Sunday, August 30, 2015

Sokongan orang pas inspirasi Mat Sabu



Tidak salah berbeza pendapat, hatta dalam soal agama Islam sekalipun. Demikian juga dengan tajuk rencana penulis ini.

Penulis ada hak untuk bertanya, dan pembaca punya hak untuk menjawab. Jawapan pasti berbeza antara seorang dengan seorang.

Mengapa penulis  beri tajuk renacan ini sokongan orang pas inspirasi mat Sabu . Pasti ada yang marah marah kerana mengambarkan  buruknya  pemimpin idola masing masing.

Penulis bertegas, atas sebab dua tiga hari ini, mat Sabu dikatakan telah lemah semangat dan akan berundur dan tidak akan  pegang jawatan presiden GHB@ parti Amanah rakyat.      

Antara lain beliau berkata, jika ada orang lain lebih layak darinya dia sedia berundur, maka jawatan prsiden akan diberi kepada tokoh lain.Mungkin Dr Mujahid Yusof atau Husam Musa.

Sesetengah pembaca memberi komen, ini menunjukkan Mat sabu bukan tokoh yang gila nak jadi ketua sepertimana pernah didakwa sebelum ini.

Dengan kata lain, gila kuasa memang  membuat seseorang itu tidak layak jadi pemimpin, lebih lebih pemimpin parti Islam. Tak salah menjadi pemimpin parti Islam modern sepertimana yang berlaku di Indonesia.

Penulis berbeza pendapat. Bagi penulis mat Sabu sudah hilang semangat dan lemah hati apabila buat roadshow seluruh Negara sokongan orang pas merudum tidak sepertimana sebelum ini.

Contohnya, ketika mengadakan ceramah di dataran Shah Bandar Kuala Terengganu 21 Ogos.  kehadiran hanya sekitar 3000 orang sahaja berbanding sebelum ini tak kurang  10,000 orang.

Bermakna,  peratus sokongan tehadap Mat Sabu sudah menurun keparas yang tersangat rendah inilah punca jadi lemah semangat lantas mengumumkan yang dia sedia berundur.

Inilah punca Mat Sabu patah semangat dan gelap masa depan GHB apabila ditubuhkan nanti. Apatah lagi untuk masuk bertanding dalam PRU 14 nanti.

Puak G18 , termasuk mat Sabu dan Dato Raja kena fikir banyak kali dengan kehadiran puluhan ribu pada ceramah pas 22 ogos malam di pasar baru cabang tiga.

Mereka sudah berada ditahap berbelah bahagi sama ada mahu terus menubuhkan parti baru atau  kekal dengan pas sepertimana dinyatakan oleh Khalid Abdul samad yang beliau dan rakannya  akan kekal sebagai ADUN dan parlimen PAS.Tidak akan letak jawatan.


Sunday, August 23, 2015

Maaf ya Dato Raja



Gelaran ringkas “Dato Raja” pada nama Dato Raja Kamrul Bahrin Raja Ahmad ahli parlimen Kuala Terengganu adalah panggilan manja anak raja negeri kaya rakyat miskin.

Maaf ya Dato Raja kerana buka cerita tanda aras tersangat benci dengan Presiden PAS dan tergamak berkata, selagi ada Haji Hadi Awang dalam PAS selagi itulah PAS tak maju.

Kata kata berkenaan pernah disebut kepada salah seorang orang umno Kuala Nerus pada saya tiga minggu lepas.

Kalau dah demikian mana mungkin Dato raja boleh bersama sama dengan PAS lagi.Mungkin atas sebab itu jugalah PAS Kuala Terengganu awal awal lagi buat keputusan memutuskan hubungan dengan Ahli parlimen Kuala Terengganu.

Beliau juga pernah berkata, kemenangan beliau sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu PRU 13  bukan kerana dari undi orang PAS sahaja.

Kita tidak nafi semua itu, kerana kemenangannya pada PRU 13 termasuk  undi orang China dan undi orang umno. Tetapi kena bekiau ingat bertanding atas tiket parti PAS.

Mengapa Dato Raja boleh bertindak demikian.Yang sebenarnya Dato Raja pernah kecewa iaitu kalah dalam pemilihan AJK PAS Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Hal ini sama dengan apa yang berlaku pada geng Mat Sabu yang kalah dalam muktamar agung tahunan di Kuala Selangor lepas. Mereka sangat kecewa dengan tindakan para perwakilan dan melemparkan fitnah yang bukan bukan.

