Friday, September 28, 2012

SATU Terengganu baca meter air tipu


Penulis hairan mengapa Bil Air bulan ini (September 2012) naik melambung, iaitu searus peratus lebih.

Kerana tidak puashati Bil air bulan tertinggi, maka bergegaslah penulis ke pejabat SATU untuk membuat aduan.

Apabila sampai di kaunter aduan kerani segera membuat semakan berdasar Bil yang penulis serahkan dan disuruh masuk untuk berjumpa pegawai berkaitan.

Sebaik sahaja berjumpa pegawai berkaitan, saya diberi tahu bacaan meter air rumah penulis lebih 8 hari dari biasa.

Sudah pasti tiada kebocoran berlaku pada paid. Sah ada yang tak betul dilakukan oleh tukang baca meter.

Penulis berkata, mengapa naik seratus peratus lebih. Bil air bulan biasa rumah penulis hanya RM 30.00 saja . Macam mana boleh naik jadi  RM69. 00.

Pegawai berkaitan buat bacaan berdasar pada bil yang penulis serahkan itu, Akhirnya diberi jawapan bahawa bil ini hanya RM 37.00 saja.

Penulis diminta membayar jumlah bil tersebut ( RM 69), kerana akan diselaraskan dengan Bil bulan berikutnya.

Ini menunjukkan tukang baca neter rumah penulis dibuat cara tipu.Penulis tidak tahu mengapa dilakukan dengan sedemikian rupa.

Penulis hairan, Bil Api rumah bulan ini juga melambung. Bil bulanan  biasa tak lebih RM 100.00. Tapi bulan ini naik melambung jadi RM 158.00, sedangkan penulis tinggal tiga beranak saja.lainlah jika semua anak anak balik.


Saturday, September 22, 2012

Sukarnya baca politik Malaysia kini


Bukan tidak tahu baca politik di Malaysia kini, tetapi sukar untuk membacanya. Sudah ada yang membaca begitu dan begini.

Pendek kata, macam macam bacaan sudah kita dengar membuat Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak berani membubar parlimen.

Pelbagai ramalan telah dibuat. Tun Mahathir Mohamad dua tiga minggu ini telah menyatakan umno/BN sudah cukup kuat dan sesuai dan boleh diadakan PRU 13.

Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau sangat yakin umno/BN boleh menang 2/3 parlimen yang dinafikan pada PRU 12 lalu.

Seminggu dua ini Najib Razak ghairah bercakap pasal bubur parlimen dalam tahun ini juga dengan kata lain boleh di bubar bila bila masa saja dari sekarang.

Salah seorang kenalan rapat Najib buat ramalan bahawa PRU 13 akan diadakan pada 11  11.2012. Sejauhmana kebenarannya sama samalah kita tunggu.

Bercakap pasal politik dan piliharaya umum teringat saya nama Profesor  Negara Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang baru sekali membuat kenyataan isu ustaz Nasharuddin Mat Isa yang lawan Karpal Singh.

PRU 12 Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan rakyat akan tinggalkan payung besar dan akan duduk dibawah payung kecil pula.

Ramalan beliau hampir hampir tepat bahawa pakatan rakyat dapat menafikan 2/3 parlimen dan empat buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Setakat hari beliau belum buat sebarang ramalan dan mungkin akan bercakap apabila selesai membaca politik sedikit masa nanti.

Tidak munasabah beliau yang begitu arif berkepakaran dalam bdang politik Negara tak tahu membaca, sedangkan kebanyakan penganalisis politik Negara telah membaca dan menyatakan begitu dan begini.

Antaranya, Profesor Dr Ahmad Atory Huseian dari university Sains Malaysia telah selesai menabaca dan menyatakan DAP kekal memerintah Pulau Pinang. PAS kekal memerintah Kelantan. Pakatan rakyat tumbang di Selangor. Perak 50-50.

Kita tunggu ramalan Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mungkin ianya suatu kejutan besar kepada umno/BN dan berita gembira untuk pembangkang PRU 13 nanti.

Atau kejutan besar kepada pembangkang dan berita gembira untuk umno/BN kerana sekatan pembangkang tawan Putrajaya berhasil.






Wednesday, September 19, 2012

Protes filem hina Nabi Mufti Perlis marah



 Umat Islam seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia turun turut protes menandakan marah kepada pembikin filem Innoncence of Muslims yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Nik Aziz musyidul PAS yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, masyarakat Islam seharusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak agama Islam terus dipersendakan.

Tetapi yang peliknya, mufti Perlis, Dr Jonda Jaya marah benar dengan tindakan umat Islam yang melakukan protes tersebut.

Bukan setakat marah marah terhadap umat Islam yang tunjuk perasaan membantah pembkin filem  Innoncence of Muslims keturunan Yahudi itu, malah beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu macam gengster.Nasib baik dia tak kata pengganas.

