Tuesday, June 25, 2013

Perpaduan melayu betulkah telah terlepas?



Saya boleh setuju dengan kata  bahawa "Kalau kita serahkan segala-galanya kepada orang politik, harapan mewujudkan perpaduan Melayu adalah pudar".

kerana pemimpin parti politik yang yang ada sekarang "tak mahu ubah" dirinya yang jahat (makan rasuah dan makan riba) kepada berhenti dan bertaubat.

Akan tetapi apakah yang boleh kita buat kalau tidak melalui parti politik. Atau orang politik. Cakap memang boleh. Dah lama bijakpandai melayu kita bercakap setiap kali diadakan seminar mahu bersatu padu, mana hasilnya.

Bagaimana praktisnya.Apakah prakktisanya. Setakat hari ini tidak  pernah menelurkan hasilnya, miskipun sudah berbuih mulut para bijakpandai melayu bercakap pasal perpaduan Melayu.
Saya ulangi lagi, setakat hari ini apakah yang boleh kita terhadap perpaduan Melayu.Dan apakah hasilnya.

Pada saya antara pas dan umno tak dinafikan akan bersatu padu juga suatu masa nanti.Percayalah. tetapi menerusi parti politik sepertimana pernah berlaku sebelum ini.Bukan menrusi individu atau bijakpandai Melayu yang kadang kadang cakap tak serupa bikin.

Mengapa? kerana PAS pada suatu masa dulu, hukum bekerjasama dengan kafir adalah haram.miskipun ada pendapat ulamak mengharuskannya. Tapi sekarang ini diharuskan atas nama tahluf siasyi.(pendapat ulamak).

Jika  dengan kafir harbi (DAP) pas boleh bekerjasama, tidak mustahil suatu masa nanti boleh bersatu dengan umno yang dikatakan kafir dan munafik.Bukan itu sahaja, malah ada pucuk kepimpinan PAS yang berani mengatakan china DAP kafir zimmi.

Persoalan yang timbul, cuma umno sahaja yang liat dan tak mahu berbuat demikian.Itu yang saya Nampak. Mungkin orang lain tak nampak apa yang saya Nampak.

Yang dimahukan oleh pemimpin umno ialah menerusi cakap cakap, iaitu pada kata kata dalam majlis termasuk majlis rasmi sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Pada saya ajakannya itu adalah ajakan ayam jantan terhadap ayam betina.Bayangkan seekor ayam jantan yang bertindak mahukan ayam  betina jadi mangsa seknya melakukan sesuatu seolah olah ada benda yang boleh dimanfaatkan. Tetapi sebenar tiada apa apa pun.

Seperkara lagi pemimpin yang menerajui umno hari ini tidak akan berkawan dengan orang baik, kerana ada pendapat dan percaya serta yakin, apabila berkawan dengan orang baik dia akan jadi baik, maka akan hilang peluang untuk makan rasuah dan makan ribu yang diamalkan selama ini.

Hilang peluang untuk kumpul harta dari satu lembah kepada satu lembah lagi sepertimana buktinya ada antara menteri memiliki ratus juta seorang sepanjang diamanahkan oleh rakyat.Tun Mahatir dikatakan memiliki harta sebanyak RM 146 bilion.Dikatakan.

Pemimpin PAS barangkali masih fikir, jika aku berkawan dengan orang jahat dia akan jadi jahat sama sepertimana mereka. Ini  pernah dinyatakan oleh Imam Hasaan Basri.Demikian juga para pemimpin umno, jika berkawan dengan orang baik sudah tentu hilang banyak peluang untuk jadi kayaraya.

Oleh itu mereka terpaksa fikir banyak kali yang mana lebih utama dan kemudharatan apabila bersatu padu bukan dalam kotak Islam yang tulen.

Mungkin pemimpin selepas ini akan buat keputusan bahawa perpaduan itu lebih utama. Tak mustahil, kerana pemimpin boleh pergi dan boleh datang.


