Friday, January 28, 2011

Najib Tidak iktiraf Agung sebagai ketua Negara?

Jika benar Jabatan Perdana Menteri telah mewujudkan satu bahagian baru yg tidak pernah ada sebelum ini iaitu Bahagian Wanita Pertama Negara yg disamakan sebagai FLOM Division (First Lady of Malaysia Division),serta dinafikan Datuk Seri Najib Razak, maka sah Yang di Pertuan Agung bukan ketua Negara Malaysia.

Oleh itu,Jelas dan nyata bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak iktiraf Isteri Yang Dipertuan Agung Permaisuri Agung sebagai First Lady of Malaysia.

Ini bermakna sekaligus tidak mengiktiraf wujudnya Yang Di Pertuan Agung sebagai ketua negara ini yang sah dari segi Raja berperlembagaan.

Secara tidak langsung dia (Najib) telah meletakkan dirinya sebagai ketua kerajaan dan ketua negara bukan Yang di Pertuan Agung sepertimana yang kita fahami dan termaktub didalam perlembagaan negara.

kenapa? Kalau di Amerika Syarikat First Lady of Amerika ialah isteri Obama presiden negaranya.

Kalau di negara kita First Lady of Malaysia ialah Permaisuri Agung bukan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana ketua negara adalah Yang Di Pertuan Agung.

Jika benar demikian halnya maka jelas dan nyata imuniti raja raja di negara ini sudah tiada kuasa lagi.malahan institusi raja raja hanya alat saja tidak lebih daripada itu.

Yang punya kuasa ialah perdana menteri bukan yang di pertuan Agung lagi.

Mengikut konvensyen dan protokol antarabangsa, kalau sesebuah negara ada Raja dan Perdana Menteri atau Presiden dan Perdana Menteri, maka Raja atau Presiden adalah Ketua Negara (Head of State) manakala Perdana Menteri pula Ketua Kerajaan (Head of Government);

Tetapi ada juga anomali. Misalnya Presiden Perancis. Dia Ketua Negara dan Ketua Kerajaan walaupun dia ada Perdana Menteri yang dia lantik.

Di Amerika Syarikat pula, Presiden Obama adalah Ketua Negara, Ketua Kerajaan dan Ketua Turus Angkatan Tentera (Commander-in-Chief)

Di negara kita, SPB Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan yang mengendalikan pemerintahan

Ada juga negara yang Perdana Menterinya Ketua Kerajaan dan Governor General adalah "Ketua Kerajaan" mewakili Queen Elizabet seperti Australia, Kanada dan New Zealand.

Di mana Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan macam Amerika dan Perancis, isteri mereka diberi gelaran "First Lady" atau Wanita Pertama.

Saya tidak pernah pula dengar orang panggil isteri Perdana Menteri British First Lady.Tapi hari Najib punya hal isterinya di gelaran sebagai wanita pertama Negara menerusi penubuhan bahagian wanita pertama Negara di jabatan perdana menteri dan mendapat peruntukan kewangan sama macam kementerian kementerian yang diwujudkan.

Tuesday, January 25, 2011

PAS menang di DUN Tenang?

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata tak mustahil PAS boleh menang dalam pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari 2011 ini. Manakala Lim Kit Siang berkata agak berat untuk PAS memenangi kerusi itu.

Tidak semena mena ada pula berita DUN Pelabuhan Klang kosong dan kemungkinan akan ada satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini.

Lantas muncul berita terbaru, ADUN Merlimau, Melaka meninggal dunia dek konplikasi jantung dan disebut oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yussof, bahawa SPR akan bermesyuarat dalam masa 10 hari untuk menentukan tarikh pilihanraya kecil yang kosong itu.

Bermakna akan ada pilihanraya kecil Di DUN Merlimau Melaka selepas selesai pilihanraya kecil DUN tenang dek kekosongan itu.

Dun Pelabuhan Klang belum tentu kosong, kerana kes yak hadir dewan olehAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ini ada persamaan dengan kes yang berlaku di DUN Kota Seputih, Kedah tidak lama dulu.

Sesungguhnya yang mana telah diputuskan oleh mahkamah bahawa DUN itu tidak kosong, maka tak diadakan pilihanraya kecil sepertimana yang diharapkan.

Maka sahlah Dun pelabuhan klang yang diisytiharkan kosong oleh Datuk Teng Chang Khim Speaker Dewan Undangan negeri Selangor tak kosong . Namun pilihanraya kecil tak akan diadakan miskipun SPR disaman kerana campurtangan terhadap keputusan Speaker .

Berbalik kita pada kedudukan DUN Tenang yang disebut sebut oleh presiden PAS bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS dan tidak diyakini oleh Lim Kit Siang.

