Thursday, March 29, 2012

Bukan mudah untuk selesaikan kemelut Kerajaan PAS Kedah

Ramai orang PAS Terengganu tanya saya pasal kemelut yang berlaku di Kedah itu, dikatakan sudah seelesai.

Bagi penulis, bukan mudah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.Lebih lebih lagi dua orang exco salah seorang pernah disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar bagi mengganti ustaz Azizan Razak.

Ustaz Azizan Razak sepanjang yang penulis kenal,i tak mudah tunduk dan akur dengan keputusan Pas Pusat yang cuba memasukkan semula senarai nama untuk dilantik sebagai exco.

Demikian juga dua orang exco yang tidak akan mengalah dengan tuntutan dan kehendak masing masing.

Kita sedia maklum kemelut yang berlaku berpunca daripada ketidakserasian pendapat yang masing masing ada hujah dan mempertahankannya.

Inilah benda yang membuat kemelut kerajaan PAS Kedah tak boleh selesai miskipun sesetengah mengatakan sudah selesai.

Penulis setuju selesai itu hanya diatas kertas sepertimana yang diputuskan oleh mesyuarat Pas Pusat dua tiga hari lepas.

Keputusan yang dibuat oleh PAS pusat itu kurang bijaksana, kerana dua orang exco sudah menolak dari dilantik semula.

Sangat tidak wajar memasukkan senarai orang yang sudah menolak dilantik semula itu.Bayangkan perasaan dua exco yang menolak dilantik semula tiba tiba PAS pusat buat keputusan mesti dilantik semula.

Dua orang exco itu bukan malaikat. Kedua dua itu adalah manusia biasa yang punya citarasa yang tidak boleh dinafikan pasti berbangga,kerana pas pusat sudah membelanya.

Bayangkan apabila PAS pusat duduk dibelakangnya. Ustaz Azizan Razak miskipun PAS Pusat ada dibelakangnya juga, tetapi ada sedikit sedeh apabila orang yang bercanggah pendapat dengannya diberi pembelaan.

Mereka bukan berada dizaman Nabi Mohammad SAW yang seratus peratus tunduk dan akur dengan keputusannya.

Hari ini masing masing ada pandangan sendiri dan boleh berkata eh dan ah kepada pucuk kepimpinan parti.

Sunday, March 25, 2012

Ahmad Said tak minat dunia pendidikn?

Ramai orang Terengganu tak tahu pasal misi Ahmad Said yang menamatkan pinjaman 6 orang pelajar yang terbabit dengan perhimpunan bersih 2.0 dulu.

Anda boleh lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Idris Jusoh ketika menerajui Terengganu 2004/2008 dulu.

KUSZA (kolej sultan Zainal Abidin) Gong Badak dijual kepada kerajaan pusat dijadikan university Darul Iman (UDM). Kolej Yayasan Terengganu Cendering di jual kepada UITM.

Ini menandakan tiada minatnya peneraju kerajaan negeri Terengganu pada dunia pendidikan yang menjadi asset penting kepada negari kaya rakyat miskin ini.

Demikian juga Ahmad Said. Beliau boleh dikatakan dua kali lima dengan Idris Jusoh dalam dunia pendidikan negeri Terengganu.

Kalau Ahmad said benar benar berminat dengan dunia pendidikan sudah barang tentu sebaik saja dilantik menjadi menteri besar pasti diadakan tapak baru bagi Kolej sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu untuk memberi peluang kepada rakyat negeri ini melanjutkan pelajaran.

Pada penulis, Yang diminatinya ialah membina jalanraya jalanraya dan jambatan jambatan yang harganya terlalu mahal berbanding dengan harga sebenar tanpa mengambil rampas tanah macam yahudi sekalipun.

