Monday, August 27, 2012

Najib mahu tukar MB Terengganu?


Tidak lama dahulu penulis ada tulis rencana  pasal MB Datuk Seri Ahmad Said akan ditukar selepas PRU 13 nanti.

Bermakna Ahamd Said bukan lagi MB Terengganu selepas PRU 13. Maka nama lain pula yang jadi MB Terengganu selepas PRU 13 ini.

Namanya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani Ngah, Setiausaha politik pada Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.

Nama ini menjadi isu yang besar dan telah menjadi polimek yang mengkucar kacir Umno Bahagian setiu sedikit masa dulu.

Sesetengah mengatakan nama itu jangan diharap untuk dicalon bertanding di Dun Batu Rakit selagi Mat Jidin dan Kazan Che Mat masih orang kuat Bahagian Setiu.

Pada penulis ini merupakan petanda Nama  Jailani Ngah tidak mendapat restu bertanding di Dun Batu Rakut miskipun  ia kehendak Mohd Najib sendiri.

Persoalan yang timbul kini Nama  Jailani Ngah kelihatan sudah begitu popular semula dan mula dikenali rakyat parlimen Setiu khususnya dan seluruh Terengganu amnya.

Sinar harian mula memainkan peranan memperkenalkan nama  Setiausaha politik perdana menteri dalam majlis bersama rakyat baru baru ini.

Bermakna usaha Mohd Najib untuk menukar menteri besar Terengganu miskipun menemui jalan sukar kini sudah mula ada ruang bahawa MB sedia  ada akan bertukar kepada  tokoh lain.

Nama Jailani Ngah bukan calang calang nama berbanding dengan nama Datuk Rasul Wahid yang telah dicanang sedemikian oleh sesetengah pihak sebagai bakal MB Terengganu yang baru selepas PRU 13 nanti.

Rakyat Kenal siapa sebenar Jailani Ngah dan siapa sebenar  Rasul Wahid. Pucuk kepimpinan umno Malaysia juga turut mengenali mereka ini.

Usaha menukar MB Terengganu yang dilakukan secara diam oleh Najib kali ini sudah Nampak jalan mudah. Lebih lebih Tun Mahahtir Mohamad orang yang diberi tugas untuk memainkan peranan agar umno Terengganu tidak jadi kecuh  sudah ada kejayaannya.

Penulis percaya beberapa nama yang disebut sebut bakal menteri besar Terengganu  termasuk Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Wan Ahmad Omar, maka   Jailani Ngah adalah nama yang barangkali menjadi hampir tepat bakal menteri Besar Terenggnau yang baru selepas PRU 13 nanti.

Kenapa? Beliau setiausaha politik pada Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang sedang berusaha bertungkus lumus agar menteri besar Terengganu bertukar tangan.
 

Thursday, August 23, 2012

PAS punca DAP tak faham hudud?



Pada Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin PASlah yang salah dan menjadi punca DAP tidak faham hudud.  

Bercakap pasal faham hudud teringat penulis dengan “hidayat”. Hidayat hak milik Allah bukan hak milik PAS atau sesiapa.

PAS dan manuisia hanya boleh berdakwah atau menyeru serta mengajak orang kafir kepada meng Isa kan Allah sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, hidayat kepunyaan Allah. Allahlah yang memberi hidayat yang membolehkan orang  kafir faham dengan Islam.

Demikian juga peranan PAS. PAS pun berdakwah. Soal DAP faham hudud bukan duduk ditangan PAS, tetapi duduk pada hidayat Allah.

Kita difahamkan Allah tidak akan memberi hidayat kepada orang kafir. Demikian juga orang munafik. Sebab itu orang kafir  dan munafik tak akan faham hudud.

Akan tetapi tidak dinafikan ada sesetengah orang kafir yang faham islam, kerana telah mendapat hidayat dari Allah.

Mereka yang mendapat hidayat atau dengan kata lain Allah telah memberi hidayat kepada mereka dan mereka lantas masuk Islam dan beriman.

