Tuesday, November 18, 2014

Ada yang merasa pelik


Sesetengah orang PAS di Terengganu rasa pelik ada pemimpin PAS pusat yang sokong SIS yang telah difatwakan MAIS sebagai  sesat.

Ada juga yang kata, kita tidak hairan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong SIS ,kerana beliau menganuti pemikiran politik pelbagai.

Akan tetapi, macam mana pemimpin yang menganuti pemikiran politik Islam dikatakan turut menyokong dan membela SIS  yang sesat itu.

Belum sempat penulis member jawapan, seorang ustaz juga ahli PAS berkata, kalau dah boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam begitulah jadinya.

Maaf ya, ini bukan keluar daripada mulut penulis, tetapi ianya keluar daripada mulut seorang ustaz ahli jawatankuasa Dewan ulamak PAS Terengganu.

Oleh itu dapatlah penulis buat kesimpulan, bahawa memang ada kebenaran kata kata ustaz tadi. Jika boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam apa apa pun semuanya tidak pelik lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya bahawa bersalaman dengan perempuan dibolehkan dan dijadikan amalan hingga kini.

Tidak pelik apabila beliau sendiri mengatakan SIS hanya perbezaan pendapat dalam Islam yang boleh kita maknakan bukan sesat. Sebab itu dia tidak setuju sis di haramkan.

Tiga Ahli Parlimen PAS dikatakan turut menyokong dan mengiakan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang barangkali mempunyai pemikiran politik yang pelbagai.

Ada benarnya mereka berkomplok dengan 21 orang ahli jawatankuasa PAS pusat untuk menjatuhkan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang telah dirintis oleh umno selama ini.

Tidak pelik dengan tindakan seumpama itu, kerana Datuk Asri Muda pernah diogantung keahliannya bersama 11 orang ahki jawatankuasa pAS pusat tidak lama dahulu.

Tidak mustahil sejarah ini akan berulang semula apabila presiden enggan meletak jawatan nanti akan diambil tindakan sama iaitu mengantung keahlian presiden bersama 11 orang yang lain.

Namun demikian penulis tidak merasa sebarang kepelikan apabila ada ahli jawatankuasa pas pusat sokong sis yang difatwakan MAIS sebagai sesat.

PAS juga turut dilebelkan sebagai parti ajaran sesat oleh Setiausaha agung umno yang mana sebelum ini penuh mulut dicanangkan ketika dalam ceramah umum anjuran BN PRU demi PRU.

Oleh itu, tidak pelik lagi apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas kerana sudah bersama sama dengan orang bukan musuh agama Allah itu.

Wahai para pemimpin PAS, ingat,ingat dengan kata kata Saidina Umar Al- Kattab yang maksudanya: “ tidak ada ertinya islam tanpa organisasi dan tidak ada ertinya organisasi tanpa displin dan tidak ada gunanya displin tanpa ketaatan”.

  

Thursday, November 13, 2014

Penghujahan hakim mahkamah Rayuan tidak munasabah



Penulis amat setuju dengan bekas Ketua hakim Negara Tun Abdul Hamid  Mohammad yang mengatakan hakim hakim mahkamah Rayuan yang memutuskan seksyen 66 undang undang jenayah Islam tidak sah, atas sebab sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala barat.

Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 memutuskan seksyen 66 tidak sah disisi perlembagaaan Negara kerana ia mendiskriminasikan  lelaki Islam yang menghidapi  masalah kecelaruan indentiti jantina (GID).

Jika benar Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28  dan Wan Faizol Wan Ismail 30 lelaki islam yang dinyatakan itu mana mungkin mereka menghidapi kecelaruan indenti jantina(GID).

Mereka adalah lelaki Islam bukan “kunsa” yang mempunyai dua jantina. Apabila seseorang ada dua jantina, dibenar oleh Islam untuk mereka memilih salah satu dua pakaian, sama mahu memilih pakaian perempuan, mahupun pakaian lelaki.

Oleh kerana mereka adalah lelaki bukan kunsa dan dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah syariah negeri Sembilan dibawah seksyen 66. Maka penghujahan hakim mahkamah rayuan yang di pengerusikan hakim  Datuk Mohamad Hishmuddin Mohd Yunus sangat tidak munasabah.

Untuk memnguatkan hujah penulis,  penulis mengenali Muhamad Juzaili Mohamad Khmis bahawa beliau adalah seorang lelaki bukan kunsa yang menghidapi kecelaruan indenti ti jantina (GID) Beliau adalah seorang lelaki dan tidak menghidapi kecelaruan indentiti jantina.

Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Hakim Mohd Hishmuddin Mohd Yunus bahawa penguatkuasaan seksyen 66 itu akan meletakkan perayu perayu yang mengalamai (GID) terus hidup dalam ketidakpstian, kesengsaraaan dan rasa malu sangat tidak munasabah.
Mana mungkin seorang lelaki hidup dalam ketidakpastian, sedangkan dia bukan kunsa yang ada dua alat jantina. 