Pada pengetahuan penulis Untuk membina sebuah kolej hanya menelan kos RM 50 juta saja. Tidak lebih RM 100 juta.Tapi membina sebatang jalan dari Jeram ke Teluk Pasu sepanjang 5.6 kilo meter kosnya RM 250 juta. Sebuah jambatan se kankang gajah kosnya RM 210 juta.

Beliau tak fikir pasal peluang anak anak rakyat untuk melanjutkan pelajaran apabila gagal memasuki mana metrikulasi kerana SPM rendah. Kalau dulu Terengganu ada dua buah kolej yang boleh menampung pelajar pelajar yang gagal.

Beliau juga tak fikir bagaimana cara untuk memberi ruang dan peluang pekerajaan dalam bidang pendidikan kepada sisawazah lepasan university tempatan yang masih ramai tak dapat kerja.
Atau dengan kata lain betapa ramainya siswawah rakyat Terengganu yang menganggur.

Beliau juga tak pernah fikir pasal pensyarah UITM yang kena buang kerja dan bermasalah, kerana tak ada ijazah master yang menjadi syarat layak sebagai
pensyarah tetap dan mengekalkan jawatan serta berpencen.

Kalau beliau benar benar berminat dengan pendidikan sudah tentu sebaik saja menerajui Terengganu selepas pilihanraya umum ke 12 berusaha membina kolej Sultan Zainal Abidin dan kolej Yayasan yang dijual oleh Idris dulu itu.

Inilah satu satunya tanda orang yang tak berminat dengan dunia pendidikan untuk memberi peluang anak anak rakyat Terengganu melanjutkan pelajaran setelah gagal memasuki mana mana kolej metrikulasi yang semakin hari semakin ketat syaratnya itu.

Apa akan jadi dengan pelajar SPM yang dapat 4 A dan 3 A tak dapat masuk metrikulasi.

Kalau ada kolej yang dibina oleh kerajaan negeri pasti mereka dapat peluang melanjutkan pelajaran keperingkat yang tinggi menerusi diploma yang diperolehi itu.

Berapa ramai anak anak rakyat Terengganu yang ada cita cita untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi, terpaksa bekerja di pusat pusat beli belah atau dikedai kedai pakaian yang jelas telah menyekat peluang mereka melanjutkan pelajar keperingkat lebih tinggi.

Sekarang Ahmad Said telah, sedang dan akan merancang seberapa banyak jalan dan jambatan yang dibina demi kepentingan diri sendiri dan kroni tanpa mempendulikan tentang pendidikan anak anak rakyat Terengganu.

Thursday, March 22, 2012

Najib takut kalah PRU13

Ramai orang duduk cakap, Najib perdana Menteri satu Malaysia takut kalah dalam PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja dari sekarang.

Memang dia takut sungguh miskipun kelihatan dia dua tiga hari ini begitu gembira.Malah beliau yakin BN boleh menang besar dalam PRU 13 ini.

Bayangkan kalau ditakdirkan kalah sungguh.Jadi perdana menteri boleh buat apa saja,kerana segala gala ditanggungg penuh oleh kerajaan. Ada jet khas boleh pergi kemana mana saja.

Nak membeli belah, baik isteri boleh pakai jet kerajaan. Bukan dia seorang saja yang dapat manfaat malahan anak beranaknya juga boleh pakai jet kemana saja nak pergi.

Tidur dihotel. Boleh pilih hotel ratusan ribu ringgit satu malam ke.Boleh buat apa saja yang dia suka. Pendek kata serba serbi mudah apabila jadi perdana menteri. Jika kalah habuk pun tak ada.

Najib tak wajar takut kalah, kerana segala program yang dilakukan pasti rakyat akan undi BN.mengapa tidak. Bayangkan apa yang dilakukan sekarang ini membuat rakyat gembira dan bahagia serta bersyukur dan kenang jasa.

Pada penulis, jika benar Najib takut kalah dalam PRU 13 nanti, bermakna dia tak yakin dengan program “beli undi” sejumlah Rm2.6 bilion yang telah dilaburkan itu.

