Saturday, May 24, 2014

Hudud tidak perlu kejelasannya




Penulis tidak tahu mana dia dalil agar kita menjelaskan “hudud” kepada masyarakat. Mengapa penulis berkata demikian?

Tidak lain dan tidak bukan kerana “hudud” undang undang Allah subha nahuwataala yang mencipta manusia yang tiada sebarang keraguan  oleh mereka yang beriman.

Yang meragukan “hudud” sejak dahulu hingga kini tidak lain dan tidak bukan mereka yang tidak beriman, Apatah lagi mereka yang engkar dan kufur.

Apakah perlu kita perjelaskan hudud ini kepada orang masyarakat berbilang bangsa dan agama dan Melayu Negara ini yang 85 peratus tidak solat itu.  

Jika undang undang ciptaan manausia yang sedia dan terpakai hingga kini dilaksanakan tanpa sebarang bantahan, malah diterima sebulat suara oleh masyarakat, hatta umat Islam sendiri, mengapa perlu hudud diperjelaskan.

Mereka yang tidak solat sudah pasti ragu dengan hudud. Bukan setakat ragu malah ada sesetengah itu permain main dan mempersenda senda hukum Allah Subha nahu wataala itu.

Boleh rujuk banyak berita dalam media massa betapa buruknya gambaran yang diberikan jika “hudud” dilaksanakan di Negara ini.

Atas sebab inilah penulis bertegas bahawa hudud tidak perlu penjelasan kepada masyarakat dalam Negara satu Malaysia ini.

Jika orang Melayu yang mengaku beragama Islam menolak bulat bulat hudud dilaksanakan di Negara ini dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal.

Namun jangan harap ia akan menghasilkan suatu yang positif apabila hudud dapat di jelaskan kepada masyarakat, hatta melalui media massa yang pelbagai ini.

Persoalan yang timbul sekarang bukan atas sebab hudud tidak dapat dijelaskan ia tidak boleh dilaksanakan, tetapi para pemimpin Negara dan undang undang persekutuan yang menghalang dan menyekatnya.



Thursday, May 1, 2014

Tahniah, terimakasih Datuk Bandar

Pendek kata kebanyakan penduduk Kuala Terengganu merungut dan membantah kenaikan cukai pintu sebanyak tujuh ratus peratus, dulu RM130.00 satu tahun kini RM 840.00 satu tahun

Mereka mengadu “terlalu mahal” dan “teramat mahal” dan tidak masuk akal dengan kadar baru cukai pintu rumah kediaman Bandar Kuala Terengganu itu.

Bercakap pasal cukai pintu mahal dan termahal ini teringat akan kata kata ssalah seorang pakar ekonomi Negara yang berbunyi: “ jika kerajaan benar benar mahu membela rakyat”.

Mungkin kebanyakan kita tahu makna perkataan tersebut. Oleh itu tak payahlah penulis nak sebut maknanya yang tersurat dan tersirat itu.

Atas sebab itulah penulis ucapkan tahniah dan terimakasih kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, kerana cukai pintu baru itu teramat murah dan tidak mahal.

Dan tidak lupa juga penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said menteri besar yang sangat perihatin dengan rakyat atau berjiwa rakyat itu.

Penulkis sokong jutaan peratus dengan kadar cukai baru ini, kerana boleh membahgiakan rakyat jelata. Atau dengan kata lain kadar cukai baru ini boleh menolong rakyat dalam serba serbi kehidupan.