Saturday, January 17, 2015

Semak semula hadis wanita lebih ramai dalam neraka



Sebut sahaja pasal hendak semak semula hadis mengenai wanita lebih ramai dalam nereka teringat saya nama ustaz Farid Ravi Abdullah yang sedang buat PHD di Jordan.

Beliaulah yang bercakap untuk semak semula hadis itu dalam Foram perdana TV 1 tidak lama dahulu.

Siapakah kita hendak semak semula hadis sahih mgenai wanita lebih ramai didalam neraka.sedangkan pengumul hadis seperti Bukhari dan muslim adalah mujtahid.Bukan macam kita hari ini, miskipun ada PHD sekalipun.

Siapalah kita sehingga mahu semak semula hadis tersebut. Apakah mereka itu tidak percaya bahawa wanita lebih ramai masuk neraka berbanding lelaki.

Sudah barang tentu mereka yang mahu semak semula hadis tersebut tak percaya dengan kata kata Nabi Mohamad SAW.

Atau Nabi Mohamad tidak berkata demikian. Cuma ada yang pandai pandai buat cerita atau ada pihak yang cuba buat hadis palsu agar umat islam jadi keliru.

Hari ini nampak gayanya umat Islam sudah keliru dengan pendapat kalangan ulamak yang ada gelaran PHD.

Sudah mula ada yang baru buat PHD muncul untuk nak semak semula hadis hadis yang pada mereka boleh mengelirukan umat Islam.

Apakah benar umat islam hari ini keliru atau mereka yang ada pHD dan baru buat PHD jadi keliru dan mula tak percaya dengan hadis sahih.tidak dinafikan ada banyak hadis daif dan palsu.

Apakah hadis berkenaan tidak munasabah dan tak lojik, kerana wanita lebih banyak amalnya berbanding dengan lekaki tanpa ambil kira betapa ramai wanita durhaka kepada suami sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Lebih lebih lagi wanita lebih ramai jadi baik berbanding dengan lelaki. Malah wanita adalah ibu dan syurga dibawah tapak kakinya.

Pada hemat penulis, hadis itu adalah hadis sahih dan tak perlu kita semak semula, kerana penduduk dunia wanita lebih ramai berbanding lelaki.

Apakah tak lojik wanita lebih ramai didalam neraka, sedangkan penduduk dunia nisbahnya 1 lelaki 27 perempuan. Dan akhir zaman nanti nisbah penduduk dunia disebut oleh Nabi Mohammad SAW nisbahnya 1 lelaki 50 perempuan.

Jikalau demikian pasti wanita lebih ramai didalam neraka. Berbeza didalam penjara sekarang ini lelaki lebih ramai berbanding wanita.bermakna lelaki lebih ramai jadi jahat berbanding dengan wanita.

Ukuran jahat didunia yang dinilai oleh pemerintah (manusia) berbeza dengan ukuran jahat pada penilaian Allah.

Orang tak solat tak dikenakan penjara didunia ini, akan tetapi mereka yang tak solat akan dihumbang kedalam neraka diakhirat nanti.




3 comments:

Anonymous said...

telah digoda oleh "Sisters In Islam" kot .....?????????????????????

Unknown said...

Bagiku mereka yang bekelulusan degreee ke, masters ke, phd ke dsb....itu adalah kelulusan landasan sistem yahudi. Nak dapat tittle phd dia hanya ambil sebahagian aje lepas tu digoreng, direbus, dipanggang, dikukus dan sebagainya.....BARULAH DAPAT GELARAN.Sistem Allah, Allah sendiri yg ajar umat akhir zaman melalui ilmu Laduni nya. Contohnya mula mula dapat kurina Allah jadi hafiz,meningkat lagi jadi guru hafiz, perghi lagi dikurnia sebagai muhaddis (penghafal hadis ), dikurniakan lagi, jadilah syeikul hadis (gur hadis ) dan bila mana dikurniakan ngan kearifan kesemua empat mazhab (maliliki, hambali, hanafi dan syafie ) maka dia dipanggil maulana. Darjat maulana jangan dipersendakan ya habibi ya maulana sakit gigi tak boleh lena.

Anonymous said...

Akal tinted jugak