Saturday, November 28, 2009

Ahmad Said tunai haji siapa pula yang taja?

Belum habis orang bercakap pasal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja sebanayak RM 65,000 untuk tunai haji tahun ini, penulis diberitahu oleh seorang Sub kontraktor negeri Terengganu, berkata, Ahmad sudah pergi dah.

Tanya penulis: pergi mana? Jawap subkontrktor itu: pergi mana lagi, Mekkahlah.

Begitulah ceritanya. Memang siapa yang sahaja yang sandang jawatan Menteri Besar tiap musim haji mereka akan tunai haji selain buat umrah.

Penulis tidak mahu berkata bahawa pemergian Ahmad Said menunai haji tahun ini ditaja, tetapi orang yang beri tahu penulis adalah seorang sub kontraktor yang barang kali tahu akan perihal itu.

Kalau Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan yang dikatakan mengarah pegawai kerajaan dan wakil rakyat menerima hadiah, ditaja sebanyak RM 65, 000.untuk tunai haji tahun ini.

Semacam mustahil Nik Aziz mudah memerima tajaan untuk tunai haji. lebih lebih lagi dia sendiri larang pegawai dan wakil rakyatnya menerima sebarang hadiah.

Cerita pasal Ahmad Said tunai haji pada tahun ini barangkali ada lojiknya ditaja oleh seseorang, kerana cerita itu diberitahu oleh seorang subkontraktor dan yang ikut serta dalam rombongan itu seorang JKKK yang pernah dipanggil kerana menyeleweng.

Penyelewengan yang dilakukan ialah dikatakan memberi bantuan wang raya kepada seorang penyokong PAS di Kampungnya tidak lama dahulu.

JKKK yang iku serta dalam rombongan VIP tunai haji itu dipertikaikan jawatanya, tetapi masih kekal sebagai JKKK yang dilantik semula.

Barangkali kerana hubungan baik dengan menteri besar beliau masih kekal sebagai JKKK kerana sangat berjasa.

Kalau tidak mana mungkin dapat tunai haji pakej VVIP yang jarang berpelunag seistimewa itu, kecuali tokoh UMNO yang bergelar Datuk sahaja dapat menyerati rombongan itu.

Media Massa tidak bising jika Ahmad Said ditaja sekali pun, kerana itulah amalan orang UMNO. Tetapi tidak macam Nik Aziz , bising seluruh dunia pasal ada orang menajanya.

Orang UMNO memang tidak salah, kerana UMNO bukan Parti islam yang difahamkan bahawa semua perkara yang diamalkan selama ini tidak salah, malah imejnya tidak tercalar. Manakala orang PAS pasti nampak buruk kerana dasar partinya adalah dasar Al Quran dan hadis.Bukan setakat buruk malah imejnya terjejas.

Seorang pegawai kanan kerajaan Terengganu pernah kata pada penulis: Orang pas tidak boleh buat salah nanti buruk imejnya dan mendapat padah akhirnya.

Penulis tanya: orang UMNO tak salahkah. Jawapanya: Amalan itu adalah lazim bagi mereka. Salah tu salah tapi rakyat sudah lali dan tahu itu memang amalan orang UMNO.Tak apa.

Cerita ini bukan cerita rekaan penulis: tetapi ia suatu realiti yang tidak dapat dinafikan. Mungkin mereka tidak akan diambil tindakan, hatta ditaja oleh pihak pihak tertentu.

Bukan setakat itu sahaja, malah tender projek juga dijual dan amalan ini tidak diambil sebarang tindakan oleh SPRM miskpun SPRM sudah diangkat tarafnya ketaraf ”Suruhajaya”.

Kegiatan beli tender di Terengganu bukan lagi diluar pengetahuan SPRM, malah SPRM telah menganjur satu seminar khusus untuk dihadiri hampir semua kontraktor di seluruh negeri Terengganu.

Sepanjang seminar itu berlangsung diadakan majlis Dialog dan penalnya ialah pengarah SPRM negeri.

Dalam dialog itu muncul perkataan apakah saudara saudara tidak mati. Penulis difahamkan sesiapa yang makan rasuah yang memberi dan menerima kedua duanya didalam neraka. Atas sebab itulah SPRM berkata demikian.

Kata salah seorang kontraktor: kalau tidak, saya tidak dapat projek. Jadi, apa yang hendak kami makan. Ini seolah olah mereka tidak boleh hidup jika tidak beli tender.

Orang PAS macam Menteri Besar Kelantan yang ditaja tunai haji tahun ini bising seluruh dunia dan ada yang buat cadangan supaya SPRM menyiasat isu itu walaupun belum tahu kepala dan ekornya.

Bukan setakat cadangan supaya SPRM menyiasat dan mendakwa Nik Aziz, malah ada yang mengeluarkan kata kata yang bukan bukan terhadap menteri besar yang bertaraf ulamak itu.

Ada yang berkata ”kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih” didalam blog yang penulis layari tanpa menyedari belum apa apa sudah buat keputusan yang Nik Aziz seorang yang warak tetapi tidak boleh dipercayai.

Bagaimana dengan Ahmad Said? mereka membisu seribu bahasa. Malah ada sesetengah itu mengatakan Ahmad said banyak duit tak kan dia hendak terima tajaan.


Memang Ahmad Said banyak duit, kalau tidak tak kan boleh buat istana yang menelan belanja RM 4 juta.

Tidak dinafikan orang UMNO memang banyak duit, macam Datuk Din Adam yang bina rumah yang menelan belanja jutaan ringgit yang hanya berjawatan EXCO satu penggal sahaja.

Macam juga Ustaz Ramli Nuh yang dikatakan sedang menyiap rumah yang menelan belanja sebanyak RM 1 juta, pada hal dia sudah pun memiliki rumah sendiri sebelum menjadi wakil rakyat.

Salah seorang bekas ahli Parlimen dikatakan memilik 15 buah kenderaan pensendirian dan bekas EXCO satu penggal yang dikatakan memilik harta ratusan juta ringgit dan membeli banglo lelong orang kaya yang muflis.