Penulis masih belum lupa dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam terbahagi kepada 73 puak.
Datuk Abu Hassan Din berkata, umat Islam terbahagi dua. Umat Islam juga ada yang kafir, iaitu mereka yang tinggal solat dengan sengaja.bermakna sah ada yang kafir.

Penulis masih ingat lagi bahawa ulama juga terbahagi kepada dua golongan. Ada ulamak jahat da nada ulamak baik.

Sekarang ini jelas bahawa bertindak protes yang dilakukan seluruh dunia itu pembikin filem tersebut sudah menghilangkan diri takut dibunuh.

“Jika kita tidak bertindak demikian mereka akan buat benda lain lagi yang akan menyebabkan berlaku perkara yang tidak munasabah seperti di negara-negara luar, biar mereka sedar perbuatan itu salah dan ada orang yang halang, doa sahaja tidak cukup,”Kata Nik Azizi selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim.

Ini menunjukkan protes tersebut amat berkesan dan memberi amaran kepada mereka yang menghina nabi dan Islam seperti mana yang berlaku terhadap Solman Rusdhi menghilang diri takut dibunuh.

Mengulas lanjut Nik Aziz berkata, antara punca yang menyebabkan penghinaan itu berlaku  disebabkan masyarakat Islam sendiri yang  tidak meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan.

“Orang Islam sendiri  yang melakukan pengkhianatan terhadap agama Islam, kita seharusnya sedar dan tidak melakukannya sekiranya tidak mahu lagi Islam dihina,” katanya.

Ditanya adakah protes melalui demonstrasi itu perlu dilakukan masyarakat Islam, Nik Aziz berkata, pendekatan itu boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada keadaan tertentu.
 
Kita tidak harus membisu terhadap  Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perhimpunan membantah filem itu Jumaat lepas.

Friday, September 14, 2012

Sampai hati cakap macam itu


Pada penulis, memang tidak patut cakap macam itu pada Setiausaha Agung PAS Malaysia dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Kalah menang calon dalam pilihanraya umum bukan hak manusia. Ia adalah hak Allah Subha nahu wataala.Itulah kepercayaan kita.

Pendek kata, kalah dan menang sesorang calon adalah ketentuan Alah subha nahu wataala. Cuma manusia ini hanya sabit sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Kenapa penulis kata begitu? Siapa sangka Umno tumbang pada PRU 10 (1999). Umno pun tak sangka PAS boleh menang 28 kerusi.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS negeri menyatakan “PAS menang kerana umno”  .Cakap cakap ini dibuat dalam kebanyakan majlis anjuran kerajaan.

Pada PRU 11 (2004) PAS tak sangka boleh kalah begitu teruk, tinggal 4 kerusi. Mengapa penulis kata begitu?banyak sebab musababnya.

Bayangkan,  banyak insentif  dan inisiatif yang dilkakukan oleh kerajaan PAS. Memansuhkan TOL Jambatan Sultan Mahmud. Menghapuskan cukai pintu yang sering jadi rungutan rakyat.

Pendek kata banyak perkara yang sudah lansai melalui inisiatif kerajaan PAS jauh lebih baik dan besar maknanya kepada rakyat  berbanding  kerajaan Umno sepanjang pemerintahannya.Asyik menipu.

Cuba anda bayangkan. 50 ribu lot tanah telah diluluskan.  80 peratus dikhususkan kepada penyokong umno. Nilai satu lot tanah ada yang berharga RM 100,.Tak munasabah mereka yang dapat tanah undi umno.

Apalah sangat jika dibandingkan dengan RM 300 wang ehsan dengan dapat satu lot tanah berharga RM 100,00.Tapi malangnya kerajaan PAS tumbang juga hasil tangan tangan rakyat.

Bercakap pasal calon tak boleh menang penulis juga ada dengar. Tapi bukan nama Datuk Mustafa Ali dan Yahya Ali sahaja, malah nama YB Mohd wahid Endut dan Datuk Tengku Hassan Omar juga turut disebut sebut.

Tidak kisah jika nama Ustaz Abu Bakar Abdullah DUN Tepuh dan nama ustaz Nik Zawawi Salleh DUN Kuala Besut turut disebut sebut sebagai calon tak boleh menang dan tak selamat. Apatah lagi dibubuh muslimat bertanding  DUN tersebut.

Ramai lagi bekas calon yang bertanding pada PRU 12 namanya  disebut sebut tak boleh menang dan wajib diganti dengan calon muka baru untuk mencapai kemenangan PRU 13 nanti.

Jika demikian, calon muslimat yang di uar uarkan untuk diletakkan bertanding pada pru 13 nanti hatta di DUN selamat sekali pun juga di sebut sebut  calon yang tak boleh menang.

