Sunday, December 30, 2012

PRU 13, 13 Mach hari pernamaan calon?


Salah seorang bekas penngarah GLC kerajaan persektuan satu Malaysia memberitahu penulis pada 13 Mach 2013 hari pernamaan calon.

Macam mana beliau boleh tahu tarikh pernamaan calon,sedangkan  tarikh PRU Negara ini rahsia tiada siapa yang tahu, kecuali Najib.

Bagaimana tarikh pernamaan calon boleh bucur dan diketahui oleh bekas pengarah GLC kerajaan persekutuan.

Barangkali tarikh tersebut berupa ramalan orang orang pencen yang tiada kerja lain dan duduk sembang sembang politik.

Atas sebab itu penulis tengok kelendar tahun 2013. Belek punya belek terjumpalah tarikh 13 Mach yang jatuh pada hari Rabu.

Timbul persoalan lojik hari pernamaan calon dibuat pada hari rabu, sedangkan kelazimanya berlaku pada hari sabtu, hari cuti. Demikian hari mengundi.

Hitung punya hitung munasabah, kerana 10 hari adalah hari berkempem. Bermakna hari penungi jatuh pada 23 Mach hari Sabtu.

Fikir punya fikir, ada lojiknya hari mengundi jatuh pada hari sabtu itu dan hari cuti umum seluruh Negara. lebih lebih lagi tarikh tersebut tarikh cuti sekolah.

Dua tiga hari ini orang orang umno asyik  bercakap pasal jika Pakatan rakyat menang negera akan di perintah oleh China.

Lain pula cakap cakap orang orang PAS. Sesetengah mengatakan jika dibiarkan umno memerintah orang melayu akan jadi pelarian di Negara sendiri. Dahlah ekonomi dikuasai orang China buat selama selamanya.Miskipun ada DEB.

Mengapa tidak? Pemimpin Melayu mementing diri sendiri dan asyik duduk kumpul harta sehingga tidak ada masa nak bela  bangsanya sendiri.

Salah seorang guru mengatakan apa sudah jadi dengan pendidikan Negara kita apabila timbalan menteri pelajaran dari kalangan china memainkan peranan buat apa sahaja untuk membela bangsanya dalam bidang pendidikan.

Apa sudah jadi dengan institute pengurunan Negara. Pelajar bangsa china kurang layak diambil dan masuk menjadi guru pelatih. Pelajar lepasan SPM bangsa melayu  sudah mulai terpinggir.

Timbalan menteri pelajaran Melayu yang cakap berdegar degar, cabar sini dan cabar sana tak ada masa nak beri tumpuan kepada system pendidikan Negara, kerana duduk jaga politik diri sendiri.Manakala timbalan menteri pelajaran China ambil peluang untuk kuatkan bangsanya

Demikian juga, Tan Sri Mahyuddin Yasin, timbalan perdana menteri merangkat menteri pelajaran yang banyak ideal untuk menaikpangkat para guru, tetapi abai pendidikan Negara.

Hendak harapkan perdana menteri,sudah tentu tidak boleh diharapkan langsung, kerana beliau sangat sebut untuk menjaga hati china dan takut kalah dalam PRU 13 nanti.

Lebih lebih lagi kerana tiada masa nak fikir dasar dasar untuk menyelamatkan pendidikan Negara, selain melancar tranformasi itu dan tramformasi ini agar putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang.





Wednesday, December 26, 2012

Dr. Danial, betulkah begitu




Penulis terkejut apa mendengar perkataan yang berbunyi :”ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW”.

Perkataan ini keluar dari mulut DR Danial Zainal Abidin dalam rancangan Al Quran menjawap persoalan TV 9 pada pagi Selasa 18 .12. 2012.

Ayat  tersebut, ialah ayat 88 surah An Naml yang bermaksud: “ Dan engkau melihat gunug ganang, engkau menyangkanya tetap beku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awam; (demikianlah) perbuatan 
Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu dengan serapi rapi dan sebaik baiknya; sesungguhnya ia amat mendalam pengetahuaannya akan apa yang kamu lakukan”.

Penulis tidak tahu apakah yang  mendorong Dr Danial Zainal Abidin berkata ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW.Atau penulis salah dengar.  Akan tetapi, demikian yang penulis dengar dengan telinga ini.

Barangkali atas sebab Rasulullah SAW bukan seorang sainstis yang sainstifik berbanding manusia selepas zaman Rasulullah SAW disebut sebagai pakar itu dan pakar ini, termasuk pakar  dalam bidang kajibumi yang ada kaitan dengan gunung ganang.

Betulkah begitu?

Jika betul alangkah malangnya orang zaman Rasulullah SAW, sedangkan zaman Rasulullah SAW adalah zaman yang sangat sangat dan amat memahami ayat ayat Allah miskipun Rasulullah  SAW dan Sahabat saahabat bukan sainstis yang sainstifik.

Mengapa saya kata begitu? Kerana mustahil Rasulullah SAW tidak fahami apa yang telah diwahyukan kepadanya. Dan mustahil Rasulullah SAW tidak memberitahu appa apa yang  diberitahu oleh Allah melalui Jibril secara langsung. Malah Rasulullah SAW diberitahu secara detil satu persatu.

