Saturday, November 29, 2008

ajaran sesat Ayah Pin bukan lagi ancaman?

Semasa PAS memerintah negeri Terengganu (1999-2004) Ayah Pin adalah ancaman kepada akidah umat Islam di negeri Darul Iman ini.

Dek kerana dia merupakan ancaman kepada akidah, kerajaan PAS menangkap dan membicarakan serta menjatuhi hukuman 6 bulan penjara ke atasnya bertujuan untuk memberi peluang kepadanya bertaubat.

Akan teteapi lain pula jadinya setelah dia dibebaskan dari penjara, dia bukan sahaja tidak bertaubat malah semakin kuat mempraktiskan ajaran sesatnya yang disebut sebagai “kerajaan langit”.

Setelah kerajaan PAS ditumbangkan oleh UMNO dalam musim pilihanraya umum ke 11 (2004) pusat kegiatan ajaran sesat “kerajaan langit” Batu 13 jalan Hulu Besut semakin cantik dan besar serta bertambah ramai pengikutnya.

Lama juga pusat kegiatan ajaran sesat itu dibiarkan bebas beroperasi oleh kerajaan Umno Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Idris Jusoh.

Pendek kata Ayah boleh bebas mengamalkan ajaran seat kerajaan langit dengan begitu aman tanpa sebarang gangguan pihak pemerintah. Mungkin disifatkan oleh kerajaan Terengganu (2004-2008) tidak mendatang sebarang ancaman kepada kerajaan negeri sebaliknya mendapat babuan politik.

Lama kelamaan ada sebahagian orang Besut sangat tidak berkenan dengan layanan itu, maka timbullah rasa tidak puas hati sebahagian penduduk Besut terhadap pusat kegiatan ajaran seat kerajaan langit itu lalu dibabar.

Beberapa penduduk Besut yang terbabit dengan pembakaran pusat ajaran itu ditahan reman selama beberapa hari untuk membantu siasatan kerana melaku jenayah yang boleh membahaya nyawa manusia.

Ketua ajaran sesat kerajaan langit itu dicadang supaya ditangkap, tetapi malangnya pihak berkuasa tidak berjaya menahan Ayah Pin dengan alasan Ayah Pin lari dikatakan tiada didalam negeri dan beberapa orang pengikutnya sahaja ditahan.

Baru-baru ini ayah pulang semula ke Besut dikatakan akan meneruskan semula ajaran sesat kerajaan langit itu.

Tapi malangnya timbalan pengerusi jawatankuasa agama dan penerangan negeri, Ustaz Muhamad Ramli Haji Nuh , menyifatkan bahawa kegiatan ajaran ayah pin bukan lagi ancaman.

Ustaz Muhamad Ramli Haji Nuh sebagai berkata bahawa kegiatan ajaran sesat ayah pin yang disebarkab oleh Ariffin Mohammad 65 tahun sebenarnya sudah lumpuh.

Kita hairan dengan kenyataan Ustaz Muhamad Ramli yang juga ADUN Tepuh mengatakan ajaran itu sudah lumpuh, sedangkan pusat penyebaran ajaran kerajaan langit di baru 13 jalan Hulu Besut kini dikatakan mula beroperasi semula.


Bukan setakat itu sahaja melah menurut ustaz Muhamad Ramli lagi sebagai berkata, beliau benar benar yakin ajaran sesat kerajaan langit itu Berjaya sepenuhnya ketika ini.

Seorang bekas pensyarah institut perguruan Besut call penulis mengatakan memang ajaran sesat kerajaan langit bukan ancaman, kerana seramai 9, 000 orang Besut yang menjadi ahli Umno menjadi pengikut Ayah Pin.

Cuba bayangkan seramai 9,000 ahli Umno yang menjadi pengikut ayah Pin ditangkap atau diambil tindakan undanag undang sudah tentu ada beberapa kerusi DUN milik Umno akan tewas dalam musim pilihanraya umum nanti.

Penulis pada mulanya merasa pelik juga. Macam mana Ustaz Mohamad Ramli Haji Nuh boleh berkata ajaran sesat ayah pin sudah sudah lumpuh dan bukan lagi ancaman.

Memang benarlah apa yang dinyatakan itu, kalau sekiranya apa yang dicakap oleh bekas pensyarah institut perguruan Besut itu suatu realiti maka seramai 9,000 ahli Umno pengikut ayah Pin itu ada asset yang tersangat penting bagi Umno Besut Khususnya dan Terengganu Am.

Atas sebab itulah Ustaz Muhamad Ramli Noh berani berkata ajaran sesat kerajaan langit yang disebarkan oleh Ariffin Mohammad itu bukan ancaman lagi kini, sedangkan hakikat sebenar tidak demikian.

Ini dapat kita lihat dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai berkata, kementerian dalam negeri tunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk membuat sesuatu terhadap ketua kerajaan langit.

Tambah beliau lagi sebagai berkata, kementerian dalam negeri akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap pemimpin ajaran sesat kerajaan langit sekiranya mendapat arahan jabatan hal ehwal Agama Terengganu.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh menteri dalam negeri itu, sah ajaran sesat kerajaan langit yang dipimpinan oleh Ariffin Mohamad itu tetap membahaya dan mengamcam akidah umat Islam di Terengganu Darul Iman ini.

Macam mana timbalan pengerusi jawatankuasa agama dan penerangan negeri boleh berkata yang ajaran sesat kerajaan langit sudah lumpuh dan ancaman mengancam akidah umat Islam.

Kalau aajaran sesat kerajaan langit itu tidak ancam akidah umat Islam mana mungkin menteri dalam negeri akan atau sedia bila bila masa sahaja bertindak terhadap ketua ajaran sesat itu, jika dapat arahan dari jabatana Hal ehwal agama Terengganu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika bercakap di Putrajaya sebagai berkata, kita tidak boleh ambil tindakan keatas ketua ajaran sesat kerajaan langit di Terengganu, kerana itu bukan bidang kuasa polis dan polis boleh bertindakan jika mendapat arahan.

Ini mengambarkan kepada kita bahawa ajaran sesat kerajaan langit yang disebarkan oleh Ariffin Mohamad mengancam akidah umat Islam di Negara ini dan ia patut sekali dikenakan tindakan undang undang termasuk boleh ditahan di bawah akta ISA.