Kebanyakan orang UMNO bising apabila giliran Nik Aziz ditaja untuk menunaikan haji tetapi bagaimana pula jika Ahmad Said juga ditaja oleh pihak pihak tertentu?

Penulis yakin SPRM tidak akan berbuat apa, kerana tidak menerima sebarang laporan dari rakyat. Lain halnya jika cerita itu terkena pada orang PAS. SPRM akan terjun tidak bertangga untuk menyiasat.

Penulis masih belum lupa dengan cerita seumpama ini. Beberapa orang pegawai dari Bukit Aman turun sergah pegawai zakat Terengganu pasal dua orang anak EXCO kerajaan PAS menerima wang zakat.

Pegawai PRM (SPRM) turun menyiasat kesamua EXCO kerajaan PAS Terengganu miskipun tiada laporan di buat. Malah dibuat atas laporan media massa yang cuba menolong UMNO menjatuhkan kerajaan Terengganu sepertimana yang dilakukan kepada beberapa orang wakil rakyat pakatan rakyat di Perak dan di Selangor.

sekian........................

Wednesday, November 25, 2009

Peletakkan jawatan Ariffahami nampak gambar dia terbabit dengan rasuah

Beza dengan kes TOK GURU batal tunai haji atas sebab isu ditaja dengan menantunya meletakkan jawatan atas arahannya dan persetujuan PAS Pusat.

Tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat batal tunai haji suatu yang bijaksana. Tapi perletakkan Ir. Arif Fahami Abdul Rahman suatu tindakan yang sangat silap besar walaupun Ahli Parlimen berkata itu adalah berintegeriti.

Bagi saya Imej PAS terjejas teruk kerana kurang bijak mengananginya. Bukan setakat itu sahaja malahan nampak sangat para pemimpin PAS tidak tahan dengan ujian dan rendah kesabaran.

Tindakan kurang bijak itu nampak jelas gambar yang Ariffahami terbabit dengan rasuah. Pada hal belum tentu dia terbabit, kerana baru sahaja disiasat oleh SPRM yang memang satu agensi yang jadi alat kerajaan UBN.

Kalau dia bersalah biarkan bertanggungjawab dengan kesilapan yang dilakukan. Tidak harus membela jika dia benar benar bersalah. Yang silapnya Para pemimpin takut dan tidak berani berhadepan dengan realiti sebenar.

Perpatah Melayu ” takut kerana salah dan berani kerana benar. inilah yang wajar dipegang.

Inilah kelemahan kepimpinan PAS sejak dahulu hingga kini dan mudah percaya dengan tuduhan musuh.

Dalam hubungan ini Al Quran telah memberi panduan bahawa apa apa berita yang disampaikan oleh orang jahat terutama sekali golongan minafik mesti dikaji dahulu. Check dulu baru buat keputusan.

Buat keputusan juga kena bijak. Jangan pakai buat, cakap buat, tanpa ada kajian terlebih dulu.

Saya sangat sedih dengan sikap mudah percaya,sedangkan Islam mengajar kita tidak boleh percaya dengan doktor walaupun dia doktor pakar jika mereka itu kafir.

Kafir Adalah musuh Allah dan telah dinyatakan dalam Quran dengan nyata dan jelas. Tapi malangnya kita percaya dengan kafir,kecuali kafir zimmi.

Pembatalan Tok Guru tunai haji tidak akan jadi isu yang Tok Guru cakap tak serupa bikin. Tapi peletakkan jawatan yang dibuat oleh Ariffahami beri implikasi yang buruk kepada kerajaan PAS.

Dan Imej Tok guru turut terjejas, kerana mengarah menantunya berbuat yang boleh mengambarkan memang arif fahami semacam benar terbabit dengan kes yang berlaku sekarang.

Kalaulah benar bahawa Nik Aziz arah supya menantunya letak jawatan maka ada persamaan dengan kes yang berlaku di Terengganu terhadap Ustaz Ismail Dagang Pengarah Yayasan keluarga yang dikatakan terbabit dengan rasuah.

Belum ada apa apa bukti, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Wan Mutalib Embung EXCO kanan sudah mengalah.Tidak setuju melantik semula Ustaz Ismail Dagang sebagai pengarah dan lantik orang lain sebagai ganti atas alasan implikasi undang undang dan nama baik pemerintahan.

Apa kesalahan ustaz Ismail Dagang dan apa salah Arif Fahami? Ustaz Ismail Dagang belum tentu bersalah cuna dituduh oleh Timbalannya seorang kuat UMNO yang pasti berniat jahat untuk menjatuh imej kerajaan PAS.

Pemimpin PAS mudah percaya dengan tuduhan yang dibuat oleh mulut pegawai kerajaan yang kuat UMNO sehingga membuat keputusan yang seolah olah Pengarah Yayasan kelurga Terengganu sudah melakukan kemungkaran. Demikian juga dengan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu yang gambarnya dia benar benar bersalah.Pada hal kedua dua orang itu belum tentu lagi bersalah.

Namapknya pemimpin PAS mudah percaya dengan tuduhan musuh PAS. Inilah kelemahan yang ada pada pemimpin yang dikatakan ada integriti oleh Salehuddin Ayub.

Orang yang ada integeriti (amanah) tidak mudah percaya dengan cakap cakap musuh, kerana musuh PAS sentiasa cari jalan untuk menjatuhkan imej PAS sekaligus memasukkan jarum jahat agar rakyat tidak percaya dengan kepimpinan PAS.

Baru sahaja disiasat oleh SPRM sudah ambil jalan pintas letak jawatan, sedangkan belum ada apa apa mengenai pembabitan rasuah.

Malang sekali jika bertindak demikian.

Monday, November 23, 2009

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan

Sunday, November 22, 2009

Memperkasakan PAS Terengganu peranan siapa

fikir demi fikir, maka dapatlah penulis buat kesimpulan akan kelemahan PAS Terengganu berpunca dari sikap para pemimpin yang tidak boleh meneriam teguran, hatta teguran itu adalah teguran suci sekalipun.

Barangkali ramai yang setuju dengan isu yang penulis bicarakan ini, kerana Datuk Mustafa Ali pernah sebut hal tersebut baru baru ini dalam majlis sambutan sempena jubli Emas PAS Marang.

