Tuesday, July 29, 2014

Haji Hadi Awang bukan seorang yang tegas

Penulis tidak ada niat untuk memburuk buruk para pemimpin PAS, lebih lebih lagi yrthadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bukan seorang yang tegas berbanding Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.

Penulis tidak boleh terima dengan lebal Presiden PAS tegas kerana menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.

Mengapa penulis kata demikian? Lihat kata katanya yang berbunyi:  “ianya bergantung pada kehendak sultan”.

Bermakna pasal tukar menteri besar Selangor yang  hebuh di perkatakan kini bukan duduk atas sokongan Haji Hadi, tetapi ianya terserah kepada Al Sultan  Selangor.

Jika sultan Selangor mahu menteri besar Selangor ditukar dengan menteri besar baru, maka sokongan Haji Hadi terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim gugur secara automatic.Itulah naktahnya.

Sokongan Haji Hadi pada Tan Sri Khalid Ibrahim bukan suatu ketegasan atau dengan kata lain ianya bukan tindakan tegas yang dianggap oleh sesetengah kepimpinan lain.

Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS bukan seorang yang tegas berbanding dengan Datuk Fadzil Noor yang mana siqah para pemimpin kekal sampai padan hayatnya.

Sekarang ini “siqah” terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah hilang sehingga tergamak para pemimpin yang duduk dibawahnya menghina.

Ini menunjukkan beliau seorang yang tidak tegas. Seseorang yang tegas pasti “siqah” para pemimpin lain terhadapnya tidak akan hilang. Lebih lebih lagi jauh sekali untuk menghinanya.

Seseorang yang tegas akan dihormati sepanjang hayatnya. Kini nampaknya sudah ada yang tidak hormat dengan keputusan yang diambilnya.

Bukan senang untuk membuat keputusan muktamad. Lebib lebih lagi berkaitan dengan politik tiga penjuru yang berlainan pegangan agama.

Atau dengan kata lain ada kafir didalam kapal yang dilayari dilautan yang penuh bergelora itu. Apatah lagi sebuah kapal pasti dikelola oleh satu nahkoda sahaja.

Jika tiga tiga mahu jadi nahkoda sudah barang tentu tunggu masa untuk pecah dan tenggelam sepertimana yang akan berlaku pada negeri Selangor kini.


  

Wednesday, July 16, 2014

Kalau tak Islam mengapa Mursi lantik

Ada sesetengah berkata, Abdel Fatah al Sisi beragama Islam. Kalau bukan Islam mengapa Dr Mohammad Mursi lantik dia sebagai ketua angkatan tentera Mesir.

Akan tetapi bagaimana pula dengan Azlan Mansur,  ketua hakim neragama krsitian yang juga dilantik oleh Dr Mohammad Mursi Presiden Mesir satu tahun itu.

Oleh itu, tidak berbangkit pasal mengapa Dr Mohammad Mursi melantik Abdel Fatah al Sisi sebagai ketua angkat tentera Mesir atas nama  beragama Islam

Kalau dia seorang beragama Islam mana mungkin dia membunuh ulamak dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang ikhwan muslimin.

Itulah dalil dia bukan seorang beragama islam, tetapi umat Islam atau Islam keturunan kerana bapak beragama Islam, tetapi ibunya seorang Yahudi atas nama Islam mengharuskan berkahwin dengan perempuan “ahli kitab”.

Demikianlah “bahana” seseorang lelaki yang beragama Islam berkahwin dengan perempuan ahli kitab atas sebab harus yang dinyatakan dalam Quran.

Perkara tersebut telah dipraktikan oleh Yasser Arafat, ia itu berkahwin dengan perempuan Yahudi atas alasan untuk menjaga keamanan.

Islam mengharamkan seseorang perempuan Islam berkahwin dengan lelaki ahli kitab atas sebab lelaki ketua dalam keluarga yang jelas dan nyatakan tidak akan mendatangkan manfaat langsung kepada institusi 
kekuargaan yang dibina.

Penulis sangat setuju dengan kata kata Ahli parlimen Mesir Ameer Karim, bahawa kerajaan bertindak untuk menghapuskan islam di Mesir.

Pendapat itu sangat kuat (rajih). pertama, kerajaan mesir selepas Dr Mohammad Mursi diguling bahawa terowong yang menghubungi Mesir dengan gaza di letup.

Umat islam dibunuh sewenang weanangnya, termasuk menyerang dan meletup masjid masjid yang ada berjemaah diseluruh Mesir.Salah satu masjid yang diserang membunuh 7 ribu Jemaah.

Terbaharu kerajaan mesir telah melarang sticker sticker salawat kepada nabi Mohammad SAW yang diedar kepada orang Islam untuk diletakkan di cermin kereta.





Friday, July 4, 2014

Keutamaan bulan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan yang paling mulia. Pada bulan inilah permulaan turunnya Al Quran. Ramadhan adalah bulan ketaatan, ibadah dan amalan baik. Ramadhan juga bulan keampunan,rahmat dan keredhaan.

Dalam bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam kemuliaan) yang lebih baik daripada seribu bulan. Oleh itu bulan ini, seorang mukmin membaiki perilaku keagamaannya melaksanakan urusan dunia jambatan akhirat.

Pada bulan ini banyak peluang bagi mukmin termakbulnya doa sepertimana dinyatakan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “ Bulan paling utama adalah bulan Ramadhan dan hari paling utama adalah hari jumaat” (diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud).

Betapa mulianya bulan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seandanya manusia mengetahui besarnya pahala yang tersedia di bulan Ramadhan,nescaya dia berharap bulan Ramadhan itu sepanjang tahun” (diriwayatkan ole hath- Thabrani dalam al-Mu’jamul kabir).

Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit bahawa suatu hari ketika bulan Ramadhan tiba, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Bulan Ramadhan yang penuh berkat telah datang. Dalam bulan ini Allah  telah melimpahkan rahmat kepada kalian, menghapus kesalahan dan mengabulkan doa. Allah memerhatikan amalan kalian didalamnya, dan menbanggakan kalian kepada para malaikatnya.kerana itu, perlihatkanlah amalan diri kalian kepada Allah, sesungguhnya orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa jalla dalam bulan ini”

Dinyatakan lagi oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya yang bermaksud: “Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, pintu pintu neraka ditutup dan syaitan syaitan dibelenggu” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Sabdanya lagi yang bermaksud: “Solat lima waktu. Solat jumaat hingga solat jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan hingga bulan Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa dosa yang dilakukan , asalkan dosa dosa besar dijauhi” (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Setiap amalan manusia dilipatgandakan. Satu amal kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda.Allah telah berfirman, kecuali puasa, sebab puasa adalah untukku dan Akulah yang memberi pahala atasnya. Kerana demi Akulah orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makanannya. Orang berpuasa mendapat dua kegembiraan: ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum menurut Allah dari bau minyak misk” ( diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).

Dalam sebuah riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah berfirman, setiap amal kebaikan diberi pahala sepuluh kali ganda. puasa adalah untukku, dan Akulah yang akan memberi pahala atasnya.Puasa adalah pelindung dari api neraka, dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum menurut Allah daripada bau minyak wangi. Jika salah seorang diantara  kalian sedang berpuasa  lalu dia diganggu oleh seseorang, hendaknya dia berkata, aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa”


Seperkara lagi ialah kelebihan solat tahajud dijelas sepertiamana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa menunaikan solat tahajud di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinginan untuk mendapat pahala dari Allah nescaya dosanya yang lampau diampun” (diriwayatkan oleh Bukhari dan lain lain dari Abu Hurairah).