Monday, January 26, 2015

Hudud bukan hak manusia



Mengikut peruntukan hukum syarak yang disebut di dalam Al Quran dan hadis dan yang dikuatkuasakan dalam undang undang syariyah atau undang undang qanun jenayah syariyah bahawa penjenayah penjenayah yang didakwa dibawah kes jenayah syariyah apabila sabit kesalahannya didalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta’zir.

Hukuman hudud adalah hukuman yng telah ditentukan dan ditetapkan Allah dalam Al Quran dan hadis. Hukuman hudud adalah hak Allah yang tidak boleh di tukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubahsuai dan di panda. Oleh itu, hudud bukan hak manusia maka tidak wajar untuk menghalang pelaksanaan yang hendak dan akan dilaksanakan kerajaan Kelantan itu.

Lebih lebih lagi, hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun, hatta Ahli jawatankuasa PAS Pusat yang dikatakan tiada seberang perbincangan dilakukan oleh kerajaan Kelantan dengan PAS Pusat pasal pelaksanaan hudud yang akan dilaksanakan di negeri yang diperintah PAS Selama 24 tahun itu.

Mengapa?  kerana mereka yang melanggar aturan aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebutkan didalam Al Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang orang yang zalim sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang langgar aturan aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang orang yang zalim” (surah Baqarah ayat 229)

Firman Allah yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang orang yang kafir (surah Al- Maidah ayat 44)

Friman Allah yang bermaksud: “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang orang zalim” (surah Al- maidah ayat 45)

Firman Allah yang bermaksud: “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan leh Allah, maka mereka itulah orang orang yang fasik” (surah Al- Maidah ayat 47).

Sesungguhnya hukum hudud menjadi wajib dilaksanakan tanpa memerlukan sokongan mana mana pihak sepertimana yang di minta oleh sebahagian para pemimpin PAS pusat yang mengharapkan agar ianya mendapat sokongan dari Parti keadilan rakyat dan DAP.

Yang paling tidak patut, ialah menganjurkan DAP jangan menghalang dan hendaklah bertolak ansur serta diminta jangan menentang dan hendaklah menghormati PAS yang akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.Yang peliknya DAP mati matian mahu kalimah Allah, hudud ditolaknya. Pasti sememangnya ada agenda besar sebalik penggunaan nama Allah dalam Bable Bahasa Melayu.

Kita sedia maklum bahawa kesalahan kesalahan yang wajib dikenakan hukum hudud ialah berzina iaitu melakukan hubungan jenis suka sama suka tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak. Lebih lebih lagi berzina tidak ada dalam undang undang sivil yang nyata dan jelas tiada sebarang pencanggahan yang boleh membuat hukuman yang diputuskan mahkamah syariyah Kelantan terbatal dan tidak sah.

Kesalahan menuduh orang berzina  (qazaf) iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi juga boleh dilaksanakan kerana ia tiada kaitan langsung dengan undang undang sivil

Kesalahan minum arak atau meminum minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, walaupun ia ada dalam undang undang sivil tetapi dakwaan boleh dilakukan apabila mereka yang minum arak itu mabuk dan mengganggu khalayak ramai, sedangkan hukum hudud bertujuan untuk menjaga akal manusia dan wajib dilaksanakan atas sebab perintah Allah.

Kita percaya untuk mensabitkan mereka yang melakukan zina sangat sangat payah, kerana ia memerlukan empat orang saksi yang adil ia itu saksi saksi itu mestilah orang orang yang tidak terus menerus melakukan dosa kecil.Saksi itu kena lihat zina yang dilakukan mereka macam keris masuk dalam sarungnya baru boleh diterima kesalahan dan disabitkan.

Mengandung tidak boleh dijadikan bukti yang mereka itu melakukan zina, pada hal mengandung itu sah dan nyata jika mereka tiada suami macam mana boleh hamil. Sebaliknya pengakuan ikrar diri sendiri dari mereka yang berzina adalah syarat mereka boleh dijatuhkan hukuman hudud,Akan tetapi Rasulullah SAW enggan menerima pengakuan ikrar diri sendiri kali pertama yang dibuat mereka yang terbabit.