Lebib lebih lagi mana ada pucuk kepimpinan  muslimat PAS yang berwibawa setakat ini berbanding calon muslimin.

Sudah lama penulis intai intai calon muslimat yang boleh diketengah untuk bertanding. Tiada seorang pun yang berwibawa.

Jika nama Mohd Wahid Endut telah disebut sebut sebagai calon yang tak boleh menang. Apalah sangat dengan calon muslimat yang akan diletak bertanding pada PRU 13 ini nanti.

Kesimpulannya kalah menang bukan hak pengundi (manusia) tapi ia adalah hak Allah. Allah boleh beri kememangan kepada sesiapa yang dia kehendaki.Manusia hanya berusaha.

 Macam Datuk Mustafa Ali. Siapa sangka boleh menang parlimen Dungun PRU 10 (1999) dan DUN Pengkalan Beranggan.

Sudah didugakah, Yahya Ali kalah di tangan Alias Abdullah di DUN Alur Limbat pada PRU 11(2004). Kalau tahu awal awal lagi kalah, mana mungkin diletak bertanding juga.

Demikian juga apa yang berlaku terhadap Datuk Mustafa Ali,yang  kalah ditangan Alias Abdullah di DUN Alor Limbat pada PRU 12.

Tidak mustahil dia boleh menang pada PRU 13 nanti di Parlimen Dungun. Jika benar dia akan diletakkan bertanding nanti.

Demikian juga dengan Yahya Ali yang dikatakan calon tak akan menang di DUN Alor Limbat berbanding dengan Dr Rosdi Ambak yang dikatakan calon boleh menang itu.Kalah menang adalah ketentuan Allah. 

Apabila Allah menghendaki, maka jadilah.

Tuah manusia tiada siapa yang tahu, tuah ayam nampak dikaki. Betul atau salah sama samalah kita fikir.
Fikir fikirlah dulu, sebelum beri kata putus. Manusia boleh buat ramalan Allahlah yang menentukannya.

Terlanjak perahu boleh undur, salah cakap padahlah yang menimpa.Kerana pulut santan binasa, kerana mulut hidup kecewa.

Monday, September 10, 2012

Najib walaupun ada semangat tapi masih takut



Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata saya sudah ada semangat untuk membubar Parlimen.Bermakna sebelum ini dia tidak ada semangat langsung untuk berbuat demikian.

Penulis tengok ketika bercakap dalam mana mana majlis bertemu dengan dengan suaranya begitu bersemangat sekali.

Demikian juga ketika bercakap kepada pengunjung dalam majlis rumah terbuka BN di Selangor.
Bukan main hebat. Hebat sungguh,Inilah semangat baru yang di suntik oleh Tun Mahathit yang berkata, umno/BN sudah kuat.

Yang peliknya Najib meminta parti komponen Barisan Nasional yang dikatakan sudah kuat itu supaya buat sekatan agar pakatan rakyat gagal ke Putrajaya.

Pada penulis cakap cakap itu mengambarkan BN menghadap permasalahan untuk kekal memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa dari sekarang.

Najib kelihatan begitu bersamangat atau kuat semangat setelah sekian lama hilang semangat, kerana diserang penyakit “takut” Putra jaya terlepas kepada pakatan rakyat selepas PRU 13 nanti.

Pucuk kepimpinan Umno Selangor yang berada di kiri kanan Najib juga kuat semangat dan berkata, kita rampas semula Selangor.

Najib dan pucuk kepimpinan Selangor cukup yakin kerajaan yang diperintah pakatan rakyat akan tumbang PRU 13 ini.

Bukan setakat itu sahaja negeri Kelantan yang di perintah oleh PAS pun akan tumbang juga, kerana sudah banyak usaha sekat orang Kelantan mengundi Pas.

Setahu penulis wang RM 500 satu kepala yang diberi kepada isi rumah satu satunya usaha sekat rakyat undi pakatan rakyat.

Rakyat Malaysia, terutama orang China,  China MCA cukup dikenali kerajaan umno/BN. Sebab itu PRU 12 orang china mengundi DAP (pakatan rakyat).

Sudah tentu untuk sekat jalan agar pakatan rakyat ke putrajaya mengadapi masalah besar, kerana tidak mendapat kerjasama MCA dikatakan sudah menjadi “duri dalam daging” Barisan nasional kini.

Di sebalik ajakan Najib pada parti komponen BN itu kelihatan tiada respon kerana seblum ini Najib pernah minta MCA rampas semula Pulau Pinang dari tangan DAP. tapi MCA membisu seribu bahasa.

Ini menunjukkan usaha Najib untuk menyekat jalan pakatan rakyat ke putra jaya akan menemui jalan sukar kerana tidak mendapat kerjasama MCA dan GERAKAN