Ketika bercakap kepada beberapa orang penyokong PAS saya sebut PAS memang di DUN Tenang. Lantas disambut dengan suara “Ya ke”. Semacam terkejut besar.

Ini menandakan ketidakyakinan yang PAS boleh menang miskipun kalah dengan majoritinya hanya 2,400 (2008) berbanding 5,000 (2004).

Mengapa tidak? PAS dapat undi China sejumlah 28 peratus. Kan China dah beri kometmen hendak sokong PAS yang membuat Presiden MCA Dr Chua So Lek penuh bimbang dan tak senang duduk diam.

Jadi, jika pengundi China beri undi kepada calon PAS Cikgu Normala Sudirman sudah tentu kemenangan akan berpihak pada PAS.

Ramai yang tak setuju dengan kata kata saya, kerana politik negeri Johor buat masa ini dan selama lamanya sokongan kepada UMNO/BN tidak pernah berubah.

Lebih lebih lagi DUN Tenang berada dalam gugusan pulau Felda yang sudah tentu penerokanya begitu lali dengan gula gula wang habuan sebanyak RM1,400 setiap seorang yang diserahkan baru baru ini membuat mereka ingat UMNO/BN dapat wang tak akan lupa segala galanya.

Wednesday, January 19, 2011

Betulkah empat MP Terengganu jumpa perdana menteri?

Betulkah empat ahli parlimen Terengganu jumpa Perdana Menteri dan protes pelantikan Yahya Khatib sebagai timbalan Datuk Seri Ahmad Said?

Betulkah. Kalau betul sudah tentu kemelut Umno Terengganu akan lebih parah lagi berbanding sebelum ini.

Saya dah sebut dalam tulisan saya tak lama dulu, bahawa Perdana menteri hanya hendak menyelamatkan sepupurnya saja dari terpalit dengan reputasi buruk setelah gagal menyelesaikan kemelut umno Terengganu.

Atas sebab itulah perdana menteri serahkan semula jawatan pengerusi perhubungan umno Terengganu kepada Ahmad Said dan melantik timbalan yang membuat empat ahli parlimen tak puashati.

Mengapa tidak? Yahya Khatib Mohammad, dikatakan belum layak berbanding dengan Datuk Nasir Ibrahim yang disaifatkan banyak pengalaman.

Jika betul sudah ada protes daripada empat ahli parlimen yang tak berkenan dengan yahya Khatib, maka sah ada usaha untuk mengangkat Nasir sebagai menteri Besar
selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ribut dalam cawan kopi telah melanda DUN Sebarang Takir yang wakil rakyat sekarang akan disingkir dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Orang yang akan menggantikan wakil rakyat sekarang tak lain dan tak bukan ialah Nasir Ibrahim yang ada niat dan menjadi menteri besar Terengganu selepas Ahmad Said.

Mengapa tidak? Sedangkan orang lain boleh sebagai pewaris politik bahawa Najib anak bekas perdana menteri boleh jadi perdana menteri. Tak kan anak bekas menteri Besar tak layak menjadi menteri Besar Terengganu, sedangkan politik dinasti jadi amalan sekarang ini.

Demikian juga dia (Nasir) anak bekas menteri Besar yang wajar akan menyandang jawatan itu nanti.

Lebih lebih lagi, Dun Sebarang takir merupakan Dun yang paling selamat bagi umno hatta sesiapa pun yang dicalon bertanding.

Desas desus “langkah mayat aku dulu” juga mula kedengaran dari mulut bekas Ahli perliman Kuala Nerus abang kepada wakil rakyat yang pernah juga disebut sebut layak dilantik sebagai menteri besar selepas musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ini bermakna cakap cakap, bahawa kemelut umno Terengganu sudah selesai hanya omomg kosong saja. Tak lebih daripada itu.

Saturday, January 15, 2011

Siapakah sebenarnya gadai masa depan negara..?

Isu gadai masa depan Negara dimainkan oleh Datuk Seri Najib Razak menerusi kenyataan media massa lantas membidas sikap pembangkang dengan bidasan bahawa pakatan rakyat yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanggungjawab.

Ketidakbertanggungjawab pembangkang itu ialah menggula-gulakan rakyat dengan janji kononnya akan membawa pelbagai perubahan dalam tempoh 100 hari jika menang pilihan raya umum akan datang.

Bagi Perdana Menteri, janji Program 100 Hari yang diumumkan bulan lalu itu adalah tindakan populis atau senagaja mencari populariti serta tidak berpaksi kepada realiti kerana tidak menyatakan punca kewangan bagi membiayai semua program yang dijanjikan.

