Sunday, June 26, 2011

Antara kerajaan dan Umno bertopengkan Islam

Kebetulan ada pengalisis politik di negara kita mengatakan parti AKP Turky adalah parti "Islam" yang bertopengkan "liberalisme".

Bercakap pasal topeng, saya masih belum lupa yang PAS pernah dituduh parti bertopengkan Islam suatu ketika dulu.
Oleh itu saya berani mengatakan umno parti "kebangasaan" yang bertopengkan "Islam".

Sangat wajar kerajaan malaysia 1 malaysia yang diperintah umno/BN bertopengkan "Islam".

Atas sebab itulah Datuk Seri Mohd Najib Razak mendakwa kerajaan yang diterajuinya adalah kerajaan kebajikan selama lamanya.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan malaysia adalah sebuah kerajaan kebajikan, tetapi bertopengkan Islam ciptaan sendiri.

Kenapa saya berkata demikian? kerana Islam berpecah kepada 73 puak.

Umno dipihak yang lain. PAS dipihak yang lain. PKR dipihak yang lain. KITA di pihak yang lain.

Dengan kata lain, parti parti tersebut jelas dan nyata berbeza satu sama lain.
Umno melalui ulamaknya mengatakan memberi lessen judi dan arak bukan bermakna menghalalkan. Manakala Pas pula tetap mengatakan melesenkan arak dan judi menghalalkan yang haram.

Maka kebajikan yang masing masing dakwa itu jelas dan nyata berbeza, Ada yang bertopengkan islam, ada yang bertopengkan "sekular" dan ada yang bertopengkan "liberal". Ada yang bertopengkan "pragmatik".

Betapa hebatnya umno suatu ketika sehingga tergamak menjenamakan "loteri" sebagai “loteri kebajikan”.

Tak mustahil ada kalangan umno yang menjenamakan “rasuah” sebagai "hadiah" untuk menghalalkannya.
Ini telah dijelaskan oleh Perdana menteri ke-6 bahawa perhimpunan agung umno yang lepas bersih.bermakna tak ada rasuah konon.

Apatah lagi Riba dan saham yang dijenamakan sebagai "saham syariah" atau bukan “riba” dilaksanakan atas jenama perbankan Islam yang disyariahkan.

Monday, June 20, 2011

DR Asri cuba pertahan utusan dan membela Umno?

Dr. Mohd Asri Zainl Abidin, bekas mufti Perlis berkata, “Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam”.

Tetapi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam syarahan kuliah Jumaat 17 Jun 2011, Jam 9.30 pagi mengatakan Utusan Malaysia menghina Islam lantas diadakan majlis membaikot akhbar milik umno itu.

Jika berdasarkan pendapat Dr Asri, bermakna sah kartunis itu terkeluar daripada Islam iaitu Kafir.

Kata, Dr Asri pula, “Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah”.


Kata Dr Asri lagi, “Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar”.

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa ada tiga hal dalam konsepsi dakwah. pertama kartunis itu keluar daripada Islam. kedua, mendapat pahala kerana bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan zina dan rogol.Ketiga, kartunis itu berdosa besar kerana bertujuan membohongi faktar sehingga menimbulkan salah sangka.

Pada saya, Dr Asri cuba mempertahan utusan Malaysia yang diserang begitu rupa dan membela Umno yang jelas para pemimpinnya bukan saja pernah menghina Islam malah tergamak mempersenda sendakan hukum hudud tidak lama dahulu.

Tuesday, June 14, 2011

Negara Islam adalah negera kebajikan

Kita tak nafi dengan apa yang diperkataan oleh Datuk Seri Najib Razak bahawa Negara ini adalah Negara berkebajikan.

Mengapa? Kerana kerajaan Umno/BN sudah sekian lama melakukan kebajikan. Malah sudah ada menteri kebajiklan dan juga jabatan kebajikan untuk membantu rakyat, termasuk rakyat yang mampu disamping yang tak mampu.

Yang paling ketara sekali kerajaan umno/ BN telah mengujudkan “loteri kebajikan” dengan tujuan bahawa inilah kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan konon.

Tak salah ingat saya, sebuah masjid di negeri Perak dibina mengguna “wang haram” mungkin termasuk hasil loteri kebajikan yang sudah dimansuhkan itu.

Sekali lagi saya kata kita boleh setuju dengan perdana menteri bahawa Negara ini adalah Negara kebajikan yang bercanggah dengan kebajikan Islam atau dengan kata lain kebajikan Islam palsu yang dijadikan amalan sekian lama.

Mengapa saya boleh setuju, kerana Negara China kominis juga ada kebajikan terhadap rakyat yang hidup miskin.

Tak mustahil umno/BN melaksanakan kebajikan, tetepi yang dilaksanakan itu bukan kebajikan yang danjurkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat sahabat waktu memerintah Madinah.

Saya dah kata sesungguhnya negera berkebajikan utarakan ini akan ditolak bulat bulat atas sebab "tak faham" apa dia negara "berkebajikan" menurut perspektif Islam tulen.

