Wednesday, February 23, 2011

Mengapa Tun Musa hitam letak jawatan timbalan perdana menteri

Saya menyatakan dalam Tulisan lepas bahawa Tun Mahathir Mohammad sedang cuba membersihkan dirinya yang terlalu sangat kotor ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu.

Kini kelihatan ada kebenarannya . Mengap tidak? Tun Mahathir sudah membuat pengakuan bahawa dia sememangnya pernah cuba untuk memansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA) dan berkata bahawa polis tidak setuju.

Pengakuan seumpama ini macam main wang atau satu lakonan saja, kerana apa ada kena mengena dengan kuasa polis untuk menghapuskan ISA.sedangkan dia sendiri sebagai menteri dalam negeri.

ISA dibuat dan diluluskan oleh parliman bidangkuasa penuh dibawah kementeri dalam negeri dan kuasa ada pada perdana menteri

Semenjak beberapa hari ini Tun Mahathir sentiasa mengaku sememang dia seorang bekas PM Malaysia yang baik dan prihatin.

Baru baru ini Mahathir mengaku sememangnya dia pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)tanpa menyedari punca Tun Musa letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri,kerana dia berkata pembunuhan di Memali itu saya tak suruh awak yang lakukan.bermakna bukan arahannya, tapi Tun Musa yang pandai pandai.

Semasa menjadi timbalan perdana menteri waktu Tun Hussein Onn jadi perdana menteri dia telah membebaskan tahanan ISA seramai 60 orang tak salah saya,tanpa rujuk dulu kepada BOSnya.

Tindakan Tun Mahathir ketika menjadi Timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri menyebabkan Tun Hussein Onn murka, lantas meletakkan jawatan dan menyerah jawatan perdana menteri kepadanya.

Namun dakwaan dia membantah penahanan seramai 106 orang, sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA diISAkan semacam wajar serta boleh diterima akal, tapi bantahan itu suatu tindakan mentempek perdana menteri yang bercuti di London agar tercabar kedudukanya .

Yang peliknya pihak Polis menerusi bekas ketua polis Negara Tun Haniff Omar menafikan dakwaan bahawa dia pernah cuba memmasuhkan ISA, kerana polis tidak ada kuasa dalam hal akta tersebut .

kemungkinan besar Selepas ini Mahathir akan mengaku sememangnya bukan dia yang mengarahkan membunuh Ibrahim Libya jika melawan dan dan sebaliknya menafikan sekeras kerasnya terhadap tindakan Tun Musa itu.

Arahan bunuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan oleh Tun Mahathir Mohammad ketika operasi pengangkapan dibuat di rumah kediaman di Damansara jika Anwar melawan.

Friday, February 18, 2011

Mengkafirkan orang Islam,dia jadi kafir?

Dahulu kebanyakan orang Melayu, terutama Melayu Umno kurang faham dengan hukum kafir mengkafir yang dijadikan isu oleh para pemimpin kerajaan umno /BN.

Alhamdulillah sejak isu itu dimainkan tak berhenti henti nampaknya sudah difahami kebanyakan orang melayu termasuk melayu umno sendiri.

Tun Mahathir Muhammad cuba ungkit semula isu kafir mengkafir dengan tujuan agar nama baik musyidul Am PAS tercalar agar namanya jadi bersih.

Untuk memahaminya tak payah.mudah saja. Mengapa gusar,kerana sudah ada hukum yang telah ditetap oleh Allah.

Allah sudah tetap hukumnya, Barangsiapa mengkafir orang Islam, maka dia yang mengkafir itu jadi kafir.Tak kira dia seorang tok guru kea tau sebagainya.

Akan tetapi kita kena ingat, barangsiapa tak mengkafirkan orang kafir, dia juga jadi kafir, kerana dia kafir mana mungkin mengatakan dia tak kafir, sedangkan dia kafir musuh Allah.

Jangan susah. Kalau kita tak kafir mengapa takut.Bukankah mereka yang mengkafirkan kita,jika kita tak kafir mereka itu jadi kafir.

Mungkin ini hanya salahfaham kita saja.mereka berkata apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dengan tujuan si anu adalah kafir kerana ingkar dengan perintah Allah. Mereka bukan buat pandai pandai dalam perkara kafir mengkafir ini.

Jika kereta ciptaan manusia ada jenama tertentu, mustahil manusia yang dicipta berbangsa bangsa dan berpuak puak ini tak ada jenama. Kalau tiada jenama khusus manna mungkin kita boleh kena mengena satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: barangsaiapa meninggalkan solat dengan sengaja, kafir.

