Sunday, September 27, 2015

Politik suku agama suku?



Apakah muslahat disebelik kata kata yang berbunyi: “Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini”

Pada hemat penulis PAS seolah olah sudah macam telur berada diujung tanduk kini.Bayangkan Amanah yang jadi pengkhianat PAS dan belum tentu statusnya dimasuk dan diterima pakatan rakyat.

Atas sebab itulah, barangkali membuat PAS memikirkan masa depannya yang pasti akan berada dalam terkiar kiar sendirian nanti dan rugi besar dalam politik mutakhir ini.

 kata kata yang keluar dari mulut Nik Zawawi Salleh yang berbunyi: " bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila"ini boleh dijadikan bukti yang pas berada dalam kebimbangan yang amat sangat dengan pencaturan politik kini. 

kenyataan Nik Zawawi Salleh yang berbunyi: " bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila"  seolah olah politik berbeza dengan bukan politik sepertimana sedia maklum bahawa politik suku agama suku yang menjadi amalan umno selama ini juga boleh diamalkan PAS.

fahaman ini ditentang bulat bulat oleh PAS, kerana  politik tidak boleh dipisahkan dengan agama Islam (aldin) kalau dipisah maka pincanglah pentadbirannya.Sebelum ini pas tidak boleh bertahaluf dengan orang kafir, tetapi pada tahun 2008 dibolehkan bertahaluf dengan DAP, miskipun reality mempersenda sendakan hokum hudud.

Sehubungan dengan itu, politik hari ini politik yang bercampur baur kemaslahatannya, antara kemaslahatan Islam dengan kemaslahatan musuh musuh Islam.Disamping aspek keburukan yang pelbagai corak, kerosakan akhlak orang orang politik, jarang wujud kesetiaan dalam kalangan orang politik, jarang bercakap benar, berleluasanya sikap menghklianati janji dan saling jatuh menjatuh satu sama lain, termasuk menghina golongan ulama dan memuliakan golongan kafir..

Oleh itu, tidak mustahil DAP akan minta maaf sepertimana yang dimahukan oleh PAS itu.Cuma tunggu masanya sahaja. Apakah pas boleh percaya lagi dengan banyak banyak pembohongan yang dilakukan oleh DAP sebelum ini. dengan kata kata yang berbunyi orang china mahukan Islam sedangkan orang umno tolak hudud kononnya.

Lebih lebih lagi, Ibnu Abbas pernah berkata, musuh Allah berbohong. Bayangkan sifat bohong musuh musuh Allah yang dinyatakan sahabat Nabi SAW itu. Walau pun bukan hadis akan tetapi ia bertepatan dengan banyak ayat ayat Allah untuk dijadikan panduan dalam berpolitik diatas muka bumi Allah ini.

DAP boleh bertindak minta maaf untuk mencapai matlamatnya. DAP bukan sahaja boleh berkata yang dia menerima islam dan hudud asalkan citacitanya tercapai. Malah itulah sikap dan sifat orang kafir yang mana telah dijelaskan sejelas jelasnya oleh Allah dalam Al Quran dan Sejarah telah membuktikan sepanjang perjanjian Yahudi dengan kerajaaan Nabi SAW di Madinah seribu empat tiga puluh enam tahun dahulu mereka mengkhianati perjanjian dan sangat tidak setia dengan apa apa yang diikrarkan.


Monday, September 21, 2015

Mat Sabu dan ijtihadnya



Sesetengah mengatakan pintu ijtihad tidak pernah tertutup. Atas sebab itulah Mat Sabu ijtidah perempuan yang bertepek di dadanya dalam perhimpunan kuning tempoh hari macam “cucunya”.

Istilah cucu pada dirinya suatu balasan kritikan terhadap diri yang dirinya tidak berdosa, kerana cucunya.

Betulkah begitu? Betukah seseorang  perempuan yang bukan pertalian darahnya jadi halal apabila dianggapnya sebagai cucu.

Tidak dinafikan Seseorang perempuan yang haram bagi lelaki akan jadi halal pergaulannya apabila diijabkabulkan . Akan tetapi dia tetap haram miskipun dianggap sebagai cucu.

Itulah penetapan Allah kepada kita yang mengaku Islam yang syumul.Tiada fatwa baru yang dibuat oleh ulamak setakat hari ini, kecuali Mat Sabu yang buat fatwa perempuan 
itu macam cucunya. Maka boleh lah bertepek dada dengannya.