Penulis pernah sebut program bantuan RM500 kepada isi rumah itu adalah rasuah yang jelas haram hukumnya.

Kerajaan yang diterajui Najib telah mengkategorikan” rasuah” sebagai “jenayah” yang patut dibenteras. Atau dengan kata lain, “jangan memberi” dan “jangan menerima”,kerana memberi adalah jenayah dan menerima juga jenayah..

Dalam Islam memberi dan menerima hukumnya dosa dan haram. Tapi yang peliknya ada yang mengatakan istilah rasuah adalah jenayah tapi dijadikan amalan untuk meraih undi rakyat.Atau dengan kata lain membeli undi sedang berjalan dengan lancar.

Pada penulis, Najib sepatutnya tak takut kalah sebaliknya merasa gembira dan ceria sepertimana yang lakonkan dua tiga hari ini. Apa tidak nya, wang RM 2.6 bilion yang dilaburkan itu punca umno/BN akan menang besar dan bergaya dalam PRU 13 nanti.

Wahai Mohd Najib Razak, yakinlah. 5 juta isi rumah yang menerima wang bantuan RM 500 itu tak mungkin menghampakan harapan dan tak akan diberikan undinya pada pakatan rakyat.Percayalah.

Percayalah. Lebih lebih lagi pakatan rakyat bukan parti yang kuat,kerana berada dalam delima yang sukar diselesaikan.Lebih lebih sudah ramai kawan jadi lawan sepertimana yang dilakukan oleh Raja Putra Kamaruddin terhadap Anwar yang ditakuti itu.

Serangan Raja putra Kamaruddin sah boleh menjejaskan nama baik ketua pembangkang dan membuat penganalisi politik tanah air membuat ramalan UMNO/BN boleh menang 2/3 dalam PRU 13 nanti. Ini membuat Najib yang takut kalah jadi gembira dan berbangga besar.

Monday, March 19, 2012

Datuk Seri Ahmad said dibenci orang UMNO?

Rasa rasa tak masuk akal seorang menteri besar dihati rakyat dibenci demikian rupa. Mana mungkin seorang menteri besar yang banyak menolong orang umno negeri kaya rakyat miskin dibenci.

Nak kata tak masuk akal, macam masuk akal, kerana saya sendiri yang dengar cerita ini. Perkataan benci keluar dari mulut kebanyakan orang umno Terengganu kini.mengapa sebabnya saya tak tahu.

Dimana silap Ahmad said, sehingga membuat kebanyakan orang umno naik benci.sesetengah ada yang melaut apabila di sebut namanya.

Betul ke begitu. Kalau tak betul mana mungkin desas desus itu tersebar begitu meluas sehingga tak tertapis dibuatnya.

Nak kata fitnah, fitnah apakah namany. Kan berlaku sesama sendiri. Lebih lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah hampir dekat.Tak takut kalah ke?

Sehubungan dengan itu, sesetengah yakin pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada Jun ini. Sebaik saja tamat sesi sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Ini cakap orang umno. Bukan cakap orang PAS yang sememangnya menjadi musuh nombor satu Ahmad yang banyak melakukan kezaliman sepanjang menerajui kerajaan Terengganu.

Dulu Datuk Seri Idris Jusoh pernah melakukan kezaliman terhadap orang PAS sehingga lot lot tanah yang diluluskan oleh kerajaan PAS diambil balik dengan alasan tanah yang dibahagikan itu sudah tamat TOLnya.

Bukan setakat itu saja, malahan tanah yang diluluskan dan dah dibayar perimium dan ada gerannya juga diambil balik dengan memansuhkan nama pemilik di dalam system komputer.Apabila nak bayar cukai nama tiada.

Jika tindakan yang dilakukan oleh Idris Jusoh telah ditiru oleh Ahmad Said munasabah ia merupakan antara menteri besar yang sangat sangat dibenci setakat hari ini.