Thursday, June 20, 2013

Mustahil benci benda yang bersih



Penulis rasa sangat pelik. Rasa pelik penulis ini adalah teramat sangat. Mengapa tidak. Bayangkan suatu benda yang bersih tidak disukai rakyat jelata.

Mana mungkin benda yang bersih dibenci begitu sekali. Apatah lagi benda yang paling bersih berbanding lain lain benda.

Penulis rasa hairan juga bagaimana rakyat jelata Malaysia tak suka benda bersih. Setahu penulis “lalat” sahaja yang tak suka pada benda bersih.

Tidak mungkin rakyat jelata Malaysia sudah berperangai “lalat” yang benci pada kebersihan dan suka pada benda yang kotor. Apatah lagi benda yang paling kotor.

Mustahil rakyat jelata Negara ini sudah mula berubah perangai membenci benda benda yang bersih dan gemar kepada benda yang kotor.

Bagaimana penilaian kita terhadap PRU 13 5 Mei Lepas yang dianggap oleh Tan Sri Abdul Aziz Ysuof pengerusi SPR sebagai pilihanraya umum paling bersih berbanding PRU sebelum ini.

Dengan kata lain PRU 13 5 Mei lepas itu telah mencipta rekod paling bersih berbanding mana mana pilihanraya umum pernah diadakan.

Akan tetapi yang pelik PRU 13 5 Mei lepas itu paling banyak bantahan dan 56 petisyen selepas tarikh akhir pestisyen ditutup.

Menurut laporan mesia massa tempatan BN membuat 21 petisyen dan PR membuat 34 petisyen selauruh Negara.

Ini menunjukkan PRU 13 5 Mei yang dikatakan paling itu sah kotor yang membabit penipuan berlaku sepanjang PRU 13 berjalan.

Pakatan rakyat telah menuduh BN melakukan penipuan dan memboikot pertemuan ahli ahli parlimen yang diadakan dua hari lepas dan akan memboikot sidang Dewan yang akan berlangsung pada 24 Mei 2013 ini.

Sehubungan dengan UMNO/BN menerusi Perdana menteri satu Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak juga menuduh pembangkang turut menipu.

Dua puloh satu petisyen BN ini membukti BN sendiri tidak puashati perjalanan PRU 13 5 Mei yang dikelolakan oleh Suruhjaya pilhanraya yang diterajui Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mengatakan PRU 13 mencipta rekod paling bersih setakat ini.

Bersihkan PRU 13, 5 Mei itu?




Sunday, June 16, 2013

Najib ajak bersatu hati?



Sempena peristiwa Israk dan Mikraj, Datuk Seri Mohd Najib  Razak menyeru umat Islam di negara ini agar kembali bersatu hati meneruskan agenda transformasi demi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif.

Dengan kata lain, perdana menteri yang sedih dan sakit hati dengan orang china pada PRU 13, 5 Mei lepas mengajak umat Islam Negara ini bersatuhati demi menjadikan Malaysia Negara Islam moden yang prograsif konon.

Ajak umat Islam bersatuhati suatu perkara yang sangat murni. Akan tetapi tahukah anda bahawa ajakan itu hanya dibuat semasa menyambut atau sempena peristewa peristewa dalam Islam sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Mengajak umat Islam bersatuhati suatu tindakan yang sangat baik dan boleh dipuji dan harus diberi ucapan jutaan terima, tetapi apakah ajakan itu boleh atau akan disahut oleh umat Islam, terutama sekali pihak pembangkang.

Mohd Najib sendiri tahu ajakannya itu dipandangan remeh oleh pihak pembangkang. Lebih lebih lagi hati hati mereka jadi sakit (sakithati) yang amat sangat, kerana diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak pemerintah.

Bayangkan seorang ahli parlimen (PAS) telah didera iaitu menafikan hak rakyat tidak diberi peruntukan pembangunan di perlimen yang mereka wakili.Negeri negeri pembangkang telah sekian lama didera.