Barangkali sudah ulamak islam lebral yang berbuat demikian. Kalau tidak mana mungkin Mat Sabu buat fatwa dengan ijtihadnya bahawa mana mana perempuan tak apa (tak berdosa) atau boleh  bertepek dada dengannya apabila dianggap sebagai  cucu.

Sebagai seorang pengerusi  parti Amanah dan bekas timbalan presiden PAS pasti layak ijtihad sendiri agar dapat melepaskan diri dari tuduhan musuhnya.

Beginilah tindakannya setelah berjaya menubuhkan parti baru lawan PAS yang sangat dimusuhinya dan rakan rakan pasti menerima dengan senang hati akan fatwa itu.

Barangkali semasa dalam PAS dulu pun dia telah mengunapakai fatwa itu. Kalau tidak mana mungkin dia ditangkap kahlwat dengan isteri orang.Mungkin dianggap isteri orang macam anak sendiri.boleh sekereta tanpa diteman suami dan boleh tidur sebilik. Macam Malik Husein dulu orang kanannya.



 




Monday, September 14, 2015

Betulkah KJ tidak yakin dengan parti Amanah


Ana boleh setuju apabila ada sesetengah mengatakan Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung PAS tidak yakin dengan parti Amanah.

Dalilnya, dia masuk parti Keadilan rakyat (PKR). Kalau dia yakin dengan parti Amanah yang pengerusinya Mohammad Sabu, mustahil dia boleh tinggalkan parti Amanah dan masuk PKR.

Macam dulu dulu juga. Dia tak yakin dengan parti keadilan rakyat miskipun  parti itu Bosnya yang punya. Jika dia yakin dengan parti PKR mana mungkin dia masuk PAS.

Datuk Kamaruddin Jaafar lebih yakin dengan pas sebab itu dia pilih pas sebagai wadah perjuangannya. Malah telah diberi jawatan tertinggi dalam pas  sebagai setiauaha agung tanpa ragu ragu.

Bermakna pucuk kepimpinan PAS Malaysia berkeyakinan sepenuhnya dengan batang tubuh Kamaruddin Jaafar tanpa ada sebarang sangkaan buruk miskin pun Dr Harun Din pernah berkata, awas, musuh dalam selimut.

Pada hemat ana keyakinan  seseorang pada Pas tidaklah buat selama lamanya  yakin.Bahkan keyakinan seseorang boleh hilang dengan isu isu tertentu.macam juga apa yang berlaku pada G18 yang sudah tidak yakin lagi dengan pas atas sebab presidennya.

Persoalan yang timbul, betulkah kamaruddin Jaafar tidak yakin dengan PKR parti boisnya (Anwar Ibrahim) sehingga sanggup masuk pas.

Mungkin kemasukan beliau itu ada agenda tertentu agar pas jadi haru biru sepertimana yang berlaku selepas bertahaluf siyasi dengan DAP rakan kongsi PR Kerajaan Salngor.

Bayangkan, Anwar Ibrahim sendiri sangat tidak yakin dengan pas. Kalau dia yakin dengan pas mana mungkin ditubuhnya lain parti yang tersangat lemah sehingga di Terengganu dan Kelantan tiada sebuah cawangan pun, kecuali cabang.

Pelik juga mengapa kamaruddin Jaafar yakin dengan PKR  lantas masuk menjadi ahli yang barangkali masa depannya  menjadi  gelap juga berbanding parti Amanah yang pasti menjadi malap diseluruh Negara.

Pasti Kamaruddin Jaafar punya agenda penting. Sebab itu dia masuk PKR dan tinggalkan Amanah yang mana sudah  tercalar imejnya dan tidak mustahil  akan jadi sebuah parti yang tak amanah apabila diberi amanah.

Sesungguhnya Para pemimpin parti itu antaranya adalah merupakan tokoh tokoh yang tidak amanah setelah diberi amanah oleh pengundi dalam Pilihanraya umum ke 13 lalu.

Jika Mereka merupakan tokoh tokoh yang amanah sepatutnya meletakan jawatan sebagai  ahli Dewan negeri dan ahli dewan rakyat yang dimenangi dalam PRU 13 lalu.Lebih lebih kemenangan mereka atas tiket PAS dan telah bersumpah akan letak jawatan apabila masuk parti lain.

Berbalik  isu  kemasukan  Kamaruddin Jaafar dalam PKR .  sah ada agenda  yang tersirat dan tersurat atau dengan kata lain inspirasi suara dari penjara bahawa PKR perlu seseorang yang boleh menjadi power yang kuat sepanjang ketiadaan Anwar.