Apabila siasah menyiarkan pendapat Mustaffa Ali, Setiausha Agung Pas Malaysia ketika membentang kertaskerja sempena sambutan JUBLI EMAS PAS Kawasan Marang maka perbicaraan tentang sikap para pemimpin yang boleh menerima teguran ini menjadi semakin menarik.

Kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan seumpama ini. Lebih lebih lagi ia adalah punca PAS lemah di negeri Terengganu ini, sebab itu ada cadangan suatu masa dahulu supaya muka baru hendaklah diutamakan dalam setiap siri pilihanraya umum.

PAS Terengganu semasa Pesuruhjayanya Mustafa Ali, telah membuat rombakan besar mengenai calon yang bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 12 dahulu agar dapat menumbangkan UMNO.

Tetapi malangnya, hanya setakat berjaya menambah empat kerusi sahaja berbanding empat kerusi yang dimenangi pada pilihanraya ke 11 (2004) menjadi 8 kerusi Dewan Udangan negeri dan satu Parlimen.Tambah satu lagi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi dua.

Untuk memperkasakan PAS Terengganu Mustafa Ali yakin bahawa sikap para pemimpin yang tidak boleh menerima teguran inilah sebagai punca segala galanya.

Memang pun, kerana Saidina Umar RA pernah berkata yang bermakaud: ”Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima teguran dan nasihat”.

Pada hemat penulis orang yang enggan menerima teguran orang lain, mereka terdiri daripada orang yang tidak berakal. Jadi apakah akan terjadi kepada sebuah parti yang memiliki para pemimpin yang bersikap demikian.

Inilah yang membuatkan PAS Terengganu tidak kuat meskipun ada usaha untuk memperkasakannya sepertimana telah disentuh oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi awang, presiden Parti dalam Ijtimak yang diadakan di Kubang lembik tidak lama dahulu.

Sehubungan dengan itu, Datuk Abu Bakar Chik, timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika berkhutbah di Masjid At Takwa Batu Enam pada 13 November 2009 bahwa PAS mesti jadi kuat untuk menang dalam piliharaya.

14 November 2009 hari sabtu malam Ahad, Salehuddin Ayub, Naib presiden PAS Malaysia ketika berceramah sempena Jubli Mas PAS Kawasan Kuala Nerus pula, berkata PASlah satu satu parti yang pemimpinnya ada integeriti.

Kenyataan ini jelas nampaknya bercanggah dengan pendapat Setiausaha Agung PAS sekali gus, memberi kesan yang tidak baik kepada PAS Terengganu, kerana satu pihak mengatakan para pemimpin berintegeriti, manakala satu pihak lagi mengatakan para pemimpin tidak boleh menerima teguran.

Semasa berkhutbah,Abu Bakar Chik membidas masyaraakat yang tidak mengambil berat akan kegiatan anak anak remaja mereka dan mengatakan kebanyakan ibu bapa membiarkan anak perempuan memakai pakaian yang menjolok mata.

Ini menunjukkan kelemahan PAS datang dari ahli dan penyokong Pas sendiri yang tidak ambil berat tentang amal amal Islam.

Kita boleh terima pendapat Abu Bakar Chik., kerana memang begitulah sikap yang ada pada ibu bapa ahli ahli dan penyokong PAS sejak dahulu hingga kini, miskipun mereka menghadiri majlis ilmu dan kuliah Jumaat Tok Guru di Rusila sekalipun.

Penulis rasa tertarik untuk mengulas perihal para pemimpin PAS tidak boleh menerima teguran, kerana ia ada kaitan rapat dengan kepimpinan diatas yang akan turun kebawah. Kalau sahsiah para pemimpin kurang baik, bagaimana pula sikap orang bawah.Jika daiats kurang baik maka yang di bawah pasti sama, miskipun tidak serupa.

Atas sebab itulah Mustafa Ali cuba lemparkan isu ini agar mudah mudahan PAS Terengganu menjadi kuat untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita untuk memperkasakan PAS, kita perlu ingat bahawa UMNO Terengganu miskipun masih berkemelut, tetapi tidak mudah ditumbangkan.
Mengapa penulis kata begitu? UMNO ada senjata mujarab yang boleh membuat pengundi terpesona.

Datuk Ahmad said berkata UMNO kuat sokongannya, kerana banyak bantuan diwujudkan, termasuk duit raya, wang zakat, lain lain bantuan yang boleh menambat hati pengundi dan bantuan ini yang barangkali membuat UMNO Terengganu tidak bimbang dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Inilah kesan yang memudaratkan PAS sejak wang ehsan diwujudkan dan tidak harus dipandang ringan oleh PAS dalam usaha melahirkan para pemimpin yang boleh menerima teguran.

Persoalan ini tidak pernah diambil berat oleh PAS Terengganu sehingga sudah begitu ramai penyokong asal lari, termasuk tidak hadir majlis Ilmu kerana dieksploitasi oleh UMNO.

Jarang sekali mendapat perhatian pemimpin terhadap penyokong yang mendapat wang Ehsan ini. Malah Presiden sendiri ketika jadi Menteri besar Terengganu mengatakan wang ehsan itu halal boleh ambil.

Pada hemat penulis inilah punca PAS tumbang di Terengganu pada pilihanraya umuk ke11 tahun 2004 dahulu, kerana mereka tidak faham hakikatnya.

Sehubungan dengan itu Ahmad said pernah berkata, kita beri wang bantuan dan kita mahu faedahnya kembali kepada kita.

Bermakna bantuan wang ehsan kepada rakyat Terengganu mempunyai unsur unsur rasuah dan wajar diambil kira oleh pemimpin PAS bahawa mengambil wang itu halal, tetapi jika mengundi UMNO adalah haram.

Hal ini pernah disebut oleh Tun Salleh Abas bahawa wang ehsan itu haram, kerana wang itu dirampas dari wang royalti minyak 5 peratus diperuntukan melalui perjanjian yang sah

Penulis rasa sebutan haram pada wang ehsan itu suatu teguran yang suci dari orang yang pakar dalam bidang undang undang. Atas sebab tidak menerima teguran itu juga PAS tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 11 dengan begitu teruk sekali.

