Thursday, July 30, 2015

Mat Sabu dan rakan rakan tak malu ke



Penulis sangat menghormati Mahyuddin Yassin, kerana tak mengamuk malah tetap setia dengan umno dan redha walaupun dipecat dalam kabinet Najib.

Bayangkan, hilang jawatan timbalan perdana menteri dan hilang jawatan menteri pendidikan.Pendek kata hilang segala segalanya dan tidak ada cam lagi untuk kekal dalam umno walaupun masih setia dan redha.

Tidak macam Mohammad Sabu Timbalan presiden PAS ( mat sabu)  dan rakan rakannya yang kalah dalam pemilihan muktamar tahunan ke 62 tidak lama dahulu mengamuk sakan sehingga tergamak nak tubuh parti baru.

Sesungguhnya tindakan Mat Sabu dan rakan rakanya itu boleh disifatkan sebagai  mengkhianati  PAS yang diperjuangkan selama ini.

Apakah Mat Sabu dan rakan rakanya  tak malu ke dengan Tan Sri Mahyuddin Yassin seorang  tokoh  yang berjuang atas dasar kebangsaan boleh setia dan redha dengan apa yang berlaku keatas dirinya.

Tan Sri Mahyuddin boleh redha dan setia dengan parti miskipun telah dipecat, sedangkan Mat Sabu dan rakan rakannya yang mendadik dada berjuang atas dasar Islam tak boleh redha, sebaliknya menjadi pengkhianat dengan parti yang mereka dukung selama ini.


Monday, July 27, 2015

Antara Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang


Mereka yang kalah sedang berusaha bersungguh untuk menubuhkan parti Islam baru.Pertanyaan, Mengapa mereka bertindak demikian.

Jawapan, tidak lain tidak tidak bukan kerana kecewa dan tak puashati serta tak mahu Abdul Hadi Awang jadi presiden PAS

Itulah tindakan mereka yang mendakwa merekalah yang mati matian memperjuangkan Islam di Malaysia ini.

Lain pula ceritanya ketika mereka  kami tidak mahu terima Anwar Ibrahim menjadi ketua Pakatan Rakyat.

Mereka seramai 40 orang yang tidak mahu terima Anwar menjadi ketua Pakatan Rakyat tinggal perti Keadilan rakyat secara beramai ramai.termasuk Mohd Ezam Mohd Nor.

Mereka seramai 40 orang itu bukan calang calang tokoh bertindak keluar parti. Malang sekali mereka yang kalah (orang PAS) masih ahli Pas tapi tidak suka Abdul Hadi Awang.

Sebab itu penulis tersangat hormat mereka yang tidak nama diri mereka pejuang Islam, Mereka ada integrity dalam berpolitik berbanding dengan mereka yang jaja sana sini akulah pejuang Islam.

Pada hemat penulis mereka yang kalah tak terima Abdul Hadi Awang sebagai presiden pas itu jelas dan nyata tak punya maruah apa tah lagi integrity. Jauh sekali.

Jika mereka ada integrity sudah lama mereka keluar parti, macam tokoh kepimpinan parti keadilan rakyat yang lebih ramai jumlahnya berbanding tokoh tokoh PAS yang hanya mendadik dada.

Persoalan yang timbul sekarang apakah benar kedudukkan pas akan lemah, kerana sudah ada yang buat ramalan kerajaan pas Kelantan akan tumbang pada PRU 14 nanti.

Sejarah telah membukti kedudukan parti Keadilan rakyat semakin kuat setelah 40 orang kepimpinannya keluar parti pada PRU 13. Kerusi Parlimen PKR bertambah jadi 30 kerusi.

Kedudukan PAS  lemah pada PRU 13. Ini sebelum mereka yang kalah dalam muktamar ke 62 mengamuk lagi, ia itu hilang enam kerusi parlimen dari 26 kerusi jadi 20 kerusi.disamping  hilang kerajaan Negeri Kedah. 

Apa apa pun, penulis nasihat mereka yang kalah dan nak tubuh parti Islam baru uruslah emosi kamu agar tidak jadi alat kepada politik kafirisme yang akan buat batu locatan untuk memerintah tanahair yang tercinta ini.



Tuesday, July 21, 2015

GHB gerakan hati busok



Hari ini ada salah seorang orang kuat pas Kuala Nerus tanya penulis pasal parti gerakan harapan baru yang dikatakan akan ditubuhkan pada 14 September 2015.

Apabila ditanya maka kenalah jawab. Jawapan pada huruf ringkas GHB berbunyi begini:  G (gerakan ) H (hati) dan B (Busok).

Betul tak? Memang betul sungguh, kerana mereka yang nak tubuh parti gerakan harapan baru ini terdiri daripada mereka yang kalah dan kecewa.

