Monday, May 28, 2012

Khairy Jamaluddin dedah ketirisan kerajaan BN


Barangkali ada antara kita tidak sedar bahawa  jawapan balas Khairy Jamaluddin kepada Rafizi dalam debat  Sinar harian baru baru ini mendedahkan ketirisan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

Kita dimaklumkan sejumlah RM 28 bilion setahun wang rakyat dibazirkan menerusi segala projek yang dilaksanakan oleh kerajaan berdasar bajet tahun Negara yang dibentang di parlimen.Jika selama 40 tahun sudah tentu angkanya 40 X28 bilion =RM 1,080 bilion.

Cuba kita Bayangkan kos pembinaan sebuah university di Negara 1 Malaysia ini berharga RM 2 bilion sepertimana dinyatakan dan dijelaskan oleh Khairy ketika membalas hujjah Rafizi.

Rafizi ketika membalas hujjah tersebut mengatakan itu kos kerajaan BN, tapi kos PR hanya RM 600 juta saja untuk membina sebuah university di Negara ini.

Jika benar kos pembinaan sebuah university di Negara kita menelan belanja RM 2 bilion, bermakna kerajaan yang memerintah Negara in telah membazirkan wang rakyat sebayank RM 1.4 bilion atas sesebuah uiversiti.

Kita boleh sifatkan RM 1.4 bilion berlaku ketirisan angkara pemimpin yang di amanahkan  lebih mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat yang mana slogan rakyat didahulukan itu hanya gemik saja.

Dengan kata lain, wang sebanyak RM 1.4 bilion yang dikatakan tiris sebanyak RM 28 bilion setahun itu masuk ke dalam saku saku para pemimpin dan pihak yang terbabit dengan pembinaan projek yang diluluskan .

Namun demikian hujjah balas Khairy pada debat tempoh hari sebagai suatu pendedahan kejahatan pihak kerajaan 1 Malaysia selama ini.

Rakyat tak Nampak kerana wang dibelanja menerusi bajet setiap tahun itu, tetapi setelah pendedahan Khairy dalam debat seolah olah memberi lampu yang begitu terang bahawa kerajaan telah melakukan banyak pembaziran .

Dalam debat tersebut nampak dengan jelas yang Khairy Jamaluddin telah mendedahkan kejahatan kerajaan yang memerintah.

sebagai contoh, kata Khairy bahawa kos pembinaan sebuah universiti awam dinegara ini berharga RM 2 bilion, sedangkan kos sebenarnya yang dijelaskan oleh Rafizi ialah RM 600 juta saja.

Inilah punca berlaku ketirisan dengan sewenang wenangnya sebanyak RM 28 bilion setahun.

Kalau dulu kita marah betul pada penjajah membawa balik hasil mashul negara.Tetapi sekarang para pemimpin negara pakat masuk wang rakyat dalam saku masing masing.

Jika benar kos pembinaan sebuah universiti awam negara berharga RM 2 bilion sudah tentu lebihan sebanyak RM 1.4 bilion masuk dalam saku para pemimpin. maka betullah wang yang tiris sebanyak RM 28 bilion setahun itu.

saya ingin ulangi lagi bahawa selama 40 tahun,selepas negara mencapai kemerdekaan bermakna angkanya jadi RM 1,080 bilion.

Sebab itu kita tengok para pemimpin begitu mewah dan kayaraya sepertimana pernah disentuh Anwar bahawa setiap menteri ada RM 300 juta tak termasuk lain lain harta.

Ya Allah, Ya Tuhan mengapa begitu jahatnya pemimpin negara kita, sedangkan mereka telah diberi amanah memerintah oleh rakyat melalui pilihanraya umum lima tahun sekali bagi membela bangsa agama dan negara.

Kejahatan ini telah dibuktikan sendiri oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa dia adalah Hurni Mubarak bekas presiden Mesir yang diguling dan dikatakan memiliki harta ratusan bilion.

Friday, May 25, 2012

Kalau Raja Bahrin bertanding parlimen KT bagaimana pula dengan Wahid Endut



Sebaik saja pertemuan Tengku Razaliegh Hamzah presiden Amanah merdeka dengan Tengku seri Peduka , Raja Bahrin  dan orang kuat Mampat serta  beberapa orang parti keadilan rakyat di Primula Hotel Batu Burok, nama Raja Baharin disebut sebut sebagai calon yang bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu.

Sama ada dia ahli PAS atau sebaliknya bukan persoalan, kerana Tun Salleh Abas yang bertanding di DUN Jerteh pada tahun 1999 bukan ahli PAS.