Sebab itu sehingga hari ini DAP ke MCA ke dan MIC ke  tak akan faham hudud. Malah mereka tidak boleh faham  jika tanpa hidayat Allah.

Yang peliknya kebanyakan pemimpin melayu umno juga tak faham faham pasal hudud. Bukan setakat tak faham malahan menolak, menentang  serta turut mempersenda sendakan hukum Allah  tersebut.

Adakah  ini PAS yang salah?


Friday, August 17, 2012

Bukan mustahil Nasharuddin Mat Isa masuk umno



SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
Setakat hari ini kita belum dapat berita sahih, Dr Hassan Ali yang dipecat keahliannya masuk Umno. Walaupun sering kali berada atas pentas umno, tapi belum sah beliau sudah masuk umno.

Sebelum ini kebanyakan orang PAS buat andaian Dr Hassan akan masuk umno. Bukan itu saja, malahan ada andaian akan dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas PRU 13.

Sejarah telah membuktikan Datuk Asri Muda masuk umno. Demikian juga Datuk Nakhaie Ahmad. Tapi setakat hari tidak diberi  kepercayaan untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya. Hanya setakat jadi ahli umno saja dan kuda.Kecuali semasa PAS menyertai BN (1974)

Setakat hari ini belum ada bekas pucuk kepimpinan PAS yang masuk umno diberi kepercayaan. Akan tetapi PAS telah memberi kepercayaan kepada orang umno yang masuk PAS.

Bukan setakat memberi ruang untuk bertanding dalam pilihanraya, malah sudah ada yang diberi jawatan penting dalam parti. Datuk Kamaruddin Jaafar dilantik sebagai setia usaha Agung PAS.

Bercakap pasal ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan akan masuk umno yang jadi isu dek nasihatnya agar PAS tinggalkan Pakatan rakyat kerana Karpal singh seorang yang menentang penub uhan sebuah Negara  sebagai “anti Islam”.

Kedua, hubungan eratnya  dengan Datuk Seri Najib Razak dijadikan hujah bahawa beliiau akan masuk umno macam Nakhaie Ahmad dulu.

Pada penulis, tidak mustahil walaupun ustaz Nasharuddin Mat Isa menjelaskan keduduknnya dengan berkata, saya taka da niat untuk masuk umno.

Kenapa? Saat dia bercakap memang  belum  ada lagi niat dihatinya untuk masuk umno.tapi suatu masa nanti siapalah yang tahu. Oleh itu tak mustahil jika fikiranya sejengkal dan dirasuk syaitan.

Jikalau fikirannya sejauh laut mata memandang, tak mungkin dia akan masuk umno dan jadikan wadah perjuangannya.

Amat Mustahil  dia berbuat demikian kerana orang umno menganut agama islam berfahaman “lebral”  iaitu telah  samakan mana mana agama sama saja.Mana mungkin dia akan memilih umno.

Sangat tidak munasabah beliau akan masuk umno. Lebih lebih umno setakat hari ini belum ada seorangpun orang pas yang masuk umno diberi kepercayaan. Sebaliknya dijadi kalda .

Sebab itu Dr Hassan Ali tak masuk umno miskipun dipecat dan  telah diberi ruang mengelola slot forum Ehya’ Ramadhan TV 1 sepanjang bulan ramadhan ini.

Mereka tahu dia akan akan ke mana lainlah ketika masuk pas dulu diangkat dan dijunjung disanjung bukan kepalang dan ditatang macam minyak penuh.

 Ibrahim Ali tak masuk PAS pun diberi bertanding atas tiket PAS. Demikian bagusnya kepimpinan syura ulamak.. Umno jangan diharap akan beri kepercayaan pada orang PAS yang masuk umno. tengok Nakhaie.
   

Sunday, August 12, 2012

Tun Mahathir lupa sejarah politik



Tun Mahathir Mohammad pernah berkata umno parti  busuk dan buruk. Pelik juga macam mana umno parti yang buruk dan busuk dinilai sebagai parti terbaik dan boleh menyatukan orang Melayu di Negara ini.

