nafi memang ada yang tidak layak apabila ditemuduga, tetapi mereka itu dapat seterek 12 A yang wajar mendapat tajaan.

Kes seumpama ini pernah berlaku di negeri Kelantan dan pihak berwajib telah memberi penjelasan bahawa salah seorang pelajar 12 A yang tercicir itu didapati rendah sedikit berbanding dengan salah seorang Pelajar lain.

Oleh itu beliau tidak terpilih. Alasan yang dibuat oleh pihak berwajib ada asasnya, tetapi bagaimana pula dengan pejelkasan yang akan dibuat oleh pihak Yayasan Terengganu setelah perkara ini berbangkit dan dituduh melakukan pilihkasih.

Saya percaya pihak Yayasan Terengganu akan membuat penjelasan sejelas jelasnya agar tuduhan pilihkasih dapat dihindarkan. Kalau tidak label itu kekal dan boleh menjejaskan imej Kerajaan yang mendakwa bahawa kerajaan Terengganu bersih.

Bersihkah kerajaan Terengganu yang diterajui Ahmad said?

Yang paling menyedihkan kita, ketika ditemuduga pelajar ditanya " ayah parti apa". Inilah terget sasar yang dilakukan membuat ramai pelajar anal orang PAS gagal dalam temuduga itu dan menjadi mangsa untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi.

Thursday, May 13, 2010

Yahudi mengganas di Kuala Nerus

Suatu ketika dahulu Kerajaan negeri Terengganu Darul Iman katakan sama macam Yahudi. Malah ada yang berkata sebagai lebih teruk dari kerajaan Yahudi.

Memang tidak wajar Kerajaan Terengganu digelar macam Yahudi. Sememngnya wajar digelar Demikian. Kalau berkata zalim boleh kira juga, kerana telah tidak berlaku adil terhadap rakyat nya sendiri.

Kerajaan Terengganu semasa diterajui oleh Datuk Idris Jusoh (2004-2008) tidak sekejam yang diperlakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin sejak (1948 hingga kini).Macam mana boleh gelar macam Yahudi.

Begitu malangnya nasib sebuah negeri Terengganu Darul Iman yang sering dituduh demi dituduh ternasuk telah digelar sebagai negeri yang lebih teruk macam Yahudi.

Datuk Ahmad Said, ketika Mohd Abdul Wahid Endut menyatakan bahawa kerajaan Terengganu lebih teruk dari Yahudi tidak lama dahulu naik berang. Pendek kata label itu tidak boleh diterimanya sama sekali.

Bayangkan? Kerajaan Terengganu adalah kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu. Macam mana orang Melayu bertindak sekejam Yahudi.

Beliau begitu marah dan tergamak mengeluarkan kata kata ”jahat tu Yang di Pertua” terhadap YB Mohd Wahid Endut. mereka berdua bertikan lidah, termasuk mencabar untuk membuat perhitungan seorang lawan seorang di mana mana sahaja.

Kebetulan Ahmad Said seorang EXCO kanan dan bertanggung jawab mempertahankan kerajaan yang diterajui Idris Jusoh dari dituduh sebagai kerajaan yang teruk macam Yahudi.

Siapa yang tidak naik berang dengan gelaran seumpama itu, sedangkan tindakan meroboh masjid di Kampung Bujal Kemaman yang dibina diatas tanah kerajaan yang berstatus TOL yang ditamatkan atas arahannya sendiri.

Pihak kerajaan menganggap tindakan meroboh sebuah mesjid dan beberapa buah rumah yang didirikan atas tanah lot yang diberikan oleh Kerajaan PAS (1999-2004) wajar, manakala rakyat pula menganggap tindakan seumpama itu adalah zalim.

Tindakan kerajaan tempatan meroboh masjid Bujal kemaman tempoh hari itu dilakukan atas prosedur yang betul, tetapi dinilai oleh YB Mohd Abdul wahid Endut sebagai tindakan yang zalim, kerana mesjid rumah Allah dan rumah rakyat turut di roboh dengan semahu mahunya.

Yang peliknya penyokong Umno diberi geran kekal, manakala penyokong PAS ditarik balik lesen menumpang semantara (TOL) dan tidak diberi pelaung langsung. malah hampir semua tanah lot TOL ditarik balik dan tidak dibenar lagi untuk membina rumah.
Dua tiga hari lepas perkataan Yahudi muncul kembali meniti mulut demi mulut orang Kawasan Kuala Nerus.

Mengapa tidak? Pihak kontraktor bertindak mecoroboh tanah orang kampung untuk membina jalan politik berharga RM200 juta yang masih kontraversi hingga hari ini.

Saya dimaklumkan pihak kontraktor telah merata tanah orang Kampung tanpa sebarang notis. Jauh sekali untuk membayar pampasan sepertimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Penduduk Kampung Banggol Donas mengandaikan tindakan meceroboh itu sebagai Yahudi mengganas hak Rakyat, sedangkan Rakyat didahulukan. Mana dia praktis slogan rakyat didahulukan.

Jika benar dengan apa yang dilaporkan, maka adalah sangat wajar rakyat mengelarkan kerajaan Terengganu macam Yahudi sepertimana yang pernah dibangkitkan oleh YB Mohd Abdul Wahid Endut tidak lama dahulu.

Tuesday, May 11, 2010

Najib takut dengan bayang bayang sendiri?