Persoalan yang timbul sekarang ini bagaimana pula dengan Mohd Abdul Wahid Endut yang sudah bersetuju menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada muslimat musim PRU 13 ini.

Jika demikian manakah DUN untuk Wahid Endut bertanding. Tak mungkin seorang  Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu tak jadi calon, sedangkan nama beliau disebut sebut bakal menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini.

Kalau beliau tak bertanding di DUN bagaimana mungkin untuk dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 yang bakal diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Jika benar Raja Baharin calon yang bakal bertanding di Parlimen Kuala Terengganu bermakna sah Wahid Endut sudah hilang peluang untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Dun Wakaf mempelam sudah pun diserah kepada muslimat dan muslihat sudah pun buat persediaan Cuma namanya saja belum ditentukan lagi.

Nama Sapinah Jusoh ketua muslimat negeri, bekas senator disebut sebut sebagai calon yang telah disenarai pendekkan oleh muslimat negari.

Persoalan sekarang mustahil wahid Endut yang disebut bakal dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini tidak bertanding. Apakah beliau akan senasib dengan Datuk Mustafa @ Hassan Ali yang masih mahu mencuba nasib sekali lagi pada Pru !3 ini.

PAS Terengganu kena fikir banyak kali prihal Wahid Endut yang  telah menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada muslimat, kerana UMNO dikatakan akan meletakkan Datuk Wan Ahmad Wan Omar timbalan pengerusi SPR bertanding di DUN tersebut.

Penulis dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai Datuk Wan Ahmad bakal menteri  besar Terengganu yang baru selepas PRU n13 nanti.

Jika Muslimat bertanding di DUN wakaf Mempelam ada kemungkinan PAS gagal mempertahankan kerusi kubu kuat PAS kini dan selama lamanya itu.Percayalah. Apalah sangat dengan kewibawaan calon muslimat yang sedia ada sekarang berbanding sebelum ini.

Sejarah telah membuktikan PRU 1986 calon umno Abdul Latif Mohd (4597 undi) telah kalah di tangan  Datuk Mustafa @Hassan Ali ( 4702 undi) menang dengan majuriti 105 undi.

Mohd Abdul Wahid Endut bertanding di DUN Bandar(4,043 undi) kalah di tangan Tok Teng Sai (5,280 undi) dengan majuriti 1237 undi. Pada PRU 1990 Dun Wakaf Mempelam di beri kepada Wahid Endut(6383 undi)  mengalahkan Abdul Latif Mohd (5220 undi) dengan majuriti 1163 undi dan tak pernah kalah hingga kini.

Saturday, May 19, 2012

Bekas orang no 3 polis akan sertai PAS?



Apabila disebut Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS di Batu Kurau, Perak 20 Mei teringat saya dengan agenda umno memasukkan orangnya menjadi ahli PAS.

Bukan setakat itu malahan sudah ramai SB jadi ahli PAS. Ia berlaku di Negeri Kelantan sejak sekian lama. PAS juga pernah berbuat demikian, tetapi agenda itu tidak menjadi, kerana yang masuk umno terus jadi ahli umno yang kometed.

Oleh itu kemasukan bekas orang nombor 3 polis yang dikatakan akan menyerahkan borang permohonan itu dalam satu majlis Pengisytiharan Perdana di Taman Kota Wira Ulu Sepetang tidak wajar jadi berita gembira, kerana umno sedang pasang jerat untuk menmerangkap PAS.

Saya sangat khuatir dengan tindakan polis pencen anak kelahiran Pantai Besar, Larut yang pernah menyandang beberapa jawatan antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.

Lainlah jika dia bekas tentera yang boleh dikatakan ramai menjadi ahli PAS, itupun harus ditapis dengan terperinci, maklum saja mereka pegawai tinggi pasukan keselamatan Negara yang tidak dinafikan ada saham dalam kerajaan yang memerintah.

Saya tak pernah ragu apabila 3 orang bekas pengarah pelajaran negeri masuk PAS, kerana sekolah bukan tempat untuk mengumpul maklumat rakyat. Tetapi KDN adalah tempat untuk mengumpul segala maklumat bagi semua kegiatan rakyat di Negara ini.

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu masih banyak kes yang tertungguk dan belum selesai semasa berkhidmat dulu.Dia adalah saksi pada kes itu yang mahu tidak mahu akan ke mahkamah waktu perbicaraan berjalan.