Ini menujukkan betapa halusinya untuk melaksanakan hukum hudud terhadap kesalahan zina yang mendapat halangan besar di Malaysia yang mengaku Negara ini adalah Negara Islam, termasuk sebahgian para pemimpin PAS pusat yang pernah didedahkan Lim Kit Siang yang mengatakan ada orang islam sendiri yang belum sedia dan tidak mahu kepada hukum hudud dilaksanakan..

Apakah pelaksanaan hudud (hak Allah ) ini memerlukan sokongan mana mana pihak. atau memerlukan sokongan  manusia lain selain daripada kerajaan yang diberi kuasa memerintah negari dan negara.Persoalan tiada perbincangan dengan PAS pusat tidak jadi syarat langsung untuk melaksanakan hudud di Negeri Kelantan.

Adakah ahli jawatankuasa pas pusat lebih besar daripada Allah atau kuasa Allah lebih rendah berbanding dengan kuasa Ahli jawatankuasa PAS Pusat.Allah yang perintah kita melaksanakan hudud.  Hudud bukan hak manusia, hudud adalah hak Allah. Adakah patut kita kena dengar atau dapat sokongan ahli jawatankuasa pas pusat.

Siapakah sebenarnya ahli jawatakuasa pas pusat. Mereka manusia biasa yang tidak bebas daripada melakukan dosa, termasuk ramai yang masih melakukan dosa besar. Amat malang sekali jika ada yang tak mahu hudud dilaksanakan.Hudud itu adalah hak Allah dan perintah Allah.

Hudud boleh ditangguhkan sepertimana dizaman Saidina Omar, atas sebab suasana msyarakat berada dalam kebuluran.Yang peliknya macam mana ada orang PAS sendiri yang tidak setuju dan sokong hudud dilaksanakan Kelantan, sedangkan hudud adalah 
 Dasar PAS yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Apatah lagi DAP yang tiada kaitan langsung dengan hukum hudud. Pakatan rakyat sudah nyatakan bahawa hukum huduh itu bukan dasar pakatan rakyat (Jawab Azmin Ali menteri besar Selangor). .Perlukah sokongan PR baru boleh laksanakan hudud.Perlukah sokongan atau restu ahli jawatankuasa PAS pusat baru boleh laksanakan hukum hudud di Kelantan. 

Apakah hak PR terhadap perintah Allah. Apakah hak DAP terhadap perintah Allah.Apakah hak manusia lain terhadap hukum hudud yang telah ditentukan dan tetapkan Allah berbanding kerajaan Kelantan diberi kuasa memerintah selama 24 tahun itu.


Saturday, January 17, 2015

Semak semula hadis wanita lebih ramai dalam neraka



Sebut sahaja pasal hendak semak semula hadis mengenai wanita lebih ramai dalam nereka teringat saya nama ustaz Farid Ravi Abdullah yang sedang buat PHD di Jordan.

Beliaulah yang bercakap untuk semak semula hadis itu dalam Foram perdana TV 1 tidak lama dahulu.

Siapakah kita hendak semak semula hadis sahih mgenai wanita lebih ramai didalam neraka.sedangkan pengumul hadis seperti Bukhari dan muslim adalah mujtahid.Bukan macam kita hari ini, miskipun ada PHD sekalipun.

Siapalah kita sehingga mahu semak semula hadis tersebut. Apakah mereka itu tidak percaya bahawa wanita lebih ramai masuk neraka berbanding lelaki.

Sudah barang tentu mereka yang mahu semak semula hadis tersebut tak percaya dengan kata kata Nabi Mohamad SAW.

Atau Nabi Mohamad tidak berkata demikian. Cuma ada yang pandai pandai buat cerita atau ada pihak yang cuba buat hadis palsu agar umat islam jadi keliru.

Hari ini nampak gayanya umat Islam sudah keliru dengan pendapat kalangan ulamak yang ada gelaran PHD.

Sudah mula ada yang baru buat PHD muncul untuk nak semak semula hadis hadis yang pada mereka boleh mengelirukan umat Islam.

Apakah benar umat islam hari ini keliru atau mereka yang ada pHD dan baru buat PHD jadi keliru dan mula tak percaya dengan hadis sahih.tidak dinafikan ada banyak hadis daif dan palsu.

Apakah hadis berkenaan tidak munasabah dan tak lojik, kerana wanita lebih banyak amalnya berbanding dengan lekaki tanpa ambil kira betapa ramai wanita durhaka kepada suami sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Lebih lebih lagi wanita lebih ramai jadi baik berbanding dengan lelaki. Malah wanita adalah ibu dan syurga dibawah tapak kakinya.