Walaupun timbalan pengrusi jawatankuasa agama dan penerangan ini mengatakan ajaran sesat kerajaan langit sudah lumpuh dan bulan lagi ancaman, tetapi ianya tetap menjadi ancaman kepada akidah umat Islam dan kketuanya patut ditahan dibawah akta ISA.

Tindakan menahan ketua ajaran sesat boleh membuat ajaran itu menjadi lumpuh dan tidak mengancam akidah umat Islam sepertimana yang pernah dilakukan keatas ketua Al Arqam Ashaari Muhammad di bawah akta ISA suatu masa dahulu.

Friday, November 28, 2008

Ramai bimbang dengan usaha Tun Dr Mahathir untuk membenteras politik wang

Ini penanda ada sesuatu yang tidak kena keatas beberapa individu yang menang jawatan tertinggi yang dipertandingkan diperingkat bahagian tidak lama dahulu, termasuk yang layak bertanding timbalan, naib naib presiden dan majlis tertinggi umno dalam perhimpunan agung Mac 2009 nanti.

Sebab itu ada individu yang menang dan akan bertanding nanti tersangat bimbang dengan sikap Tun Dr Mahathir yang mahu mengumumkan senarai nama mereka yang terbabit dengan politik wang.

Ashaari Idris timbalan ketua Umno Bahagian Setiu menyuarakan kebimbangan itu lalu meminta Tun Dr Mahathir usah hebuhkan senarai nama mereka yang terbabit dengan politik wang kepada umum.

Bukankah usaha seumpama itu bagus namanya kalau mahu hapuskan politik wang dalam umno.

Ini menunjukkan mereka takut. Ini baru ada orang yang berani hendak mengumumkan nama mereka yang terbabit dengan politik wang kepada umum, sudah ada yang merasa gerun dan bimbang.

Sudah jelas usaha itu nanti merupakan factor penyebab politik dapat dihapuskan, walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata politik wang sukar dibendung.

Bagi kita kata kata yang dikeluar dari mulut Mohd Najib itu jelas dan nyata yang beliau tidak ada niat untuk menghapuskan politik wang dalam Umno. Apatah lagi rasuah dalam kerajaan yang sedang membara itu.

Kalau beliau ada niat untuk menghapuskan politik wang sudah barang tentu beliau tidak bercakap sedemikian rupa.

Orang yang benar benar mahu menghapuskan gejala buruk dalam kerajaan semesti sangat setuju dengan apa bentuk cadangan yang positif dari orang yang berwibawa, termasuk usaha yang akan dilakukan oleh Tun Dr Mahahtir.

Bercakap sedemikian rupa bermakna beliau sendiri tidak mahu politik wang dipuskan, sedangkan 99 peratus kalangan orang Umno akar umbi berpendapat politik wang boleh membuat Umno hancur.

Mohd Najib barangkali mahu supaya Umno hancur, sebab itu dia berkata politik wang sukar dibendung kerana tidak dapat bukti yang kukuh.

Kalau sukar mendapat bukti yang kukuh mengapa ada para pemimpin umno sah terbabit dan diambil tindakan mengantung keahlian dan dilucutkan jawatan yang dimenangi.

Misalnya, Datuk Seri isa Samad, bekas menteri wilayah Persekutuan dilucutkan jawatan dan digantung keahliannya selama tiga tahun.

Datuk Zahid Ibrahim, ketua Umno bahagian Kota Baharu turut disahkan didapat bersalah kerana terbabit dengan politik wang juga turut digantung keahliannya.

Mengapa perlu takut. Kalau tidak terlibat dengan politik wang. tiada sebab mengapa mesti lawan arus. Berani buat, berani tanggungjawab, barulah berupaya menghapuskan gajala buruk itu.

Adalah tersangat benar apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahahtir bahawa Mohd Najib Razak yang akan menjadi perdana menteri Mac 2009 nanti bukan calon yang layak.

Sebelum ini memang ada kalangan kita tidak Nampak dengan apa yang Tun Nampak. Sekarang sudah jelas dan nyata Mohd Najib yang menang presiden Umno tanpa bertanding itu merupakan orang yang tidak layak jadi perdana menteri.

Layakah beliau? Kalau layak mana mungkin memandang negatif terhadap usaha kalangan akar umbi Umno yang mahu menghapuskan politik wang.

Jika politik wang dalam umno enggan dihapuskan sudah tentu rasuah yang sedang membara dalam kerajaan turut bermaharajalela apabila Mohd najib Razak menjadi perdana menteri nanti. Percayalah.

Thursday, November 27, 2008

Jiwa penjajah bertakta di hati Hishamuddin Hussein

Pejuang bahasa sejak dahulu hingga sekarang mati matian berjuang memurtabat dan mendaulatkan bahasa Melayu,

Tetapi malangnya seorang demi seorang menteri pelajaran yang dilantik memandang remeh akan bahasa Melayu, kecuali Tun Abdul Rahman Yaakub seorang sahaja yang benar benar mahu mendaulatkan bahasa Melayu.

Tapi sayang tidak lama kemudian beliau ditendang Tun Razak Husein ketika menjadi perdana menteri kedua pulang ke Sarawak.

Ini mengambarkan yang Tun Razak sendiri enggan memdaulatkan bahasa Melayu sewaktu dia jadi ketua Negara, walaupun bahasa Melayu (kebangsaaan) tercatit didalam perlembagaan Malaysia (152) ianya sebagai bahasa resmi Negara.

Kita rasa pelik mengapa beliau tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu, sedangkan dia sendiri berbangsa Melayu. Lainlah kalau dia bukan Melayu. Bolekah orang lain memperjuang dan mendaulatkan bahasa Melayu. Sudah tentu tidak boleh.

Ini juga dapat kita buat kesimpulan bahawa para menteri Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia merdeka jiwanya adalah jiwa penjajah. Dengan kata lain jiwa penjajah itu sudah sekian lama bertakta di hati hati menteri Melayu.

Sebab itu sekarang ini menteri Melayu sendiri merasa malu hendak bercakap bahasanya sendiri (Melayu), sebalik lebih gemar dan mendewa dewakan bahasa pejajah.

Jiwa penjajah yang bertakta dihati menteri menteri Melayu itu macam dirasuk “hantu syaitan” yang membuat mereka trauma. Sebab itu mereka kelihatan begitu takut hendak memdaulat bahasa Melayu.