Oleh itu, awas jangan lupa dengan agenda umno yang sudah lama memasang jerat, termasuk pasang jerat dalam parti politik sehingga segala rahsia parti ada pada tangan musuh
Kita tidak hairan SB menyamar. Memang itulah kerja mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.Apatah permasalahan pelbagai jenayah.
Untuk menyelesaikan jenayah termasuk kes bunuh ke, kes dadah ke. Pendek kata mereka berbuat  apa saja asalkan permasalahan dapat diselesaikan seberapa segera.
Untuk menyelesaikan peramsalahan jenayah social SB kena jadi pelacur bagi perempuan dan melanggan pelacur bagi  lelaki.
Untuk menyelesaikan permasalahan dadah SB kena jadi  geng dadah, Geng Samseng. malah ada antaranya   terbabit dengan  penagihan dadah.
SB juga kena jadi gila untuk menyelesaikan kes bunuh . Ada antaranya  wajib berkhwin dengan gadis gadis dikawasan berlakunya pembunuhan.
Oleh itu, SB  menyamar sebagai orang pas atau ahli pas perkara biasa, malahan ramai SB jadi ahli PAS. Ini berlaku di Kelantan.Kalau tak duduk dalam PAS macam mana nak dapat maklumat yang tepat.
Penulis diberitahu salah seorang SB perempuan di Kelantan bukan saja jadi ahli PAS malahan sudah bejaya sandang jawatan ketua muslimat sebuah cawangan.
Yang tergis ada antara SB kena menyamar sebagai orang gila, berpakaian compang camping, kusut masai dan makan dekat tongtong  sampah yang memjejekkan untuk menyiasat kes yang berlaku.

Tuesday, May 15, 2012

13 mufti tiada seorang pun berani?


Sabtu malam penulis diaju dengan soalan yang berbunyi: mana lebih ramai ulamak jahat dengan ulamak baik.

Sebelum ini seorang belia mempertikai label ulamak jahat dan berkata macam mana ulamak boleh jadi jahat, sedangkan dia ulamak.

Penulis cuba mencelah, tak kan tak ada yang jahat.Kan mereka itu manusia biasa. Manusia biasa ada baik ada jahat.

Jadi, ulamak juga begitu. Memang ada yang jahat dan ada yang baik. Sebab itu wujud pelbagai pendapat yang berbeza satu sama lain.

Sebelum penulis menjawab, ada lebih baik lihat 13 buah negeri di Malaysia ini. Tiap negeri ada seorang mufti dan mereka adalah ulamak.

Mustahil yang bukan ulamak dilantik sebagai mufti, kerana mufti tempat rujukan bagi hal eh wal agama Islam.
Oleh itu, mereka bukan calang calang orang dan tidak boleh dipertikaikan akan fatwa yang dikeluarkan 

disamping ada majlis fatwa kebangsaan yang di pengerusi oleh seseorang ulamak yang diakui kewibawaannya.
Sekarang ini anda dah boleh jawab soalan yang diajukan pada penulis. Bermakna tak payah penulis jawab, kerana ianya jelas dan nyata.

Bayangkan 13 mufti yang ada dalam Negara Malaysia. Beranikah mereka sanggah perkara yang salah yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang memerintah.

Usah nak tegor pemimpin yang melakukan kesalahan. Nak sanggah perkara yang salah pun jarang berlaku.
Pendek kata mereka bak kata perpatah seperti “syaitan bisu”. Mereka sanggup jadi syaitan bisu, sedangkan tindakan itu adalah sejahat jahat tindakan dari seorang ulamak.

Sesungguhnya adalah bersesuaian dengan kata kata Rasulullah SAW bahawa ulamak terbahagi kepada dua golongan, jahat dan baik.

Para ulamak mengkategorikan ulama kepada empat golongan.Keempat empat golongan itu, satu dipihak ulamak dunia dan satu lagi ulamak akhirat. Ada lebih baik kita sebut dua golongan, yang jahat dan yang baik. Habis cerita.
 

Sunday, May 6, 2012

Ooooo, ya ke?



Dua tiga harini  orang asyik duk cakap pasal Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Apabila sebut saja nama Dr Asri teringat saya pada nama Dr Masitah Ibrahim Timbalan menteri di Jabatan Perdana menteri.

Dr Masitah Ibrahim sebelum bertanding atas tiket umno adalah seorang pensyarah university Islam antarabangsa Malaysia (UIAM).