Dato Raja (ahli parlimen Kuala Terengganu) Syed Azman (ADUN Batu Burok) dan Tengku Hassan (ADUN Ladang)  yang hebat ini semacam mustahil kalah dalam pemilihan AJK PAS Kawasan Kuala Terengganu.

Walaupun kalah tradisinya dalam pas, mereka dilantik semula macam PAS Pusat melantik semula Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayub sebagai AJK dan mereka tak sudi lantas menolak pelantikan tersebut

Dato raja dan Dr Syed Azman juga menolak pelantikan tersebut manakala Tengku Hassan menerimanya.Inilah sikit cerita sebenar yang tidak boleh dinafikan.

Bacaan politik kini jelas dan nyata dua dua orang ini tak sudi lagi bersama sama PAS dan sah mereka telah memilih untuk bersama sama GHB yang pasti  gelap masa depan sepertimana yang berlaku pada 4 parti Islam di Indonesia.

Oleh itu, maka tercabutlah duri duri dalam daging satu persatu sepertimana pernah disebut oleh Mursyidul Am Dr Harun Din, Awas, Duri dalam daging.


Tuesday, August 18, 2015

Mat Sabu dah dapat bini baru



Ketika dikedai, kopi penulis ditanya oleh salah seorang veteran PAS, apakah pandangan penulis dengan parti baru yang  akan ditubuh oleh Mat Sabu.

Benda baru memang molek belaka dan kebanyakan kita gemar dengan benda baru. Lebih lebih lagi benda baru cantik dan sesuai dengan citarasa hati kita.

Bagi penulis, Mat Sabu sememang sudah lama berhasrat nak kahwin seorang lagi, kerana isteri tuanya tak dapat layan kehendak nafsu serakahnya.

Lelaki memang begitulah kehendaknya. Lebih lebih lagi Mat Sabu sudah naik pangkatnya oleh Allah menduduki pangkat yang tak munzabah dengan kewibawaan sebenarnya.

Bayangkan apabilka sudah jadi orang nombor dua dalam parti PAS. Hanya setingkat lagi maka jadilah dia orang nombor satu , tiba tiba kalah dengan teruk. Maka keptusan yang diambil mahu tidak mesti berkahwin seorang lagi.

bayangkan, mat Sabu ini dah dapat bini baru muda dan comel pulak, maka bini tua dah tak berguna lagi. Yang hairan masih tak mahu cerai bini tua.

Barangkali bini tua lebih baik perangainya sebab itu dia enggan meceraikannya. Bini muda memang  cantik dan comel, tetapi perangainya belum tentu sebaik bini tua yang di kahwini selama 30 tahun itu.

Demikianlah tindakan manusia yang tidak pernah cukup dengan seorang bini. kenalah berbini seorang lagi atas nama tuntutan nafsu syahawat. maklum sahajalah masih kuat tenaga sedangkan bini tua tak boleh layan kehendak orang yang kuat nafsu.

maka kenalah kahwin seorang lagi yang belum tentu baik budi perkertinya berbanding dengan perkerti bini tua. Bini tua dah cipta sejarah baik perkertinya. Sebab itu dia sangat sayang dan tak mudah mentalaqnya.

Bayangkan, orang lelaki dah kahwin satu lagi muda dan cantik pulak itu.
Maka bini tua dah dikata macam macam. tak guna lagi tak boleh pakai lagilah.

Maklum sahaja isteri baru semua molek belaka.

Tahi pun mungkin bau sedap.

Demikianlah bagi mereka yang tak suka lagi pada isteri tua,

bayangkan memang sudah tua tak cantik lagi. maka tak nampaklah baiknya.

Yang baik baik isteri lama dulu tu dah tak baik lagi.Malah disumpah dan dimaki hamun
Kita nak tengok berapa lama mat sabu boleh bertahan dengan isteri baru yang cantik molek itu

Thursday, August 13, 2015

Dr. Asyraf Wajdi sudah dihantar ke kelantan



Kata Haji Subky Latif seorang anak muda berpelajaran tinggi Islam dan berbakat iaitu Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dikatakan seorang tokoh yang belum dikerenahkan.

Ulas Subky lagi, Dia belum dikerenahkan dalam politik UMNO Kelantan tetapi dia sedang dipupuk dan dilatih di Kuala Lumpur dipercayai akan dihantar pulang ke negeri siti wan kembang  menjelang PRU 14 nanti.