Ini juga seolah olah telah memberi peluang kepada Perdana menteri 1 malaysia membawa balik bakal menteri besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.

Datuk Nasir Ibrahim Fikri barangkali punya peluang untuk jadi menteri besar disnati Terengganu sepertimana yang dicitacitakan selama ini.

Mengapa tidak? Jika perdana menteri 1 malaysia gagal membawa balik Datuk Jailani setiausaha politiknya, bermakna Nasir mempunya peluang dan harapan untuk diangkat menjadi peneraju Terengganu miskipun Ahmad Said masih menang kerusi di Dun Kijal.

Lebih lebih lagi setakat ini nama Datuk Nasir sudah tersenarai dan telah diberi laluan oleh Razif Abdul Rahman untuk bertanding di DUN Sebarang Takir.

Dan Razif telah disenaraikan pendek namanya untuk bertanding di parlimen Kuala Nerus yang berkemungkinan salah seorang ahli parlimen yang akan dilantik sebagai timbalan menteri dalam kabinet Najib nanti.

Azmi Abdul Rahman Bekas ahli parlimen Kuala Nerus dikatakan namanya telah disenaraikan pendek bertanding Dun Bukit Tunggal dengan tujuan dan harapan untuk merampas semula kerusi milik PAS.

Tuesday, March 13, 2012

Shahrizat tak letak jawatan tapi tamat tempoh senatornya

Datuk Seri Mohd Najib Razak kelihatan gembira apabila menerima surat peletakkan jawatan Shahrizat. Tentu penasihat politiknya juga puashati, kerana nama buruk perdana Malaysia 1 malaysia sudah Nampak sedikit bersih.

Pada penulis, Shahrizat tak letak jawatan, sebaliknya telah tamat tempoh senatornya pada 8 April ini. Tidak lebih daripada.

Boleh kita andaikan, Shahrizat berkata, undur dirinya dari kabinet itu tiada kena mengena dengan kes NFC milik suaminya. Atau dengan kata lain pengunduranya itu bukan atas sebab itu.

Pada penulis pengunduran Shahrizat dari menjadi menteri semata mata hendak bersih nama Perdana menteri demi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan pada bulan Jun ini.

Betul ke begitu. Kalau betul begitu tiada sebab mesti letak jawatan. Apa salah shahrizat sehingga boleh bertindak tulis surat letak jawatan berkuatkuasa pada 8 April iaitu tamat tempoh jawatan senator yang dilantik untuk membolehkan dia dilantik sebagai menteri.

Mengapa tulis surat. Tak tulis surat pun jawatannya pasti akan tamat pada tarikh 8 april ini jika senator tidak diambung sepenggal lagi.Lebih baik jangan berlakon, kerana rakyat sudah sedia maklum bahawa kebanyakan yang dalam umno/BN bijaksana belaka tapi jahat.

Bukan kah pelantikan jawatan senator boleh di sambung sehingga dua penggal. Tak jadi masalah.Ada kuasa boleh buat apa saja. Adun dilantik sebagai senator dan dilantik sebagai timbalan menteri. Ini kerja yang najib lakukan.

Malahan Najib boleh sambung lantikan senator sampai bila bila.

Sekarang ini jelas dan nyata undur diri shahrizat atas sebab suaminya yang terbabit dengan nfc.

Untuk jaga nama baik kabinet dan umno mahu tak mahu kena buat begitu.

Lebih lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.

Untuk selamatkan kabinet, umno dan najib shahrizat kena ambil jalan seumpama itu.

Kalau tak berbuat demikian sudah tentu nama baik kabinet yang sudah tercalar itu akan jadi lebih buruk.macam mana hendak hadapi pilihanraya untuk mengujian kewibawaan perdana menteri 1 malaysia.