Saya belum lupa lagi, semasa PAS memerintah Terengganu (1999-2004) Dr Masitah Ibrahim salah seorang pensyarah yang kerap di jemput  untuk menberi cermah dan bentang kertas kerja anjuran agensi kerajaan.

Pendek kata setiap kali diadakan majlis berunsu8r agama dialah diantara orang yang dijemput dalam majlis majlis tersebut.Bukan setakat itu saja malahan kebanyakan pucuk kepimpinan mengatakan dia orang PAS.

Apabila tiba masa musim PRU11(2004) dia adalah calon umno yang bertanding di Baling menentang calon PAS Ustaz Taib Azamuddin dan menang dan dilantik menjadi timbalan menteri di jabatan Perdana menteri.  

PRU 13  nampak kelibat Dr Asri yang disebut sebut akan jadi Yang berhormat. Ada juga yang kata dia akan bertanding atas tiket PAS. Tak kurang juga yang buat ramalan dia akan diberi peluang bertanding atas tiket umno.

Penulis sejak dari dulu lagi Nampak dengan jelas dan nyata memang itulah cita citanya.Mungkin untuk jadi perdana menteri Malaysia suatu masa nanti.Itu targeknya.

Persoalan yang timbul masih ramai yang tak dapat baca minatnya. Masih ada yang berteka teki parti manakah yang akan jadi pilihannya. Ada yang kata dia berminat dengan PAS. Tapi pada penulis dia sangat berminat dan condung pada umno.

Terbaru beliau menyatakan yang dia tak kisah parti manang yang menang pilihanraya umum kali ini. Yang penting pilihanraya yang akan berlangsung nanti  mesti bersih dan adil.

Disini penulis dapat baca bahawa beliau salah seorang yang macam “lalang”. Boleh duduk dimana saja asalkan dapat apa yang dihajatinya. Beliau seolah olah tak kisah siapa yang menang, hatta kafir seklaipun yang menang.

Atas Sebab itu beliau  seringkali melakukan protes terhadap beberapa orang ketua parti politik pembangkang, termasuk membuat saranan agar ditukar segara ketua yang imejnya buruk.lebih lebih lagi yang lama dan  lanjut usianya.

Walaupun protes yang dilakukan tidak dtuju khusus, orang yang mesti tukar ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua umum Pakatan rakyat, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS dan Datuk Nik Abdul Aziz Nika Mat, msyidul Am  PAS yang juga menteri Besar Kelantan.

Yang peliknya ketua ketua ketua  parti pembangkang saja yang dihalanya, manakala ketua parti kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Razak langsung tidak disentuh,sedangkan pemerintah Negara ini  jelas terbabit dengan penyelewengan dan penyalahgunakuasa, tidak terkecuali terbabit dengan rasuah dan tak layak jadi  pemimpin.

Ini mengambarkan dia (Dr Asri Zainul Abidin) sangat kepingin  untuk jadi YB. Hari ini semakin hari semakin jelas hala tuju arena politiknya.

Kebanyakan berkata, dia sedia bila bila masa untuk jadi calon. Lebih lebih lagi calon umno Pru 13 yang barangkali akan diadakan pada 23 Jun 2012 nanti.

Semasa belajar dulu beliau dikatakan sangat berminat dengan PAS. Tapi sejak akhir akhir ini minat pada pas sudah kurang atas alasan PAS bukan lagi kepala kereta api yang cantik berbanding dengan kepala kereta api modern. Malahan diandaikan sebagai penumpang yang akan ditolak dan terjun kelak.

Oleh itu, kepala kereta api yang ada sekarang mesti ditukar dengan kepala kereta api baru dan moden serta canggih.

 Ini pernah disentuh oleh kebanyakan kawan kawan Dr Asri tidak lama dulu. Alasannya kepala kereta api sedia ada sudah tidak boleh pakai lagi kerana terlalu buruk.

Katanya, kalau mahu tambah penumpang dan baik perkidmatannya kepala kereta api yang lama itu wajib di tukar dengan kepala yang baru.

Sayang sekali kepala kereta api yang dipandu oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak tak disebut untuk di tukar ditengah perjalanan atas alasan berbahaya.Oleh itu kena tunggu sampai ke distinansi dulu baru boleh berbuat demikian.

Ini menunjukkan Dr Asri  tetap sayang pada umno dan kemungkinan beliau akan dicalonkan,kerana dia merupakan calon  boleh menang yang pernah disentuh Najib tahun lepas sebagai langkah ubah umno/BN agar boleh menang bergaya PRU 13 nanti.