Saya tak hairan dengan pandangan Datuk Seri Najib, kerana Tok Gurunya Tun Mahathir yang bijaksana juga tak faham negara kebajikan.Sama ada dia buat buat tak faham atau sengaja menolak kebenaran Islam, itu hal dialah.

Tun Mahathir yang bijaksana tak faham apa dia negara Islam tulen, kerana beliau selama lamanya menolak dan tidak berpegang dengan wasiat yang ditinggalkan oleh Nabi SAW iaitu Al Quran dan Sunnah.

Kita tak nafi memang negara malaysia juga negara islam, tetapi Negara Islam palsu ala Malaysia yang bermazhab "murji'ah" dan jahilah yang juga Islam dari pecahan 73 puak itu.

Saya setuju, kerana Islam perpecah kepada 73 puak. Tapi kena ingat, cuma satu saja yang diterima Allah iaitu yang ikut Rasulullah SAW.Manakala yang lain itu sesat lagi menyesat.

Nak beritahu bahawa megara kebajikan ialah negara Islam tulen seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW dan sahabatnya ketika memerintah Madinah.

Dengan kata lain negara islam adalah negara berkebajikan, bahawa Perdana menteri membebankan dirinya dan juga kelurganya dengan berkorban, ia dan keluarga sanggup menjerut perut, sedangkan rakyat hidup kekenyangan.

Perdana menteri sanggup tidur diatas tanah, memakai baju yang kasar dan sanggup buat apa (korban apa saja) demi rakyat, agama dan negara.

Perdana menteri merasa cukup bahagia dengan apa yang ada pada diri. Tidak gila kuasatak rakus dengan mengumpulkan harta sebanyak mungkin yang mampu sepertimana yang dijadikan amalan para pemimpin umno.

PAS hanya sebuah parti politik sebagai wadah yang dasarnya menjurus kearah mendaulatkan Islam.

Tak pasti pemimpinnya boleh melakukan apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar ketika menjadi khalifah.

Demikian juga parti UMNO yang dasarnya memperjuangkan nasib orang Melayu.

Atau dengan kata lain, membela Melayu. Tapi setelah diberi amanah untuk memerintah selama 50 puluh tahun lebih, jelas ia menjadi pengkhianat bangsa Melayu, Islam dan negara.

Pada saya, negara Islam adalah negara berkebajikan sepertimana yang negara Islam di zaman Nabi SAW dan sahabat.

Macam mana Datuk Seri Najib Razak boleh dakwa kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan berkebajikan, sedangkan subsidi beras , gula dan minyak ditarik punca harga beras gula dan minyak naik.

Kalau kerajaan yang ada sekarang ini keraajaan berkebajikan, jika beras gula dan minyak serta letrik naik mahu tak mahu mesti ada insentif lain untuk membantu dan menolong meringankan beban yang terpaksa di tanggung .

Misalnya. Kenaikan harga gula sesuai dengan slogan rakyat didahulukan parlu ada jenis gula lain yang harganya lebih murah selain gula sedia ada,ia itu gula yang diperbuat dari nira nipah ke. Demikian juga beras. Apa tah lagi minyak petrol.

Kerajaan harus ada insentif mengujudkan minyak RON lain selain Ron 95 dan RON 97 yang jelas kenaikannya menjadi punca kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Kerajaan mesti ada RON 93 yang harganya lebih murah berbanding RON 95 yang berharga RM1.90 satu leter dan RON 97 yang berharga RM 3.00.

Jika kerajaan boleh berbuat demikian ada kemungkinan dakwa an bahawa kerajaan yang memerintah sekarang sesuai dipanggil atau digelar kerajaan berkebajikan miskipun kurang menepati hakikat sebenar, kerana para pemimpin begitu rakus mengumpul harta.

Thursday, June 9, 2011

Apakah benar melayu jadi kuat Jika umno dan pas bersatu?

Kebanyakan orang Melayu di Negara ini percaya dan yakin “Melayu” akan kuat jika umno dan Pas bersatu. Betulkah begitu.

Persoalan yang timbul apakah benar begitu? Pada teorinya memang begitu. Tapi realitinya mungkin tak begitu.

Mengapa? keKuatan Melayu bukan duduk atas nama bersatu padu dan kelemahan Melayu bukan duduk atas nama berpecah, kerana bersatu dan berpecah itu adalah reality yang berlaku sebagai bukti sejarah manusia diatas muka bumi ini.

Saya yakin dan percaya kelemahan Melayu selama ini kerana “buta hati” dan “hati mati”. Inilah punca sebenar Melayu tak kuat.

Bayangkan jika para pemimpin Melayu terutama sekali umno terdiri daripada manusia yang” buta hati” dan “mati hati”.

Mereka bukan saja menjadi pengkhianat bangsa, agama dan Negara malahan boleh dokekategorikan sebagai pengkhianat diri sendiri kerana mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala galanya.

Kita lihat hari ini kebanyakan mereka yang diberi amanah untuk memerintah Negara mengkhianati amanah sehingga tergamak mengumpul seberapa banyak mungkin harta.

Ini juga membuat mereka lupa tanggungjawab sebagai pemimpin untuk memimpin rakyat menjadi manusia yang baik kepada Negara.