Bayangkan, orang yang kecewa. Orang yang kecewa memang hatinya busok (jahat). Kalau bukan dari hati yang busok atau jahat mana mungkin mereka boleh bertindak demikian.

Mereka seramai 18 orang ini masih ahli pas dan hatinya comel. Mana mungkin  nak buat bahtera baru sedangkan bahtera lama masih ada dan utuh.

Betul ke tindakan marahkan nyamuk kelambu dibakarnya. Marahkan nahkoda bahtera ditebuk dan dipecah pecahkan.

Kalau bukan datang dari hati yang busok mana mungkin boleh bertindak sedemikian rupa.Tengok orang parti keadilan. mereka tak tubuh pun parti baru.mereka bukan calang calang orang.

Mereka  seramai 40 orang benci dengan Anwar Ibrahim mereka keluar parti beramai dan tak tubuh pun parti baru macam orang pas yang kalah dan kecewa nak tubuh parti baru tapi kekal sebagai ahli PAS.

Penulis sangat hormat orang keadilan kerana marahkan Anwar Ibrahim mereka keluar parti sebagai tanda aras mereka adalah orang yang ada integrity.

Tak macam orang pas, marahkan Haji Hadi Awang masih kekal jadi ahli dan nak tubuh parti baru tanda aras yang mereka  tidak ada integrity langsung.

Mereka dakwa mereka golongan professional. Professionalkah namanya. Kalau mereka golongan professional mana mungkin bertindak macam orang bukan professional. Sangat memalukan mendakwa diri mereka golongan professional.

Yang boleh penulis katakan, sah mereka ini adalah mereka yang anti ulamak. Sebab itu mereka bertungkus lumus untuk menubuhkan parti baru untuk hancurkan pas yang diketuai ulamak.



 

Tuesday, July 14, 2015

Ahli parlimen CAP ayam?





 Membaca bahasa yang dilafaz oleh Mahfuz dalam wancara Malaysia kini bahawa  semua pemimpin utama pembangkang yang dianggapnya seperti negarawan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya berjiwa besar dan merendahkan ego mereka.

Maka dapatlah penulis buat kesimpulan bahawa ampat orang pemimpin yang dianggap seperti negarawan terdiri dari manusia dan pemimpin tiga parti yang egonya sangat tinggi.Mungkin atas sebab ego tinggi itulah mereka boleh naik jadi pemimpin parti masing masing.

Kata Mahfuz ,"Tak ada rugi pun kalau berjiwa besar. Yang lebih penting, prinsip tak tergadai, matlamat kita tercapai,"

Sekali lagi dapat penulis buat keimpulan bahawa keempat tokoh itu berjiwa kecil oleh kenalah berjiawa besar untuk mencapai maltamat yang diperjuangkan.

Yang menarik untuk kita bahaskan ialah lafaz matlamat, kerana satahu penulis orang Melayu tidak ada matlamat masuk politik hendak kumpul harta dan dapat pangkat yang tinggi, berbeza dengan orang China. Matlamat orang china hendak memerintah Negara atau dengan kata lain mahu memiliki Malaysia.

Perkara sudah dinyatakan oleh Lim Guan Eng bahawa kerajaan Pulau Pinang buklan kerajaan pakatan rakyat lagi. Inilah matlamat orang china seluruh pelusuk dunia.

Orang China, ego mereka adalah ego yang tidak rugi sebaliknya menguntungkan lebih lebi lagi banyak bank dunia dibelakang bangsa china di Malaysia, sebab mereka dapat kuasa ekonomi dengan secepat mungkin.

Sejarah telah membuktikan seorang tukang angkut tahi di Terengganu pun boleh jadi jutawan dan penguasa ekonomi di Terengganu dan Malaysia khususnya. Manakala orang Melayu yang kaya segera seorang demi seorang jatuh bangkrap

Beliau turut menggesa kepimpinan PAS sekarang ini perlu berfikiran tajam dan mendahului zaman dengan melihat kerangka politik yang lebih luas dan tidak dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang berada di sekeliling mereka.

Bemakna kepimpinan pas menang dalam muktamar tahunan ke 61 berfikiran tupur membuat pas akan ketinggalan zaman kerana kerangka politik kini lebih luas dan tidat terpengaruh dengan kumpulan tertentu yang berada dikelilingnya.

Yang anehnya mereka tidak periksa diri mereka yang jelas dan nyata dipengaruhi dengan kumpulan orang sekilingnya. Terutama sekali terpengaruh dengan DAP sehingga tergamak mengatakan kerajaan pulau pinang serupa dengan kerajaaan Islam

Sesetengah mengatakan Lim Guang Eng setaraf dengan  Dr Yusof Qadhawi kerana hala tuju kerajaan DAP Pulau Pinang aduan Umar Abdul Aziz yang sangat relevan berbanding dengan  lain lain kerajaaan Islam sebelum ini.