Demikian juga wakil rakyat wakil rakyat (PAS) juga diperlakukan sedemikian rupa. Seolah olah  Dun yang diwakilinya tiada sebarang peruntukan keweangan untuk membanguna dun masing masing, sedangkan wakil rakyat (umno) ada peruntukan pembangunan.

Di Terengganu menteri besarnya sudah buat kenyataan yang kerajaan tidak akan membangun parlimen dan dun pembangkang yang jelas telah mendera pengundi pembangkang, macam mana tak sakit hati.

Persoalan yang timbul sekarang bagaimana mungkin boleh kita satukan hati yang sakit ini. Pihak skit dengan pembangkan dan pembangkang jelas telah jadi sakit hati dek tindakan jahat kerajaan yang apabila tiba sempena bulan Islam di ajak bersatu hati.

Tindakan jahat kerajaan yang memerintah sekarang, termasuk memisah suamisteri dan pinak iaitu menukar seseorang guru ke Johor Baharu dan isteri mengajar Di Kelantan.Ada juga yang ditukar ke Sabah dan Sarawak.

Cerita terbahru sudah ada beberapa orang berjawatan PAR di sekolah menengah Kuala Terengganu ditukar ke sekolah hulu Terengganu yang jelas membuat mereka sakit hati. Oleh itu macam mana hendak  satukan hati mereka ini jika politik dendam jadi amalan pihak pemerintah.


Thursday, June 13, 2013

Tun Mahathir marah Najib



Tun Mahahir Mohamad boleh dikatakan bekerja keras untuk pastikan umno/BN menang pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 mei 2013.

Beliau juga sangat gembira apabila Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai menteri besar Kedah ke 14.

Bukan setakat itu sahaja malah ceria miskipun umno/BN menang tipis dan lebih buruk berbanding pada PRU 12.

Keceriaan tun Mahahtir tidak tahan lama apabila Najib lantik Khairi Jamaluddin Abu Bakar menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menteri Belia dan Sukan.

Minggu lepas perangai Tun Mahathir sudah hampir sama dengan perangai yang ditunjukkan ketika Tun Abdullah Badawi jadi perdana menteri.

Beliau sangat marah pada Tun Abdullah atas sebab melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibunuh dahulu itu.

Bayangkan, siapakah tak marah jika orang yang di pecat dari jawatan timbalan perdana menteri dibebaskan semula.

Tindakan Najib melantik Khairi Jamaluddin sebagai menteri belia dan Sukan sudah tentu ada persamaan dengan Tun Abdullah melepaskan Anwar suatu ketika dahulu.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri umno dikatakan busuk macam tahi. Bukan setakat itu sahaja, malah Tun Mahahtir ambil tindakan keluar parti.

Dan berikrar tidak akan masuk semula jika Tun Abdullah tak letak jawatan. Demikianlah marahnya Tun Mahathir pada Tun Abdullah.

Tun Mahathir masuk semula umno setelah tun Abdullah letak jawatan dan diserahkan kepada Najib untuk menerajui Negara.

Nampak gayanya Najib telah diserang Tun Mahathir dan mengatakan umno sudah buruk kerana dipuimpin oleh orang yang rasuah.

Kalau mahu umno jadi kuat dan baik pemimpin yang terbabit dengan rasuah kena letak jawatan. Itulah bentuk serangan Tun Mahathir akhir akhir ini.

Tidak lain dan tidak bukan orang nombor satu Negara mahu tak mahu kena letak jawatan untuk menyelamatkan umno daripada jadi busuk macam tahi.

Mukhriz yang baru satu bulan menjawat jawatan menteri besar Kedah kelihatan telah buat hal dan berkata dia tidak boleh memerintah Kedah kerana kurang duit.