Kalau tidak macam mana Islam boleh tersebar seluruh pelusuk dunia bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini.

Hendak kata penulis salah dengar akan perkataan tersebut, tak munsabah, kerana program TV 9 yang di hotkan oleh Dr Danial Zainal Abidin sangat sangat diminati penulis. Lebih lebih lagi Program yang dihotkan beliau begitu baik dan bermakna kepada umat islam di Negara ini.

Mana mungkin ayat ayat Allah tidak difahami dizaman Rasulullah SAW. Jika manusia zaman nabi tidak memahami ayat Allah mana mungkin mereka dilabelkan sebagai umat Islam tulen yang amat ber kualiti, tidak sepertimana umat islam zaman sekarang yang dilebalkan sebagai umat Islam jahiliah moden berkuantiti tapi tiada kualiti.

Ini menunjukkan manusia zaman Rasulullah SAW amat memahami ayat ayat Allah termasuk ayat 88 surah An Naml yang berkaitan dengan gunug ganang yang dinyatakan” hidup” dan bergerak macam bergeraknya Awam.

Yang peliknya Dr Danial Zainal Abidin boleh tahu dan percaya akan usia bumi, sedangkan tidak dinyatakan di dalam Al Quran dan hadis. Bermakna beliau lebih percaya dengan kajian yang dibuat oleh manusia  kafir berbanding dengan Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah yang tiada sebarang keraguan apa apa yang terkandung di Al Quran itu.


Tuesday, December 18, 2012

Peraturan pengasingan gender Kelantan di bantah




Penulis rasa pelik mengapa peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan dibantah keras oleh Karpal Singh dan para pemimpin MCA dan GERAKAN.

Rasa pelik juga mengapa mereka tidak pernah membuat bantahan terhadap peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mungkin Pengakapan yang dilakukan Dewan bandaraya Kuala Lumpur tidak membabitkan  orang bukan Islam yang bercium di tempat awam. 

Manakala MPKB telah mengangkap orang bukan Islam yang tidak senonoh di tempat Awam sekitar bandaraya Kota Bahru, didakwa dan menghukum.

Kalau inilah puncanya, adalah sangat menusabah peraturan pengasingan gender yang dillaksanakan selama ini telah ditangguh penguasakuasaannya.

Penangguhan tersebut  disipfatkan oleh sesetengah musuh kerajaan sebagai langkah tunduk dan mengalah dengan bantahan DAP kerana PRU 13 sudah dekat.

Penulis tak mahu bincang pasal penangguhan peraturan pengasingan gender  diputusakan kerajaan negeri Kelantan ini.

Yang menarik ialah mengapa DAP dan orang orang China membantah, sedangkan tujuan mengujudkan peraturan tersebut ialah untuk membenteras “barah sosial” yang sangat berbahaya dan jenayah  yang perlu dibenteras.

Mungkin bagi Karpal Singh dan MCA dan Gerakan barah social ini bukan musuh dan jenayah dyang perlu dibenteras. Sebab itu di tentang habis habisan perlaksanaan yang di lakukan oleh kerajaan Kelantan.

Pada hemat penulis sangat tidak rasional membantah peraturan yang bertujuan untuk mengatasi dan membenteras barah sosial yang sudah bermaharajalela di Negara kita.

Setakat hari ini tiada ubat lain selain daripada peraturan pengasingan gender yang boleh menjadi ubat yang murjrab kepada penyakit barah sosial.

Apa lagi ubat yang lebih murjrab berbanding dengan ubat tersebut. Bagi bukan Islam barah ssosial bukan penyakit yang boleh menghalangan kemajuan ekonomi mereka, sebalinya peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan Kelantan dikenalpasti sebagai boleh menyekat kegiatan ekonomi.

Atas sebab itu Karpal Singh dan MCA dan GEWRAKAN  menbantah perlaksanaannya. Jika demikian bagaimana mungkin undang undang Islam dapat dilaksanakan, sedangkan  jelas dan nyata  ia boleh mengancam kegiatan ekonomi orang kafir.

Jika undang undang kecil tidak boleh dilaksanakan dan ditangguh  atas sebab bantahan Karpal Singh dan MCA dan GERAKAN. Apatah lagi dengan undang undang hudud yang diperjungkan oleh PAS dapat dilaksanakan apabila Pakatan rakyat memerintah Negara.

Bagaimana pula jika Karpal Singah membantah penarikan lesen judi di Kelantan selepas menang dan memerintah negeri itu pada 1990 dahulu, sedangkan kerajaan Pusat meluluskan  lesen judi dengan syarat  ditulis papan tanda dengan perkataan  “judi haram bagi orang islam”.



Wednesday, December 12, 2012

DAP tak ganggu pas, Karpal Singh marah MPKB




Dalam Muktamar ke 58 di Putik Kota Bahru Kelantan tidak lama dahulu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkata PAS tidak rugi.

