Sunday, April 29, 2012

Tidak boleh buruk sangka, jangan ambil mudah



Kita sering dengar kata kata tidak boleh buruk sangka pada seseorang atau dengan kata lian jangan buruk sangka pada orang lain

Namun kita pun ambil mudah “tak apalah” miskipun tertipu dan kena tipu yang kadang kadang boleh membawa risiko yang begitu besar.

 Bagaimana pula dengan orang yang sudah kita kenalpasti kejahatannya? Masih bolehkah kita berbaik sangka atau jangan sangka buruk biar pun jandi mangsanya berkali kali?

Kita tidak tahu siapa yang ajar kita tak boleh buruk sangka kepada seseorang. Bagaimana pula jika dia musuh kita.Malahan ulamak sekalipun boleh kita buruk sangka. Jika ulamak itu ulamak jahat, hatta dia itu kawan akrab kita sekalipun.

Dalam politik kawan akrab juga dikatakan kadang kadang jadi musuh. Ada juga yang kata musuh boleh jadi kawan akrab.

Tidak dinafikan memang pernah berlaku. Bukan itu saja malah anak jadi musuh ibubapa dan ibu bapa jadi musuh pada anak anak. Yang menyedihkan ada anak anak bunuh ibubapa mereka.

Tetapi apakah dia itu sebenar benar musuh kita. Atau kita yang menghukumnya musuh sedangkan dia adalah kawan akrab yang berperanan menyelamatkan kita, kerana sering mengkritik apa apa keburukan yang kita lakukan.

Perkara ini laziml berlaku sepertimana yang pernah berlaku pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana dikatakan sudah habis kawan akrabnya jadi musuhnya.

Kita kena ingat dalam tubuh kita ada kolesterol baik dan kolesterol jahat. Yang jahat adalah musuh yang ada dalam tubuh kita dan begitu sukar untuik dinyahkan.

 Demikian juga kawan kawan kita. Ada yang jahat ada yang baik. Apa tah lagi dalam sesebuah parti. Ada ahli yang baik dan ada ahli yang jahat.

Ulamak, juga ada ulamak baik dan ada ulamak jahat. Pada hal dia adalah ulamak. Tapi ada yang jahat dan ada yang baik. Demikian  juga apa yang pernah berlaku pada pucuk kepimpinan PAS yang lepas lepas.

 Ada yang bik ada yang jahat.manusia katakana. Pada hal Allah dah beritahu awal awal lagi menerusi Al Quran dan Hadis Rasulullah perihal tersebut.Mungkin kita tak ingat.

Mungkin pada mulanya Anwar sendiri tak kenal Ezam Mohd Noor, tak kenal siapakah sebenar Nallakarupan. Tak kenal siapakah sebenarnya Ballakrisnam.Tak kenal siapakah sebenarnya Raja Putra Kamarudddin.

Maklum sajalah orang yang cium  tangan kita dan yes man  itu yang dianggap terbaik.Tapi apa sudah jadi sekarang.Mereka ini sudah jadi alat umno dan musuh ketatnya.

Atas sebab itulah kita kena awas atau kena buruk sangka dengan sesiapa saja yang kita belum kenalpasti siapakah sebenarnya mereka itu. Apatah lagi mereka itu  musuh kita. Mustahil kita tak kenal siapa musuh kita dan siapa kawan kita.

Pada saya yang boleh jadi demikian, kerana kita tak kenal musuh kita. Dan kita tidak kenal kawan kita, maka terjadilah musuh jadi kawan akrab dan kawan akrab jadi musuh.Silap kita juga.

Kita sangka dia musuh tetapi dia bukan musuh sebenarnya. Kita sangka dia kawan tetapi dia bukan kawan sebenarnya.

Atas sebab itu Allah melarang manusia yang beriman supaya jangan melakukan sangka sangkaan, kerana ia berbahaya.

Mungkin larangan Allah kepada orang yang beriman inilah yang membuat ada ulamak yang berkata tidak boleh buruk sangka atau jangan sekali kali buruk sangka dan hendaklah kamu baik sangka, kerana baik sangka boleh menjinakkan manusia.