Tun Dr Mahathir Mohammad yang jadi perdana menteri selama 22 tahun itu pun tidak terkecuali. Malah dialah yang mahu bahasa penjajah didaulat, termasuk bahasa penjajah dalam sains dan matematik.

Datuk Seri Hishamuddin menteri pelajaran kelihatan begitu takut hendak mendaulat bahasa Melayu dan tersangat sayang dengan bahasa penjajah lantas menwar warkan bahawa penjajah itu tidak memjejaskan prestasi UPSR.

Kita tidak nafi dan buruk sangka terhadap prestasi UPSR malah kita turut berbangga dengan keputusan itu jika ia tidak berlaku probokasi yang melampau kerana dek tersangat sayangkan bahasa penjajah.

Seolah olah beliau tidak faham maksud sebenar akan apa yang dipejuangkan oleh Orang Melayu terhadap bahasanya sendiri. Mungkin dia buat buat tidak faham atau buat bodoh kerana sayangkan bahasa penjajah.
Yang pejuang bahasa mahukan bahawa bahasa Melayu itu mesti didaulatkan disamping bahasa pejajah di perkasakan agar rakyat Malaysia dapat bersaing di peringkat dunia.

Datuk Seri Hishamuddin seolah olah tidak faham antara “istilah prestasi” dan “istilah daulat” yang disebut juga “martabat”. Hendak kata tidak baca kamus Dewan bahasa mustahil.

Pejuang bahasa mahu memartabat dan mendaulatkan bahasa Melayu. Itu sahaja kehendak mereka, kerana “bahasa jiwa bangsa”. Hendak kata beliau tidak faham cogan kata itu juga mustahil.

Kalau orang Melayu lebih lebih lagi dia seorang menteri tidak faham bahasa jiwa bangsa maka mereka tidak layak jadi menteri dan tidak layak juga jadi “Melayu”.Allah cipta manusia berbangsa bangsa dan berbeza bahasa agar dapat membezakan satu sama lain juga dapat kenal mengenal satu sama lain.

Mungkin beliau berketurunan Turki, sebab itu gemar pada bahasa penjajah. Lebih-lebih lagi jiwa orang Turki jiwa kafisme sehingga kini.Demikian juga Tun Dr Mahathir yang berketurunan India.Sebab itu dia amat gemar dengan bahasa penjajah.

Seorang menteri kalau tidak tahu antara “daulat” dan “prestasi” lebih baik jangan jadi menteri atau memang beliau tidak layak jadi menteri Negara ini, apatah lagi untuk jadi timbalan perdana menteri.

Inilah yang menyebabkan orang Melayu mempertikaikan status qua layakkah Datuk seri Mohd Najib menjadi perdana menteri.

Tun Dr Mahathit awal awal lagi sudah kata Najib memang tidak layak jadi perdana menteri, kerana sudah menampakkan ada unsur unsur yang beliau akan ikut apa yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Abdullah. Apatah lagi untuk berhadepan dengan krisis ekonomi global yang semakin meruncing ini.

Friday, November 21, 2008

RM 48 juta bunga api rasmi kuda lasak dunia?

Sesiapa sahaja boleh bercakap kerana mulut mereka tidak boleh ditutup sepertimana mulut tempayan mengenai kos satu satu program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Terengganu.

Anda barangkali masih belum lupa, walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan orang Melayu mudah lupa. Apakah yang anda semua belum lupa?

Anda tidak lupa dengan kata kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said, bahawa segala projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri Terengganu ini tidak banyak yang dapat beri manfaat kepada rakyat.

Kalau tidak dapat memberi manfaat, sudah tentu ianya membazir namanya. Islam melarang pembaziran,kerana ianya amalan iblis dan setan pasti amat dibenci oleh Allah dan Rasulullah saw.

Dengar pada gaya dari aspek percakapan Menteri Besar Terengganu itu bahawa beliau tidak suka dengan pembaziran yang berlaku.Malah boleh kita simpulkan yang beliau sangat anti-pembaziran.

Apakah benar Ahmad Said tidak suka berlakunya pembazir. Persoalannya kalau beliau anti- pembaziran mana mungkin kos bungi api semasa perasmian kuda lasak dunia dikatakan sebanyak RM 48 juta.

Ada yang mengatakan banyaknya.Ramai orang Terengganu terkejut apabila ada cerita (kahbar angin) bertiup bahawa harga bunga api semasa rasmi kuda lasak dunia yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak baru baru ini sebanyak RM 48 juta.

Akan tetapi ramai juga yang tidak terkejut langsung, kerana memang kos penganjuran sukan bertaraf dunia mesti mahal, lebih lebih lagi sukan kuda lasak itu bertaraf antara bangsa. Mana mungkin kosnya kecil.

Ada yang tidak percaya kos bunga api sebanyak itu, malah mungkin lebih mahal dari yang jadi kahbar angin itu. Ada yang berkata bukan RM 48 juta, tetapi RM 84 juta baru sesuai dengan sukan bertaraf dunia.

Betul juga kata mereka itu, kerana angka RM 48 juta apalah sangat dengan penganjuran sukan kuda lasak dunia, berbanding dengan sukan SUKMA tidak lama dahulu. Persiapan penganjurannya seperti membina satu Stadium bertutup dan stadium terbuka sudah menelan kos RM 550 juta.

Berbalik pasal kos bunga api yang dikatakan termahal itu, ada yang berkata, ada lebih baik wang sebanyak itu diberi kepada orang miskin untuk membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan.

Lebih-lebih lagi kerajaan sudah buat target sasar bahawa tahun 2015 Terengganu bebas kemiskinan tegal.bermakna tidak orang miskin lagi di negeri Terengganu darul Iman ini. Itu baru ada asas kukuh untuk membebaskan orang miskin. Ini RM 4.6 juta bantu ganti atap rumah orang miskin. Itu pun dilaksanakan secara pilihkasih.


Lihat bantuan RM 200 kepada nelayan. Ianya dilakasanakan secara tidak betul. Ada yang dapat dan ada yang tercicir. Demikian juga dengan duit raya yang janjinya akan diberi selepas hari raya, tetapi hingga sekarang habuk pun tidak ada, walaupun pihak kerajaan berjanji akan menyelesaikan kes itu dengan seberapa segera.

Ramai nelayan yang tercicir dan masih menuntut bayaran itu, agar dan meringan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi ketika menghadapi musim tengkujuh yang mula melanda Terengganu kini.