 Maka tidak lain tidak bukan PKR perlu tukar setiausaha agung lain mengganti Rafizi yang kelihatan agak lemah selepas mengambil alih setiausaha agung lalu.

Tokoh yang Nampak kuat powernya dan berwibawa jadi setiausaha agung PKR yang kelihatan hanyut setelah Anwar Ibrahim masuk penjara tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Kamaruddin Jaafar yang kebetulan sudah banyak pengalaman dengan ABIM dan PAS.




Tuesday, September 8, 2015

Ada tiga pendapat berkait bai’ah




Sekarang ini mari sama sama kita tengok isi kandungan Bai’ah PAS Kelantan sebagai bahan bukti sama ada ia benar benar menepati bahawa lafaz itu boleh jatuh talaq atau tidak seseorang yang melafazkannya.
Bai’ah itu berbunyi: “Saya Datuk Haji Ahmad bin Yaakub berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat keparti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elauan ahli Dewan tersebut adalah haram. Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah wallahi wabillahi watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan negeri atau Dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti
Lafaz  bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi, wabillahi watallahi ia adalah lafaz ta’liq yang dilakukan secara tidak sengaja. Ia atas kerelaan seseorang sepertimana kata kata yang berbunyi: “Lompat parti lain dengan kerelaan saya sendiri. Bermakna bukan ada paksaan sesiapa. Ia adalah kehendak kita sendiri untuk menjadi calon Dewan negeri dan Dewan Rakyat (ahli parlimen).
Lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak, lafaz tersebut merupakan lafaz yang sorih dan tidak boleh main main. Hal ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jika dilakukan secara main main maka ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah” 
Sesungguhnya berkaitan dengan perkara talaq ini ulama berbeza pendapat dan wujud tiga pendapat yang sedia maklum dan kini wujud pendapat baru yang dikeluarkan oleh ulama modern yang mudah dan ringan berbanding dengan pendapat ulama silam menjadi empat pendapat bagi mereka yang bersumpah.
pendapat pertama Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.
Pendapat kedua. Ia adalah haram (dosa) dan jatuh tiga sekaligus. Ijtihad Malik dan  Abu Hanifah. Ia mendapat majoriti sahabat, Tabien dan ulama silam.
Pendapat ketiga.Ia haram, tetapi jatuh talaq satu. Ini ijtihad sebahagian sahabat dan Ali Abi Talib ra, Ibnu Mas'ud, Abdul Rahman Auf ra dan Az Zubair Awwam ra.
Jika ikut pendapat ketiga Dr Hatta boleh rujuk balik dengan bekas isterinya selepas habis iddah nanti.Akan tetapi ketiga tiga pendapat ini ditolak dengan hujah tidak jatuh talaq dan boleh ditebus dengan dengan member makan kepada sepuluh orang miskin dan puasa tiga hari.

Dr Hatta menjelaskan bahawa beliau gunapakai pendapat ulama modern dan disebut membariskan nama Dr Yusof al-Qarahdawi dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis sebagai rujukan yang mengatakan bahawa bai'ah itu adalah sumpah dan boleh ditebus apabila melanggarnya.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yangbiasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” (surah Al Maaidah ayat 8

Persoalan yang timbul bagaimana pula dengan lafaz yang berbunyi: Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak. Lafaz ini  keluar dari mulut kita sendiri dengan sengaja dan  penuh kerelaan.

Lafaz ini juga bukan sahaja dibuat didepan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Pesuruhjaya Pas Negeri kelantan, tetapi didepan Allah yang berbunyi: Wallahi, wabillahi watallahi yang mahu tidak mahu kena rujuk mahkamah syariah untuk mencari penyelesaian permasalahan yang menjadi isu terkini.

Lebih lebih lagi setiap perkahwinan di daftarkan di makhamah syariah dan mahkamah syariah  kelantan mengguna pakai Pendapat pertama, iaitu Talaq sedemikian adalah harus (dibenarkan) dan jatuh tiga sekaligus. Ini merupakan ijtihad Mazhab Syafie dan Hambali serta majoriti ulama silam.

Jika ia tidak melibat mahkamah Syariah, maka persoalan yang timbul sudah selesai,kerana Dr Hatta menggunapakai pendapat ulama modern  dikatakan pendapat yang rajih, akan tetapi ini membabitkan perkahwinan dan didaftarkan yang pasti tidak akan selesai sampai bila bila.