Tak dinafikan ada ulamak yang mengatakan tak sampai jadi kafir , jika mereka tak berkata solat tak wajib baginya.

Itu adalah soal pendapat hasil pemahaman (perbezaan pendapat) sesorang ulamak. Apakah kita manusia lebih bijak dan tahu berbanding Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah yang maha mengetahui itu.

Menyatakan barangsiapa tinggal solat dengan sengaja itu dikatakan bahawa Rasulullah SAW mengkafir orang Islam.

Kita kena ingat juga dengan ayat ayat Allah yang menyatakan ada umat islam pagi kafir, petang islam. Petang kafir, pagi Islam.Ini yang dinamakan kafir setelah beriman iaitu bukannya kafir sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia dapat kemurkaaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir pada hal hatinya dalam beriman (dia tak berdosa) tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar” (surah An nahl ayat 106)

Kafir, kafir ini ialah engkar dengan perintah Allah. Hari ini bukan main ramai orang yang mengaku Islam yang bukan saja ingkar,malah ada yang derhaka kepada Allah dan Rasul SAW. Serta tergamak mempersenda sendakan ajaran Islam.

Tun Dr Mahathir Mohammad sepanjang menjadi perdana menteri pernah mempersenda sendakan, termasuk antaranya mengatakan tak mandi mayat yang mati syahid kerana zaman dulu tiada air,kalau hukunm hudud dilaksanakan maka habis kudonglah tangan orang Islam.

Saturday, February 12, 2011

Ingat, benci dalam hati selemah lemah iman

Mungkin mereka tak tahu bahawa benci dalam hati itu selemah lemah iman sehingga tergamak mengatakan kita tak boleh benci atau marah dengan kerja terkutuk yang dilakukan oleh seseorang.

Atau mereka ada niat jahat dalam menyebarkan dakwah Islam dan sengaja membenarkan kerja terkutuk berlaku secara beleluasa dalam masyarakat.

Kalau benci dalam hati disebut oleh Rasulullah SAW selemah lemah iman bagaimana pula bagi mereka yang tak benci dan tak marah langsung dengan alasan ada kaedah lain untuk menyelamatkan mereka dari terus terbabit dengan kerja kerja terkutuk.

Dalam pasal benci dalam hati selemah lemah iman harus diambil berat oleh semua orang yang mengaku Islam agar kita berada dalam puak yang satu yang diterima oleh Allah, kerana umat Nabi Saw terbahagi kepada 73 puak yang dikenalpasti 72 puak lagi itu ditolak.

Kalau benci dalam hati selemah lemah ini pasti yang tak benci langsung dan tak marah langsung dengan maksiat mereka itu terdiri daripada orang yang tak ada iman.

Apabila kita sebut mereka tak beriman sudah tentu melenting kemarahan, kerana mereka menyangka mereka sudah beriman, sedangkan mereka belum diuji keimananya.

Kalau tak benci dan tak marah pada seseorang yang melakukan kerja terkutuk seseorang itu tak beriman langsung bagaimana pula yang membiarkan kerja terkutuk berleluasa dengan alasan apa boleh kita laku dan tiada seseorang yang mahu melakukan kerja itu selain daripada terpaksa atau dalam keadaan darurat.

Tindakan ini jelas menyalah takdir Allah dan apa pula hokum mereka yang menyalahkan takdir Allah itu, sedangkan adanya kerja lain yang boleh dilakukan untuk menyara hidup keluarga.

Bagaimana, bagi mereka yang buat“ikrar” bahawa kerja terkutuk yang dilakukan itu harus atau boleh kerana darurat dan j kaedah lain untuk kita menyelamatkan mereka yang seronok dengan kerja terkutuk itu.

Kalau tak benci dan tak marah seseorang itu mereka tergolongan dalam golongan orang orang tak ada iman langsung, apa tah lagi bagi mereka yang menghalalkan perkara perkara haram?

Sunday, February 6, 2011

Hendak balik kena tanggung sendiri?

Dalam TV di Malaysia diwar warkan bahawa perjalanan evakuasi pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan pusat.

Barangkali puluhan juta tahniah dilaungkan kebanyakan rakyat Malaysia dan percaya bulat bulat, malahan ucapan syukur serta jutaan terima kepada kerajaan Malaysia yang sangat prihatin dengan pelajar yang belajar di Mesir dek terperangkap dengan demontrasi menguling presiden kuku besi selama 30 tahun itu.