Adalah wajar pemimpin PAS Terengganu berfikir semula dalam perkara wang ehsan yang menjadi punca UMNO dapat rampas kembali kerajaan Islam Terengganu melalui gelombang biru.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam pernah sebut kekalahan PAS Terengganu berpunca dari kerajaan yang banyak mengharamkan itu dan ini.

Pandangan ini tidak boleh diterima lebih lebih lagi beliau agak jahil dengan rakyat Terengganu yang barangkali juga berbeza dengan rakyat Kelantan yang dikatakan tidak makan kail tetapi makan umpan.Mankala rakayt Terengganu makan umpan dan mata kail sekali

"Bagi saya, di samping bertoleransi , apa yang lebih penting ialah kandungan dakwah itu sendiri perlu diutamakan agar nampak yang PAS masih menjaga aagama disamping untuk menang dalam musim pilihanraya.

Adalah amat penting untuk para pemimpin bendakwah bagi memantapkan kefahaman rakyat dengan mendalami ilmu dan mempunyai kejelasan dalam menyampaikan ilmu tersebut.

Hal-hal keagamaan seperti persoalan akidah, ibadah dan akhlak adalah mencakupi dimensi rohaniah yang mudah terpesona dengan wang ringgit peralatan bantuan yang diwujudkan pemerintah Umno/ BN punca kekuatannya harus difikirkan semula sebagai jalan keluar disamping melahirkan para pemimpin yang suka menerima teguran dan nasihat.

sekian.............

Wednesday, November 18, 2009

Tidak wajar kata Nik Aziz tidak ada cita duniawi

Zaid Ibrahim sebut yang Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan manusia yang tidak ada cita cita duniawi.

Atas sebab itulah dia cadangkan supaya Nik Abdil Aziz Nik Mat, musyidul Am PAS yang juga menteri Besar Kelantan selama 18 tahun itu sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat (PR) setelah diterima oleh pendaftaran pertubuhan adalah merupakan gabungan tiga buah parti, PKR, PAS dan DAP yang akan bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti sama macam Barisan Nasional (BN) menggunakan satu loga.

Zaid Ibrahim cadang, ketuanya ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala Datuk Seri Anuari Ibrahim sebagai pengerusinya yang mempunyai kelayakan menjadi perdana menteri.

Saya difahamkan, Nik Aziz Nik Mat memang sangat layak jadi ketua Pakatan rakyat, kerana dia adalah seorang manusia yang tidak ada cita cita duniawi dan bersih dari segala kemungkaran.

Jika Nik Aziz tidak ada cita cita duniawi masakan beliau masuk politik yang akan mendaulatkan Islam apabila memerintah negeri dan Negara.

Melabelkan Nik Aziz sebagai manusia yang tidak ada cita cita duniawi satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan, kerana seorang alim ulama tidak sama dengan “Rahib” atau “Pop Pol”.

Kalau Nik Aziz tidak ada cita cita duniawi apa guna beliau masuk dunia politik, sedangkan politik adalah kuasa yang akan melaksanakan syariat Allah sepertimana Rasulullah SAW memerintah negara Islam Madinah.

Pendek kata manusia mempunyai cita cita duniawi, hatta mereka itu Nabi dan Rasul sekalipun sepertimana Friman Allah yang bermaksud. Tidak aku jadi Jjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Tuhanya.

Mengabdikan diri juga berlaku diatas dunia ini, kerana dunia itu adalah jambatan kealam akhirat. Apa apa pun segala gala mesti bermula di dunia sebagai bekalan akhirat nanti setelah mati.

Namun sangat tidak wajar mengatakan Nik Aziz Nik Mat, tidak ada cita cita duniwi, sedangkan pada hakikatnya semua manusia ada cita dunia yang merupakan proses untuk persediaan ke alama akhirat nanti.

Solat. puasa, zakat dan haji dilaksanakan di atas muka bumi ini yang merupakan cita cita duniawi untuk menyelamatkan diri daripada dihumbangkan kedalam neraka dan di masukkan kedalam syurga.

Jika Nik Aziz Nik Mat di labelkan sebagai manusia yang tidak ada cita duniawi bagaimana pula dengan Zaid sendiri yang barangkali tidak ada cita cita akhirat yang bermakna tidak percaya dengan hari pembalasan sebab itu dosa dan pahala tiada perbezaan.

Barangkali halal haram juga tiada perbezaan, sebab itu mereka boleh saman hudud, makan riba dan rasuah serta mimun arak yang jelas melayakkan mereka masuk neraka dan tidak bau syurga.

Inikah difahamkan orang ada cita cita duniawi. Orang tidak ada cita cita duniawi tidak layak jadi perdana menteri. Kalau begitu mereka itu seolah olah jahil dengan hal kerajaan dan pentadbiran. Atau kerana mereka tidak pandai tipu, berbohong maka mereka tidak layak jadi pemerintah.

Yang layak jadi pemerintah mereka orang jahat, terbabit dengan skandal itu dan skandal ini, pengamal riba dan pegamal rasuah macam para pemimpin yang ada dalam uMNO/BN sekarang. Tidak kurang juga yang ada dalam PKR sekarang yang terpaksa lari dan keluar parti.

Saturday, November 14, 2009

Kerajaan Terengganu beli tanah di Kalimantan?

Membaca berita beli 100,000 hektar tanah di Kalimantan, Indonesia, Terengganu cadang jadikan ladang kelapa sawit ganti hasil minyak, teringat penulis, bekas menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad beli tanah di negeri Sembilan berharga RM29.7 juta.

Pembelian tanah sejumlah 100,000 hektar ini dibuat melalui TDM Berhad untuk didirikan ladang kepala sawit sebagai pelabauran jangka panjang ganti minyak yang bakal habis.

Penulis masih belum lupa dengan pembelian tanah getah tua yang ada kubur china di negeri Sembilan oleh kerajaan Terengganu seluas 495 ekar dengan harga RM60,000 setiap satu ekar.