Namun demikian beliau (Najib) lantas nasihat pakatan takyat dengan kata kata bahawa kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

Nasihat Mohd Najib itu dapat kita simpulkan bahawa bukan pembangkang yang tak bertanggungjawab, malahan Umno/BN yang jelas dan nyata tak bertanggungjawab yang membuat masa depan Negara tergadai.

Nasihat itu juga semata mata untuk menutup segala kegiatan yang telah dikenalpasti oleh rakyat bahawa umno/Bn lah yang berusaha untuk mengadai masa depan Negara.

Kini pakatan rakyat telah ditempelak tidak bertanggungjawab mengula gulakan rakyat dengan janji manis yang akan membawa perubahan jika menang dalam pilihanraya umum akan datang

Disamping itu beliau kelihatan begitu bimbang dan takut dengan janji pakatan rakyat itu, sedangkan 100 hari yang dijanjikan itu hanya gula gula atau janji manis saja tidak lebih daripada itu.

Seperkara lagi beliau berkata sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita tidak akan membuat janji yang tidak boleh ditunaikan dan ini amat bertentangan dengan Program 100 Hari yang dibentangkan.

Bagaimana pula dengan janji yang dibuat kerajaan umno/BN selama ini. Adakah semua yang dijanjikan itu telah dilaksanakan? Termasuk janji yang dibuat di Hulu Selangor, Manik Urai dan Galas semasa pilihanraya kecil baru baru ini.

Wednesday, January 12, 2011

Calon Pas DUN Tenang muslimat ?

Penulis tidak tahu mengapa ada yang bertanya pada penulis, siapakah calon pas di DUN tenang yang pernamaan calonya pada 22 Januari dan hari mengundiannya jatuh pada 30 Januari 2011 ini.

Salah seorang pengarah pilihanraya PAS satu kawasan di negeri Terengganu bertanya penulis siapakah calon pas di Dun Tenang Johor.

Tak wajar beliau Tanya penulis, kerana siapalah penulis. Sepatutnya dia tanyalah Datuk Mustaffa Ali, setiausaha Agung PAS yang tahu akan perihal itu.

Untuk tidak menghampakan harapannya penulis jawap: calonnya muslimah, kerana Mustaffa Ali ada sebut dalam kenyataannya bahawa calon DUN tenang terdiri daripada dua orang yang disenarai pendek, iaitu pemuda dan muslimat.

Soalan yang diacukan kepada penulis dah lama dah sebelum Mustaffa Ali buat kenyataan pasal calon Pas di DUN tenang lagi.

Tinjauan rambang yang penulis buat sah calon Pas di tenang seorang muslimah yang sangat gigih malah dia adalah ketua muslimah PAS Kawasan Labis.Betul atau salah itu hanya ramalan cetek penulis.

Beliau seorang yang sangat komited dengan perjuangan Islam dan sesuai diangkat sebagai calon serta sangat diminati para pemimpin PAS di peringkat negeri dan pusat.

Sama ada betul atau sebaliknya, itu hanya telahan penulis dengan sedikit ilmu dan pengalaman sebagai penulis bebas selama 40 tahun.

Sunday, January 9, 2011

Di mana tidak kena pelantikan Khusrin sebagai SUK

Penulis menulis bahawa pelantikan Kusrin sebagai SUK tak perlu diragui lagi, kerana hak pelantikan SUK adalah hak suruhanjaya perkhidmatan Awam (SPA).

Kerajaan Salangor tak perlu ragui,kehendak undang undang, tapi boleh tidak setuju dan mempertikaikan pelantikan Kusrin sebagai SUK.

Mengapa tidak? Kusrin masih belum layak memegang jawatan SUK, kerana beliau berpangkat JUSA C. Lebih lebih lagi ada dua orang lagi yang berpangkat JUSA B yang wajar dilantik sebagai SUk Selangor.

Disinilah yang tak kena dan kerajaan Selangor harus mempertikaikan mengapa seorang penjawat awam bertaraf JUSA C dilantik menduduk jawatan teratas dalam kerajaan Selangor.

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa pelantikan itu agenda tertentu, terutama sekali untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Oleh itu, jangan sekali sekali terperangkap dengan tindakan kerajaan pusat yang diterajui Perdana menteri ke 6 ini.

Jika silap langkah kemungkinan akan berlaku sepertimana pernah berlaku pada kerajaan Kelantan yang dijatuhkan menerusi perisytiharan darurat.

Jadi jangan sekali sekali mengambil tindakan mahkamah sepertimana yang disarankan oleh pakar undang undang UIAM Profesor Dr Abdul Aziz Baru itu. Ingat kes Perak.