Datuk Seri Mohd Najib Razak susah hati dengan perkembangan yang berlaku dalam UMNO .Tetapi mendapat pujian Datuk Shahrir Samad bahawa Najib berada pada landasan yang betul.

Kita tidak tahu apa yang dikatakan betul itu sedangkan Najib setakat hari ini tidak melakukan sebarang perubahan yang radikal. Itulah kata Shahrir.

Kata Shahrir lagi, Najib tidak mengubah semua sekali tetapi meneruskan perubahan dan transformasi yang telah bermula sejak 1997 ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Perubahan itu terus berlaku sehinggalah beliau mengambil alih pemerintahan negara. Apa yang Najib lakukan adalah tersusun dan sistematik serta berada pada landasan yang betul.

Kata Shahrir, contoh DEB tidak dibuang begitu sahaja tetapi ia diperhalusi di dalam MEB. Kita lihat membasmi kemiskinan tetap ada walaupun kemiskinan tegar tidak ada lagi dan ia ditumpukan kepada golongan 40 peratus masyarakat berpendapatan rendah.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh Najib adalah lebih tersusun dan kesinambungan dari dasar-dasar yang dilakukan sebelumnya.

Sama ada Najib boleh menerima bulat bulat akan pujian yang dilakukan oleh Shahrir Samad itu suatu yang lain, tetapi susah hati Najib dengan wujudnya puak dalam UMNO sekarang begitu jelas.

Kalau Dahulu UMNO mempunyai puak A dan puak B sahaja iaitu Team A dan Team B tetapi sekarang ini bukan setakat itu sahaja malah sudah ada puak A, puak B dan Puak C. Puak puak ini punca Najib susah hati.

Belaiu susah hati kerana “hayat” jawatan perdana menteri yang disandang sekarang akan pendek tidak sepanjang hayat Tun Dr Mahathir.

Tali Hayat Tun Abdullah Ahmad Badawi pendek kerana ada puak yang tidak senang dengan jawatan yang disandang waktu itu.Jadi tidak mustahil ada puak yang akan ikut rentak puak supaya Tun Abdullah letak jawatan.

Puak puak yang ada didalam Umno dilihat sangat berbahaya, sebab itu najib susah hati dan meminta agar janganlah berpuak lagi atau dengan kata lain jangan ada puak dalam UMNO ini kalau mahu kekal memerintah Negara.

Itulah pesan Najib yang kita lihat sangat menakutkan sesiapa sahaja dengan kewujudan puak dalam UMNO yang barangkali talihayat BN akan putus dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bukan UMNO sahaja yang membawa masalah tetapi MCA juga mempalitkan masalah besar kepada BN. Contoh, dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu undi orang china sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, puak puak yang wujud dalam UMNO kemungkinan undinya akan beralih juga dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti disamping orang China sudah Nampak dengan jelas bahawa jalan mudah baginya untuk memerintah Negara berbanding berada dalam BN dengan berada didalam Pakatan rakyat.

Sunday, May 2, 2010

60 juta untuk atasi kesesakan bandaraya Kuala Terengganu

Atas nama kesesakan lalu lintas bandaraya Kuala Terengganu pihak kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak Rm 43 juta.

Empat puluh tiga juta wang rakyat habis dibelanjakan untuk membina jalan sehala dari Chorung Lanjut ke simpang empat jalan sultan Ismail. Dari bangunanan Majlis bandaraya sampai ke Batas baru.

Kesesakan lalu lintas yang dijangka selesai masih tidak selesai selesai juga. Malahan kesesakan lalu lintas bandaraya Kuala Terengganu menjadi semakin sesak.
Atas nama kesesakan lalu lintas itu juga kerajaan telah memperuntukan wang rakyat sebanyak Rm 60 juta lagi.

Wang rakyat sebanyak RM 60 juta itu, dijangka masalah kesesakan lalu lintas disekitar pusat Bandar raya itu dapat diselsaikan berikutan langkah kerajaan menaik taraf beberapa jalan utama yang akan mula dilaksanakan pertengah tahun ini.

Itulah harapan menteri Besar Datuk Ahmad Said dan juga harapan rakyat Terengganu yang mahu supaya kesesakan lalu lintas Bandar raya Kuala Terengganu beres.

Jika dahulu jalan sehala dikatakan boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas Bandar raya Kuala Terengganu.

Setelah RM 43 juta dibelanjakan, masalah kesesakan lalu lintas tidak juga selesai. Apabila jalan sehala siapkesesakan tidak dapat di selesaikan, malahan lalu lintas semakin sesak dibuatnya.

Tetapi kali ini jalan sempit pula dikatakan punca kesesakan lalu lintas dan projek pelebaran jalan pula akan dilaksanakansekaligus untuk menaik taraf longkang longkang sedia ada.

Apakah ia akan menjadi reality?

Jalan sempit akan dilebarkan dan longkang longkang sedia ada akan dinaik taraf yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta itu.

Kos untuk mengatasi kesesakan lalu lintas Bandar raya Kuala Terengganu menelan belanja RM 103 juta setakat ini. Apakah ianya berupaya menyelesaikan permasalahan kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin sesak itu.

Pelebaran jalan yang dinyatakan oleh Ahmad said, terutamanya jalan Gemia yang sebelum ini tidak pernah mengalami kesesakan lalu lintas akan menjadi empat lorong sehingga ke Bukit Besar sejauh lima kilometer akan jadi reality?.