Barangkali bertujuan menambah pelaburan ekonomi negeri sepertimana yang dirancang dan hendak dilakukan oleh Datuk Ahmad Said itu.

Rakyat tahu tujuan sebenar Ahmad Said berbuat demikian, kerana sudah ada yang bising bising dan berkata buat apa buka ladang di Kalimantan, sedangkan tanah kerajaan di negeri Terengganu ini masih banyak yang terbiar.

Betul juga kata sesetengah itu. Mengapa mesti membeli tanah di Kalimantan yang jelas mahal berbanding harga tanah di negeri Terenggganu sekarang ini. Harga tanah hutan di negeri Terenggganu masih murah. Oleh itu kerajaan dapat jimatkan wang rakyat.

Penulis masih belum lupa dengan kronologi Pembelian tanah seluas 495 berharga RM 29.7 juta oleh kerajaan Terengganu sewaktu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi menteri besar dahulu.

Rakyat sebenarnya tidak tahu akan perihal itu, maka tidak dipertikaikan langsung miskipun harganya mahal berbanding dengan tanah lain.Bayangkan tanah hutan yang harganya RM 60,000 setaip satu ekar.

Pembelian tanah itu dibuat melalui Yayasan Terengganu semasa Alahyarham Datuk Mohamad Endut menjadi pengarah dikatakan hanya melihat atas udara, iaitu menyewa sebuah helikopter yang belanjanya entah berapa.

penulis dimaklumkan bahawa harga sebenar tanah tersebut hanya RM 30,000 setiap satu ekar yang patut dibayar hanya RM 14 juta lebih sahaja. Akan tetapi dibeli dengan harga RM 60,000 satu ekar.

Mungkin urusan membeli tanah itu menggunakan orang tengah yang pernah dilakukan oleh kerajaan ketika berususan jualbeli sepertimana kerajaan persekutuan membeli kapal selam yang membabit komisen sebanyak RM 500 juta kepada orang tengah.

Oleh itu tidak hairanlah apabila kerajaan Terengganu semasa diterajui oleh Tan Wan Mokhtar menghabiskan wang rakyat sebanyak RM29.7 juta yang barangkali membabitkan komisen pada orang tengah sebanyak RM 14 juta .

Sehubungan dengan perkara itu Datuk Ruslam Awang Chik pengerusi TDM berkata dalam pembelian tanah ini kami tidak berhubung dengan orang tengah untuk mengelakkan pemberian komisen sekaligus dapat menjimatkan kos dan menghidari berlakunya penyeleweangan.

kenyataan yang dibuat oleh Senator Ruslan Awang Chik ini barang masih boleh dipertikaikan lagi, kerana setiap pembelian pasti digunakan orang tengah yang mana wang komisennya akan cair dan mengalir dalam saku satu sama lain.

Cuba kita bayangkan harganya. wajarkah harganya mencecah RM 580,000 satu hektar? Setengah juta lebih satu hektar.Pada tanah yang hendak dibeli itu tanah hutan yang barangkali harganya lebih murah berbanding di negara ini.

Di Malaysia, khususnya di negeri Terengganu tanah hutan harganya hanya RM40,000 satu ekar yang nisbahnya 2 ekar setengah dan harganya cuma RM 100,000 sahaja.itupun dikira mahal. Bagaimana pula harga tanah di kalimantan boleh jadi RM580, 000 satu hektar.

Ini pasti ada yang tidak kena yang barangkali membabit kan orang tengah sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Wan Mohkar ketika membeli tanah di Sempadan Selangor dengan negeri sembilan dahulu.

Demikian perancangan ekonomi kerajaan Terengganu waktu itu dan Datuk Ahamd Said salah seorang EXCO yasng pasti tahu sedikit sebanyak pasal pembelian tanah yang terpaksa ditanggung kerugiannya.

Barangkali perancangan itu ada persamaan dengan hasrat Ahmad Said hendak membeli tanah sebanyak 100,000 hektar di Kalimantan Indonesia.

Hasrat kerajaan Terengganu dibawah terajui Ahmad Said ialah cadangan jadikan ladang sawit ganti minyak yang dijangka akan habis tidak lama lagi disafatkan sebagai baik.Tetapi tidak kena pada masanya.

Untuk makluman wang sejumlah RM 29.7 juta memang kecil, tetapi wang itu dipinjam dan terpaksa bayar faedah yang dikenakan. Bermakna Yayasan Terengganu kena bayar faedah tanpa ada sebarang hasil yang dikatakan sedang berusaha sedaya upa untuk menjualnya.

Atas sebab itulah semasa Terengganu di perintah PAS tanah yang dibeli itu hendak dijual supaya beban dapat dibereskan. Malangnya tanah itu ditawarkan dengan harga RM 30,000 satu ekar sedangkan harga asal sejumlah RM 60,000 yang pasti mengalami rugi besar iaitu rugi sebanyak RM14 juta.

Kini Ahmad Said pula akan membeli 100,000 hektar tanah di Kalimantan untuk ladang sawit yang berharga RM 580,000 satu hektar.

Cuba bayangkan berapakah jumlahnya jika 100,000? Sudah tentu jumlahnya RM 580 juta yang terpaksa dihabiskan. RM 580 juta memang kecil dalam membuat pelaburan berbanding dengan pelaburan yang pernah dibuat oleh Terengganu pada Gunawan Steel dan perwaja dahulu.

Persoalan yang timbul, mengapa harga tanah hutan di Kalimantan lebih mahal berbanding dengan tanah hutan di negara kita? Tanah sawah pada berhampiran bandaraya Kuala Terengganu harganya hanya RM 360, sahaja. Tapi tanah di kalimantan sudah menjangkau RM 580,000.

Harga tanah bukan isu, tetapi wang rakyat yang hendak dibelanjakan itu menjadi persoalan yang mungkin ada persamaan dengan pembelian tanah di negeri sembilan yang membabitkan wang rakyat.

Yakni RM 14 juta dimasukan dalam saku orang berkenaan. Apa pun wang rakyat RM 580 juta akan dibelanjakan untuk membeli tanah dikalim,antan Indonesia nanti juga sangat diragutkan. lebih lebih lagi salah gunakuasa dan penyelewengan telah berlaku dengan sewenang wenangnya setelah diberi amanah memerintah.