Demikian juga nama buruk umno dan najib akan jadi lebih buruk dan ada kemungkinan memberi kesan paling buruk ketika menghadapi pilihanraya PRU 13 nanti.

Jalan pintas shahrizat yang boleh menyelamatkan kabinet, umno dan Najib miskipun pengunduran sebagai menteri itu dikatakan bukan atas sebab kes NFC hanya cakap seorang peguam yang memang tak akan mengaku kalah dan salah miskipun jelas buat salah.

Walaupun dalam kes ini dikatakan Najib tak campurtangan, tetapi penasihat politik Najib berpuashati dengan tindakan Shahrizat itu.

Lebih lebih lagi Najib sendiri berkata,pengunduran Shahrizat untuk menyelamatkan cabinet, kerajaan dan umno yang banyak buat jahat kepada rakyat yang beri amanah memerintah Malaysia.

Thursday, March 8, 2012

Mahyuddin Yasin jemput PAS roboh benting Umno di Johor

Tan sri Mahyuddin Yasin timbalan perdana 1 Malaysia tahu PAS tak mungkin boleh meroboh kubu kuat umno Johor.

Atas sebab itulah Mahyuddin Yassin ketika bercakap di Bakri Muar Johor dengan nada sinis menjemput PAS ke negari kubu kuat umno untuk meroboh benting yang kuatkukuh itu.

Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat johor jangan undi PAS dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.Apa tah lagi parti keadilan yang tidak pernah ada satu kerusi pun di negari itu.

PAS walapun pernah menang dua kerusi DUN jika naik seratus peratus pun hanya boleh menang empat kerusi saja yang membimbangkan menteri besar Datuk Seri Ghani Osman dalam satu kenyataan tidak lama dulu.

Demikian juga DAP yang pernah menang dalam musim PRU 12 sebanyak empat kerusi. Jika ditakdirkan naik seratus peratus pun akan bertambah sebanyak 8 kerusi lagi.

Bagaimana pula akan jadi pada parti keadilan rakyat yang tak pernah ada satu kerusi pun itu. Jika naik seratus apakah ada jaminan dapat satu kerusi?

Atas sebab itu jugalah Mahyuddin Yasin tidak bimbang dengan perkembangan politik pembangkang mutakhir ini,miski pun menurut laporan menteri Besar sangat khuatir degan perkembangan politik di negeri itu mutakhir ini.

UMNO johor takut untuk mecabar pembangkang,Tetapi Mahyuddin Yasin kelihatan begitu berani mencabar PAS datanglah ke Johor setelah ada laporan Naib presiden PAS Sallehuddin Ayob dikatakan akan pulang ke negeri asalnya musim PRU 13 ini.

Dia tahu orang melayu Johor tak akan undi parti lain selain daripada Umno miskipun kes air di Batu Pahat dan Muar masih tetap macam dulu dulu.

Pendek kata kes air di negeri kubu kuat umno/BN sehingga hari ini belum ada jalan penyelesaiannya sejak 50 tahun umno memerintah negeri itu.

Perdana menteri 1 Malaysia ketika di Jeli meminta rakyat Kelantan tukar kerajaan Kelantan yang diterajui PAS dan berkata, undilah umno/BN dalam musim PRU 13 ini
kalau mahu menyelesaikan kes yang menjadi permasalahan rakyat negeri itu.

Katanya lagi konon, Jika UMNO memerintah Kelantan kes bekalan air yang kritikal selama ini dapat diselesaikan tanpa merujuk kes bekalan air di Johor yang tak pernah selesai miskipun di perintah begitu lama oleh Umno/BN.

Perdana Menteri 1 malaysia tak sedar masih banyak kes yang belum dan tak dapat menyelesaikan sehingga hari ini pun setelah diberi amanah memerintah negera ini.

Saturday, March 3, 2012

Antara kerajaan PAS Terengganu dan Kedah

Barangkali ramai yang marah marah apabila saya menulis tajuk diatas yang cuba buat perbandingan antara kerajaan Pas Terengganu (1999-2004) dan kerajaan Kedah (2008-2012).