Sebelum itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan yang juga mursyidul Am Pas Malaysia berkasta DAP tidak ganggu PAS.

Penulis boleh setuju bahawa PAS tidak rugi, kerana pada 1990 PAS menang dan memerintah semula Kelantan selepas 12 tahun jatuh ke tangan umno/BN.

Pada tahun 1999 PAS menang dan memerintah Terengganu selepas  memerintah selama  dua tahun empat bulan kerana undi tak percayaan.

Pada tahun 2008 PAS menang dan memerintah Kedah atas kerjasama dengan pakatan rakyat. Inilah untung yang dapat kita lihat.

Persoalan yang timbul apakah benar DAP tidak ganggu PAS sepertimana dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lama dahulu itu.

Penulis boleh setuju DAP tidak ganggu PAS apabila tidak setuju dengan peraturan penjualan arak di Bangsal, kerana negeri Selangor diperintah oleh Parti keadilan rakyat.

Akan tetapi bagaimana pula penentangan Karpal Singh terhadap peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Adakah tindakan Karpal Singh terhadap peraturan tersebut bukan bererti DAP ganggu PAS, kerana MPKB bukan PAS dan Karpal bukan DAP.

Kini bukan sahaja telah mnenganggu pentadbiran MPKB, Atas sebab itu jugalah kerajaan Kelantan telah memutuskan untuk menangguh peraturan pengasiangan gender yang dilaksanakan selama ini.

Thursday, December 6, 2012

MB, EXCO dan wakil rakyat dapat tender lebuhraya?




Tulisan penulis kali ini berdasarkan cakap cakap para perwakilan perhimpunan agung umno ke 66.

Cakap cakap para perwakilan ketika bahas itu dan bahas ini jelas dan nyata merupakan ampu dan puji atau dengan kata lain sokong membawa rebah.

Mengapa? Kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak presiden  mengingatkan  para pemimpin umno hendak rendah diri.

Bermakna semua para pemimpin umno “sombong”maka mahu tidak mahu untuk menang dalam PRU 13 kena bersikap rendah diri.

Yang sangat malang kebanyakan  mereka yang ada gelaran DR (PHD) turut mengampu dan puji bahawa para pemimpin umno  hidup senderhana. Tidak tunjuk kemewahan yang mereka memiliki.

Ada suara iitu dan ini, termasuk ada suara mengatakan perhimpunan agung umno ke 66 tiada perwakilan yang membahas ekonomi orang Melayu.

Penulis kata Macam mana nak bahas mengenai ekonomi orang melayu, sedangkan masing masing punya kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat. Pendek kata mengumpul harta semasa ada peluang adalah segala galanya.

Betul kah para pemimpin umno hari ini hidup senderhana, sedangkan presiden sendiri mengingatkan agar rendah diri untuk mencapai kemenangan PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa dari sekarang.

Penulis dapat maklumat dari sumber orang umno yang boleh dipercaya dan tidak dapat dinafikan bahawas apara pemimpin umno berlumba lumba mengumpulkan harta.

Pendek kata sehingga mereka tidak ada masa untuk mendekati rakyat, kerana sibuk membina rumah yang kosnya jutaan ringgit dan dihiasi 6 dan 10 buah kereta mewah yang berharga jutaan ringgit setiap sebuah

Kalau di Terengganu kita boleh Lihat kerakusan yang berlaku. Mustahil  di lain lain yang diperintah umno/BN tidak berlaku  apa yang berlaku di Terengganu.

Bukti bahawa lebuhraya pantai timur adalah lubuk Emas dan merupakan peluang para pemimpin umno jadi kayaraya serta hidup mewah dan sombong.

Apa tidaknya, menteri besar, exco dan wakil rakyat semua dapat tender Lebuh raya menerusi pakej pakej dengan harga tidak kurang RM50 juta dan  jual kepada tauke  masing masing.

Mereka Pakat baham duit sehingga tak ada masa lagi nak bahas pasal ekonomi orang Melayu dalam perhimpunan agung umno ke 66 .Apabila sudah kayaraya mana ada masa untuk bahas pasal ekonomi Melayu yang semakin hari semakin tersingkir.

Sudahlah kos asalnya RM10 juta satu kilometer.Naik jadi RM14 juta satu kilometer. Lepas itu naik lagi jadi RM20 juta satu kilometer.Dan kini naik lagi jadi RM27 juta satu kilometer.

Cuba anda bayangkan jika tender itu dijual sudah tentu  RM 7 juta satu kilometer dalam saku.
Kos asal lebuhraya pantai timur sepanjang 185 kilommeter sebanyak RM2.6 bilion, naik RM3.7 bilion. Kini naik jadi RM5 bilion.

Atas sebab itulah tiada perwakilan umno yang bahas pasal ekonomi orang dalam perhimpunan agung umno ke 66 yang akan berakhir petang ini. Lebih lebih lagi  mereka yang jadi perwakilan sudah habis masa dan sibuk untuk mengumpulkan harta.

Ini, apa yang berlaku di Terengganu, mustahil tak berlaku di lain lain negeri.