Sejarah telah membukti umnolah parti yang membuat orang melayu berpecahbelah sehingga wujudnya parti PAS, Semangat 46 dan parti keadilan rakyat.

Pengasas PAS mereka terdiri daripada orang umno.Tengku Razaleigh Hamzah keluar umno tubuh parti Semangat 46. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tertubuhnya parti Keadilan rakyat.

Macam mana Tun Mahathir boleh kata umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di Negara Malaysia ini.

 Kita tidak nafikan umno parti terbaik kerana masih kekal menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah Negara ini.

Tetapi kena ingat umnolah parti terbaik mengkhianati bangsa Melayu sehingga populasi orang Melayu terhakis.

Memang Umnolah yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan ikut tertunjuk penjajah membuat para pemimpin kayaraya rompak wang rakyat di simpan di Negara kafir.

.Umnolah parti terbaik melatih para pemimpin jadi benci kepada undang undang Islam dengan slogan hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sains dan teknologi.

Dunia iktiraf Malaysia kerana Malaysia mengekalkan undang undang read ( kafir) Cuba laksanakan undang undang islam. Sudah tentu Malaysia dikutuk dan di pulau.Mungkin diserang.

Kita mahu orang Melayu bersatu kerana bersatu itu membuat kita kuat tetapi bukan dibawah parti Umno.
Kenapa? Kerana umno parti merestukan para pemimpin makan rasuah dan riba yang dikutuk oleh Allah.

Memang parti umno tidak boleh diharap untuk memperkasakan bangsa Melayu sebaliknya telah, sedang dan akan menghancurkan orang melayu di negara Malaysia ini.

Kalau rakyat membiarkan umno/BN terus memerintah Negara Malaysia, tak mustahil orang Melayu akan jadi macam rakyat Palestin suatu masa nanti.

Kalau nak bersatu, kena ikut apa yang telah dinyatakan oleh Al Quran iaitu hendaklah berpegang teguh dengan tali Allah.Lebih lebih ia memberi rahmat seluruh alam.

Soal PAS, parti keadilan parti serpihan  kena kembali kepada asal suatu yang sangat tak relevan, kerana bersatu atas lain selain atas nama Allah ia akan menemui kegagalan.

Atas sebab itulah umno setakat ini tidak pernah berpijak di alam nyata.  perjuangan Umno adalah perjuangan yang batil kerana tidak ikut acuan yang disedia oleh Allah.

Umno sah parti terbaik menolak penubuhan sebuah Negara Islam.Buktinya ia tetap mempertikaikan perlaksanaan undang undang islam di Negara Malaysia ini.

Macam mana hendak satukan orang Melayu.

Thursday, August 9, 2012

Najib:cakap boleh, buat habuk pun tak ada


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dikatakan berbangga dan teruja apabila melihat kain rentang yang disediakan mahasiswa Universiti Tekonolgi Malaysia (UiTM) Kelantan ketika tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Cepa dua tiga lalu.

Mustafa Mohammad, pengerusi Umno Kelantan, dua tiga ini melaporkan bahawa Umno akan memenangi 23 kerusi PRU 13 nanti.

Najib Tun Razak ketika berada di Bachok berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
  
Penulis setuju dengan kata kata Najib itu. Kenapa? Jawapannya dia akan bayaran royalty minyak Kelantan dan sudah tulis surat kepada MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz  mengucap syukur dengan kata kata “Alhamdulillah” ini atas berkat doa rakyat Kelantan.

Akan tetapi Datuk Husam Musa ragui dengan apa yang dicakapkan oleh Najib. Apatah lagi dengan sepucuk surat. Kenapa? Kerana sudah acapkali berjanji, tapi tak ditepati.

Najib kelihatan begitu gembira dengan perkembangan terbaharu politik yang nisbah sokongan antara PAS dan umno/BN pada nisbah 50-50.BN yakin dapat kembali kedah PRU 13 ini.

