Sunday, June 17, 2012

Kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam


Ada lebih baik di nyatakan disini kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam.Mengapa? kerana pada mereka Islam itu sama dengan lain lain agama, sedangkan Islam adalah wahyu bukan dan buah fikiran nabi Muahmmad SAW.

Jika Islam itu buah fikiran nabi Muhammad pasti ia adalah ideologi sepertimana kebanyakan fahaman hari ini.Mereka memahamkan begitu.

Sejak dahulu lagi kebanyakan kita salahfaham dengan istilah “umat Islam” dan “non muslim”.Pada hal Rasulullah SAW telah menyatakan,Umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima. Manakala 72 puak lagi tak diterima, kerana tak ikut ajaran nabi.

Demikian juga istilah “non muslim” Kalangan kita tetap mengatakan non muslim itu orang kafir, sedangkan kafir terbahagi kepada dua, “Zimmi” dan “harbi”. pada hal non muslim itu adalah kafir “zimmi”. Ia Bukan kafir “harbi”.

Bukan itu saja malahan kebanyakan setuju berkompromi dengan kafir harbi,hatta Yahudi sekalipun,Ada yang beri alasan munafik lebih bahaya berbanding kafir  sedangkan Quran telah menjelaskan kafir itu musuh Allah.

Hal ini disebut oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin bahawa Malang sekali umat Islam. Agama yang dianugerahkan Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam tidak disebarkan dengan kesungguhan. Jika disebarkan pun, ramai yang menggunakan pendekatan yang salah.

Hari ini kita nampak dengan jelas kebanyakan ulamak membiarkan umat Islam menjadi kafir dan berusaha mengajak orang kafir jadi Islam dengan alasan lebih mudah berdakwah dengan orang kafir berbanding berdakwah dengan umat Islam.

Saya percaya penggunaan nama umat Islam itu jelas tidak betul, kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima keislamananya. Mereka ialah yang mengikut ajaran Nabi Muhmmad SAW.

Manakala yang tidak ikut Nabi Muhammad SAW pasti tidak berkesungguhan menyebarkan agama Islam. Bukan setakat itu saja malah penyebarannya salah sama sekali dan mengelirukan masyarakat Islam seluruh dunia.

Contohnya, Allah menyatakan buat baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka. Tapi tindakan mereka bercanggah dengan Al-Quran dan berkata, belum tentu yang buat baik masuk syurga dan yang buat jahat masuk neraka.Ini mengelirukan.

Ini pada saya suatu pendekatan yang salah, kerana Allah yang berkata, buat baik baik masuk syurga dan buat jahat masuk neraka. Bukan nabi Muhammad yang kata. Allah yang maha mencipta, maha adil maha mulia, maha agung berkata begitu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “barang siapa tinggal solat dengan sengaja, maka kafirlah dia”. Hadis ini suatu yang jelas dan nyata, tapi masih ada khilaf bahawa umat islam yang tinggal solat dengan sengaja belum jadi kafir.

Hari ini apa sudah jadi dengan umat Islam? 80 peratus umat Islam tak solat lima waktu. Demikian juga kes bunuh diri yang membabitkan umat Islam  berlaku semakin hari semakin bertambah dan membimbangkan.

Mengapa? Kerana ada ulamak yang mengatakan bunuh diri itu tak kafir hukumnya, sedangkan sabda Rasulullah SAW jelas dan nyata.

Kita mengatakan ramai umat islam yang menggunakan pendekatan yang salah. Memang mereka menggunakan pendekatan yang salah, kerana mereka umat islam, bukan “muslim” dan “mukmin” tetapi kita sendiri, kalangan ulamak yang sengaja menggunakan pendekatan yang salah.

Kita tidak hairan, kerana ulamak jahat lebih ramai bilangannya berbanding ulamak baik diatas muka bumi Allah ini.Apatah lagi di Malaysia ini."
 

Sunday, June 10, 2012

Di Johor memang ada perubahan




Tidak lama dahulu Timbalan perdana menteri meminta PAS serang kubu kuat umno/BN Johor.
Kini Ketua pergerakan pemuda umno Khairy Jamaluddin imengalu-alukan pembangkan untuk menyerang Johor.
Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Katanya, "Itu saja yang saya boleh kata. Mereka nak serang, seranglah... kita tak boleh larang. Tetapi saya yakin, rakyat Johor tak akan beri ruang kepada pembangkang. Tak mungkin mereka dapat terima parti yang pemimpinnya secara terang-terangan menghina sultan mereka,"

Hujah Khairy itu semacam ada asasnya kerana isu yang dicetuskan pemimpin Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan harga bidaan nombor plat kereta Sultan Johor baru-baru ini teramat sensitif bagi rakyat negeri itu, malahan juga di seluruh negara.