Walaupun ada orang mengatakan kita kena baik sangka, tapi pada ana itu pun tak boleh. Macam mana kita kena baik sangka dengan orang jahat. Apatah lagi musuh kita.

Musuh kita  pasti sentiasa berusaha untuk menghancurkan hidup bahagia kita.Oleh itu, jangan ambil mudah, kerana sikap ambil  mudah itu menikam diri sendiri dan merbahayakan.

Jika kita baik sangka dengan musuh kita alamat kita menempah bahaya yang berisiko tinggi. Lebih lebih lagi dalam politik yang terlalu banyak karenah sejak dulu itu.

Sehubungan dengan itu kita sama sekali  dilarang buruk sangka pada Allah dan Rasulullah serta Al Quran dan sunnahnya, manakala yang lain boleh buruk sangka pada musuh kita dan jangan sekali baik sangka dengan musuh kita.Nahas nanti.

Monday, April 23, 2012

Abdullah Ahmad Badawi macam setuju PTPTN dimansuhkan

Boleh dikatakan semua pucuk kepimpinan umno tidak setuju PTPTN di mansuhkan, termasuk perdana Manteri 1 Malaysia. Kita tidak tahu mengapa mereka enggan berbuat demikian, sedangkan tindakan memansuhkan PTPTN membebaskan rakyat Negara ini dari dibebani hutang sepanjang hidup. Hendak kata tak ada duit untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar semacam mustahil. Berapalah sangat duit sebanyak RM 5 bilion satu tahu itu berbanding dengan lain lain kos yang kadangkala membazirkan wang rakyat. Sehubungan itu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ana Nampak seakan setuju PTPTN di mansuhkan,tetapi jangan dilakukan secara tergesa gesa. Dari segi Islam memang tak bagus suatu perkara itu dilakukan secara tergesa gesa. Malahn Islam melarang berbuat demikian tanpa buat kajian dengan terperinci. Kita percaya Tun Abdullah setuju PTPTN di mansuhkan, tetapi jangan buat keputusan secara tergesa gesa ini suatu persepsi bahawa ia telah memberi saham sangat besar kepada Pakatan rakyat. Umno dan kerajaan yang memerintah kena fikir banyak lagi isu pemansuhan PTPTN ini jangan buat mudah kerana implikasinya boleh membahayakan kerajaan dalam PRU 13 nanti. Bukti yang Tun Abdullah setuju PTPTN dimansuhkan, tengok kata katanya yang berbunyi:” pihak yang mahu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membuat keputusan itu secara tergesa-gesa. Bermakna kalau hendak mansuhkan PTPTN jangan buat secara tergesa gesa kerana melibatkan banyak pihak yang terbabit, termasuk kaki tangan PTPTN yang barangkali akan hilang mata pencarian. Atas sebab ilah beliau menyarankan pemansuhan PTPTN perlu dibincang dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana melibatkan banyak pihak. Kata beliau lagi, "Jika perlu diubah atau sebagainya, mereka (pembangkang) haruslah menyerahkan cadangan berkenaan kepada pihak berkaitan," Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk memansuhkan pinjaman PTPTN serta-merta jika pembangkang diberi mandat sebagai kerajaan pusat selepas pilihan raya umum. Kesimpulannya Tun Abdullah Ahmad Badawi setuju dengan pakatn rakyat jika diberi mandat pada PRU 13 nanti PTPTN akan dimanuhkan dan diganti dengan pendidikan percuma.

Thursday, April 19, 2012

Sesetengah pertikai kadar jenayah turun mendadak

Ada antara kita mempertikaikan pengumuman kerajaan bahawa kadar jenayah di Negara ini turun mendadak.

Antara kita berkata semacam tak munasabah kadar jenayah Negara Malaysia ini turun mendadak.Atau dengan kata ia turun secara drastic.

