Sunday, November 25, 2012

Tauke Tan Sri Muhyiddin?




Dua minggu lepas salah seorang bekas kontraktor yang mengajak penulis minum kopi sambil bersantai memberitahu segala projek di Terengganu dikuasai dan ikut telunjuk tauke.

Dua tiga hari  lepas seorang kontraktor ketika minum di kedai kopi sambil bersantai bercakap pasal tauke Muhyidin sudah masuk negeri Terengganu.

Bercakap pasal tauke, penulis ingat tauke Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Wan Mukhtaryang menguasai pulau Redang dan Tasik kenyir.

Manakala tauke Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Idris Jusoh menguasai Pulau Duyung dan Pulau Wan Man hingga mereka jadi kayaraya segera.

Bukan sahaja tauke tauke itu yang buat harta, malahan anak  Tun Mahathir,anak Tun Abdullah dan adik Datuk Seri Mohd Najib jadi antara orang terkaya di Negara ini.

Oleh itu, penulis tidak terkejut apabila soseh soseh tauke perdana menteri , tauke timbalan perdana, tauke menteri menteri dan tauke timbalan timbalan menteri bermaharajalela disana sini di Negara ini.

pendek kata semua para pemimpin umno mempunyai tauke tauke masing.Datuk Ahmad Said yang mengatakan negteri Terengganu dibawah terajunya bebas rasuah juga ada tauke yang menguasai ekonomi negeri kaya rakyat miskin ini.

Apa hendak dihairankan. Usah menteri besar malahan exco exco dan wakil rakyat wakil rakyat juga, masing masing ada tauke. Sebab itu jadi wakil rakyat sepenggal pun sudah boleh buat rumah harga jutaan ringgit.

Mengapa tidak? Projek RM 5.6 juta diberi kepada kontraktor RM 4.6 juta. Cuba anda bayangkan. Sudah tentu RM 1.6 juta dalam tangan.

Cuba anda bayangkan sebatang jalan sepanjang 5.6 kilometer berharga RM 250 juta diberi kepada kontraktor (tauke) dengan harga RM 100 juta. Pasti RM 150 juta dalam tangan. Masing masing dapat habuan.

Demikian juga dengan  sebuah jambatan yang berharga RM 210 juta. Anda boleh kira sendiri berapa juta dalam tangan.

Sebuah jambatan yang akan dibina dari Losong Fere ke Teluk Pasu yang berharga RM 250 juta dan sebuah jambatan cantik dan klasik akan dibina dari Tanjung Kapor ke Sebarang Takir yang berharga RM 250 juta.

Sebuah Bandar Baharu di Kuala Nerus seluas 378 ekar katanya akan diberi kepada tauke Tan Sri Muhyiddin sahaja setelah berhijrah dari Johor ke  Terengganu.

Ini yang membuat kontraktor negeri Terengganu terpaksa golong tikar. Tidak dinafikan masih ada beberapa orang yang diberi projek berharga dibawah seratus juta.Manakala yang berharga ratusan juta keatas 
 kebanyakan diberi kepada tauke tauke timbalan perdana menteri dan menteri besar.


  

Monday, November 19, 2012

Tengku Paduka tanding parlimen KT



Tengku Ibrahim yang menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi tidak lama dahulu itu telah disebut bakal bertanding PRU 13 nanti. Sama ada Dun atau parlimen sama samalah kita tunggu.

 Persoalan yang timbul sekarang ini pihak PAS negeri Terengganu sudah menyatakan persetujuannya untuk meletakkan Raja Bahrin bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu pada PRU 13 nanti.

Persetujuan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam satu kenyataan membuat pengundi Parlimen Kuala Terengganu rebut seketika

Apabila Tengku Peduka Raja menyertai PAS Soseh soseh kedengaran bahawa Tengku Peduka lebih layak diberi peluang bertanding di parlimen Kuala Terengganu berbanding Raja Bahrin.

Sesetengah mengatakan Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang pernah menang pada PRU 8 di DUN Tanggol atas tiket parti semangat 46 wajat bertanding di DUN Langkap .

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang masih proaktif dan layak bertanding miskipun usianya sudah lanjut.

Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 negeri Terengganu sangat dihormati pihak lawan,

Dengan lain perkataan beliau mempunyai pengalaman sebagai orang ahli politik yang disegani semua pihak  berbanding dengan Raja Bahrin yang baru berjinak jinak dengan dunia politik yang penuh dengan tipu daya dan  cabaran.

Tengku Paduka yang pernah menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol yang proaktif dan digeruni Tan Wan Mukhtar MB Terengganu kerana banyak modal dan pengalaman.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.

“Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik,” katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.

Persoalan yang timbul kini, Raja Baharin yang disebut akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu adalah orang baru berbanding Tengku penduka raja yang pernah jadi ADUN Tanggol itu.

Dari segi ketokohan Tengku penduka lebih layak diangkat bertanding PRU 13 di Parlimen Kuala Terengganu berbanding Raja Bahrin.


Thursday, November 15, 2012

Najib tidak yakin boleh tawan Selangor




Ketika bercakap didepan penganut Hindu di Batu Caves Najib masih tidak yakin boleh tawan negeri Selangor PRU 13 nanti.

Yang mampu diucapkan tidak lain dan tidak bukan suatu janji  jika BN memerintah Selangor Pangsapuri setinggi 29 tingkat akan dibatal.

Itulah tindakan yang pernah dilakukan oleh perdana menteri  yang “amanah” dan kerajaan di amanahkan oleh rakyat memerintah Negara terhadap negeri yang diperintah pembangkang.

Menarik balik bayaran royalty minyak 5 peratus  terhadap negeri Terengganu selepas PAS menang dan memerintah  PRU 10 (1999-2004).

Sehingga hari walaupun Najib sendiri yang buat janji akan menbayar semula royalti minyat 5 peratus kepada kerajaan Terengganu di ditadbir BN belum ditepati lagi.

Demikian juga yang dilakukan terhadap kerajaan Kelantan, sedangkan negeri Keelantan berhak mendapat bayaran royalty minyat 5 peratus.

Oleh itu, janji Najib pada orang Hindu di batu Caves tempoh hari bukan janji mustahil jika BN memerintah semula Selangor.

Tindakan jahat terhadap negeri yang diperintah pembangkang sudah menjadi amalan UMNO/BN baik siapapun yang menjadi perdana menteri.

Pada hal tindakan itu jelas dan nyata bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen dan perlembagaan  Negara Malaysia.

Saol bercanggah dengan perlembagaan Negara tidak pernah diambil kira oleh para pemimpin yang menerajui Malaysia ini, asalkan tindakan tersebut oleh menyekat rakyat mengundi pembangkang.

Lebih lebih lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama memiliki perasaan” takut” dan “harapan”  punca umno/BN memerintah selama 60 tahun.

Kebanyakan bijak pandai dalam Negara mengandaikan PRU 13 ini adalah merupakan tahun akhir buat umno/BN memerintah Negara ini.

Penulis tengok dalam media massa pro kerajaan umno/BN masih boleh menang dan memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang akan di adakan MAC 2013.

Akan tetapi dalam hampir seluruh laman web dinegara ini sokongan terhadap kerajaan UMNO/BN menurun dan jatuh merudum.

Maka jalan ke Putrajaya pembangkang walaupun telah disekat,nampak begitu cerah dan pasti umno/BN berputih mata miskipun sudah banyak wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi harapan kebanyakan rakyat.

Apa apa pun kita kena lihat perkembangan politik selepas perhimpunan agung umno yang bakal diadakan ujung November ini yang ada ura ura akan ditangguh atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Sesungguhnya hari ini, bacaan politik masih tidak menentu miskipun kerajaan mengadakan pelbagai inisiatif dan insentif  berbentuk bantuan yang jadi harapan kebanyakan rakyat.
     


Sunday, November 11, 2012

Benarkah Najib bimbang dengan penularan fahaman liberal

Setakat hari ini belum ada seorang pun perdana menteri Negara kita yang rasa bimbang dengan penularan fahaman liberal yang sangat berbahaya itu.

Akan tetapi hari ini kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri Malaysia ke 6 menyatakan rasa bimbang yang amat sangat dengan penularan fahaman tersebut.