Jika demikian. Maka rakayt Johor sangat sensitif dengan isu raja dan tak kisah dengan pemimpim yang rakus baham duit rakyat, Atau dengan kata lain orang johor tak kisah dengan pimpin yang mengkhianati bangsa sendiri.
"Kita tahu rakyat Johor sangat sayangkan sultan dan keluarga diraja mereka. Orang Pas boleh cakap saja tetapi kita percaya, ia tak akan ke mana.

Kalau mereka kata nak serang, tsunami selatan atau apa saja, cakaplah ... Yang mungkin berlaku, Johor mereka tak dapat, terlepas pula negeri lain yang mereka perintah sekarang," katanya.

Khairy mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa PR kini sudah bersiap sedia untuk mengambil alih pemerintahan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dalam misi yang digelar 'Tsunami Selatan'.

Antara lain, kesediaan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan untuk bertanding di Johor disifatkan sebagai bukti keyakinan pembangkang untuk menawan negeri itu yang selama ini dianggap deposit tetap bagi Barisan Nasional (BN). Salahuddin disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika PR berjaya mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembangkang hanya mampu berangan-angan untuk merampas Johor, sedangkan pemimpin mereka sendiri mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu.

Sehubungan dengan itu saya ketika di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling jaya diberitahu oleh salah seorang pegawai kerajaan negeri Johor bahawa negerinya sudah ada perubahan.

Dua orang kawan lama saya ketika berbual bual menyatakan kena tukar kerajaan lama dengan kerajaan yang baru pada PRU 13 nanti.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran akan kata kata salah seorang pegawai kerajaan negeri Johor tersebut.Tetapi dia bercakap dengan gaya penuh semangat Johor akan berubah pada PRU 13 nanti.

Kata beliau lagi dulu memang orang johor tak mahu undi langsung parti lain selain darip[ada parti umno/BN. Tetapi pada tahun 2008 PAS menang dua kerusi di Muar. Dua dua Doktir. Ini jelas ianya menunjukkan sudah ada perubahan.

Hujah Khairy orang johor tak akan undi PAS kerana baru-baru ini, pemimpin Pas pula sindir Sultan Johor dalam isu nombor plat. Pemimpin PKR pula tidak habis-habis dengan isu peribadi yang jelas menunjukkan mereka tidak layak mentadbir Johor dan negara ini,


Monday, June 4, 2012

Poligami bukan sunnah?



Pada suatu hari,hari Jumaat salah seorang ustazah dalam tanyalah ustazah TV9 berkata, poligami bukan sunnah.
Terkejut saya dibuatnya, kerana selama ini kita difahamkan, poligami adalah sunnah Nabi Mohamad SAW.

Tiba tiba  ustazah pada rancangan tanyalah ustazah berkata, poligami bukan sunnah. Ia adalah “rukhsah” yang diberi oleh Allah kepada lelaki.

Namun begitu, ia adalah sama dengan solat jamak bagi orang yang bermusafir yang disebut sebagai rukhsah.
Barangkali ustazah berkenaan salah faham macam juga kebanyakan kita salah faham dengan Islam sehingga mengelirukan.

Saya yang dengar rasa berdosa kalau tak tegor perkara yang salah faham ini. Oleh itu dalam tulisan ini ada lebih baik dinyatakan bahawa poligami adalah sunnah yang tidak boleh dinafikan.

Tiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hatta sekecil kecil sekalipun ia adalah sunnah.Adalah sangat salah dan berdosa jika dikatakan dia bukan sunnah.

Kita boleh berkata poligami kebanyakan lelaki di Malaysia hari ini bukan sunnah, kerana tidak mengikut apa apa yang dilakukan Rasulullah SAW.

Atau dengan kata lain kadang kadang bercanggah sama sekali dengan amalan poligami Rasulullah SAW.
Tidak lama dulu saya pernah tegor salah seorang Doktor perubatan yang sering bercakap dalam rancangan 

Islam terbitan TV tempatan yang mengatakan poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam di Negara ini.

Bagi saya pandangan itu Salah faham yang amat sangat, kerana poligami yang diharuskan Islam itu untuk dan boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam jika diamalkan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Yang masalahnya ialah poligami lelaki  di Negara ini tak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat islam. Ini realistic. Tidak dapat dinafikan kebanyakan boleh menghuru harakan masyarakat Islam.

Mengapa tidak? Kerana poligami yang diamalkan oleh lelaki hari ini tidak ikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Boleh kita katakan ia tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.Maka sangat salah dan berdosa besar jika kita kata poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam.

Oleh itu, wahai ustazah dan ustaz hati hatilah ketika menjawap pertanyaan dari orang ramai lebih lagi labih lagi orang awam yang kebanyakannya jahil dengan ajaran Islam.