Sunday, December 28, 2014

Dalam masalah


Penulis diminta seseorang untuk berfikir dengan kata kata fikir dan fikirlah. Perkataaan fikir dan fikirlah ini sesuai dengan judul tajuk renacan ini.

Ada satu tajuk lain yang penulis mahu namakan, iaitu masalah oh masalah . Tajuk ini agak umum berbanding tajuk dalam masalah yang khusus.

Khusus untuk membicarakan PAS dalam pakatan rakyat yang nyata dan jelas dalam masalah dengan permasalahanya.

Permasalahan yang timbul tidak lain dan tidak bukan hudud menjadi jalan sukar untuk dilaksanakan di negeri Kelantan yang diperintah  PAS selama 24 tahun itu.

Mungkin ada yang berkata itu bukan masalah dan ia bukan dalam masalah. Jika bukan masalah mengapa tunggu persetujuan DAP dan PR.

Kita sedia mahlum, bahawa hudud bukan dasar pakatan rakyat dan DAP tetap menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan.

Umno usah cakaplah, Zaid Ibrahim sudah  memfailkan saman.Tun Mahathir waktu jadi perdana menteri beri amaran akan saman PAS jidak laksanakan hudud.

Terbaru, GERAKAN akan saman PAS jika lakasnakan hudud di Kelantan. Atas sebab itulah penulis nama tajuk renacan ini dalam masalah bukan masalah oh masalah yang kesannya terlalu ringan di bicarakan.

Dalam masalah suatu yang sangat berat bagi PAS. Mungkin ada yang tidak setuju dengan perkataaan berat. Mengapa mereka tidak setuju, kerana tujuan asal PAS bekerjasama dengan pakatan rakyat semata mata untuk menang pilihanraya raya umum.

Ada yang kata tidak ada kaedah lain untuk menunmbangkan BN yang begitu gah dalam politik tanahair.

Sudah tiga musim PRU nampaknya ada peluang pakatan rakyat dapat tumbangkan BN, kerana PRU 1999 undi BN merosot. Pada PRU 2004 undi naik semula dan PRU 2008 merosot Teruk dapat manfikan 2/3 parlimen.

PRU 2013 BN merosot lagi miskipun umno dapat tambah 8 kerusi parlimen disamping PAS hilang 6 kerusi parlimen dan kerajaan Kedah.

Sesungguhnya PAS tetap dalam masalah. Masalah pertama sukar untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Masalah kedua, dalima dalam pakatan rakyat. Masalah besar tidak lain dan tidak bukan ada puak dalam PAS mahu jatuhkan Presiden.

Mengapa boleh jadi begitu? Punca puak yang mahu jatuhkan presiden ini tidak berfikiran radikal. Mereka berfikir macam kanak kanak main pasir dan tidak ada tujuan.

Bayangkan kanak kanak, fikiran mereka tidak boleh diambil kira, kerana bermain main itu kesukaan mereka.Hatta bermain pasir di tepi pantai sekalipun.Kanak kanak tidak ditanya diakhirat nanti. Tapi orang dewasa lebih lebih lagi pemimpin akan ditanya semuanya.

Malang sekali mereka yang telah dilabelkan sebagai golongan professional dalam PAS menolak pemikiran radikal yang wajib dimiliki oleh orang yang menerjunkan diri mereka dalam dunia politik.

Jangan jadi macam orang umno. Politik Orang umno tidak lain dan tidak bukan, mereka berlumba lumba untuk kumpul harta setelah diberi kuasa memerintah.

Allah Taala mahu orang beriman berlumba lumba melakukan amal amal soleh. Allah tak minta kita berlumba lumba mengumpul harta apabila di beri kuasa.
Penulis bimbang dengan perkembangan seumpama ini, takut takut, orang PAS juga jadi macam orang umno apabila diberi kuasa memerintah.