Tindakan mahkamah adalah jalan mudah pihak kerajaan pusat menjatuhkan kerajaan Selangor. Buktinya apa yang pernah berlaku kepada kerajaan PR Perak yang mana segala galanya seratus peratus berpihak kepada kerajaan Pusat.

Awas jerangkap Umno/BN itu.

Thursday, January 6, 2011

Pendidikan seks ilmu menjauhi zina?

Barangkali perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak setuju bahawa pendidikan seks ilmu menjauhi zina.

Kalau dia tidak setuju mana mungkin pendidikan seks sudah jadi mata pelajar disekolah ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi menteri pelajaran.

Perdana Menteri tak mahu ekperimen(perubahaan)bermakna dia anti-ekperiman atas apa apa projek yang dilaksanakan , sedangkan pendidikan seks itu sendiri adalah suatu percubaan untuk menjauhi zina.

Setakat hari ini tiada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjauhi zina, malahan berani kita katakan kerajaan berusaha keras untuk menghampiri zina.

Mengapa tidak? Penjualan arak dilakukan secara bebas sebebas bebasnya, sedangkan arak itu sendiri dikenalpasti ibu segala kejahatan.

Dengan kata lain araklah punca manusia melakukan zina. Jadi macam mana pendidikan seks yang diajar disekolah itu boleh jadi ilmu menjauhi zina.

pendidikan seks yang telah diajar disekolah Negara orang kafir punca pelajar melakukan seks bebas.

Menurut satu kajian sejumlah 30 murid sekolah hanya seorang saja yang tak melakukan seks selepas memperlajari pendidikan seks.

Menurut kajian itu lagi, mereka itu anak ibu bapak yang kuat pegangan agama kristian.

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa penagan agama boleh menjauhi zina (istilah islam) atau seks bebas (istilah kafirsme).

Oleh itu penulis berani berkata pendidikan seks yang diajar disekolah itu bukan ilmu untuk menjauhi zina malahan ia merupakan ilmu untuk menghampiri zina.

Cuba kita bayangkan apa akan jadi kepada pelajar apabila membicara secara terbuka atau disebut sebut alat kelamin yang merupakan barang rangsangan seks seseorang.

Sejarah telah membukti suara perempuan mudah mempesona setiap lelaki disamping melihat bentuk organ seks yang disuruh oleh Allah supaya ditutupi dengan istilah menutup aurat.

Sehubungan dengan itu Allah memerintah kita memerlihara kemaluan dengan tujuan untuk menjauhi zina atau jangan kamu menghampiri zina agar tidak disentuh api neraka.

Sunday, January 2, 2011

Rakyat Malaysia: SUDAH, SUDAHLAH...AMBIL SAJALAH YANG JERNIH

Rakyat Malaysia: SUDAH, SUDAHLAH...AMBIL SAJALAH YANG JERNIH

PELANTIKAN KHUSRIN TIDAK PERLU DIRAGUI ?

Saya setuju Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui, kerana kuasa pelantikan pejawat awam di negeri Selangor hak suruhanjaya perkhidmatan awam.

Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyebut jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri perlu diwujudkan, dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan.

Mengapa? Kerana negeri Selangor tidak punya suruhjaya perkhidmatan negeri (SPN) jadi mahu tidak mahu kenalah terima seadanya, bukan sepertimana kata Prof Madya Dr Ahmad Nizamudin pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas.

Tidak dinafikan memang penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan professional dalam melaksanakan tugas. Tapi pelantikan itu adalah hak kerajaan pusat menerusi suruhjaya perkhidmatan awam bagi negari negeri yang tidak ada suruhanjaya perkhidmatan negeri (SPN).

Oleh itu dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Kursin itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) sangat berasas bukan intepretasi yang tidak boleh dijadikan asas, malahan ia suatu yang reality yang menjadi amalan selama lamanya menerusi prosedur yang dibenarkan.

Walaupun hak kerajaan pusat melantik SUK kerajaan negeri yang tak punya suruhjaya perkhidmatan negeri (SPN)sewajarnya diadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan negeri agar tidak berlaku rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu.

Lebih lebih lagi pelantikan SUK seumpama itu membuat kerajaan PKR Selangor berasa tercabar kerana lantikan itu dibuat di luar pengetahuan mereka, sedangkan SUK mesti seorang penjawat awam yang dap memenuhi piawai integrity dan professional.

Oleh itu, adalah tersangat wajar Kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa pelantikan Mohd Khusrin, yang mendapat perkenan Sultan Selangor,di pertikaikan kerana tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Jika kerajaan pusat ada integriti dan professional wajar akur dengan pertikaian pelantikan SUK oleh kerajaan negeri miskipun kuasa melantik pejawat awam negeri Selangor hak kerajaan pusat agar tidak berlaku kekecuhan yang sentiasa cuba dikeruhkan.