Oleh jangan diharap melayu akan jadi kuat hatta pas bersatu dengan umno sekali pun jika buta hati dan mati hati.

Ada sesetengah mengharap pemimpin Melayu yang ada sekarang akan sedari diri.
macam mana nak sedar kalau "hati sudah mati"

Mereka ini bukan "muslim", kerana muslim tak akan membiarkan hatinya mati.

Sayed Qutub pernah berkata,kelemahan umat Islam kerana mereka tolak Islam tulen.

Saya sangat sedih apabila ramai antara orang melayu menganggap umat Islam atau para pemimpin negara orang Islam (melayu) sebagai muslim.

Kalau dia muslim dia tak tolak Islam tulen dan tak tinggal solat lima waktu sehari semalam.

Macam mana nak kuat solat tidak, puasa tidak sedangkan puasa itu perisai muslim.Zakat pun tidak.

Tak dinafikan mereka terlalu kerap menuai haji dan umrah,sedangkan itu hanya bagi mereka yang mampu saja.Tak memapu tak mengapa.

Muslim, orang tak makan riba orang tak makan rasuah. Mereka patuh dengan perintah Allah.

Orang tak tinggal solat, kerana sengaja tinggal solat jadi kafir.
Kita juga kena ingat, Rasulullah SAW pernah menyatakan suatu masa nanti umat Islam laksana "buih dilaut".

Cuba kita bayangkan "buih". Barapa lama buih itu boleh bertahan.Kuatkah buih itu.

Buih jelas dan nyata tidak punya ketahanan.

Begitulah lemahnya umat Islam Melayu ini. Macam mana tak lemah dan macam mana boleh jadi kuat, sedangkan mereka tak ikut perintah Allah.

IKIM telah membuat kajian bahawa 80 peratus umat islam di negara ini tak solat.Bermakna hanya 20 peratus saja yang solat, sedangkan solat itu tiang agama.

Jadi macam mana nak jadi kuat sedangkan umat Islam(melayu ) tiada "tiang" untuk jadi kuat.

Lainlah jika ia "muslim" yang patuh dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW.

Realitinya memang begitu dek pemimpin yang tak mahu kepada ajaran islam yang syumul.

Oleh itu alangkah benarnya umat Islam, terutama Melayu dinegara ini ibarat kembiri tanpa kepimpinan.

saya tidak setuju kita menggunakan istilah muslim nations, kerana orang muslim adalah orang yang sangat dekat dengan Allah, miskipun belum jadi “mukmin”.

Dengan kata lain muslim adalah manusia yang sangat dekat hubungannya dengan Allah demikian hubungan sesama manusia.

Muslim manusia yang berjalan kearah beriman dan bertakwa yang dijanjikan Allah akan masuk syurga.

Bagi saya kebenaran adalah suatu yang asas dalam tabiat alam ini dan sesuatu yang mendasari kewujudan segala yang ada di alam ini. Oleh itu kita sama sekali tidak boleh menolak kebenaran Allah.

Hari ini 80 peratus orang Melayu di Negara ini menolak kebenaran yang menjadi punca kelemahan yang sangat ketara.

Bayangkan jika negara itu diperintah oleh muslim mana mungkin menolak perlaksanaan hukum hakam Allah.

Inilah punca Melayu lemah. Kelemahan ini terus menerus berlaku hatta Umno dan PAS bersatu sekalipun.

Thursday, June 2, 2011

Betulkah ada ulamak yang tak faham jemaah?

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS Malaysia berkata "ada ulamak yang tak faham jemaah" dalam ucapan dasar muktamar PAS kali ke 57 di Taman Melawar Kuala Lumpur.

Jika benar ada, adakah layak kita gelar mereka yang tak faham jemaah itu sebagai ulamak baik sepertimana yang pernah disebut bahawa ulamak itu terbahagi kepada dua golongan.

Dua golongan yang dimaksudkan itu satu,ialah golongan ulamak” baik” dan dua, ialah golongan ulamak “jahat”.

Lazimnya yang baik saja yang faham jemaah dan yang jahat bukan tak faham tetapi mereka sengaja menolak dan menyembunyikan kebenaran.

Oleh itu, kita kena buat penjelasan supaya apa yang dikatakan oleh presiden itu dengan status kedudukan ulamak jelas sejelasnya.

Apabila sebut saja ulamak mereka memahami bahawa mereka juga ulamak yang harus menjadi rujukan kepada umat Islam, sedangkan mereka itu jelas boleh menyesatkan umat islam di Negara ini.

Presiden PAS kena melakukan penjelasan agar rakyat dan umat Islam benar benar faham mengenai status kedudukan ulamak.

Kalau tak berbuat demikian rakyat dan umat islam akan menerima saja pandangan pelbagai ulamak hatta ulama itu ulamak jahat yang cuba menyembunyikan kebenaran islam.

Kita juga sangat bimbang dengan penejelasan yang tak tiada kejelasan ini nanti bahawa tangkapan ulamak yang faham jemaah itu masih dianggap ulamak baik, sedangkan merekalah penghalang kebangkitan islam tulen di negara ini.