Setahu penulis, Dr Asyraf Warjdi Dasuki  ini  bekas pensyarah UIAM yang sudah dihantar ke Kelantan dan bertanding di parlimen Tumpat lawan Kamaruddin Jaafar dan kalah.

Seorang anak muda yang berpelajaran tinggi Islam dan berbakat  ini pernah bertanding untuk merebut jawatan  ketua pemuda umno bahagian Tumpat. Malagnya kalah teruk.

Yang sangat menyedihkan beliau lawannya itu adalah seorang anak muda yang hanya memiliki sijil pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, sedangkan beliau sudah ada PHD dan bekas pensayarah UIAM.

Bakatnya waktu itu masih tidak boleh diterima oleh orang umno bahagian Tumpat. Apatah lagi umno Kelantan yang masih ramai tokoh untuk diangkat menjadi menteri Besar jika BN memang dalam setiap Kali PRU.

Mungkin bakatnya setelah dilantik menjadi timbalan menteri dijabatan perdana menteri boleh diterima oleh umno bahagian Tumpat khususnya dan umno Kelantan amnya.

Pada hemat penulis, bakat seseorang tidak mudah diterima pakai dalam politik umno jika tidak bermula dengan lebih awal iaitu peringkat bawahan atau kampungan.

Apa pun  Dr Asyraf Wajdi Dasuki ini bekas ahli akademik yang memang dipandang rendah oleh politik umno sejak dahulu dan selama lamanya

Sejarah telah membuktikan ahli akademik memang tidak boleh bertahan lama dalam arena politik. Apatah lagi nak jadi menteri besar Kelantan yang mana masih ramai lagi tokoh tokoh yang berwibawa berbanding Dr Asyraf Wajdi.

Menteri besar Perak Dr Zamri Abdul Kadir kelihatan boleh bertahan lagi panjng sikit usianya berbanding dengan lain lain tokoh yang pernah naik dalam arena politik umno.

Macam  Tan Sri Dr Yusof Noor agak lama bertahan. Manakala lain lain bekas pensyarah kebanyakannya pendek usia belaka dalam politik tanahair.

Dr mansor timbalan ketua menteri  Pulau pinang juga bekas pensyarah univerisiti Sains Malaysia tak dapat bertahan lama. Malah menjadi isu yang sangat besar setelah menjawat jawatan nombor dua dalam kerajaan TOKONG DAP.

Oleh itu nama Dr Abdul Aziz Bari yang disebut Sukby Latif akan diangkat jadi menteri  besar Selangor juga suatu nama yang barangkali hanya suatu mimpi siang hari sahaja selepas PRU 14 nanti miskipun DAP dapat memerintah negeri kaya itu.


Thursday, August 6, 2015

Ahmad Said sayangkan harta.



Ahmad Said tak takutkan Allah. Beliau sayangkan harta dan takut pada manusia berbanding takutkan Allah.

Kalau dia keluar umno/BN tak mustahil akan diambil tindakan keatasnya,itulah yang membuatkan Ahmad Said cepat cepat buat penafian apabila berita yang menyatakan yang beliau akan tinggalkan BN tersebar.

Sepertimana  pernah berlaku suatu masa dahulu salah seorang  bekas pengarah yayasan Terengganu yang cuba berbaik dengan haji Hadi Awang diambil tindakan terbabit dengan rasuah.

Berbaik baik sahaja, bukan masuk pas pun, lantas tak lama kemudian telah diambil tindakan terbabit dengan rasuah ia itu kena dakwa dengan satu  kes  rasuah lama yang dijanjikan akan dihapuskan.

Sebab itu Ahamd said marah apabila ada pihak yang mengatakan yang dia akan tinggalkan BN.

Jangan main main mulut. Tindakan undang undang keatas mereka sangat menakutkan, malah mereka takut manusia berbanding takutkan Allah. Implikasinya, jika dikenakan tindakan undang habislah mereka. mungkin harta yang dikumpul selama ini akan rampas

itulah yang membuat orang umno tidak mudah keluar parti.mereka jadi kayaraya kerana umno. Maka tinggalkan muno/BN nahaslah mereka. 

Tidak dinafikan ada yang keluar, tetapi hanya lakonan sahaja macam salah seorang orang umno Perak suatu masa dulu.

Beliau keluar umno hanya tahan satu minggu sahaja lepas itu lompat semula membuat kerajaaan pakatan rakyat negeri Perak yang bementeri besarkan PAS jatuh terguling dek dua orang ADUN  PKR dan seorang ADUN DAP lompat parti.