Kita boleh rasa perkara ini semacam mustahil, kerana kes jenayah seperti bunuh, rompak, samun , ragut,mencuri,rogol dan pecah rumah berlaku secara berleluasa.

Boleh dikatakan kes jenayah di Negara kita semakin hari semakin bertambah. Bukan berkurangan. Jadi macam mana kadar jenayah turun mendadak.

Ana pada mulanya berpendapat begitu juga. Tetapi statistic yang dikerluarkan oleh pihak berkuasa berdasarkan kes yang didakwa bukan berdasar tangkapan dibuat.Ada tangkapan tidak didakwa dengan kata lain dibebaskan.

Sebab itu kadar jenayah tahun ini turun mendadak.miskipun kes jenayah semakin hari semakin bertambah berbanding tahun sebelum ini.

Jenayah berlaku dan tangkapan telah di buat, tetapi jumlah dakwaannya berkurangan berbanding sebelum ini.

Kita tidak tahu mengapa jumlah dakwaan kurang berbanding sebelum ini. Mungkin tak cukup bukti mahu tidak mahu kes kes yang berlaku tidak didakwa.

Sehubungan dengan itu, ana ingat tahun 2003 kadar jenayah di Besut rendah berbanding dengan daerah daeral lain di Terengganu, sedangkan kes jenayah daerah tersebut terlalu banyak berbanding dengan lain lain daerah.

Yang peliknya kadar jenayah daerah tersebut rendah serupa sepertimana laporan pihak berwajib bahawa kadar jenayah di Malaysia setakat tiga bulan ini rendah, malah turun secara drastik.Tapi jenayah social naik sebanyak 36 peratus.

Saturday, April 14, 2012

Rosmah layak jadi menteri penuh ganti Shahrizat?

Baru baru ini kebanyakan rakyat Malaysia sebuk bercakap pasal bilakah tarikh piliharaya PRU 13.

Tapi dua tiga hari ini kebanyakan kita duduk bercakap pasal siapakah calon yang bakal bertanding sebagai ahli parlimen dan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) ditempat masing masing.

Umno/BN nampaknya mendahului mana mana parti membariskan calon yang akan bertanding pada PRU 13 yang mana pada ana akan diadakan pada 23 JUN 2012 depan.

Nama nama calon sudah pun ada, malahan kebanyakan kita sudah tahu si A bertanding disini dan si B bertanding di situ, tidak terkecuali nama Rosmah Mansur yang dikatakan akan bertanding pada PRU 13 ini.

Bagaimana pun ada penganalisi politik tanahair menyarankan parlimen putrajaya tempat selamat bagi Rosmah yang dikatakan akan dilantik sebagai menteri penuh Kabinet Najib nanti,

Parlimen mana belum diketahuinya. Pasti parlimen selamat, boleh menang mudah dan bergaya.Kebanyakan setuju Rosmah bertandingPRU 13 ini. Llebih lebih lagi beliau adalah calon winnable berbanding dengan lain lain calon.

Ada yang kata isteri perdana menteri 1 Malaysia ini layak dilantik menteri penuh melalui pelantikan senator sepertimana di lakukan pada Datuk Seri Shahrizat yang tamat tempoh jawatannya pada 8 April lepas.

Tidak menjadi sebarang kesalahan jika Rosmah Mansor diberi ruang bertanding dalam PRU 13 nanti, kerana beliau wanita pertama Malaysia yang paling layak.Malahan ada lebih dia dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan menteri pembangunan Keluarga dan wanita berbanding jawatan itu dipangku suaminya.

Mengapa tidak? kerana dia lebih layak berbanding suaminya sendiri. Apatah lagi jika dibandingkan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang tidak kenal antara bangunan dan lembu.

Shahrizat dilantik Senator untuk membolehkan dilantik sebagai menteri penuh dalam kabenit sekarang. Apa salahnya Rosmah juga dilantik senator dan menteri yang boleh dikosongkan Najib

Tengok Datuk Maznah Mazlan wakil rakyat lagi, Exco lagi. bukan ahli parlimen Pahang pun, tapi dilantik senator untuk membolehkan dia menjawat jawatan timbalan menteri, sedangkan ramai lagi wanita lain dalam umno pada wktu itu yang beleh dilantik
sebagai timbalan menteri pusat.

