Sunday, March 27, 2011

kejahatan yang berlaku sinambungan zaman jahiliah

Keburukan yang berlaku sepertimana yang dibangkit itu adalah hasil dari politik kotor yang diamalkan oleh para pemimpin yang memerintah negara dulu dan kini.

Ini bolehlah kita katakan ia adalah kesinambungan zaman jahiliah dulu yang jelas serasi dipadamkan.

Zaman jahiliah dulu minum arak, zina dan bunuh anak adalah perkara lumrah sehingga ada seorang yang mahu masuk Islam memohon pada Rasulullah SAW dihalalkan zina pada diri sendiri.

Oleh itu, tak hairanlah dengan apa apa kejahatan yang berlaku sekarang pada negara kita.

Pada hawa nafsu mereka minum arak, zina dan bunuh anak itu baik sehingga membuat mereka sanggup bertindak "berani kerana benar" sudah bertukar menjadi "berani kerana salah".

Dan "takut kerana salah" sudah bertukar menjadi "takut kerana benar".Memang kebanyakan manusia hari berani melakukan kesalahan dan taku melakukan kebaikan atas sifat kebenaran.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang yang menegakkan kebenaran pernah meringkup dalam penjara. manakala yang salah bebas dengan sebebas bebasnya.

Sebab itu yang salah itu dianggap benar dan benar itu dianggap salah, termasuk membuka pintu fitnah dengan seluas luasnya sehingga yang yang berpegang fitnah itu benar.

Tak mustahil suatu masa nanti fitnah itu benar dan benar itu fitnah hasil dari gerakkerja politik kotor bikinan para pemimpin yang pentingkan diri sendiri.

Yang peliknya gerak kerja jahat ini mendapat sokongan kuat daripada pihak yang ada integriti.

mereka ini seolah olah turut bersubahat sama dalam kes fitnah menfitnah yang seolah olah sudah dijadikan amalan, macam juga zaman Nabi SAW dulu fitnah dihala kepada Bani SAW dengan begitu hebat.

pendek kata hari ini integriti yang ada pada mereka sudah dicabut oleh Allah. Sebab itu ada mufti yang beri sokongan tak berbelah bahagi pada tindakan para pemimpin yang melaku fitnah terhadap musuhnya.

Atas Sebab itu juga kejahatan yang dilakukan oleh para pemimpin negara mendapat sokongan padu dari pihak yang ada integriti di negara ini.

Monday, March 21, 2011

PAS jangan pandang rendah dan ringan pada gelombang merah

Ramai yang setuju bahawa kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau tempoh hari adalah kemenangan mutlak UMNO/BN, iaitu tidak menipu.

jika benar kemenangan bn di DUn Merlimau dan Kerdau sebagai kemenangan mutlak, maka tak mustahil Kelantan akan ditawar semula BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebagai buktinya, pada pilihanraya umum k e 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang kerana politik wang yang diamalkan oleh UMNO/BN.

Pada pilihanraya umum ke 13 ini yang dijangka akan diadakan pada tahun 2012 nanti politik wang yang dijadikan amalan Umno/BN lebih menggila lagi berbanding sebelum.

PAS mungkin tak dapat buat apa apa miskipun para pemimpinnya bebas dari politik wang, atau selamat daripada indeks jenayah rasuah yang rata rata jadi amalan para pemimpin untuk kumpul seberapa banyak harta dan simpan diluar negara.

Akan tetapi rakyat Kelantan tidak akan terlepas dari mengambil dan menerima wang ishan sebagai sogokan lazim untuk mengundi umno/BN dalam mana mana pilihanraya yang diadakan selama ini.

Wang Ishan yang mula diperkenalkan di kelantan dan seluruh negara dengan tujuan untuk menyelamatkan umno/BN dan mula dilaburkan pada tahun 2004 setelah royati minyak 5 peratus kepada Terengganu ditarik balik.

Lebih lebih lagi wang royalti minyak milik kelantan telah dilaburkan sebanyak RM20 juta tahun lepas dengan tujuan untuk merampas semula negeriu itu dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti mencapai kejayaan.

Oleh itu, tindakan kerajaan Kelantan kini terhadap rakyat lebih kurang serupa dengan tindakan kerajaan BN ketika memerintah selama 12 tahun, termasuk merampas hak rakyat iaitu tanah dan memroboh bangunan yang dibina atas tanah kerajaan yang wajar ada budi bicara.

Semasa merintah kelantan dulu BN pernah bertindak zalim terhadap rakyat yang dikatakan sebagai punca PAS menang melalui pakatan angkatan perpduan ummah bersama 46 yang diketuai KU LI.

Oleh itu PAS jangan memandang rendah dan ringan terhadap gelombang merah yang memainkan peranan penting untuk merampas semula Kelantan yang barangkali fungsinya seakan serupa dengan fungsi gelombang biru peyebab kerajaan PAS Terengganu kalah begitu teruk dan buruk akibatnya.

Saturday, March 12, 2011

Allah tak akan beri petunjuk kepada orang fasik

Allah Allah surah al munafikun ayat 1 yang bermaksud:"Bilamana orang orang munafik datang kepadamu, mereka berkata kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar benar Rasul Allah dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar benar RasulNya, dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang orang munafik benar benar pendusta"

Dalam suatu riwayat dikemukan bahawa Zaid bin Arqam mendengar Abdullah bin Ubay berkata kepada teman temannya, Kalian jangan memberi nafkah kepada orang orang yang dekat dengan Rasulullah SAW, sebelum mereka meninggalkan agamanya.Apabila kelak kita pulang ke Madinah, pasti orang yang mulia akan mengusir orang yang hina dari kota itu.