Inilah yang membuat Najib sangat gembira dan tabur janji nak bayaran wang royalti pada kerajaan Kelantan sesuai dengan slogan janji ditepati..

Ini memberi kenyakinan yang Kelantan dapat dirampas semula pada PRU 13 nanti, disamping nisbah sokongan rakyat pada umno/Bn pada tahap 54 peratus dan pembangkang 46 peratus yang mana putrjaya tetap kekal.

Pada penulis atas sebab itu Najib tulis surat kepada menteri Besar Kelantan untuk hamtar wakil dalam majlis perbincangan jawatankhas pembayaran royalty minyak Kelantan.

Perdana Menteri ketika bercakap didepan dua puluh ribu bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa  berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
  
Bukan setakat itu saja, malah disebut  kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia,

Najib berulang kali menyebut kata kata,  kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.

Untuk menyakinkan rakyat Najib  sebut lagi kata kata, Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja dia sebut bahawa ,Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak,

Kalau tak tipu dan tak berbohong mengapa berdolak dalih hingga hari isu royalty minyak tidak ditepati sedangkan itu adalah hak kerajaan Kelantan yang memerintah selama 22 tahun lebih itu berdasarkan perjanjian khusus mengenai petrolium.

Yang paling tak munasabah lagi Najib mahukan wakil untuk membincangkan pembayaran seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan.

Apa makna semua ini.Pasti inilah dalih Najib.
    

Saturday, August 4, 2012

Ingat, Najib pernah berbohong


Saya nak cerita sikit pasal janji perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada rakyat mengenai bayaran royalty minyak kepada kerajaan BN Terengganu.

Janji tersebut dibuat didepan Datuk Seri Ahmad said dan puluhan ribu penyokong umno/BN dalam suatu majlis bersama rakyat tidak lama dahulu.

Najib berjanji akan membayar royalty minyak yang ditarik balik semasa PAS memerintah negeri kaya rakyat miskin itu.
Sehingga hari ini pembayaran yang dijanjikan itu belum dikotakan, sebaliknya janji pembayaran itu dibuat menerusi tuntutan kerajaan negeri pada Dana khas persekutuan.

Ada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu baru mendapat pembayaran. Bermakna janji hendak bayar royalty dimasukkan dalam akaun kerajaan yang disatukan sampai hari belum dikotakan.

Oleh itu, apalah sangat dengan sepucuk surat daripada Najib yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Kita diberitahu menteri besar Kelantan, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Sesungguhnya negeri Terengganu yang diperintah umno/BN setakat hari ini belum dikotai lagi, adalah musathil Kelantan yang diperintah PAS diutamakan.

Amat tak munasabah ia dilaksanakan. Lebih lebih lagi kes ini berada di mahkamah yang barangkali menjadi sangat sukar untuk diselesaikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan umno/BN Terengganu.

Tiada sebab perdana menteri Najib tidak tepati janji sepertimana slogan “janji ditepati” kepada kerajaan Terengganu. Sedangkan janji itu dibuat didepan puluhan ribu rakyat Terengganu.

Inikan pula hanya sepucuk surat yang meminta Datuk Nik Aziz hantar wakil hadir dalam jawatankuasa khas bincang pembayaran royalty minyak kepada kerajaan Kelantan.

Mudah pulak, sedangkan Mustafa Mohammad kata payah kerana Negara punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.

Pada saya, yang buat pembayaran royalty minyak kepada negeri negeri terbabit bukan kerajaan pusat tetapi pihak petronas sendiri.

Kerajaan pusat tak ada kena mengena, kecuali wang royalty dimasukkan dalam akaun Dana khas persekutuan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan.

Tetapi kita kena ingat, kerajaan ada kuasa untuk menyekat melalui tuntutan yang dibuat oleh UMNO negeri atau seseorang menteri cabinet sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz, orang yang menyekat royalty minyak Kelantan ialah Datuk seri Mustafa Mohammad.