Tidak dinafikan perkembangan tindakan Kerajaan Malaysia dalam misi menyelamat pelajar-pelajar Mesir sangat memberangsangkan.Tapi apakah benar perjalanan evakuasi pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan pusat.

Sehunbungan dengan itu,kerajaan kita akan selesai memindahkan pelajar ke Jeddah pada hari Ahad ini dan boleh dikatakan kebanyakan rakyat Negara ini mengucap Tahniah demi tahniah, terutama sekali para ibu bapa pelajar yang terbabit.

Malahan kebanyakan para ibu bapa tak lupa mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri A. Kohilal dengan komitmen yang diberikan dan kelihatan para pelajar sangat gembira serta melaung laungkan ucapan terima kepada perdana menteri Mohd Najib Razak yang tidak terhingga.

Saya telah diberitahu oleh ayah salah seorang pelajar yang telah selamat sampai di Jedah pada 5 February 2011 sebagai khabar dari anaknya bahawa jika mahu pulang tambang kena tanggung sendiri.Itulah kata kata yang diucapkan kepada saya.

Katanya lagi, cuma pindah dari Khaerah ke Jeddah sahaja di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Ini cerita perbualan melalui hubungan terus dari Kuala Terengganu ke Jeddah oleh salah seorang ayah yang meminta anaknya pulang ke Malaysia kerana university tempat anak perempunnya belajar diumum bercuti selama tiga bulan.Ada univesiti yang umum bercuti selama enam bulan.

Kebanyakan pelajar diberitakan enggan pulang ke Malaysia, kerana sayang dengan kedudukannya. Tapi apa boleh mahu tak mahu mesti kena pulang juga,kerana university umum bercuti.

Saya tidak tahu yang mana satu betul, sama ada cerita pelajar Mesir yang juga menyatakan segala kos ditanggung oleh Kerajaan Malaysia atau pulang kena tanggung sendiri?

Saya tak mahu prejudis dalam kes ini, tapi pengalaman telah mengajar kita bahawa itulah mainan politik kerajaan Malaysia dalam menawan hati rakyat.

Thursday, February 3, 2011

Tun Mahathir Mohamad punca masa depan orang Melayu gelap

Cakap memang boleh dan mudah,tapi praktisnya mustahil.sebab itu masa depan orang Melayu jadi gelap.

kenapa? pasal mereka tak dapat pertunjuk daripada Allah. Maka macam mana hendak berjaya.

Kebanyakan Pertunjuk, ialah pertunjuk iblis.sebab itu para pemimpin Negara halalkan rasuah dan halal riba.

Bagi saya pilihanraya tak boleh menjatuhkan pemimpin jahat dan juga tak boleh menaikkan orang baik, kerana orang jahat lebih ramai berbanding orang baik.sebab itu orang jahat tak jatuh jatuh sebaliknya orang baik jadi mangsa.

Lihat Tun Mahathir Mohammad. Berapa lama jadi perdana menteri, sedangkan dialah punca orang Melayu hidup dalam kegelapan.Dialah punca masa depan orang Melayu jadi gelap.
Pasal rasuah beliau sendiri pernah berkata, jika tak ambil maka orang lain yang akan ambil. Bermakna rasuah halal dan riba pun halal.

Sesungguhnya pembangunan negara semasa Tun Mahathir jadi perdana menteri jelas tak seimbang dengan kadar pendapatan rakyat. Sebab itu satu pihak saja yang kuasa ekonomi Negara. Manakala orang melayu ketinggalan jauh dibelakang sehingga hari ini.

Habis tanah milik Melayu d ibu ibu kota diambil untuk tujuan pembangunan konon, tapi melayu dipinggirkan.

Lihat Kuala Lumpur, lihat Johor Baru lihat Pulau Pinang Lihat Ipoh, lihat Alor Star lihat seremban lihat Kuantan, lihat Melaka,Lihat Kuala Terengganu.

Apa sudah jadi pada orang melayu, Siapa puny angkara? pasti Tun Mahathir dan kucu kucunya. Atau leihat jelas Umno/BN.

Saya tegaskan bahawa pilihanraya tak boleh jatuhkan pemimpin yang jahat dan juga tak boleh naikkan pemimpin yang baik. Lebih lebih lagi peratus orang jahat lebih ramai berbanding orang baik.

Yang paling malang sekali perkara baik dianggap buruk dan perkara buruk dinggap baik.

Inilah pertunjuk iblis.

oleh itu kita kena ingat dengan ayat Allah yang berbunyi" Wallahu la yahdi qauman fasikin, zolimin, munafikin dan kafirun.