Apa salahnya Datin Rosmah Mansur dilantik senator dan dilantik sebagai menteri pembangunan keluarga dan wanita untuk mengganti Shahrizat dari jawatan itu yang dipangku oleh Najib yang jelas sangat tak munasabah.

Bukan setakat itu saja malahan muncul fitnah mengatakan bahawa perdana menteri gila kuasa dan tak pernah puas dan rakus untuk mengumpulkan harta dari gaji dan elaun.

Bayangkan gaji perdana menteri RM 21, Gaji menteri kewangan RM 18, dan gaji menteri pembangunan keluarga RM 18, Ini tak termasuk elaun bulan yang pernah dikatakan tak kurang RM 1 juta sebulan atas jawatan perdana menteri.

Oleh itu, melantik Rosmah Mansur sebagai senator dan menteri penuh adalah relevan berbanding Najib memangku jawatan itu, kerana Najib bukan arif dengan wanita berbanding Rosmah.

Untuk menaikkan Rosmah tak payah tunggu pada PRU 13. Najib boleh buat sekarang, kerana faktornya Rosmah lebih layak berbanding suaminya sendiri.

Lebih lebih lagi jika PRU 13 ini UMNO/BN kemanangannya menafikan 2/3 yang mana Najib mahu tidak akan didesak meletak jawatan dan menyerah presiden umno sepertimana yang dihadapi Tun Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 12 itu.

Sejarah telah membuktikan dan Najib juga terpaksa ikut apa yang pernah dilakukan oleh Tun Abdullah kerana gagal mempertahankan keuntuhan umno/BN yang pernah dijanjikan semasa mengambil alih jawatan presiden umno tidak lama dulu.

Mohd Najib masih bernasib baik, kerana isterinya sudah jadi ahli parlimen dan menteri penuh dan boleh berbuat demikian dengan alasan yang dia boleh letak jawatan sebagai perdana menteri, tetapi dengan sayarat Rosmah wanita pertama Malaysia dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama perdana menteri malaysia sepertimana yang diharap harapkan penganalisis politik tanahair.

Tuesday, April 10, 2012

Bukan sederhana tapi melampau

Tahun lepas beberapa kali saya ke Kuantan, Pahang. Pelbagai cerita pasal Perdana menteri 1 malaysia. Itu dan ini. Pendek kata macam macam cerita. Ada yang bagus ada yang tak bagus. Cerita buruk pun ada.

Baru baru ini saya pergi lagi ke Kuantan Pahang atas urusan keluarga. Bermalam dua malam di Tanjung Lumpur. Sepanjang bermalam dua malam itu teringat saya dengan pelbagai cerita tahun lepas.

Macam macam cerita mengenai Perdana menteri 1 malaysia yang memperkenalkan konsep kesederhanaan dalam pentadbirannya.

Kalau dulu Tun Mahathir yang menperkenalkan pentadbiran penerapan nilai nilai Islam.Selepas itu Tun Abdullah Ahmad Badawi pula yang memperkanalkan Islam hadhari.Najib dengan wasatiyahnya.

Pendek kata semua cerita yang dicakap oleh penduduk Kuantan tidak satu pun yang tak menanrik. Semuanya menarik belaka. cerita pasal kroni perdana menteri Malaysiajadi jutawan belaka menarik juga tapi tidak mmbuat saya terkejut.

Pasal apa? Memang itu adalah perkara biasa yang dijadikan amalan sesiapa yang jadi perdana menteri.Zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri ada anak anak jadi jutawan. Demikian juga ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri.

Apa tah lagi baru setahun jagung Datuk Seri Mohd Najib jadi perdana menteri adik jadi antara orang terkaya di Malaysia.