Tuesday, December 23, 2014

PAS semacam tidak faham siapakah DAP sebenarnya



Orang orang PAS, lebih lebih lagi para pemimpin lebih arif siapakah sebenarnya DAP kerana dalam Quran ada dinyatakan bahawa orang orang Yahudi dan Nasrani “tidak sekali kali” akan setuju dan suka pada Nabi Muhammad SAW. (sebahagian maksud ayat 120 surah Al Baqarah)

Barangkali orang orang DAP bukan macam Yahudi dan Nasrani sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, sebab itu ada yang berkata, DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Sehubungan dengan itu, penulis ada dengar salah seorang pemimpin yang bergelar Datuk dan EXCO berkata, DAP adalah  “kafir zimmi”

Persoalan yang timbul, zimmikah DAP yang menghalang hukum hudud yang hendak dilaksannakan oleh PAS di Kelantan itu.

Pada faham penulis kenyataan seumpama ini telah dan boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia ini,kerana mereka (kafir zimmi) adalah kafir yang tidak menentang  penubuhan Madinah sebagai negeri Islam.

Malah Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud lebih kurang begini: ” sesiapa yang menentang zimmi bermakna mereka itu menentang aku”

Bagaimana, kita boleh kata DAP yang jelas dan nyata menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Lebih lebih lagi DAP tidak sekali kali akan membenarkan Negara Malaysia jadi Negara Islam.

Oleh itu, sangat tidak wajar para pemimpin berkata, DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Kata kata tersebut jelas dan nyata yang kita ini tidak benar benar mengenali siapakah sebenarnya DAP yang bekerjasama dalam Pakatan rakyat.

Orang kampung yang jahil ilmu agama Islam pun boleh merungut pada penulis macam  mana boleh jadi begitu, sedangkan para pemimpin PAS  banyak Ilmu.

Ya tak ya jugak. Betul juga kata kata orang PAS kampungan . Apakah kita tidak percaya dengan ayat Allah yang bermaksud: “ orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan setuju dan suka kepadamu (wahai  Muammad) sehingga engkau menurut  agama mereka.(yang telah terpesung itu).

Dari segi bahasa Melayu perkataaan “tidak sekali kali akan bersetuju dan suka ” suatu dalil konkrit yang harus digunapakai oleh umat Islam sebagai panduan dan pengajaran.

Adakah patut kita kena dengar kata kata DAP berbanding kata kata Allah dan Rasulullah SAW, lebih lebih dalam perkara pelaksanaan hukum hudud yang tiada kena mengena dengan orang kafir itu.

Apakah ianya satu strategi yang strategic dalam perjanjian gabungan dengan DAP bahawa kita kena bertolak ansur, sedangkan perintah melaksanakan hukum hudud suatu perintah yang tidak boleh diabaikan sama sekali.

Atas sebab  kemurkaan Allah berfirman yang bermaksud: “Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang orang Yahudi, kami haramkan atas mereka makanan yang baik baik yang pernah dihalalkan bagi mereka. Dan disebab mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah” (Surah An-Nisaa ayat 160)

Allah nyatakan lagi dengan Frimannya yang bermaksud: “ Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba pada hal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) Dan (Ingatlah) kami telah menyediakan bagi orang orang yang kafir diantara mereka. Azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (surah An Nisaa ayat 161)

Oleh itu, jelas dan nyata  bagi orang orang kafir diantara mereka bukan hanya Yahudi, tetapi termasuk orang orang DAP yang kafir itu adalah telah dimurkai Allah Subha nahu wataala. Mengapa  kita boleh redha dan masih beri harapan sedangkan mereka (DAP) menentang penubuhanmalaysia sebagai Negara islam dan hukum hudud sekali kali tidak akan bersetuju dengan PAS untuk  melaksanakan di Kelantan.


Tuesday, December 16, 2014

Betulkah PAS tidak rugi



Muktamar tahunan PAS di PUTIK, pengkalan Cepa Kota Bahru Kelantan sebelum PRU 13 Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar ada berkata, PAS tidak rugi bersama Pakatan Rakyat.