Bagaimana pun ada perkara yang kita lakukan main main pun, maka ia tetap dipandang sungguh sunguh iaitu nikah, talak dan sumpah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang jika dilakukan dengan sungguh sungguh maka ia dipandang sungguh sungguh dan jiak dilakukan secara main main mak ia tetap dipandang sungguh sungguh: nikah, talak dan sumpah” 

Oleh itu, tidak dinafikan ianya boleh membayar kafarah berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Allah tdak menghukum kamu disebab sebab sumpah sumpahmu yang tidak disengaja (untuk bersumpah) tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah sumpah yang kamu sengaja, maka kafarahnya (denda pelanggaran sumpah) iaitu memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafaarahnya) berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah sumpahmu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar)” (surah Al Maaidah ayat 89).

Sesungguhnya Lafaz ta’liq Akan tertalaklah isteri atau isteri isteri saya dengan tiga talak adalah lafaz sorih tidak boleh dipandang ringan. Lafaz ini adalah lafaz sorih dan ia mahu tidak mahu mesti kena rujuk mahkamah syariah agar mahkamah menentukan status kedudukan  pihak yang terbabit. terSerah kepada mahkamah syariah kerana  itu adalah bidangkuasa kes tersebeut.


Thursday, September 3, 2015

Sokongan orang PAS terhadap Mat Sabu merudum? Oleh: Abdullah Ngah


Sebelum ini orang tidak tahu yang mat Sabu pernah bersalam dengan perempuan ketika berada di belakang Anwar Ibrahim dalam satu satu program bersama dengan Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim sudah sedia maklum yang beliau boleh bersalam dengan perempuan, kerana dia bekas Ahli umno. Akan tetapi Mat Sabu masih tidak boleh bersalam dengan perempuan kerana dia timbalan presiden Pas.

Sesungguhnya dalam perhimpunan bersih 4 yang baru lalu orang ramai termasuk orang PAS yang menyokongnya sedia maklum bahawa Mat Sabu sudah bertepek dengan perempuan sehingga ketua pengiringnya Aris Awang terpaksa memohon maaf dengan apa yang berlaku.

Kebanyakan orang muda termasuk yang menjadi penyokong G18 terkejut dengan apa  yang menimpa Mat Sabu pengerusi parti pekerja itu.

Saya tidak terkejut, kerana  itulah balasan orang yang kecewa dalam arena politik yang mana pada makna hawa nafsu suatu yang sangat baik, tetapi sangat buruk maknanya pada keimanan sesesorang.

Kekecewaan seseorang  setakat hari ini belum ada satu pun yang mendatang keuntungan hakiki kecuali keuntungan hawa nafsu punca sokongan penyokong akar umbi  berubah arah.

Betullah kata sesetengah penganalisis politik tanah air parti yang akan ditubuhkan oleh kumpulan G18 tidak akan bertahan lama.

Walaupun ada sesetengah penganalisis politik berkata  tidak boleh dijadi hujjah kerana  itu adalah andaian semata mata belum tentu tepat.

Tetapi pada saya sejarah telah membuktikan bahawa parti BERJASA  dan HAMIM  serpihan pas hayat hidupnya pendek berlaka. Demikian juga parti semangat 46 SERPIHSN UMNO pun sudah berkubur yang tiada batu niasannya.

Saya tetap berpegang dengan hujah tersebut bahawa tali hayat parti pekerja yang dipengerusikan oleh Mat Sabu  walapun  tak mati tetepi akan tertiarap sebelum PRU 14 nanti, kerana nama baik beliau sudah tercalar.

Dengan kata lain peristewa terkini  ketika sangat gembira dengan adanya wadah perjuangan untuk diperjuangkan  atas nama  sokongan peringkat awal dikatakan memuaskan tapi sudah mula merudum  dan tersangat payah untuk naik kembali.

Orang PAS peringkat akar umbi masih belum boleh menerima  pemimpinnya boleh bersalam dengan perempuan, walaupun  sepanjang  PAS bertalaluf siyasi dengan DAP sudah ada para pemimpin bersalam dengan perempuan ketika dalam majlis majlis anjuran pakatan rakyat ketika dibelakang Anwar Ibrahim.

Ini adalah berita yang dikhabarkan kepada saya dan saya mendengarnya. Perawi adalah seorang yang jujur dan ianya bersambung dari satu mulut ke satu mulut yang saya sipatkan ianya adalah khabar ahad yang mungkin tidak boleh dijadikan hujah.