Ramai orang miskin termasuk nelayan berkata “tipu” kalau tidak mengapa hingga hari ini ramai kawan kawan masih belum dapat wang sebanyak RM 200 yang dijanjikan.

Kata sesetengah kami dipinggirkan, sebaliknya program yang jelas membazirkan wang rakyat lebih diutamakan.

Sesetengah mengatakan wang sebanyak RM 48 juta adalah suatu jumlah yang kecil berbanding dengan peganjuran perahu layar dunia itu. Betul juga kata mereka itu.

Adalah sangat tidak munasabah harganya sebanyak itu, kerana pengulas TV 1 yang menyiarkan majlis perasmian secara langsung berkata “bunga api di Stadium Gong Badak hampir menyamai bunga api perasmian sukan olinpik Beijing di China tidak lama dahulu.

Kalau benar apa yang dikatakan itu, memang angka sebanyak RM 48 juta adalah terlalu kecil dan tidak munasabah, kerana bunga api di majlis perasmian sukan olinpik lebih berpretij berbanding sukan kuda lasak di Lembah Bedung Terengganu.

Sebut sahaja hampir hampir menyamai dengan bunga api di Beijing sudah tentu harganya bukan RM 48 juta. Kalau bukan RM 48 juta, barangkali RM 84 juta kot.

Tetapi kita ada dengar kos bunga api semasa perasmian kuda lasak dunia di Stadium Gong Badak Kuala Terengganu dikatakan RMN 48 juta. Ada yang mendakwa tidak munasabah.

Mengapa? Pertama kerana sukan itu adalah sukan bertaraf dunia. Kalau RM 84 juta boleh jadi ya, kerana kos penganjuran monsoon Cup ada yang kata RM 160 juta sahaja dan ada yang berkata RM 200 juta.

Mana satu yang betul kita tidak pasti kerana menteri besar ketika menjawap soalan lisan pembangkang lain jawapannya, manakala jawapan yang diberi oleh EXCO lain pula. Berbeza satu sama lain.

Adalah tidak salah jika ada orang berkata belanja bunga api semasa perasmian sukan kuda lasak dunia yang berlangsung baru baru ini sebanyak RM 48 juta dan tidak salah jika disebut sebanyak RM 84 juta jika disbanding dengan penganjuran perahu layar yang juga bertaraf dunia.

perihal ini pernah dijelaskan oleh Dr Alias Razak ADUN Bukit Tunggal mengenai bajet yang dikeluar pada satu satu penganjuran sukan bertarap dunia.

Kata beliau lagi, pihak kerajaan bukan sahaja sanggup berbohong kepada rakyat, malah bertindak nekad menyembunyikan kos satu satu projek yang dilaksanakan.

Bukan setakat itu sahaja malah banyak soalan semasa persidangan Dewan Undangan negeri dari pembangkang dijawap tidak tepat.Banyak soalan yang dikatakan sensitive ditolak bulat-bulat.

Demikian juga dengan kos pengajuran monsoon cup. Apa tah lagi penganjuran sukan kuda lasak dunia yang julung julung kali diadakan ini. Sudah tentu kosnya lebih mahal berbanding dengan penganjuran Monsun Cup.

penulis tidak percaya kerana wang sebanyak RM48 juta itu tidak manusabah dan begitu mahal.Apatah lagi dikatakan RM 84 juta.

Monday, November 17, 2008

Kalau Umno hancur PAS pun turut hancur

Dr Mahathir Mohammad pernah berkata, Umno akan hancur jika politik wang dijadikan budaya.

Bukan Dr Mahathir Mohammad seorang sahaja yang berkata demikian, malah ramai para pemimpin Umno sejak dahulu hingga kini berpendapat demikian.

Orang PAS juga turut tumpang sekaki dan berkata. Umno akan hancur, Malah ada ramai yang mendoakan agar pemimpinnya berpecah belah antara satu sama lain.

Kalau pemimpin berterlagah sudah tentu jadi berpecahbelah dan pasti lama kelamaan akan hancur juga akhirnya. Benarkah begitu.

Ada orang kata itulah janji Allah kepada umat manusia. Bukan setakat pecahbelah dan hancur lebur, malah ada bumi yang diterbalikkan.

Tidak lama dahulu Acheh yang pernah digelar serambi Mekah ditimpa Tsunami membunuh angka ratusan ribu manusia.

Manusia mati dan bumi Acheh hancur jadi padang jarak padang terkukur. Demikian juga gempar bumi yang berlaku di Indonsia dan Pakistan, ratusan ribu manusia mati.

Kalau bumi boleh hancur sudah tentu Umno sebuah parti buatan orang Melayu juga turut ditimpa musibahnya. Lebih-lebih lagi para pemimpinnya buat tidak betul dengan Allah subha nahu wataala.

Bercakap pasal Umno akan hancur muncul pula pendapat yang mengatakan usah Umno akan hancur PAS pun tenguk pada gayanya juga akan hancur.

Ada yang berkata mengapa tidak? Allah subha nahu wataala tidak pernah mungkir janji dan berkuasa segala yang ada dibumi dan dilangit

Sesiapa sahaja yang buat zalim sudah tentu akan menerima musibahnya. Tunggu sampailah masa dan ketikanya.

Mustahil PAS berlaku zalim. Kalau Umno sudah pasti sejak dahulu hingga kini pernah bertindak zalim sesama Melayu. Misalnya, seorang guru kalau tidak sokong Umno (kerajaan) mereka akan ditukar jauh jauh, termasuk Sabah dan Sarawak.

Demikian juga pegawai kerajaan yang tidak sokong Umno, mereka bukan sahaja ditukarkan kesana kemari jauh kedalam hutan (pendalaman) malah ada yang dipecat dan diminta bersara awal

Usah pegawai kerajaan, ketua hakim Negara ( Tun Salleh Abas) dan hakim hakim yang tidak memihak kepada Umno pun turut dipecat.

Itulah bentuk kezaliman yang pernah di praktikam oleh kerajaan yang bertulangbelakangkan Umno.

Mengapa PAS pula dikatakan akan hancur juga suatu masa nanti. Hisbul Muslimin pernah mati atas nama pengharaman, tetapi PAS dikatakan akan hancur kerana mengambil orang bukan Islam menjadi keahliannya.