Krisis yang berlaku dalam kerajaan Kedah tidak berlaku sepertimana yang berlaku dalam kerajaan PAS Terengganu (1999-2004).

Krisis di Kedah membuat Menteri besar Ustaz Azizan Razak terpaksa melantik EXCO baru dan terpaksa menyerah dianya kepada akar umbi.Manakala kerajaan PAS Terengganu menghadapi masalah akar umbi yang menjadi punca hilang kuasa anugerah Allah itu.

Bagi penulis krisis itu sangat berat miskipun sesetengah mengatakan ia ujian Allah. Dengan kata lain Allah hendak menguji kepimpinan siapakah yang benar benar bersabar.Jika tak tahan sabar begitulah jadinya.

Dua ujian yang harus diambil kira iaitu ujian istiqamah dan tarbiyyah yang mana mungkin ada yang tidak sedar yang mereka kurang istiqamah dengan perjuangan dan agama serta tarbiyyah yang kelihatan ada sesetengah yang cuba abaikan apabila diberi kuasa.

Pelantikan EXCO baru yang dibuat itu jelas menteri besar tidak tahan sabar dan dua orang exco yang tak mahu nama nya disenaraikansemula itu juga merupakan orang yang tidak tahan sabar.

Ustaz Azizan dan dua orang exco yang enggan dilantik semula itu kena ingat jawatan yang mereka sandang itu adalah anugerah Allah.Kena juga bahawa memerintah kerana Allah dan berkhidmat sebagai exco kerana Allah. Bukan kerana lain, selain kerana Allah.

Kalau menteri besar dan dua exco yang tidak dilantik semula itu tahan sabar barangkali tidak berlaku kemelut dan pelantikan semula exco baru kerana selama 3 tahun memerintah Kedah Cuma dua orang saja yang tak serasi berkhidmat sebagai exco dibawah menteri besar.

Maka itulah perbezaan antara kerajaan PAS Terengganu dan Kedah yang barangkali akan menerima nasib yang sama dapat ditumbangkan oleh umno/BN dalam musim PRU 13 nanti.
Kerajaan PAS Terengganu yang begitu banyak membela rakyat, termasuk meluluskan 50,000 lot tanah kepada rakyat juga tumbang dalam musim PRU 11.(2004).

Mengapa tidak?kerana Kerajaan PAS Terengganu yang bermenteri besarkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang lebih utamakan orang umno yang disifatkan sebagai kaum muhajirin berbanding orang PAS yang disifatkan sebagai orang ansar sepertimana yang pernah dipraktis oleh Rasulullah SAW ketika memerintah Madinah.

Nampaknya yang memerintah dan exco yang dilantik tak ingat bahawa laum muhajirin umno tidak sama nilainya dengan kaum muhajirin zaman Rasulullah SAW. Kena ingat ansar PAS tak sama nilainya berbanding dengan orang ansar zaman Rasulullah SAW di Madinah.

Mungkin kerajaan Kedah yang bermenteribesarkan Datuk Seri Azizan Razak tak demikian, kerana dia pernah buat dakwaan,dia kenal orang umno.

Bermakna krisis yang berlaku itu datang dari dalaman yang kemungkinan dua exco tak puas hati dengan perangai menteri besar yang disifatkan sebagai seorang menteri besar yang panas baram itu.

Kesimpulkan yang boleh saya buat bahawa kemelut kerajaan Kedah sekarang ini merupakan krisis kepimpinan yang mungkin sukar sikit untuk diselesaikan.

Manakala kemelut kerajaan PAS Terengganu dulu itu adalah merupakan krisis akar umbi yang membawa bencana buruk punca jatuh tersungkur dalam musim pilihanraya umum ke 11 yang harus kena ingat jika hendak memerintah semula.