Inilah perasaan Presiden PAS dan kebanyakan perwakilan bersetuju bahawa PAS tidak rugi bersama dengan Pakatan rakyat.Bukan setakat itu sahaja malah sudah ada puak AJK dalam PAS mahu jatuhkan presiden dan kedudukan nisbah 12 dipihak presiden dan 26 di pihak timbalan presiden.

Penulis tidak sokong dengan perasaan tersebut. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana DAP tetap dengan pendirian asal menentang perlaksanaan hudud bukan saja di Malaysia, malah di Kelantan pun di tentang habis habisan.

Penulis rasa sangat sedih dengan kenyataan seumpama itu. Mengapa? Kerana perasaan itu  muncul secara terburu buru tanpa lihat fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan.
Perkara ini pernah berlaku pada Ikhwan Muslimin Mesir dan parti Islam Indonesia. 

Kedua dua parti ini pernah bersama dengan parti bukan Islam di negera masing masing punca sokongan rakyat merosot dalam PRU demi PRU.

Demikian juga  apa yang berlaku pada PAS musim PRU 13 lepas. Sokongan rakyat merosot sebanyak 13.18 peratus  dalam PRK Pengkalan Kubur. DAP turut berdepan dengan menurunan sebagai 27.3 peratus dalam PRK parlimen Teluk Intan. PKR juga merosot sebanyak 33 peratus dalam PRK Balingian.

Yang peliknya masih ada orang PAS yang mengatakan PAS tidak rugi meskipun undi rakyat pada PRK selepas PRU  13 merosot.

Penulis tidak faham mengapa masih ada orang PAS setuju dengan perasaan yang bercanggah dengan fakta sebenar sebagai penanda aras kedudukan sokongan rakyat terhadap PAS sudah merosot sebanyak 13.18 peratus itu.

Parti Keadilan rakyat juga merosot sebanyak 33 peratsus.  DAP yang dikatakan tetap teguh juga merosot sebanyak 27.3 peratus.

DAP dengan pendirian bahawa undang undang Islam muslim sendiri belum bersedia dengan kata lain DAP tidak setuju hudud di laksanakan di Kelantan setelah menteri di jabatan perdana mengatakan hudud boleh dilaksanakan di Negara tersebut.

Penulis awal awal lagi mengatakan Kelantan boleh laksanakan hudud, akan tetapi di tentang hebat oleh Mat Sabu ketika beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian.

Hudud boleh dilaksanakan diKelantan secara perpilih iaitu kes kes tertentu sahaja seperti kesalahan zina yang tidak ada kaitan langsung dengan undang undang sivil.Kesalahan meminum minuman yang memabukkan dikhlayak ramai atas nama menjaga  akal.

Persoalannya usah hendak laksanakan hudud dalam kesalahan zina undang undang kecil berkaitan pengasingan gender yang dilaksanakan di Kelantan sejak sekian lama itu pun ditentang habis habis oleh DAP dan tangguhkan buat semantara waktu.

Apakah betul PAS tidak rugi apabila bersama dengan pakatan rakyat. Pada penulis ia sangat rugi. Rugi tidak boleh melaksanakan hudud disamping status parti berada didalam sokongan rakyat yang merosot selepas PRU 13.

Dan tidak mustahil ia akan merosot teruk pada PRU 14 nanti dengan jatuhnya pengaruh Anwar Ibrahim atas nama perangai aslinya diketahui umum semasa kemelut menteri besar Selangor tidak lama dahulu.  




Thursday, December 11, 2014

Pemuda umno tak setuju Mueller




Penulis sokong dengan tuntutan Pemuda umno yang tidak mahu MAS ambil CEO baru  Christoph R. Mueller  anak kelahiran German yang menetap di Ireland itu.

Ketidakmahuan pemuda umno itu bukan atas nama gaji  Christoph R. Mueller  sebanyak setengah juta sebulan itu,tetapi kerana Mueller bukan seorang Melayu rakyat Malaysia.

Lojik juga alasan pemuda umno tu. Ya ke,  kerana gaji Tan Sri Razali Ismail CEO SABAS sebanyak empat ratus lima puluh ribu sebulan. Tidak mahal kan.