Cuba anda bayangkan orang bukan Islam. Orang bukan Islam itu adalah orang kafir. Orang kafir terang terang musuh Allah subha nahu wataala. Apa yang terjadi jika musuh Allah dijadikan Ahlinya. Usah musuh Allah Subha nahu wataala , musuh kita sendiri Rasulullah saw larang kita jadikan “kawan”.

Bagaimana akan terjadi jika musuh Allah subha nahu wataala kita ambil dan jadikan kawan kita. Sudah tentu dia akan khianat. Anda mungkin belum lupa dengan pengkhianatan yang di dilakukan oleh Yahudi terhadap Nabi Muhammad saw di Madinah dahulu.

Atas sebab itulah Rasulullah SAW memerintah Saidana Omar menghalau Yahudi dari Madinah dan Mekah sehingga sekarang ini dua tanah haram Mekah dan Madinah tidak membenarkan kafir memasukinya.

Ada orang kata orang bukan Islam tidak sama dengan Yahudi. Betul tidak sama, tetapi serupa. Mereka yang bukan Islam itu tetap kafir, kecuali kafir “zimmi” yang pernah disebut oleh Rasulullah saw “sesiapa memusuhinya maka ia memusuhku”.

Apakah orang bukan Islam yang akan diterima oleh PAS menjadi ahlinya itu terdiri daripada kafir zimmi? Kalau ia kafir zimmi Alahamdulillah. Tapi bagaimana kalau ia bukan zimmi?

Apa yang difahamkan sebagaimana maksud hadis: sesiapa memusuhi zimmi maka ia memusuhi aku. Maka jelas zimmi bukan musuh Allah subha nahu wataala. Adakah zimmi yang dimaksudkan sebagai orang bukan Islam boleh jadi ahli PAS itu?.

Sekarang ini rata rata orang PAS sedang bercakap dimana sahaja mereka berada, jika pas terima orang bukan Islam jadi ahlinya tunggulah masa dan ketikanya lambat laung ianya akan hancur.

Umno disebut oleh kebanyakan orang Umno ianya akan hancur kerana mengamalkan politik wang. Tetapi PAS akan hancur jika orang bukan Islam diterima sebagai ahlinya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata “air masin tidak boleh masuk dalam perahu ketika dilaut, Kalau air masin masuk kedalam perahu sudah tentu perahu itu akan tengelam.

Kalau air masih tidak boleh masuk dalam perahu, bagaimana pula dengan orang bukan Islam yang akan diterima menjadi ahli PAS. Kalau begitu, demikian jugalah dengan PAS. Memang orang bukan Islam adalah kafir yang disebut oleh Allah subha nahu wataala bahawa “dia adalah musuhku”. “Surah Baqarah”

Bagaimana musuh Allah boleh Pas jadikan ahlinya? Kalau benar begitu sudah tentu PAS juga ibarat “telor diujung tanduk”. Tunggu masa dan ketikanya sahaja ianya akan jatuh tergolek. Umno hancur PAS pun hancur.

Umno akan hancur kerana beramal dengan politik wang, maka PAS juga turut hancur kerana mengambil orang bukan Islam menjadi ahlinya?

Sunday, November 16, 2008

Rumah PPRT kebanyakannya telah disewakan?

Penulis diberitahu kebanyakan rumah PPRT di Kuala Terengganu telah disewakan atau dengan kata lain dijadikan rumah sewa.

Kata sahabat penulis yang datang raya tidak lama dahulu, Apabila ada orang tidak puashati dengan amalan itu, maknanya salahlah tu dan harus dikenakan tindakan.Malah ada yang cadang supaya rumah itu ditarik balik

Soalnya siapakah yang akan ambil tindakan jika tiada aduan dibuat? Badan pencegah Rasuah tidak akan menyiasat jika tidak ada aduan. Ini telah dinyatakan sendiri pengarah BPR Terengganu.

Jadi bagaimana hendak dibuat. Salahkah mereka yang dapat rumah PPRT menyewakan rumah mereka.Salah atau tidak akan ditentukan setelah didakwa di mahkamah.

Walaupun ada yang menganggap memang salah dari segi prosedurnya, kerana rumah itu diberi oleh kerajaan untuk dijadikan tempat kedimanan kepada orang yang tidak ada rumah untuk di diami dan bukan untuk dijadikan rumah sewa.

Memang betul, tetapi ada yang dapat rumah tidak cukup wang sara hidup harian sehingga membebankan.

.Ada juga yang mengatakan tidak salah, kerana itulah salah satu kaedah dan sumber untuk mereka yang termiskin membebaskan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Salahkah mereka berbuat seumpama itu.

Kata sahabat penulis, masa kan tidak, rumah itu adalah untuk orang miskin yang tidak ada rumah dan khsusus untuk memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Betul, itulah tujuan asal kerajaan dan adalah sangat tidak patut rumah untuk kediaman mereka yang miskin dijadikan rumah sewa. Fikir punya fakir ada baik juga mereka berbuat demikian.

Penulis setuju bahawa ianya bagus dan tidak salah, malah itu adalah suatu tindakan yang bijak dan baik kepada orang miskin. Tambahan pula sekurang-kurang kaedah itu boleh mendatangkan hasil tambahan untuk membebaskan mereka yang sangat terbeban kerana harga barang walaupun sudah mulai turun, tetapi masih mahal.

Apa yang dilakukan itu suatu tindakan bijak. Lebih-lebih lagi mereka yang menyewakan rumah yang diberi oleh kerajaan itu jelas ianya adalah “kail” yang boleh menbebaskan orang miskin daripada kepompong kemiskinan.

Sebab itu pihak kerajaan Terengganu yang sudah sedia maklum akan hakikat itu terpaksa berdiam diri walaupun ada banyak menerima aduan mengenainya.

Inilah kaedah terbaik untuk membantu orang miskin, berbanding memberi bot dan enjin kepada para nelayan yang kebanyakannya disalahgunakan oleh penerima.

Mengapa? Kebanyakan bot yang diberi kepada para nelayan dijual dan ada yang dicadangkan supaya memohon semula untuk mendapatkan kali kedua atau kali ketiga.Kita tidak tahu dimana silapnya.

Pihak kerajaan nampaknya setakat hari belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian, walaupun Menteri besar Datuk Ahmad Said sudah menyuarakan agar penipu dikenakan hukuman.

Siapakah yang akan mengambil tindakan? Hendak mengharapkan BPR sudah tentu tidak boleh, walaupun Menteri Besar sendiri yang menyuarakan agar mereka yang menipu itu dihukum.