Mana mungkin seorang lelaki hidup dalam kesengasaraan. Mana mungkin seeorang lelaki rasa malu berpakaian lelaki. Sepatutnya mereka malu memakai pakaian perempuan, kerana dia adalah lelaki.

Sangat tidak munasabah hakim mengatakan  seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu perayu untuk hidup secara maruah seperti yang dijamin oleh perkara 5 (1) perlembagaan persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat.

Betulkah seksyen 66 merampas hak perayu perayu sebagai anggota masyarakat. Sangat tidak munasabah kerana hak mereka sebagai anggota masyarakat tidak terjejas, malah hak mereka sebagai anggota masyarakat terjejas dan tak bermaruah apabila dia seorang lelaki memakai pakaian perempuan dikhlayak umum.


Wednesday, November 5, 2014

Pelbagai pemikiran politik dalam PAS kini?



Profesor Datuk Dr Rahman Shaari berkata, ada empat pemikiran politik di Malaysia. Antaranya pemikiran politik Islam, pemikiran politik sosialis pemikiran politik nasionalis dan  pemikiran politik pelbagai.

Penulis dalam tulisan ini cuba sentuh bahawa pemikiran politik Islam dianuti oleh PAS,pemikiran politik sosialis dianuti oleh DAP,MCA dan parti parti yang bukan islam. Manakala pemikiran politik nasionalis pula di anuti oleh umno.

Kita harus ingat bahawa pemikiran politik kuminis juga pernah wujud di Malaysia ini. Tidak mustahil pemikiran tersebut sudah hapus, kerana orang china tidak akan menggunakan pemikiran lain selain pemikiran politik kuminis.

Yang menarik hari ini ialah pemikiran politik pelbagai meresap masuk kedalam PAS yang pada masa dahulunya menganuti pemikiran politik Islam.

Jika benar pemikiran politik islam sudah mula terhakis dalam parti PAS, maka sangat malang sekali bagi umat islam di Malaysia, kerana jangan diharap umno akan mengubah pemikiran politik nasionalis yang dinauti selama ini.

PAS kelihatan lebih bercelaru apabila wujudnya pemikiran politik yang  pelbagai yang besar kemungkinan orang orang yang punyai pemikiran Islam akan tersingkir seorang demi seorang sejak akhir akhir ini.

Selepas berlau kemelut menteri besar Selangor kelihatan dengan jelas dan nyatakan bahawa ada usaha untuk menyingkir pemimpin yang menganuti pemikiran politik islam berjalan begitu rancak sekali dan beragenda.

Sudah ada yang menuduh parti pas sebuah parti asobiyyah dan modern namun presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kena letak jawatan dan jika enggan berbuat demikian mesti dijatuhkan dengan apa cara sekali pun.

Ianya berpunca dari pemikiran politik pelbagai berdasarkan latar belakang para ahli jawatankuasa PAS Malaysia kini.

Hari ini hanya 30 peratus sahaja ahli jawatankuasa PAS Malaysia yang menganut pemikiran politik Islam untuk mempertahankan dasar perjuangan asal.

Oleh itu, dalam Muktamar tahunan tahun depan kemungkinan besar presiden PAS akan bertukar tangan dari seorang yang menganuti pemikiran islam kepada seorang tokoh pemikiran politik pelbagai,jika ada pertandingan .

Penulis berkata demikian, kerana sudah ada suara suara yang mana Presiden wajib di jatuhkan dan diganti dengan orang  tokoh lain agar PAS dapat diperkasakan sebagai parti politik yang masih besar pengaruhnya.

Mengapa penulis berkata demikian. Mengapa tidak? Kerana perwakilan yang ada kuasa untuk mengundi presiden 70 peratsus terdiri daripada perwakilan yang menganut pemikiran politik pelbagai iaitu pemikiran politik kafirisme.

Bagi penulis, pemikiran politik diatas muka bumi  ini boleh di sebut bahawa ianya terbahagi kepada dua sahaja. Satu, pemikiran politik “islamisme”  dan satu lagi, pemikiran politik “kafirisme”.

Mereka yang menganut pemikiran politik kafirisme sudah barang tentu benci dengan mereka yang punya pemikiran politik islamisme. Sebab itu Prisedn PAS sekarang diminta letak jawatan disamping menghina  habis habisan.

Lebih lebih lagi Ketua umum PKR merupakan seorang tokoh  yang dikatakan menganuti pemikiran politik “liberalisme Islam” yang mana baru baru ini telah menyatakan pendiriannya,bahawa  SIS yang di fatwakan bagai sesat itu dikatakan hanya  merupakan suatu pembezaan pendapat dalam Islam bukan NGO yang sesat.

 Yang palimg tidak wajar ahkli jawatankuasa Pas Malaysia Dr Mujahid juga turut menyokong SIS yang jelas nyata sesat. Jika para pemimpin umno yang berbuat demikian sememangnya patut kerana mereka berfahaman semua agama sama sahaja.