Namun begitu tidak mustahil separuh wang rakyat yang akan dibelanjakan itu nanti masuk kedalam saku pihak tertentu, miskipun pernah disebut bahawa pembelian tanah di kalimantan ini tidak menggunakan khidmat orang tengah.

sekian....................

Monday, November 9, 2009

Dr Palsu ada juga di Terengganu?

Sebelum hebuh pasal Dr. paslu Rustam Sani kulomnis Siasah ada menulis mengenainya. Rencana itu dimuat dalam siasah Bil: 81 (20-26 Januari 2008) pada muka surat 19.

Rencana berkaitan mengulas dengan secara terperinci. Manakala Siasah 1-12 April 2008 pula menyusur dengan tajuk: Amboi, sibuknya Dr Fazley.

Rencana berkenaan memperkatakan tentang sebuah universiti yang diberi nama universiti angin yang tidak berpijak dialam nyata dan sinonim dengan perkataan palsu.

Jika Dr, ada Dr palsu, sudah tentu unversiti juga ada universiti palsu yang wujud secara tidak rasmi atau tidak didaftarkan sebagai sebuah pusat pengajian tinggi sebagaimana kelaziman.

Baru baru ini saya mendapat call dari kawan lama salah seorang pensyarah Maktab perguruan menyatakan rasa tersangat bimbang dengan apa yang berlaku di Terengganu.

Bukan krisis politik yang belum selesai. tetapi mengenai ijazah PHD yang ada pada pangkal nama beberapa orang ahli politik Terengganu. Terutama sekali salah seorang bekas Ahli Perlimen.

Penulis sebut memang ada beberapa orang ahli politik Terengganu yang pada pangkal nama ada gelaran Dr. bukan Dr perubatan sepertimana yang dimilik oleh Dr Mokhtar Abdul Rahman pengerusi jawatankuasa kesihatan.

Beliau Dr Perubatan bukan Dr Flasafah (PHD)

Apabila merenung sejenak, muncul satu ingatan ketika penulis berkunjung kerumah Dr Ibrahim Ghaffar di Kelang tidak lama dahulu.

Ketika dirumahnya penulis menghubungi Datuk Dr. Mansur Abdullah, bekas Frofesor Universiti Teknologi Malaysia Sekudai Johor.

Oleh kerana Dr Mansur Abdullah sudah bersara, penulis bertanya kahbar ”kau buat apa sekarang?

Dr Mansur Abdullah menjawab: Aku mengajar orang buat PHD di Kolej Bistari Setiu.

Penulis terkejut dan timbul tanda tanya, masakan sebuah kolej Universiti dipertanggungjawab untuk melahirkan graduan PHD di Terengganu, lainlah jika Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dan Universiti Darul Iman (UDM).

Melahir sarajana muda perakauan pun belum tentu layak mengapa diberi kuasa untuk melahirkan graduan PHD.

Mengapa penulis kata begitu? mengapa tidak? ramai graduan yang dilahirkan oleh Kolej Bistari Setiu Terengganu tidak diterima bekerja atau dengan kata lain ramai yang keluar menjadi pengganggur dan bekerja dipasar raya pasar raya seperti di pasar raya MYDIN dan Graint.

Demikian juga apa yang berlaku pada graduan graduan Universiti Darul Iman Terengganu (UDM).Graduannya dilihat sebelah mata oleh banyak pihak, termasuk pihak kerajaan ketika hadir temuduga kerja.

Ini menujukkan betapa tidak laku atau tidak mendapat pengiktifan pihak kerajaan sendiri. Jadi macam mana sebuah kolej univerisiti yang melahirkan graduan sarjana dan PHD (DR) akan bersepah di Terengganu nanti.

Sehubungan dengan itu wartawan Sinar Harian timor mewawancara Dekan Fakuti Pertanian dan Bioteknologi Universiti darul Iman Malaysia (UDM) Profesor Dr. Mat Zakaria yang kebetulan kawan lama penulis.

Apabila diaju pertanyaan sejauhmana pula jaminan peluang pekerajaan terhadap penuntut jika mereka memilih sarjana muda produksi dan kesihatan haiwan, profesor Dr Mat Zakaria menjawab: mereka berpeluang mendapat pekerajaan dalam pelbagai keadaan yang luas berkaitan pertanian haiwan, perniagaan tani (pakar runding dan perkhidmatan nasihat) kesihatan haiwan dan kebajikan, pemasaran, industria ternakan serta banyak lagi.

Bercakap memang sedap belaka, tetapi apabila tiba pada praktisnya habuk pun tidak ada. Itulah realiti yang berlaku pada graduan UDM dan UMT yang membuat ibubapa menaruh kecurigaan untuk memasuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah.

Apa pun Dr palsu yang menjadi fokus tulisan ini tidak harus dipandang ringan oleh mana mana pihak, hatta pihak kerajaan yang bermenteribesarkan Datuk Ahmad Said, kerana ramai yang merasa bimbang dengan kelahiran Dr Palsu ini.

Akan tetapi bagi individu pula terutama sekali bagi ahli polilit UMNO gelaran itu tersangat penting, terutama sekali berhadepan dengan masalah pemilihan calon atau ketua satu bahagian.. lebih lebih gelaran Dr menjadi kebanggaan kebanyakan rakyat.

Maklum sahaja mereka berkelulusan tinggi dalam bidang pendidikan tanpa menyedari gelaran itu dibeli atau lahir dari sebuah kolej universiti yang memang jelas tidak layak.Lainlah jika ia dilahirkan oleh UDM dan UMT yang diakui layak menawarkan pengajian PHD.

Demikian juga dengan gelaran ”Datuk” yang mana boleh dibeli dengan harga yang murah iaitu hanya antara RM 30,000 untuk dapat gelaran datuk Melaka dan RM 100,000 untuk dapat Datuk Terengganu.