Bagaimana mereka boleh dihukum sedang ini telah dijelaskan sendiri oleh pengarah Badan pencegah Rasuah Terengganu, Sharudin Sapian yang meminta mana mana individu yang mempunyai maklumat mengenai sebarang penyelewengan tampil membuat aduan.

Jadi, apa pun orang miskin mahu tidak mahu mesti kena bantu agar mereka bebas daripada kepompong kemiskinan.

Mereka menipu kerana ada orang yang ajar mereka. Sebab itu sehingga hari ini usaha kerajaan untuk membasmikan kemiskinan masih buntu dan jauh untuk mencapai kejayaan.

Cuba bayangkan, orang menylahgunakan wang sebanyak RM43 juta diperuntukan untuk membasmi kemiskinan di KETENGAH suatu masa dahulu melalui kemneterian luar Bandar. Setelah dijatuhkan hukuma penjara lima tahun dibebaskan oleh mahkamah tinggi. Bermakna mereka tidak bersalah.

Apa sudah jadi dengan wang rakyat sebanyak itu. Bebaskah mereka yang hidup dibawah kepompong kemiskinan?

Kalau mereka itu sudah bebas mana mungkin bantuan kemiskinan di peruntukan lagi selepas itu. Malah ianya akan diperuntukan lebih banyak lagi.

Jadi, apa salah jika rumah PPRT yang diperi kepada orang jelas miskin itu disewakan untuk mendatangkan hasil tambahan. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka di hantui kenaikan harga barang.

Apabila penulis menyokong tindakan seumpama itu ada pula yang marah marah. Mereka marah kerana tidak faham kedudukan orang miskin. Mereka kadang kadang ada yang makan sekali sehari.

Cuba anda bayangkan betapa seksanya hidup kais pagi makan pagi dan kais petang belum tentu dapat makan.

Atas sebab itulah mereka bertindak nekad untuk menyewakan rumah yang mereka dapat dan tinggal bersama ibubapa mereka, walaupun kurang baik ramai serumah. Tetapi apa boleh buat itulah nasib mereka.

Datuk Ahmad Said yang mahu supaya penipu ini dikenakan hukuman harus berfikir semula. Lebih-lebih lagi mereka itu merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang senonim dengan “barang naik”.

Kalau mereka dihukum, siapa lagi yang boleh diharapkan. Fikir fikirlah. Kena ingat pada orang miskin. Mereka lakukan itu semata mata atas desakan atau dengan kata lain “darurat”.

Seorang sahabat penulis yang berkunjung kerumah penulis baru- baru ini marah marah dan berkata: “ lazimnya…mereka yang dapat rumah PPRT sudah tentu mereka yang benar-benar miskin”.

Memang betul, tetapi kita kena ingat ada juga yang makan gaji yang dapat rumah PPRT.

Sahabat penulis tadi menyapuk: “ orang macam itulah yang sewakan rumah PPRT yang dia dapat.”

Kita juga kena inga, itu hak mereka – mereka boleh buat apa yang mereka suka asalkan ianya mendatangkan hasil tambahan untuk menampong sara hidup yang semakin semakin membebankan kini.

Wednesday, November 12, 2008

hapus vedioklip sajak kematian, anti pengajaran alam kubur

kita tidak hairan dengan tindakan menteri pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Husien)yang barangkali akan jadi perdana menteri suatu masa nanti mengarah supaya vedioklip tayangan sajak kematian kepada pelajar sekolah rendah, kerana kebanyakan otak menteri kita adalah otak acuan kafirisme.

Kalau otak menteri berkenaan otak Islam sudah tentu dengan satu kes sahaja sudah dijadikan asas kukuh bahawa vedioklip sajak kematian dihapuskan penayangan. Wal hal vedioklip itu boleh memberi pengajaran.

Usah vedioklip pengajaran dihapuskan,tulisan jawi suatu masa dahulu turut dihapuskan, sedangkan tulisan jawi itu sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan orang Islam kalau dipisahkan sudah pasti rasoklah akidah masing-masing.

Oleh kerana menteri pelajaran waktu ( Khir Johari)dan perdana menterinya(Datuk Razak) juga otaknya, otak kafirisme, maka tulisan jawi yang ada hubungkait rapat dengan Al-Quran dianggap tidak bagus dan dengan sewenang-wenangnya dihapuskan.

Kalau tulisan jawi dihapuskan apalah sangat dengan vedioklip sajak kematian yang hanya salah satu alat yang boleh memberi kepada orang islam terhadap betapa pentingnya mengingat seksa kubur.

Apa sudah jadi dengan orang Islam di negara ini? sehingga sekarang para pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam, masih tidak mahu Islam didaulatkan. Bukan setakat tidak mahumendaulatkan Islam malah mereka mempersenda sendakan Islam dengan begitu angkuh sekali.

Kalau sudah begitu, maka apa apa tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno yang jadi menteri adalah selarai dengan kehendak orang kafir dan bertentangan dengan orang Islam. itulah yang kita nampak dan menjadi realitinya.

Ada menteri yang mahu kepada islam, tetapi mereka ini tidak tahan lama. Percayalah. Yang lebih diberi ruang lebih lama mereka yang otaknya otak kafirisme. Sebab itu orang jahat dengan islam dilantik menjadi menteri, manakala yang ada roh islam sikit diketepikan.

Begitulah apa yang berlaku sekarang.Sesiapa sahaja yang jadi perdana menteri, perdana menteri itu mestilah selari dengan kehendak kafirisme. Perdana menteri itulah yang dapat bertahan lama.

Tuesday, November 11, 2008

Politik wang dalam Umno semakin membarah

Setakat ini 900 aduan politik wang telah diterima oleh lembaga disiplin Umno.Ianya telah dijelaskan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

Dalam pada itu, Tengku Ahmad Rithauddeen, meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang.

Ianya disifatkan paling serius berbanding sebelum ini yang dikatakan sudah parah dan membarah itu walaupun sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang.

Malang sekali kerana dalam permilihan tahun ini lebih banyak aduan diterima berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu yang membabitkan Tan Sri Isa Samad yang menang jawatan naib presiden Umno di gantung keahliannya selama tiga tahun

Datuk Seri Mohd najib Razak dalam ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung bahagian Umno Pekan berkata bahawa ada aduan palsu yang dibuat oleh orang yang tidak bertangungjawab semata mata untuk menjatuhkan seseorang.

