Kalau Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) amat terkilan dengan pandangan dan saranan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, bagi saya pula tersangatlah terkejut dan dukacita dengan hukuman Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga.
Kalau beliau seorang wanita yang benar-benar beriman mana mungkin tergamak mengatakan , “Poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga”. Inilah yang membuat saya terkejut. Lebih-lebih lagi wanita JIM tidak sama sekali menyangkal keharusan hukum berpoligami di dalam Islam ataupun mahu menafikan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam hukum tersebut.
Kalau tidak menyangkal mengapa berkata demikian rupa? Kalau “Sisters in Islam” yang berkata begitu tidak mengapalah, kerana wanita Sisters in Islam terdiri daripada wanita yang benci akan poligami. Oleh kerana mereka terdiri daripada wanita yang benar-benar tidak beriman, maka wajarlah mereka bertindak mencadangkan supaya lelaki mengamal “monogami” sepertimana yang diperjuangkan oleh kebanyakan wanita
Adalah suatu yang amat tidak wajar jika wanita yang benar-benar beriman tergamak berkata apa sahaja terhadap poligami yang diharuskan oleh Islam. Ini menampakkan bahawa mereka juga turut memberi saham tidak setuju dengan poligami. Ini mendukacitakan umat Islam.Apatah lagi bagi mereka yang masih keliru dengan poligami.
Bagaimana pun Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj, bukan tergolong dalam kumpulan itu. Sebab itu saya sangat terkejut. Lebih-lebih lagi selama ini pun jarang saya dengar perkataan seumpama itu. Malah apa yang dilafazkannya itu boleh mejerumuskan wanita Islam kepada rosak akidah.
Saya tidak tahu mengapa beliau tergamak berkata demikian. Mungkin terlalu ikut emosi maka terlalu emosional itulah yang menyebabkan beliau tergamak berkata poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga, iaitu termasuklah menafikan akan bukti sejarah seorang lelaki miskin apabila berpoligami menjadi kaya-raya.
Kalau beliau berkata pengamal poligami kini bukan penyelesai masalah rumah tangga barangkali saya boleh diterima. Kerana itu adalah perbuatan yang melibatkan batang tubuh manusia yang serba lemah dan serba kekurangan. Atau dengan kata lain, manusia itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan.
Tetapi berkata poligami bukan penylesai masalah rumah tangga suatu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Lebih-lebih lagi poligami diharuskan oleh Islam yang pasti merupakan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumahtangga manusia yang benar-benar beriman.Bagi mereka yang tidak beriman tiada jaminan hikmah-hikmahnya.lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak rela (redha) dimadukan.
Sebab itu hanya perempuan yang benar-benar beriman sahaja yang boleh menerima suaminya berpoligami dan dapat manfaat daripadanya. Bagi yang benar-benar tidak beriman pasti memberontak iaitu tidak boleh menerimanya sama sekali miskipun suaminya terdiri daripada mereka yang berkemampuan “lahir dan batin”.
Keadilan menjadi syarat pertama kepada setiap lelaki yang hendak berpoligami, Kemampuan lahir dan batin juga menjadi syarat keduanya. Jika kedua-dua syarat dapat dipenuhi maka inilah yang diharuskan mereka berkahwin lebih daripada satu. Tetapi kita kena ingat setiap sesuatu yang diharuskan oleh Islam ianya mesti tertakluk kepada mereka yang benar-benar beriman.
Sebab itu poligami yang dilakukan oleh golongan “ulama silam” jarang menemui kegagalan. Malah rumah tangga mereka aman damai, cukup bahagia dan bukan sahaja boleh menyelesaikan permasalahan rumahtangga malah keluarga mereka mendapat keberkatan kerana diredhai oleh Allah Subhanahu wataala.
Disini dapat kita lihat bahawa punca kegagalan poligami kini ialah disebab oleh isteri-isteri yang memberontak. Bermakna mereka tidak redha dengan amalan poligami suami. Tidak dinafikan suami juga turut memberi saham mengucar-ngacirkan rumah tangga yang di bina berpuluh-puluh tahun lamanya, termasuklah terhadap mereka yang mampu “lahir dan batin”.
Yang anehnya ada di antara isteri-isteri yang tergamak menfailkan “fashah” atas sebab suami berkahwin seorang lagi (poligami) yang peliknya mereka tidak menfailkan “fashah” jika suami mereka simpan perempuan, berzina atau minum arak. Sedangkan dalam Islam membenarkan isteri manfailkan fashah terhadap suami yang berbuat sedemikian.