Persoalan yang timbul sekarang, orang Melayu bodoh. (kata Tun Mahathir) Jadi, nak cari mana orang Melayu yang cerdik, kerana Melayu yang cerdik sahaja boleh dilantik sebagai CEO walapun pun jahat?

Penulis nampak, orang cerdik sekarang ini, tidak lain dan tidak bukan  hanya Tun Mahathir Mohamed, walaupun dia bukan melayu tetapi mengaku Melayu pasti boleh jadi CEO MAS.

Penulis kira Tun Mahathir tetap layak dan daripada beri gaji setengah juta sebulan kepada  Christoph R. Mueller  adalah lebih baik beri gaji setengah juta sebulan kepada Tun Mahathir Mohamed.

Bertepatan dengan yang di kata Tun Abdul Hamid Mohamed bekas ketua hakim Negara bahawa para pemimpin umno (melayu) berlumba lumba kumpul harta.

Oleh itu, ada lebih baik MAS yang pegang oleh khazanah nasional fikir semula pelantikan  Christoph R. Mueller sebagai CEO baru dan ambil Tun Mahahtir Mohamed kerana dia cerdik sesuai dengan kemahuan pemuda umno Malaysia itu.


Monday, December 8, 2014

Demikianlah para pemimpin Negara




Harga barang naik berpunca harga minyak desel naik dan terus naik apabila GST dilaksanakan nanti.

Inilah yang dinamakan "rakyat didahulu" iaitu didahulukan menanggung beban sara hidup,yang semakin hari semakin tinggi dek angkara pemimpin yang berlumba lumba mengumpul harta.

Lebih lebih lagi rakyat jelata hari ini kelihatan tak marah, jauh sekali membenci kerajaan yang memerintah.

Mengapa? kerana mereka sudah disogok dengan BRIM RM 950 satu kepala setahun itu.

Sebab itu para pemimpin kerajaan tidak kisah apa apa beban yang menimpa pada mereka macam juga para pemimpin yang memerintah negara.

mengapa? kerana mereka jadi kayaraya setiap menteri ada ratsan juta harta. itu menteri. Bayangkan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Anwar Ibrahim pernah disebut ada harta RM 3 bilion. riuh seketika.

Apabila Anwar Cabar Muhyiddin agar isytihar hartanya. senyap sepi.

Jika Anwar ada harta RM 3 bilion bayangkan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.Berapa billion pula hartanya.

Macam mana mereka mahu berterus terang. Tak kan mereka akan isytihar harta mereka punca kedudukan ekonomi negara jatuh begitu terus.

Bukan macam zaman Saidina Omar yang berkata kepada rakyatnya, hendaklah anda sekalian menjadi rakyat yang taat dan patuh. maka seorang rakyat biasa tampil berkata, kami tidak mahu mematuhi anda sehingga anda beritahu kami dari manakah anda ambil baju yang anda pakai sekarang ini. Khalifah Omar tidak merasa tersinggung dan marah dengan pertanyaan itu, malah beliau melayani pertanyaan dan menerangkan dengan jelas hingga orang itu berpuashati dan lantas berkata, sekarang barulah anda boleh perintah kami dan kami akan mematuhi perintah anda.

Bolehkah para pemimpin kerajaan berterus terang dengan rakyat jelata apabila ditanya dengan persoalan yang ditanya kepada Saidina Omar.Mana mungkin mereka akan menjawab apabila ditanya dari manakah harta kamu ratusan juta itu.

Jika ada rakyat yang bertanya dengan persoalan demikian tunggu, akan ditangkap. Di sumbat dalam penjara dan tahan tanpa bicara selama 60 hari.

Rakyat Pembangkang yang tak undi BN pun dilayan dengan zalim segala hak anggota kemasyarakatan dinafikan. (tidak dinafikan rakyat pembangkang ramai yang dapat BRIM umpan untuk undi BN).untuk dapat rumah murah pun dinafikan. Jauh sekali untuk dapat satu lot tanah.Bayangkan bertapa zalimnya para pemimpin kerajaan yang memerintah sejak dulu dan selama lamanya itu.