Kalau gelaran datuk boleh dibeli oleh ahli politik dengan mudah sebagai cagaran untuk naik pangkat menjadi Ketua UMNO bahagian dan mudah menjadi calon dalam musim pilihanraya umum dan kecil, maka gelaran Dr juga memang serupa walaupun tidak sama.

Penulis pernah diberitahu oleh Drs Yunus Malatua ketika membuat PHD di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1978/79 sewaktu Datuk Seri Idris Jusoh jadi presiden pelajar adalah susah untuk lulus PHD di Malaysia ini.

Drs Yunus Malatua pensyarah Universiti Jarkatar Indonesia berkata pada penulis: kalau dia tahu Malaysia susah dapat PHD ada lebih baik dia belajar di universiti Jepun dalam bidang antropolgi.

Drs Amir Sotoso yang juga membuat PHD di Unversiti Sains Malaysia waktu yang sama pernah berkata pada penulis, Malaysia memang susah untuk dapatkan PHD.Atas sebab itu ramai orang Malaysia menyiapkan PHD diluar negara.

Kalau sebuah universiti yang bertaraf antara bangsa sukar memberi PHD kepada penuntutnya mana mungkin sebuah Kolej Universiti Bistari begitu mudah untuk mendapatkan PHD.

Kolej universiti Bestari yang beroperasi diSetiu itu adalah milik ahli Umno yang juga memiliki gelaran Dr selepas ditendang dari jawatan EXCO Terengganu suatu masa dahulu.

Golongan ini memang tidak merasa bersalah dan tergamak berbuat sesuatu termasuk melahirkan graduan Dr untuk memudahkan pasaran menjadi pemimpin seperti mana salah seorang bekas parlimen yang penulis sebut diatas.

Ini mesti ada yang tidak kena dengan apa yang berlaku.

Kalau di luar negara ada universiti angin yang banyak mengeluarkan graduan yang bergelar Dr (PHD) tidak mustahil di Terengganu juga ada universiti angin yang semata mata mahukan keuntungan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang tanpa memikirkan risikonya terhadap flasafah pendidikan kebangsaan negara .

sekian........................

Saturday, November 7, 2009

Wang Ehsan bukti kejahatan UMNO/BN

Berkata PEMBERIAN wang ehsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan oleh Kerajaan Pusat tidak betul

Sesiapa yang berkata demikian mereka merupakan manusia yang tidak faham apakah itu kerajaan Kelantan.

Kerajaan Kelantan adalah kerajaan PAS yang ada akauan bank wang yang disatukan yang bermakna segala wang dimasukkan ke dalam akauan kerajaan.

Kalau pemberian wang ehsan itu kepada kerajaan Kelantan wang itu dimasukkan ked dalam akauan kerajaan negeri.

Jika berlaku begitu barulah boleh dikatakan wang ehsan diberi kepada kerajaan Kelantan.

kepada sesiapa yang berkata wang ehsan diberi kepada Kelantan suatu kejatahan yang barangkali tidak boleh dimaafkan.

Boleh kita kata, minda mereka minda yang jahat dan mata mereka adalah buta, termasuk buta dengan istilah kerajaan Kelantan.

Mereka juga adalah tersangat jahil dengan pentadbiran negara, mereka adalah penyokong UMNO membabi buta kerana tergamak berkata demikian sedang praktisnya tidak begitu.

Sejarah telah membukti bahawa wang ehsan yang diberi kepada Terengganu dahulu diberi kepada UMNO untuk mengelolanya.

UMNOlah yang agih agihkan wang itu kepada rakyat. Itulah punca wang ehsan hilang sebanyak RM30 juta ketika diberi amanah kepada Datuk Idris Jusoh.

Apabila Idis Juosh dipecat dan melantik Datuk Ismail Said . Setelah diberi amanah kepada Ismail Said sejumlah RM 6 juta wang ehsan lesap punca dia dipecat dan diberi amanah kepada JPP.

Yang menghairankan kita Datuk Seri Najib sendiri berkata kerajaan kelantan tidak berhak menerima wang Ehsan. Tetapi ada pihak yang berkata pemberian wang ehsan kepada kerajaan kelantan.

Yang jelas kerajaan Persekutuan akan beri wang ehsan kepada UMNO Kelantan melalui JPP sebagai pelindungan kejahatan untuk merampas kerajaan Kelantan dalam musim piliharaya umum ke 13 nanti sepertimana yang pernah berlaku di Terengganu pada tahun 2000.

Tuesday, November 3, 2009

Ahmad Said Marah ADUN ganggu pelantikan JKKK

Penulis pernah sebut dalam tulisan lalu ADUN tidak ikhlas sebab itu krisis UMNO Terengganu tidak selesai.

Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Seri Hishamuddin Husein kata krisis yang berlaku sudah selesai atas sebab Datuk Seri Idris Jusoh hadir mesyuarat dan berpeluk dengan Datuk Ahmad Said.

Dalam masa yang sama Idris Jusoh berkata, krisis boleh selesai jika ada keikhlasan yang dapat penulis simpulkan bahawa antara dua kumpulan itu masing masing tiada keikhlasan.

Perkataan: jika ada keikhlasan menunjukkan masing masing tidak ikhlas dalam menyelesaikan krisis yang berlaku sejak Ahmad Said dilantik sebagai menteri besar baru selepas pilihanraya umum ke 12 lalu.

Jadi, kemarahan Ahmad Said pada ADUN kerana ganggu perlantikan JKKK baru baru ini jelas dan nyata masing masing tidak ikhlas.

Betul perlantikan JKKK hak menteri besar, malah menteri besarlah yang berkuasa dan meluluskan baru JKKK disahkan sebagai JKKK oleh pejabat daerah di tujuh daerah di negeri itu.

Tetapi Ahmad Said kena ingat di peringkat DUN, ADUN ada hak menentukan siapakah orangnya untuk dilantik sebagai JKKK.

Mengatakan ADUN ganggu perlantikkan JKKK adalah tidak wajar kerana melanggar prosedur yang ditentukan diperingkat DUN dan parliman. Masing masing ada hak. Malah ADUN punya hak berbuat demikian.