Apa pun fahaman liberal ini bukan baru sahaja menular di Malaysia ini, malah sudah sekian lama, akan tetapi tidak ada seorang perdana menteri pun yang rasa bimbang dengan penularan tersebut.

Yang ada perasaan bimbang hanya dihati kalangan ulamak yang baik sahaja, manakala ulamak jahat berdiam diri bak syaitan bisu.

Yang paling sedih lagi ada ulamak yang mengatakan “tak apa” pinjaman berfaedah (bunga) pada bank, termasuk bank bukan islam sebagai bukan “riba”. Malah, kata mereka, ia bertepatan dengan “syariah”.

Mereka ini terdiri daripada yang ada ijazah PHD bidang agama Islam luar dan dalam negeri dan sangat menggalakkan rakyat meminjam untuk membeli rumah dan kenderaan kerana tak apa.

Apa pun fahaman liberal dalam hukum hakam ini sudah sekian lama menular sehingaga pihak kerajaan semasa diterajui Tunku Abdul Rahman Al Haj menghalalkan judi loteri kebajikan.

Pendek kata sehingga ini judi telah di lesenkan di Malaysia dengan katanya dan beralasan bahawa kerajaan tidak menghalalkan” judi”,  walaupun telah dilesenkan.Judi tetap haram bagi orang orang Islam.

Memang ada lojik juga kerana rakyat Negara terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza satu sama lain.

Akan tetapi bagaimana pula dengan  anggapan dan pernah diucapkan beberapa orang menteri kabenit bahawa “agama sama sahaja”, sedangkan mereka yang menyamakan agama itu sama sahaja boleh jadi kafir “mutlak”.

Fahaman liberal menetapkan tidak boleh mengatakan orang kafir sebagai kafir atas alasan bahawa boleh “mengancam keterteraman awam” dan seolah olah kita telah mengajak orang kafir berperang.

Bukan setakat itu sahaja, malahan sudah ada Negara orang islam yang mengharamkan perkataan “jihad” dan sekaligus tidak membenarkan mata pelajaran tersebut diajar sekolah sekolah dan university university negaranya.

Di Malaysia mata pelajaran pengetahuan Islam sudah ditukar kepada mata pelajaran “moral” kerana ada kalangan yang bimbang dengan fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW bertapak kukuh.

Kita sedia maklum bahawa 83 peratus rakyat yang mendakwah diri  orang Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedang tinggal solat dengan sengaja itu hukumnya  jadi kafir (hadis).

Ulamak yang berfahaman liberal tetap mengatakan tinggal solat sengaja tidak jadi kafir atas alasan mereka itu tidak menafikan hukum wajib solat.

Alasan yang dibuat ini jelas ianya berfahaman liberal dalam agama sepertimana yang pernah diucapkan oleh bijak pandai Islam liberal di  Indonesia bahawa “tutup aurat” hanya dalam “solat” dan  ketika mengerjakan umrah dan haji  sahaja.

Fahaman ini sudah lama menular ke Malaysia, sedangkan tidak “ menutup aurat” itu tak bau cium syurga atau dengan katakana mereka yang terlanjang itu masuk neraka. 

Yang paling sedih lagi ada salah seorang yang ada PHD mengatakan belum tentu mereka yang tak aurat ini masuk neraka. Memang betul jika mereka sempat bertaubat dan diterima taubatnya, kerana Allah maha pengampun.

Bagaimana pula dengan hadis yang bermaksud: “Barang siapa (perempuan) yang tak tutup aurat tak bau cium syurga”  Apakah boleh kita sanggah mengatakan belum tentu mereka masuk neraka, sedangkan Rasulullah SAW telah dimaklumkan oleh Allah masuk neraka.

Kesimpulannya fahaman liberal mengenai Islam di Malaysia sudah berakar umbi sekian lama sehingga 83 peratus rakyat orang islam tak solat lima waktu yang membabitkan  “rosak akidah” dek sikap para pemimpin Negara yang menganut fahaman tersebut.


Wednesday, November 7, 2012

Benarkah bahaya sedang mengancam umno/BN?