Kenyataan seumpama itu mengambarkan bahawa 900 aduan politik wang di terima oleh lembaga disiplin Umno yang di pengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen itu tidak semuanya betul dan boleh dijadikan asas kerana ada yang palsu.

Yang peliknya macam mana Datuk Seri Mohd Najib Razak boleh buat kenyataan dan sudah mengetahui adanya aduan palsu, sedangkan pihak lembaga disiplin Umno belum menyiasat lagi.

Ini menunjukan bahawa kenyataan yang dibuat itu semacam ada perkara yang tak kena “tersurat” dan yang tak kena “tersirat” yang seolah olah membabitkan dirinya sendiri.Kalau tidak mana mungkin beliau bercakap demikian.

Zaman Tun Dr Mahathir Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak dibenar menyiasat politik wang dalam Umno. Tetapi zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan BPR menyiasat.

Ini menunjukkan Umno tidak bersungguh sungguh membenteras rasuah politik sepertimana disebut oleh Dr Rais Yatim. Dengan kata lain para pemimpin Umno sememangnya tidak mahu rasuah politik dihapuskan.

Mengapa Tun Dr Mahathir tidak membenarkan BPR menyiasat dan mengapa Datuk Abdullah Ahmad Badawi membenarkan?

Pelbagai andaian timbul. Oleh kerana politik wang dalam Umno sudah menjadi amalan para pemimpin Umno, hatta diperingkat ketua cawangan sekalipun. Apa tah di peringkat yang lebih tinggi.

Sudah begitu ramai para pemimpin umno yang dikenakan tindakan sama ada di gantung keahliannya dan dipecat. Termasuk Naib presiden Umno Datuk Seri Isa Samad dan ketua Umno bahagian Kota Baharu Datuk Zahid Ibrahim.

Beberapa orang para pemimpin Umno peringkat negeri dan bahagian di pecat, termasuk Ketua pemuda Bahagian Setiu dipecat, tetapi masih aktif dalam Umno.

Disini dapatlah kita buat kesimpulan mengapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan BPR menyiasat politik wang dalam Umno dan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya.

Barangkali Tun Dr Mahathir tidak mahu kehilangan para pemimpin, terutama sekali kroni-kroninya. Kalau kroninya tiada sudah tentu tiada lagi kekuatannya. Itulah bentang presiden Umno dan perdana menteri.

Sebab itu Tun Dr mahathir boleh tahan lama selama 22 tahun menjadi presiden Umno dan perdana menteri. Tun Hussein On tidak tahan lama lama dek kerenah Tun Dr Mahathir.

Tun Musa Hitam tidak tahan lama jadi timbalan perdana menteri dan mungkin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga demikian. Jika pelan peralihan kuasa yang diakan dibuat pada tahun 2010 telah berubah tarikh kepada Mac 2009 maka usia menjadi perdana menteri ke lima ini hanya lebih kurang enam tahun sahaja masanya.

Atas sebab itulah beliau mahu supaya BPR menyiasat politik wang dalam Umno dengan berkata wang bukan jadi ukuran dan ia bukan pemimpin yang tulen.Apa ada pada ketulenan jika tiada iman.

Tulen juga bukan jadi ukuran. Tapi nampaknya wanglah yang menjadi ukuran para pemimpin umno. Sebab itu politik wang semakin membarah. Mereka tidak peduli akan tindakan yang akan dikenakan.

Yang penting bagi mereka dunia politik adalah tempat yang boleh mereka jadi Rayaraya. Malah dalam politik mereka dapat kumpul harta. Sejarah telah membuktikan kebanyakan orang politik jadi jutawan.

Satu penggal sahaja jadi wakil rakyat, ahli parlimen, Exco, timbalan menteri dan menteri. Apa tah lagi jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Mereka ini memiliki harta bertimbung timbung.

Kalau diperingkat negeri seorang wakil rakyat biasa yang baru sahaja satu penggal sudah ada rumah mewah yang berharga jutaan ringgit kereta Mercedes E200 komposser. Seorang Exco sudah ada istana dan berpuluh-puluh buah kereta mewah.

Jika dilihat eposid ini mereka seolah-olah tidak ingat yang mereka akan mati dan ditanya apa perihal kehidupan diatas muka bumi yang semantara ini. Mereka solah-olah tidak takut dengan azab yang dijanjikan.

Mereka seolah-olah tidak kenal halal dan haram.Kalau mereka kenal akan halal haram dosa pahala dan syurga neraka, mana mungkin mereka tergamak beramal dengan politik wang.

Kita sebagai orang Islam, yang boleh menyelamatkan kita ialah agama kita. Politik wang tidak dilarang oleh mana mana peribadi. Apa tah lagi hawa nafsu. Sebab itu Allah melarang manusia menggunakan hawa nafsu.

Hari ini nampaknya bukan orang biasa sahaja yang menggunakan “hawa nafsu”, malah alim ulama’ pun turut menggunakan “hawa nafsu”. Apa tah lagi para pemimpin Umno yang tolak Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mereka ada hujah dan segala amalan yang mereka lakukan itu juga ada asasnya, kerana ada ulama’ yang jadi setan bisu dalam perkara halal haram, dalam perkara dosa pahala.

Malah ada ulama’ di Malaysia ini yang berpegang tidak pernah solat seumar hidup pun, tidak pernah keluar zakat seumar hidup pun, tidak pernah puasa seumar hidup pun, tetapi mereka mengucap dua kalimah syahadat mereka tetap seorang Islam dan ada cam masuk syurga.

Dimana letaknya hadis Rasulullah SAW yang menyatakan “tinggal solat dengan sengaja kafir”. Jadi bagaimana pula untuk menghapus amalan politik wang yang membarah itu.

Sunday, November 9, 2008

adil tetapi zalim

kata Mohd Najib Razak
kita kena adil
dan berlaku adil
terhadap sesiapa
hatta
pembangkang sekalipun
kita kena adil
pasti berlaku adil
adil
kita beri wang
sekolah jenis kebangsaan china
RM lima puluh juta
kita beri wang
sekolah jenis kebangsaan Tamil
RM lima puluh juta
kita beri wang
sekolah kebangsaan kita
RM lima puluh juta

adil tetapi zalim
masakan tidak
kerana bilangan sekolah jenis kebangsaan china
sekolah jenis kebangsaan Tamil
sedikit bilanganya
berbanding sekolah Kebangsaan kita
demikian para pelajarnya.