Tuesday, July 7, 2015

Siapa yang makan lada



Tidak semua lada pedas. Ada juga lada yang tak pedas. Jadi perumpamaan siapa yang makan lada dialah yang merasa pedas suatu lafaz umum bukan khusus, kerana tak semua lada pedas. Ada yang pedas dan ada yang tak pedas. Yang tak pedas boleh dibuat ulam.

Berbeza dengan lafaz salakan atau menyalak. Perkataan meyalak adalah lafaz khusus ditujukan  kepada haiwan yang bernama anjing. Lembu, kambing, kerbau dan harimau tak menyalak.

 Yang menyalak hanya anjing sahaja.Oleh itu tidak perlu sesiapa yang cuba mengatakan Haji Hadi Awang tidak sebut pun nama anjing atas alasan untuk membela dan kononnya kasar.

Menyalak lafaz bahasa Melayu, maka mereka yang makan lada dialah yang merasa pedas dan terasa  tersangat hina  apabila telah dibandingkan dengan lafaz menyalak dan biarlah mereka menyalak.

Kecuali yang tak fasih  dengan bahasa Melayu sudah pasti tidak memberi apa apa kesan dan makna dengan lafaz tersebut.

Timbalan presiden dan ketua Dewan ulamak pas cuba sedaya upaya mengatakan presiden tak sebut pun anjing.

Sama ada sebut atau tidak sebut lafaz menyalak itu adalah lafaz khusus anjinglah tu bukan lafaz umum yang boleh berbeza tanggapan  yang mendengarnya.

Pada penulis perumpamaan yang dibuat oleh Haji Hadi Awang ketika berceramah tempoh hari (jika berita itu benar) suatu yang bertepatan dan sesuai dengan masa dan ketika kerana Allah pernah buat perbandingan seumpama dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.  Amalaht buruk bandingan orang orang yang mendustakan ayat ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri sendiri” (Surah al-A’raf: ayat 176-177)

Tidak ada yang berani mengatakan perumpmaan yang Allah buat itu tidak bagus dan buruk, kecuali orang orang kafir sahaja yang terasa hina dengan bandingan tersebut.

Demikian juga dengan  perumpamaan yang dibuat oleh presiden.Presiden Pas pernah membaca ayat Allah  ini dalam siri ceramahnya di seluruh  pelusuk Negara sebelum ini.Bukan setakat perbandingan yang buruk buruk malah Allah juga ada memerintah orang orang beriman , maka seranglah mereka apabila mereka  menyerang kamu,Allah memerintah bunuhlah mereka, tetapi jangan melampaui batas.

 Penyokong yang dengar tak pun giling kepala dengan perbandingan Allah tadi.Yang pasti musuhnya sahaja yang terasa dan terpanggil membuat pelbagai komen untuk memburuk buruk nama baik seorang ulamak.Hari ini orang PAS yang kalah  tak enak  dengan bandingan seumpama itu kerana terkena kepala sendiri.

Ada yang mengatakan sangat tak patut lafaz itu keluar dari mulut seorang ulamak. Sebab, itu adalah lafaz buruk. Akan apabila lafaz buruk yang dari Mulut Muhammad Sabu dan rakan rakan sedap berlaka hatta menghina ulamak dianggap baik dan tidak memalukan Islam.

Muhammad Sabu dalam banyak siri ceramahnya suatu ketika dahulu pernah menggunakan bahasa yang kasar dan buruk terhadap Dr Mahathir .sedangkan Allah larang helar mengelar sesama manusia dengan gelaran yang buruk buruk.

Lafaz itu bagi penulis adalah suatu lafaz khusus yang sangat kasar dan tak patuk keluar dari mulut seeorang pemimpin parti pas dan memalukan Islam dan parti PAS itu sendiri.
Akan tetapi tidak ada orang pas yang bangun buat komen. Ini menunjukkan mereka setuju Mohammad Sabu menggunakan bahasa yang kasar dan kesat terhadap musuh.

Pada penulis, lafaz tersebut merupakan suatu lafaz yang sangat tidak patuk, malah sudah melampaui batas, sedangkan dalam peperangan bunuh membunuh,  Allah meminta  kalangan  orang orang yang beriman, janganlah kamu melampaui batas.

Pada penulis lafaz menyalak itu adalah suatu lafaz yang lunak dan wajar digunakan oleh presiden PAS, kerana mereka yang duduk dalam satu kapal cuba sedaya upaya menggelamkan bahtera PAS yang akan mendaulat islam di Negara ini.