Sunday, May 31, 2015

Hudud tidak boleh dilaksanakan?



Jika kita berkata demikian setengah ulamak mengatakan boleh rosak akidah seseorang orang Islam, akan tetapi jika berkata macam Mat Sabu berkata yang berbunyi: hudud tidak boleh dilaksanakan jika kita tidak memerintah dan ubah perlembagaan persekutuan.

Mat Sabu selama lamanya mempertahankan hujah beliau tanpa ambil kira perlembagaan persekutuan bahawa badan perundangan negeri ada kuasa untuk membuat undang undang.

Bukan setakat itu sahaja malah undang undang yang dibuat dan diluluskan oleh badan perundangan negeri negeri di Malaysia tidak boleh dipertikaikan oleh mana mana pihak sama ada pihak perlimen sekalipun.

Yang menjadi masalah sekarang ini hudud yang dibuat dan luluskan oleh kerajaan Kelantan belum mendapat kelulusan parlimen Malaysia, kerana tidak dan belum  dibentangkan.  

Itulah punca hudud tidak boleh dilaksanakan kerana tidak dan belum mendapat perkenan Yang di pertuan Agung.Hudud kelantan hanya tunggu masa sahaja untuk di laksanakan. 

Hudud bukan tidak boleh dilaksankan akan tetapi ia belum boleh dilaksanakan kerana semua undang undang yang dibuat mesti mendapat kelulusan badan perundangan tertinggi (parlimen dan dewan negara) dan perkenan yang di pertuan Agung terlebih dahulu.

Pada saya ia tidak ada kena mengena dengan perlembagaan persekutuan. Akan dia ada kena mengena dengan manusia yang anatara lain kebanyakannya tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan khusus.

Ia tidak ada kaitan dengan perlembagaan persekutuan. Jadi kenyataan Mat Sabu itu adalah kenyataan buta perlembagaan persekutuan dan buta Islam, Atau dengan kata lain buta Al Quran hadis sehingga tergamak berkata demikian sejak jadi ahli parlimen Kubang krian lagi.

Saya tetap mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan miskipun pakatan rakyat memang dan memerintah Malaysia. 

DaP anti islam PKR juga demikian. Macam mana hendak laksanakan hudud majoriti kerajaan pakatan rakyat tak mahu kepada Islam.

Tidak dinafikan Perlembagaan persekutuan boleh diubah bila bila masa dengan dua pertiga majoriti kerana sudah ada kuasa, seksyen manakah yang diutamakan oleh DAP. 

Adakah agakan kita seksyen  berkait dengan perlaksanaan hudud diutamakan atau perkara seorang china boleh dilantik menteri besar negeri negeri dan perdana menteri.

Oleh jangan diharap hudud dapat dilaksanakan jika ditakdir pakatan rakyat memerintah negera ini. Jika umno sendiri tak mahu hudud apatah lagi DAP  dan PKR. 

Mustahil orang kafir hendak kepada Islam kecuali dia sudah jadi Islam yang syumul.Islam yang ada topeng juga mustahil boleh berbuat apa yang diperintah Allah dan Rasulullah SAW.



Sunday, May 24, 2015

Mat taib tak suka ulamak?


Mohamad Sabu timbalan presiden PAS merupakan orang tang bertanggungjawab memasukkan Mohammad  Taib bekas menteri besar Selangor menjadi ahli PAS.

Kebanyakan para pemimpin sangat gembira apabila orang umno masuk menjadi ahli PAS, terutama mereka yang merupakan kepimpinan utama umno.Kita tak tahu samma ada ahli seumor hidup atau sebaliknya.

Setakat hari ini pihak PAS tidak pernah bayngkan dengan mereka jadi ahli pas itu pernah terbabit dengan salahgunakuasa, penyeleweangan dan rasuah.

Suatu masuk dahulu Tun Mahathir ketika keluar umno pernah dihukum oleh kebanyakan pemimpin utama PAS termasuk musyidul dan pressiden mengatakan maharhir sudah sedar dan taubat.

Bukan satakat sahaja malah DAP di punji melangit dan berkata orang china mahu Islam dan memerintah secara Islam Umar Abdul Aziz.Ada yang menghukum China DAP kafir zimmi.

Para pemimpin utama PAS tak pernah ambil kira bahawa tindakan mahahir keluar umno itu suatu lakonan atas nama tersangat benci dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana membebas Anwar Ibrahim.

Juga atak pernah ambil kira dengan peringatan dan kata kata Allah di dalam Al Quran, bahawa kafir itu musuh Allah.

Sebulan dua dan hari ini  kita berdepan pul;a dengan tindakan tun Mahathir yang menyerang Datuk Seri Najib Razak atas sebab perdana menteri seorang yang tak layak kerana tiada intergriti.