Pada hemat penulis, hadis itu adalah hadis sahih dan tak perlu kita semak semula, kerana penduduk dunia wanita lebih ramai berbanding lelaki.

Apakah tak lojik wanita lebih ramai didalam neraka, sedangkan penduduk dunia nisbahnya 1 lelaki 27 perempuan. Dan akhir zaman nanti nisbah penduduk dunia disebut oleh Nabi Mohammad SAW nisbahnya 1 lelaki 50 perempuan.

Jikalau demikian pasti wanita lebih ramai didalam neraka. Berbeza didalam penjara sekarang ini lelaki lebih ramai berbanding wanita.bermakna lelaki lebih ramai jadi jahat berbanding dengan wanita.

Ukuran jahat didunia yang dinilai oleh pemerintah (manusia) berbeza dengan ukuran jahat pada penilaian Allah.

Orang tak solat tak dikenakan penjara didunia ini, akan tetapi mereka yang tak solat akan dihumbang kedalam neraka diakhirat nanti.




Saturday, January 10, 2015

Najib ada hubungan peribadi dengan Anwar?



Ada satu cerita. Mungkin ada yang tahu. Tetapi ada juga yang tak percaya dengan cerita ini yang semacam tak masuk akal.Sukacita di maklumkan bahawa cerita yang saya dengar ini boleh dikongsikan bersama.

Apakah cerita itu. Menarik atau tidak. Ianya pasti menarik perhatian semua pihak. ceritanya, mengapa Tun Mahathir Mohamad marah marah dengan Datuk Seri Najib Razak sedang dialah yang bertungkus lumus untuk naikkan sebagai perdana menteri.

Sekarang bukan sahaja telah melakukan geraklaku serangan peribadi mengatakan Najib bukan seorang yang layak  jadi perdana menteri dan diminta meletakkan jawatan secara sukarela macam Tunku Abdul Rhman Al Haj dulu.

melihat geraklaku Tun Mahathir sejak akhir akhir ini dapat kita gambaran pasti ada benda yang tak kena, macam dia marah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini sehingga sanggup keluar umno.Marah sungguh sungguh.

Mengapa? kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi membebaskan Anwar yang dibunuhnya. Hal ini semacam ada persamaan dengan kes sebelum ini. Marah Tun Mahathir Mohammed terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi tak berbeza dengan marahnya terhadap Najib.

Tun Mahahtir Muhammad marah Tun Abdullah atas membebaskan Anwar. Marah Tun M kepada Najib atas sebab Najib ada hubungan peribadi dengan Anwar. Semavam  betul. Betul  ke.

Mungkin ada yang berkata tak munasabah. Macam mana musuh politiknya boleh ada hubungn baik secara peribadi. Betul jugak tu.

Tun Mahathir Mohammed marah marah dengan Tun Abdullah dulu atas sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi bebaskan Anwar Ibrahim yang telah dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat satu.

Bayangkan orang yang telah Tun Mahathir Mohammed bunuh dalam dunia politik telah dihidup semula oleh Tun Abdullah Ahmad badawi yang tidak mustahil boleh memnggugat kedudukannya apabila Anbwar mendapat ruang semula dalam arena politik Negara.

Bayangkan, siapa yang tak marah jika orang yang telah dia bunuh dihidupkan semula.Ini yang membimbangkan Tun Mahathir Mohammad membuat dia sangat tidak senang hati dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini hanya sekadar cerita sensasi sahaja dan mungkin kebanyakan antara kita sudah sedia maklum  bahawa  ada kebenaran ia suatu cerita sepertimana yang penulis  dengar ini.

Penulis mahu supaya kebanyakan kita jadilah lidah yang sememangnya tidak pernah berbohong dan menipu apabila memakan gula, rasanya manis dan mata melihat gula berkata gula itu putih.jangan sekali kali menjadi hati orang politik yang sentiasa berbohong dan menipu.

Dalam politik tidak dapat dinafikan bahawa musuh kadang kadang jadi kawan dan kawankarib  kadang kadang  jadi musuh. Rupa rupanya demikian politik sejak dahulu hingga kini.