Namun begitu, marah Ahmad Said pada ADUN dan mengatakan ia menganggu proses perlantikan menimbul tanda tanya banyak pihak, terutama sekali ADUN yang terbabit.

Mereka menganggap Ahmad Said tidak ikhlas dan sukar menerima realiti sepertimana yang berlaku sekarang.

Tidak dinafikan Ahmad Said boleh setuju dan tidak nama JKKK yang dicadangkan atas alasan yang kukuh, tetapi adalah tidak wajar jika nama yang dicadangkan oleh ADUN ditolak bulat bulat.

Lebih lebih lagi, ADUN lebih arif dengan nama nama yang dicadangkan untuk dilantik sebagai JKKK di DUN masing masing.

Tindakan Ahmad Said seperti marah marah dengan ADUN memgambarkan bahawa krisis UMNO Terengganu tidak akan selesai sampai bila bila.

Mengapa tidak? Sudah tentu ADUN akan marah apabila diperlakukan sedemikian rupa. Lainlah jika nama yang diacadangkan itu terdiri daripada penyokong PAS yang barangkali mustahil begitu.

Semasa PAS memerintah Terengganu ramai orang UMNO dilantik sebagai JSR (Jawatankuasa syura Rakyat) sebagai langkah yang telus tanpa mengira latar belakang sokongan mama mana parti.

Untuk makluman semua, JSR zaman kerajaan Terengganu diperintah PAS, JSR itulah yang agih wang ehsan. Inilah ketelusan yang tidak pernah berlaku dalam mana mama kerajaan di negara ini.

Mustahil zaman Ahmad Said menerajui Terengganu selama dua tahun ini berbuat demikian. Sesama sendiri pun ada yang dinafikan haknya, termasuk menafikan hak ADUN, pada hal adun berhak mengemukakan sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Yang peliknya mengapa Ahmad said tidak boleh menerima nama nama yang dicadangkan oleh ADUN. Adakah nama nama yang dicadangkan itu merupakan JKKK yang sudah disahkan sebagai menyeleweng.

Atau tugas dan tanggungjawab yang diamanah selama ini tidak menepati spek yang ditentu oleh kerajaan, termasuk engkar atau mensabotaj kerajaan pimpinan Ahmad Said?

Kalau sekiranya begitu, penulis sokong seratus peratus dengan tindakan Ahmad Said tidak menurunkan tanda tangan pada nama nama yang dicadangkan, kerana tindakan itu merupakan langkah yang sangat baik agar JKKK yang dilantik benar benar berfungsi sepertimana yang diharap harapkan.

Penulis angkat tangan dan mengucapkan tahniah kerana tindakan seumpama itu merupakan tindakan bijaksana dan tepat pada masa supaya JKKK yang baru bukan lagi JKKK yang tidak boleh diharapkan.

Penulis pernah dengar dengan cadangan agar JKKK yang mensabotaj dan menyeleweng dipecat dan Ahmad Said pernah ditemplak dengan kata kata beranikah bertindak demikian?

Tidak mustahil ADUN mana mana DUN diseluruh pelusuk negeri menghantar nama nama JKKK dahulu untuk dipertimbang semula yang sudah dikenalpasti pernah melakukan sabotaj dan menyeleweng.

Kalau begitu adalah tersangat wajar Ahmad Said marah marah pada ADUN dan berkata jangan ganggu perlantikan JKKK.

Memang patuh Ahmad Said marah, kerana mereka enggan memberi kerjasama dalam perlantikan JKKK.

Dan adalah tidak wajar nama nama JKKK yang sudah disah tidak mencapai piawai perlantikan JKKK dicadangkan semula oleh mana mana ADUN meskipun mereka itu kroni masing masing.

Apakah ianya benar benar begitu. Tidak musthail. Bagi ADUN berkenaan nama nama yang dicadangkan itu merupakan orang terbaik dan sesuai dengan mereka.Lebih lebih lagi mereka itu adalah kroni yang mahu tidak mahu pasti diangkat semua sebagai JKKK..

Kroni memang menjadi amalan UMNO sejak dahulu lagi, kini dan selama lamanya, Kroni mesti dahulukan. Kalau tidak habislah.

Tetapi bagi Ahmad said nama nama adalah nama yang kotor dan pernah ada rekod tidak bersih terhadap kerajaan yang di terajuinya.

Ahmad Said pernah berkata, kita akan ambil tindakan pada mereka yang tidak amanah.Jika benar begitu, tahniah sekali lagi diucapkan sesuai dengan UMNO mahukan perubahan.

Kalau tidak mengapa ada nama nama yang dicadangkan ADUN ditolak bulat bulat sebaliknya menjadi kemarahan yang boleh menimbulkan kemelut UMNO tidak berkesudahan miskipun dikatakan sudah selesai, kerana Ahmad dan Idris sudah berpeluk pelukan selepas selesai mesyuarat tidak lama dahulu.

sekian.....................

Sunday, November 1, 2009

Kerajaan kelantan kearah kerajaan perpaduan?

TOK Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan marah pada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, presiden dan beberapa kerap lagi atas sebab kerajaan perpaduan.

Bagaimana pula dengan cadangan Datuk Husam Musa supaya ADUN UMNO di negeri kelantan dilantik sebagai timbalan EXCO?

Ini menunjukkan gambar yang sangat jelas da nyata kerajaan Kelantan kearah pembentukan kerajaan perpaduan.Jika Nik Aziz setuju dengan cadangan itu.

Suatu masa dahulu Husam sangat marah ada pihak yang mahu berbaik baik dengan UMNO. tetapi sekarang ini beliau sendiri nampaknya bersungguh sungguh untuk membentuk kerjasama dengan UMNO.

Sama ada beliau sengaja usik kesabaran Menteri Besar, kita tidak tahu. Tapi nampak jelas yang beliau bermain supaya TOK guru memarak lagi kemarahan pada beberapa kerap yang disebut sebut.

Saya percaya Husam masih sayang pada UMNO berbanding PAS. Maklum sahaja beliau dibesarkan atas nama UMNO. Sebab itu beliau cuba berlakon dengan watak watak baik yang boleh membuat MB kelantan percaya dan yakin.