Mengapa jadi begitu? Puncanya ialah isteri-isteri yang tidak ikut Islam dan tidak pernah redha dengan kes suami yang mengamalkan poligami. Ingat, bahawa poligami itu adalah yang diharuskan oleh Islam. Sesiapa yang benci dengan suami yang berpoligami maka tunggulah akibatnya, miskipun dia adalah seorang “Datuk” yang ada harta melimpah-ruah sekalipun.
Kita juga kena ingat bahawa apa sahaja yang diharuskan oleh Islam adalah suatu yang baik walaupun kita “benci”. Kita juga kena ingat sesuatu yang kita “suka” kadang-kadang tidak baik bagi kita. Ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wataalah dalam Al-Quran.
Maka tersangat malanglah jika Profesor Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga. Jangan sekali-kali jadikan sandaran kepada kes-kes yang walaupun realitinya tidak dapat dinafikan, tetapi itu adalah hasil kajian yang dibuat berdasarkan kepada apa benar-benar berlaku itu adalah disebabkan tangan-tangan manusia yang jahil atau “silap kamu sendiri”.
Saya pernah membuat satu kajian dan kajian itu telah diterbitkan oleh Majalah Al-Islam (Utusan Melayu Sdn Bhd) pada tahun 80 an sebanyak empat keluaran selama empat bulan berturut.
Sebab itu saya sangat bimbang dengan pandangan seumpama ini. Jika pandangan ini sampai kepada orang jahil dalam Islam, sudah pasti ia dijadikan sandaran untuk memburukkan hukum Islam, kerana orang yang bercakap itu seorang wanita yang memperjuangkan Islam. Lebih-lebih lagi beliau menggunakan plakform “Jamaah Islah
Mana boleh kita jadikan kes-kes poligami kini sebagai sandaran tanpa merujuk kepada kes-kes yang berlaku di zaman Nabi Mohammad SAW. Apa pula pandangan kita terhadap poligami yang diamal oleh Rasulullah SAW. Kalau ia bukan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mengapa pula poligami diharuskan dan dijadikan amalan.
Allah Subha Nahu wataala menyuruh lelaki yang mampu lahir dan batin berkahwin lebih daripada satu (poligami) dengan bemaksud: “berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenana”. Walaupun ada pendapat bahawa ayat ini tidak bermakna Allah menyuruh berpoligami. Tapi bagi saya ayat ini berupa ayat “suruhan jika mampu lahir dan batin.”
Lihat firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu tidak tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan perempuan (lain). Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Atau (pakailah) hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman” (surah An-Nisaa’ ayat 3).
Allah Subhanahu Watala sudah mengajar Rasulullah SAW supaya dijadikan ikutan yang diharuskan. Bukan wajib. Tetapi itulah kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga. Bukan menjadi “musibah” sepertimana yang berlaku terhadap poligami kini. Cuma kita sahaja yang salah fahaman terhadap Islam sehingga tergamak menafikan dan mengatakan “poligami bukan penyelesai masalah rumah tangga”.
Walhal poligami itu, mengikut ayat diatas merupakan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga, termasuk berlaku zalim terhadap isteri-isteri yang dikahwini yang menyebabkan rumahtangga yang dibina selama ini runtuh dan hancur lebur dek kerana isteri-isteri yang tidak rela dimadukan. Macam mana boleh kita katakan “madu” lebah itu “pahit” sedangkan ia “manis”.
Sesungguhnya tiada ada seorangpun manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini mengatakan “madu lebah itu pahit”, kecuali bagi mereka yang “bermadu” sahaja yang merasa kepahitannya, kerana tidak redha dengan takdir Allah dan di katakan perbuatan suami sebagai tidak adil kerana berkahwin seorang lagi, tanpa menyedari yang mereka juga tidak berlaku adil terhadap proses poligami yang diharuskan.
Kalau kita sudah redha Allah Subha nahu Wataala itu Tuhan kita, mana mungkin kita tidak redha dengan ketentuannya (takdir) yang telah ditetapkan bahawa kita telah dimadukan.Yang peliknya kebanyakan wanita kini menganggap poligami itu sebagai “musibah”. Pada hal poligami itu suatu hikmah yang enggan diterima oleh kebanyakan perempuan yang jahil. Kecuali bagi perempuan-perempuan yang benar-benar beriman sahaja redha dengan takdir itu dan bermaufakat baru dapat berakah.
No comments:
Post a Comment