Untuk membuktinya, PRU 12, kerajaan yang memerintah Negara ini hilang lima buah Negeri dan hilang 2/3 parlimen.

Ianya sangat munasabah berlakunya pembelotan punca lima ratus ribu ahli umno undi PR. Apa pun MCA dan Gerakan turut terbabit sehingga tokoh tokoh parti itu kalah teruk.

Atas sebab itulah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun)dipersalahkan dan dipaksa serta terpaksa letak jawatan dan umno juga kerajaan diambil alih Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Inilah keputusan drastik yang dilakukan tanpa fikir panjang PRU 11 umno/BN mencipta rekod cemerlang Terengganu dirampas semula dan Kelantan hampir hampir tumbang  atas nama semata mata untuk menyelamatkan umno dari bahaya hilang kuasa dalam PRU 13.

Atas sebab itu jugalah Datuk Seri Najib Razak menerusi penasihat penasihat keliling pingang yang pintar pintar mengandaikan sanjungan rakyat jelata terbit dari perasaan takut dan harapan.

 Dan harus diperban yakkan  slogan slogan  termasuk slogan” satu Malaysia”untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum. 

Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan untuk memberi gambaran yang kerajaan sangat prihatin dan segala apa yang dijanjikan dan telah ditepati.

Konsepsi “wasatiyyah” diperkenalkan disamping pelbagai tranformasi, termasuk tranformasi politik yang difikirkan berfungsi menyelamatkan umno/BN.

BRIM (bantuan rakyat 1 malaysia) juga salah satu usaha untuk menyekat rakyat mengundi Pakatan rakyat dan dicanangkan bahawa PR  tidak mampu memerintah dan Anwar Ibrahim tidak layak jadi perdana menteri.

Terbaru BRIMB (bantuan rakyat 1 malaysia bujang) dilancarkan semata mata untuk menraih undi golongan belia yang disebut  genarasi Y yang mula hilang minat kepada kerajaan yang diterajui Najib Razak

Perdana menteri Najib Razak ketika di Manjung Perak mecanangkan perkataan pakatan rakyat tidak mampu memerintah dan diulangi dimana mana sahaja dalam majlis “janji ditepati”agar rakyat jelata mengundi umno/BN PRU 13 nanti.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika di Kuala Terengganu menyerang Datuk Seri Anwar dengan perkataan dia tidak layak jadi perdana menteri , kerana moralnya buruk.

Mohd Najib ketika di Kuala Kedah berkata yang dia  seorang yang “amanah”. Ertinya inilah sebaik baik pemimpin yang harus dipilih.Bukan Anwar seorang yang disifatkannya sebagai penjual ubat di tepi jalan,

Dalam masa yang sama beliau berkata, kita tidak marah jika Anwar kejar jawatan perdana menteri. Yang kita tak mahu pengkhianat.

Penulis difahamkan. Najib walaupun berkata” tak marah, akan tetapi kelihatan amat marah dan takut hilang jawatan yang disandang sekarang.

Manakala kebanyakan para pemimpin umno lain takut hilang kuasa dek bahaya yang sedang mengancam kini.

Lebih lebih lagi pakatan rakyat berjanji pada rakyat jika memerintah nanti  kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, hapus PTPTN dan beri pendidikan percuma.

Dengan kata lain, beliau cuba lebalkan pakatan rakyat, tak mampu memerintah dan Anwar adalah “pengkhianat” apabila mengambil alih kuasa nanti.

Rakyat sedia maklum, antara Najib  dan Anwar siapakah yang disahkan menjadi pengkhianat agama,bangsa 
dan Negara.

Tengku Razaliegh Hamzah suatu masa dahulu pernah mengatakan umno adalah pengkhianat. Rata rata, baik rakyat jelata yang kurang pintar  pun mengakui akan perihal tersebut.

Pada hemat penulis, sanjungan rakyat jelata terhadap perdana menteri dan kerajaan terbit dari perasaan takut dan harapan.

Sanjungan  seumpama ini sungguh menakutkan Najib, sebab itu beliau mahu tidak mahu mesti mengadakan inisiatif dan insentif yang menjanjikan harapan kepada rakyat tertunai dengan slogan “ janji ditepati”.

Benarkah begitu?