Usah adiknya jadi antara orang terkaya di Malaysia, malahan rakan rakannya di Kuantan ramai yang jadi jutawan segera. Demikian cerita yang saya dengar sepanjang dua malam di Kuantan itu.

Cerita ini tidak membuat rakyat terkejut, kerana biasalah apabila naik jadi perdana menteri jawatan tempat lubok buat duit.Kan lazim begitu.

Bayangkan kos pertunangan anaknya tidak lama dulu dikatalam sebanyak RM 409, untuk 900 orang.Najib sendiri mengaku.

Bermakna 454.44.44 peruntukan kos satu kepala.sederhanakah amalan ini? Pasti amalan ini bukan amalan yang sederhana yang telah dicanangkan, tetapi ia boros dan melampau.

Bukan itu yang menarik pada saya.Tetapi kos pembinaan jalanraya yang sangat menarik dan menjadi rungutan penduduk Pekan Pahang.

Saya cuba sebut sebatang jalanraya di Kuala Nerus sepanjang 5.6 kilometer harganya RM250 juta. Dan sebuah jambatan sekangkang gajah harganya RM210 juta.Pada saya jalan itu sudah cukup mahal dan membazirkan duit rakyat.

Tetapi Cerita orang Pekan pada saya di Pekan jalan yang dibina lebih mahal dari pada itu. Itu jalan. Tapi turap tar satu kilometer RM9 juta. Kalau begitu mana dia konsep sederhana yang ditonjolkan oleh Najib.Adilkah itu.

Di Terengganu setahu penulis turap jalan tar harhanya RM 9 juta sepanjang dua kilometer iaitu dari lampu isyarat PSM Gong Badak ke lampu isyarat Kem Tentera Sebarang Takir.

Rupa rupanya jalan jalan yang dibina oleh kerajaan di Parlimen Pekan Pahang lebih mahal berbanding di Parlimen Kuala Nerus Terengganu.

Oleh itu, mana dia konsep sederhana yang diawar warkan bahawa kerajaan 1 malaysia berlaku adil kepada rakyat. Adilkah itu.

Pada saya semua itu bukan adil malah melampau, kerana terlalu boros dan membazirkan duit Negara.

Friday, April 6, 2012

Kena tukar pamandu yang mengantuk

Dua tidak hari ini kebanyakan pejawat awam Negara 1 Malaysia asyik bercakap pasal kena tukar kepala kereta api dengan kepala yang baru.

Semenangnya kepala kereta yang lama sudah tak sesuai lagi dipakai bagi sebuah Negara yang mahu mencapai kemajuan 2020 ini.

Pendek kata 65 peratus penjawat awam Negara 1 Malaysia kepingin kepala kereta api tanah Melayu di tukar dengan kepala yang baru macam apa yang dilakukan oleh Negara Jepun.

Bukan saja kepala kereta ditukar dengan yang baru malahan diganti dengan kereta baru laju untuk disesuai dengan dengan Negara maju.

Atas sebab itulah, maka berkatalah, Datuk Seri Mohd Najib Razak jangan ditukar pemandu di tengah jalan. Atau dengan kata lain tak boleh pemandu ketika didalam perjalanan.

Perdana mentari 1 Malaysia terpanggil dan meminta rakyat jangan tukar pemandu bas ditengah jalan, kerana berbahaya.

Kita boleh setuju saranan perdana menteri 1 malaysia yang kelihatan begitu bimbang dengan bahaya kepada penumpang Bas yang di pandunya.

Tetapi bagaimana pula dengan pemandu yang “mengantuk” ketika memandu.Sudah barang tentu ia sangat berbahaya kepada penumpang.

Pemandu yang mengantuk pasti tak boleh mengawal bas yang dipandunya, miskipun di lebuhraya utara-selatan.

Oleh itu, mahu tak mahu pemandu yang menhantuk ini mesti ditukar miskipun Bas masih dalam perjalanan atau ditengah jalan.

Bagaimana pula jika Bas yang dipandu itu di Bandar raya yang banyak lampu isyarat. Yang membimbangkan penumpang pemandu yang mengantuk itu pasti melanggar lampu merah.