Hari ini kita dengar pula cerita bekas menteri besar Selangor Muhammad Mohd Taib mengatakan sebelum yang dia sangat berminta dengan PAS tapi sekarang ini dah tak berminat lagi dengan katanya yang berbunyi: “sekarang dah tak minat sangat dah”
Pada hemat penulis minat beliau terhadap pas tidak lain dan tidak bukan ialah untuh jatuhkan kepimpinanan ulama dalam PAS.

Hal ini telah dinyatakan sebelum ini bahawa Haji Hadi Awang kena letak jawatan alasanya hadi sudah tidak layak lagi jadi presiden pas .

Suara Bekas menteri besar itu disokong malah telah dipersetujui kebanyakan ahli jawatankuasa pas pusat, termasuk timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan kucu kucunya.

Penulis buat kesimpulan minat bekas menteri besar kepada pas itu hanya lakonan sahaja tidak lebih daripada itu.

Mengapa beliau sudah tak minat dah dengan pas? Sebabnya, perkembangan politik pas sebelum mukatamar agung tahunan ke62 ini sudah ada tanda tanda presiden akan kekal menerajui PAS dan Mat sabu akan kalah dalam pertandingan dua penjuru.

Pendek kata, naib naib presiden  yang ada niat hendak jatuhkan haji Hadi dan tak mahu kepimpinan ulamak dalam pas akan kalah dalam pertandingan 6 penjuru pada 4.5 dan 6 jun 2015 nanti.



kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.


Thursday, May 21, 2015

Pas tidak wajar berpihak



Pas tidak wajar berpihak atau mengambil bahagian dalam isu perang saraf antara Mahathir dan Najib ini.

Najib anak murid mahathir dan mahathir tok guru Najib.Peperangan antara mereka berdua ini tidak harus pas mengambil bahagian.

Jika PAS sokong mahathir kedudukan nya tercalar demikian jika PAS menyokong Najib. kedua dua ini memusuhi PAS selama lamanya.

Sebab itu apabila pas bekerjasama dengan pakatan rakyat kedudukan pas jadi  kucar kacir. bukan setakat kucar kacir malah presidennya dihina sedemikian rupa.

Itulah sebab musabahnya walaupun presiden pernah bertegas pas tak akan rugi bekerjasama dengan pakatan  rakyat.betul tak rugi tetapi buruk di mata rakyat jelata.

Bayangkan ulamak wajar dimuliakan, hari ini  kepimpinan telah dihina oleh kumpulan sendiri.

oleh itu, jangan buat apa Allah tak suka dan jangan sekali berkasihsayang dengan manusia dan kumpulan yang dibenci oleh Allah.

Kan ada manusia yang sangat dimurkai Allah. Apakah wajar kita mnenyokong orang yang Allah benci. Tidak dinafikan ada baiknya kita berdamaikan dua orang yang bermusuhan supaya mereka tidak bunuh membunuh satu sama lain.

Antara Najib dan Mahathir bukan dua orang yang mahu bunuh membunuh yang melibat hilang nyawa. mereka bermusuh untuk membaiki.kerajaan buruk yang diterajui Najib.

Bukan  untuk membunuh  nyawa Najib. Najib lakukan apa yang pernah Mahathir lakukan sepanjang memerintah malaysia selama 22 tahun. Dulu.


Thursday, May 7, 2015

Anwar Ibrahim bukan banduan?






 Anwar Ibrahim  memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua pihak lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini. 

Kebanyakan kita tidak faham Anwar, bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lupur melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.
    
Dalam permohonannya, Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut pampasan dan kos.

Tidak dinafikan fasal 119 perlembagaaan persekutuan setiap warga Negara apabila mencapai usia 21 tahun mempunyai kelayakan untuk mengundi dan ia tidak layak untuk mengundi apabila statusnya adalah banduan.
    
Kita rasa pelik Anwar Ibrahim yang telah dihukum penjara selama lima tahun (banduan) menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
    
Anwar dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi.

Pada hemat penulis bahawa Anwar Ibrahim dan peguam penguam tidak boleh menerima yang anak guamnya bersalah dan bukan sorang banduan miskipun duduk dalam penjara, maka Anwar masih ada kelayakan untuk mengundi di parlimen permatang Pauh

Oleh itu tindakan SPR tidak membenarkan Anwar mengundi di perleman permatang pauh  telah menafikan haknya sebagai pengundi dan bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan juga mencabuli haknya di bawah Perlembagaan.
    
Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
    
Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan pada PRU ke-13 dua tahun lepas beliau telah mengundi di kawasan itu.
    
Persoalan yang timbul sekarang apakah benar beliau bukan seorang banduan, sedangkan telah dipenjara di penjara Sungai buloh selama lima tahun kerana mahkamah rayuan menolak rayuan hukuman yang dijatuhi mahkamah persekutuan.