Penulis setakat hari tidak pernah lupa bahawa pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai menteri Belia merupakan punca sebenar Tun Mahamthir Mohamed marah marah pada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mungkin ada yang berkata, tiada sebab Tun Mahathir Mohammed marah marah dengan Najib, kerana dia sangat bersetuju dan yakinbahawa inilah perdana menteri yang  boleh buat yang terbaik dalam menerajui  Malaysia berbanding dengan tokoh tokoh lain.

Peliknya, setelah menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi orang yang sangat marah dilantik Najib sebagai menteri Belia Tun Mahathir Mohammed kelihatan mula tidak senanghati  dan berkata berba serbi tidak bagus dengan tranformasi tranformasi yang dilaksanakan.

Bukan setakat itu sahaja malah telah menyerang Najib bertubi tubi dan mengatakan perdana menteri (Najib) bukanlah seorang  yang layak mentadbir negara satu Malaysia.

Cerita terkini, mungkin ini merupakan data data persepsi yang mengatakan gerakan pemuda umno disamping berada dibelakang Datuk Seri Najib Razak juga berada dibelakang Anwar Ibrahim yang barangkali akan menjadi reality.

Bayangkan 500 ratus ribu keahlian parti keadilan rakyat adalah kebanyakannya masih ahli umno dan diceritakan mereka itu mempunyai dua keahlian parti, malah ada yang mempunyai tiga keahlian parti. Merekalah ahli umno, merekalah ahli parti keadilan. Merekalah ahli PAS.


Saturday, January 3, 2015

Besarkah RM 500 juta?



Oleh kerana manusia itu beragam, maka ada yang mengatakan besar bantuan banjir yang lulus dan diputuskan oleh perdana menteri itu.

Lima puluh juta ringgit bantuam  banjir yang di putuskan timbalan menteri kewangan sebelum ini dikatakan kecil dan tidak bermakna.

Mengapa tidak? Kerana jumlah rakyat di enam buah negeri yang dipindahkan dipusat pemindahan banjir seramai dua ratus ribu orang lebih.

Bayangkan jika diberi bantuan sebanyak RM 500 satu kepala, ini belum dicampur kos baikpulih bangunan bangunan dan jalan jalan yang rosak yang lebih besar kosnya.

Maka lima puluh juta ringgit itu terlalu kecil. Apakah RM 500 juta itu besar? Sudah pasti besar. Tetapi ada yang mengatakan jumlah itu pun kecil.

Ia jadi kecil apabila kita bandingkan wang yang dibelanjakan untuk perdana menteri dan timbalan perdana selama 11 bulan tahun 2014.

Ada rakyat jelata yang tahu dan ramai yang tidak tahu angka sebenar kos  untuk dua pemimpin utama kerajaan BN.

Penulis berani mengatakan 70 peratus rakyat jelata satu Malaysia ini tidak tahu belanja besar yang dihabiskan untuk dua orang pemimpin utama Negara. walaupun ia didedah secara meluas oleh media ssosial.

Kos tersebut tidak termasuk elaun 24 yang dituntut. Ia hanya kos penggunaan kapal terbang untuk kemana sahaja mereka pergi.

Sebab itu angka RM 500 juta yang diperuntukan atas nama bantuan banjir 2014 kecil berbanding kos RM 806 juta untuk dua orang pemimpin utama ini.

Ini bukan kahbar angin, ia adalah jawapan soalan berkenaan kos yang dikeluarkan oleh kerajaan terhadap dua orang pemimpin utama kerajaan BN yang motonya rakyat didahulukan.

Dan ia dikeluarkan oleh parlimen yang tidak boleh dinafikan.

Yang peliknya kenyataan sebelum ini kos sebenar mereka berdua RM 1 juta satu penerbangan. Mengapa boleh menelan belanja sebanyak  RM806 juta 11 bulan .

Seratus kali penerbangan jawapannya baru RM 100 juta. Bukan RM806 juta. Bayangkan RM 806 juta. Aneh kan.

Penulis pada  mulanya tak percaya dengan laporan itu, masakan kahbar angin, sedangkan  ia dikeluarkan oleh parlimen satu Malaysia.

Sebab itu ada yang mengatakan bantuan banjir yang di putusakan perdana menteri itu kecil berbanding dengan kos yang telah dihabiskan untuk dua orang pemimpin utama Negara.

Dimana logiknya rakyat di dahulukan.