Yang peliknya Datuk Seri Azizan Razak ketika menjadi menteri besar Kedah tidak pernah merungut pasal kekuarangan duit. Malah boleh mentadbir Kedah dengan baik dapat bayar gaji dan buat projek tanpa membabitkn bantuan kewangan kerajaan pusat.

Bermakna dua beranak ini mula menyerang Najib dan mungkin mendesak Najib mengeluarkan wang Negara untuk melicinkan pentadbiran kerajaan Kedah yang dikatakan duit sudah habis kerana membina KUIN yang disebut sebagai kurang memberi faedah kepada rakyat.

Jangan jadi macam nasib Terengganu sudahlah sehingga Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu atas sebab nak jimat RM70 juta satu tahun konon di Jual punca para pelajar negeri sukar untuk melanjutkan pelajaran.

Demikianlah angkara apabila melantik menteri besar yang tidak minat dengan dunia pendidikan yang menjadi asset negeri dan Negara.

Yang sangat menyedihkan dikatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Pembinaan sesebuah institusi pengajian tinggi sepertimana Kolej Universiti Insaniah Kedah itu sebagai tidak memberi faedah kepada rakyat.

  

Sunday, June 9, 2013

Ada yang tidak setuju polimik



Penulis amat setuju polimik yang berlaku antara pemimpin PKR dengan PAS dengan pertindihan di DUN Kota Damansara.

Sememangnya ada yang tidak setuju, terutama bagi mereka yang mengamalkan politik “taksub” buta tuli yang jelas nyatakan boleh merugikan.

Yang sangat tidak bagus ada yang menpertahankan perkara perkara yang jelasnyata salah. Bukan sahaja setakat salah malah haram hukumnya.

Oleh kerana taksub mereka menyokong dan bersetuju ia dilaksanakan hatta maksiat dan kemungkaran sekali pun.

Persoalan pertindihan calon antara calon PKR dan PAS yang berlaku pada PRU 13 ini bukan perkara baru, malah ia berlaku selama sejak bekerjasama dengan Semangat 46.

Pertindihan tersebut pernah di polimikan tetapi tidak menerusi media social sepeertimana yang berlaku pada hari ini.

Polimik tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana ia dinggap bukan suatu dosa, malahan dosa kecil pernah dibiarkan berlaku oleh ucuk kepimpinan PAS suatu masa dahulu hingga kini.

Hari ini bukan sahaja dosa kecil dibiarkan malah dosa besar juga bukan sahaja dibiarkan, tetapi dilaksanakan dengan alasan mahu tumbangkan kerajaan yang zalim, darurat konon.

Penulis pernah dengan kata kata, “buatlah apa sahaja untuk kita ke Puterajaya”. Perkataan itu keluar daripada mulut presiden PAS sendiri.

Mungkin atas inilah Khalid Samad berani mempertikaikan keputusan presiden. Atas ini jugalah Shamsul Iskandar Mat Akin berani mengatakan presiden “benak”.

Pada penulis itu adalah merupakan “kafarah” untuk presiden berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pandangan ketika berceramah atau ketika menjawab soalan orang orang media massa yang sering buat pekbagai gosip.

Oleh itu, adalah lebih baik diadakan polimik DUN Kota Damansara yang kebanyakan pendapat mengatakan jika tidak berlaku pertindihan kemenangan pasti berpihak kepada PKR (calon PSM).

Ada lojik dan ada asasnya, kerana Dr Mohd Nasir mendapat undi sebanyak 14,860. Manakala Calon PAS Ridhuan Ismail mendapat undi sebanyak 7,312 berbanding calon umno Halimaton Saadiah Borhan mendapat undi sebanyak 16,367.

Jika analisis awal kerusi DUN Kota Damansara akan di menangi calon umno mengapa buat keputusan PAS juga kena bertanding. Mengapa calon PSM atas tiket PKR undur atau mengalah. 

Atau PAS kena mengalah sesuai dengan kata kata presiden buat apa sahaja untuk ke Puterajaya.

Kita sama sama fikir makna kata kata tersebut.