Pemandu ini tak dapat kenalpasti mana dia lampu berwarna hijau. Mana dia lampu yang berwarna merah.

Penumpng bimbang jika lampu merah dilanggar ada kemungkinan besar akan terbabit dengan kecelakaan jalanraya yang menjadi penyebab ada yang mati dan cendera pas tak bahagia .

Namun demikian, pemandu yang mengantuk tadi mahu tidak mahu wajib ditukar untuk mengatasi kemalangan jalanraya yang begitu ketara di negara 1 Malaysia ini.

Tuesday, April 3, 2012

Keadilan Terengganu mahu kerusi sama banyak dengan PAS?

Setiap kali dekat pilihanraya umum macam macam cerita kita dengar. Itu dan ini. Ini hanya cerita yang penulis dengar.

Jangan marah ya, kerana ia sekadar cerita dan macam macam cerita. Pendek kata sangat banyak cerita pasal kerusi yang akan di pertandingkan nanti.

Ada orang marah apabila penulis menulis pasal cerita. Yalah. Ada yang marah kerana cerita yang penulis tulis ini kena atas kepala masing masing.

Sehubungan dengan tajuk rencana ini, ada yang berkata, tak wajar. Apa yang tak wajar itu? Memang tak wajar jika parti keadilan rakyat Terengganu minta kerusi sama banyak dengan PAS.

Pada pilihanraya 2008 PAS beri 7 kerusi kepada parti keadilan rakyat.Dua parlimen dan 5 DUN. Malangnya satu kerusi pun tak menang. Oleh itu, macam mana nak sama banyak dengan PAS dalam PRU 13 nanti. 11 kerusi pun tak patut.

Alangkah benar Parti Keadilan rakyat beli baju tak ukur badan sendiri.

Sememangnya tak patut. Kata sesetengah orang PAS. Mengapa tidak?Dengar cerita. Ini sekadar cerita. Cerita yang penulis dengar. Mungkin orang lain tak dengar cerita ini.miskpun demam pilihanraya umum dah melanda.

Tapi penulis dengar cerita sesungguhnya Parti keadilan rakyat tak ada cawangan pun di Terengganu ini. Usaha cawangan, malahan peti undi pun tak ada. Kalau tak ada peti undi mana boleh nak kerusi lebih.

Bagaimana nak hadapi pilihanraya umum jika jentera pilihanraya yang akan berkerja nanti tiada.

Kalau tiada jentera pilihanraya siapa yang akan bekerja nanti. Nak harapan orang PAS sudah barang tentu tak wajar.

Sesetengah orang pas bertanya, Apa alasan minta kerusi lebih? Apa tah lagi tiada cawangan dan peti undi untuk melaksanakan kerja kerja besar pilihanraya dihari mengundi nanti.

Penulis tak berniat untuk memdedahkan kelemahan parti keadilan rakyat di Terengganu ini, Tapi itu adalah suatu realistik yang tak dapat dinafikan lagi setakat hari ini.
Minta kerusi lebih ini hanya sekadar cerita.

Cerita yang penulis dengar. Mungkin betul .mungkin tak betul. Mungkin diada adakan agar PAS dan keadilan jadi kecuh dan semakin lemah.Apa tah lagi pilihanraya ke 13 sudah dekat.

Penulis nak sebut sikit bahawa sejarah telah membuktikan parti keadilan rakyat pernah minta lebih kerusi dalam pilihanraya umum ke 12 lepas. Pemimpin pas memang terkenal murah hati. Banyak bertolak ansur. Maka diberi 7 kerusi .Semuanya kecundang.

Jika diperinci, memang tak wajar di beri kerusi sejumlah itu, kerana parti keadilan rakyat Terengganu tiada sebarang cawangan dan tiada peti undi pun.hanya menumpang pada cawangan dan peti PAS.

PAS, memang baik hati dan beri apa yang dihajati kawan miskipun tahu calon calon yang bertanding tak boleh menang sebarang kerusi.