Kejadian ini diterangkan kepada pamannya dan pamannya menyatakannya kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memanggil Zaid bin Arqam yang menerangkan kejadian itu kepadanya.Kemaudian Rasulullah SAW memanggil Abdullah bin Ubay beserta kawan kawannya.

Akan tetapi mereka bersumpah dimuka Rasulullah bahawa mereka tidak berkata demikian.Atas sebab itu Rasulullah SAW tidak mempercayai Zaid bin Arqam, bahkan beliau lebih percaya kepada Abdullah bin Ubay. Zaid merasa sedih, kerana belum pernah mendapat musibat seperti itu.

Zaid menetap dirumahnya tak mahu keluar. Pamannya berkata aku tak bermaksud supaya Rasulullah membenci dan tidak mempercayaimu.Atas sebab itulah Allah menurunkan ayat 1 surah Munafikun yang menegaskan bahawa kaum munafik selalu berdusta dan membenarkan kata kata Zaid bin Arqam.

Kemudian Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada Zaid bin Arqam untuk membaca ayat ayat itu dengan menegaskan bahawa sesungguhnya Allah telah membenarkan kata katanya.

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan lainnya yang bersumber dari Zaid bin Arqam.

Riwayat tentang Zaid bin Arqam ini mempunyai beberapa sumber yang antara lain menyatakan kejadiannya pada waktu perang Tabuk dan turunnya ayat ini pada malam hari.

Sehubungan dengan itu, maka turun ayat yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: marilah beriman agar Rasulullah SAW meminta ampunan bagimu, mereka memalingkan muka mereka dan kamu melihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri".

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kepada Abdullah bin Ubay ada orang yang mengusulkan agar dia datang mengadap Rasulullah SAW untuk diminta pengampunan dari Allah SWT, akan tetapi dia menolaknya bahkan berpaling.

Maka turunlah ayat ini berkenaan dengan peristiwa tersebut yang mengambarkan sifat sifat munafik, iaitu keras kepala.

Diriwayat oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah di riwayat pula oleh ibnu Mundzir yang bersumberkan dari Ikrimah.

Sehubungan itu, Allah menurunkan ayat 6 yang bermaksud: " Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Allah sekali kali tak akan mengampun mereka. sesungguhnya Allah tak akan memberi petunjuk kepada orang orang yang fasik"

Dalam suatu riwayat dikemukakan turun ayat 80 surah 9 yang menegaskan bahawa tidak akan mengampun orang orang munafik walaupun dimintakan oleh Rasulullah SAW sebanyak 70 kali dengan sabdanya yang bermaksud: " Aku akan mintakan ampunan lebih dari tujuh puluh kali" maka Allah menegaskan dengan ayat 6 surat 63 ini bahawa bagi mereka sama saja apakah nabi mintakan ampunan atau tidak memintakan ampunan, Allah tidak akan mengampunnya.

diriwayatkan oleh ibnu Jarir yang bersumber dari Urwah
diriwayatkan oleh ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid dan Qatadah.

Dalam suatu riwayat yang dikemukakan bahawa ketika turun ayat Bara'ah (s 9 ayat 80) bersabda nabi SAW yang didengar olehIbnu Abas sesungguhnya aku diberi kelonggaran tentang mereka (kaum munafik). Aku akan mintakan ampunan bagi mereka lebih dari tujuh puluh kali. mudah mudahan Allah mengampun mereka". Maka turunlah ayat 6 surat munafikun yang menegaskan bahawa Allah tidak akan mengampuni orang orang seperti itu.

diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ufi yang bersumber dari Ibnu Abas.

Saturday, March 5, 2011

Semakin hari semakin jelas orang Melayu yang mengaku beragama Islam ini serasi dengan sabda Rasulullah SAW bahawa "selepas kematian aku musuh Islam adalah umatku".

Bukankah sudah tersedia ada panduan dan mengajaran bahawa segala permasalahan yang berlaku antara manusia hendak rujuk kepada Allah dan Rasul.

Saya cuma cakap saja tak lebih daripada itu.

Allah mencipta manusia dan ada panduannya untuk menyelesaikan permaslahan yang berlaku.

Yang parah angkara syahawat manusia yang ketepikan penduan dan pengajaran yang Allah sampai kepada Nabi SAW.

Antara kita pandai pandai mencari yang lain selain daripada apa apa yang Allah turunkan.

Macam Yahudi yang membantah apa yang diturunkan oleh Allah miskipun ada kebenarannya. Sebab itu Allah larang umatnya jadi macam yahudi dan larang jangan ikut orang kafir.

Kita lihat kini, hampir semua pemimpin yang mengaku Islam mengumpul seberapa boleh harta kerajaan, sedangkan Rasulullah SAW bersabda, aku tidak diperintah simpan dinar da dirham.

Hari ini kebanyakan pemimpin telah diperintah mengumpul dan menyimpan harta negara beratus bilion.

Perintah itu adalah perintah syahawat yang dikuasai Iblis musuh Allah.

Sebab itu saya nampak apa yang dilakukan oleh kerajaan umno miskipun didirkan masjid begitu banyak dan indah indah berlaku itu bukan yang diajar oleh Allah dan Tasul SAW. Tapi itu semua diajar oleh Iblis.

Oleh itu, jangan diharap akan berlaku keadilan pada rakyat, malah kezaliman juga yang muncul hari demi hari.

Saya nampak. Mungkin ada yang tak nampak miskipun ia macam gajah didepan mata