Ini bukan adil tetapi zalim
kerana Umno parti
pengkhianat bangsa
di minta betis diberi peha
diminta peha
habis diberinya
hatta maruahnya
hatta bangsanya
hatta agamanya

Adil kah kita
adil tetapi zalim.

Saturday, November 8, 2008

Zakat untuk orang kafir?

Baru baru ini dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Sebelum ini Mohamad Sabu Naib Presiden PAS pernah mencadangkan supaya wang zakat disalurkan kepada orang bukan Islam (kafir). Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah juga mencadangkan demikian.

Kita tidak tahu mengapa mereka itu membuat cadangan seumpama itu, sedangkan zakat telah ditetapkan dengan lapan asnaf sahaja termasuk “mualaf” iaitu orang kafir yang sudah memeluk Islam.Bermakna mereka adalah Islam. Namun mualaf ini boleh disalurkan wang zakat.

Mufti Dr Asri Zainal Abidin berkata pemberian yang zakat itu ialah untuk menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam.Mengapa beliau berkata demikian? Sedangkan “mualaf” iaitu sudah jadi Islam.Bukan sudah jadi Melayu sepertimana pernah didakwa sebagai "masuk Melayu".

Ada sebab dan asas yang kukuh mengapa ada pihak mengatakan mualaf itu masuk Melayu. Alasannya ialah motif mereka memeluk Islam semata-mata hendak berkahwin dengan orang Melayu.

Adalah tersangat wajar mereka di labelkan demikian. Kerana kebanyakan orang kafir yang memeluk Islam tidak beramal dengan rukun Islam yang lima apa tah lagi hendak beramal dengan rukun iman yang enam

Sehubungan dengan itu, ada pihak menuding jari bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak amanah dengan bidang tugas dakwah, sehingga kebanyakan mualaf dibiarkan terumbang ambing. Malah ramai pula yang turut murtad.

Inilah yang ditakuti oleh Mufti Perlis yang liberal itu.maka katanya wang zakat boleh menjinakan orang bukan Islam. Bermakna wang zakat boleh disalurkan atas tujuan agar mualaf jinak dengan Islam dan tidak murtad.

Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik. Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.

Dr. Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.
Beliau menegaskan bahawa ia merupakan soalan (kemusykilan) bukan usul. Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak cadangan tersebut dari dilaksanakan dalam negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ketika ini.

Keseluruhan asnaf yang layak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah hanya kepada orang-orang Islam sahaja. Ia termaktub dengan jelas di dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan ibnu sabil. (Yang demikian itu) sebagai satu ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Taubah ayat 60)

berdasarkan pada ayat diatas ada orang berpendapat amat naif sekali pandangan yang menyatakan agar zakat turut diberi kepada orang-orang kafir. Inilah akibatnya apabila konsep keadilan yang sama rata yang terdapat dalam fahaman sosialis ingin diterapkan ke dalam Islam.

‘Keadilan’ di dalam Islam langsung tidak sama dengan ‘keadilan’ yang ada di dalam Ideologi cipta manusia. Keadilan dalam Islam bukan bergantung pada kesamaan dalam hal material yang dibahagikan kepada seseorang walaupun ianya makna keadilan yang terdapat di dalam Ideologi Sosialis mahupun Kapitalis.

ada juga yang berpendapat Islam memandang bahawa dua bahagian kepada anak lelaki dan satu bahagian kepada anak perempuan dalam masalah pusaka adalah adil.Ini pun masih ada orang mempertikaikan.

Bukan setakat mempertikaikan malah negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang jelas bercanggah dengan Islam, tetapi tetap dijadikan pegangan walaupun salah.Kita kena ingat bahawa umat Muhammad ada 73 puak. Puak puak ini sudah berbeza sama sekali dalam banyak perkara.Hatta ada yang mempertikaikan ayat-ayat Allah dan juga hadis nabi. Malah kelihatan mereka ini lebih bijak daripada Allah dan Nabi.

Ada yang berpendapat bahawan Islam memandang aurat lelaki, dari pusat ke lutut dan aurat perempuan, adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka. Tetapi masih ada orang yang mengaku Islam mempertikaikan dengan pelbagai alasan dan hujah walaupun hujjah itu adalah hujah hawa nafsu yang dilarang oleh Islam.

Ada yang berpendapat Islam memandang bahawa lelaki boleh kahwin sehingga empat manakala perempuan satu sahaja adalah adil. Tetapi masih ada yang mempertikaikan dengan mengatakan itu bukan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga.

Dengan kata lain, keadilan di dalam Islam adalah dengan mengikuti setiap perintah dan larangan Allah, walaupun hak dan pembahagian tersebut tidak sama pada pandangan manusia. Hal ini berbeza dengan Ideologi Sosialis mahupun Kapitalis yang mengukur keadilan menggunakan akal dan hawa nafsu.

Jadi cadangan supaya wang zakat diagihkan kepada orang kafir adalah datang dari tuntutan hawa nafsu,. Termasuk apa yang dikatakan oleh Dr Asri Zainal Abidin, mufti Perlis itu.

Saidina Omar r.a pernah berkata, dia bimbang, kerana suatu masa nanti ulamak juga akan menggunakan hawa nafsu dalam memutuskan hukum hakam. Jadi tidak hairanlah dengan apa yang dicadangkan bahawa wang zakat hendak diagihkan kepada orang bukan Islam, kerana mereka baik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Mohamad Sabu naib Presiden PAS terdiri daripada orang buta al Quran.

Kita juga tidak hairan dengan tindakan mereka itu, kerana adalah suatu kelaziman apabila berkawan dengan orang bukan islam, mahu tidak mahu wajib ada satu usaha untuk mengambil hati atau menawan hati-hati boleh bukan islam yang kita percaya, sedangkan dalam islam dilarang berpcata pada orang kafir hatta dia itu seorang Dr pakar sekalipun.

Kita juga tidak hairan kenapa boleh berlaku demikian? Kerana Rasulullah Saw pernah berkata umat ku terbahagi kepada 73 puak. Apabila sebut sahaja banyak “puak” sudah sudah bebeza satu sama lain sepertimana kata orang tua tua rambut sama hitam tapi hati lain lain.

Dalam Islam, orang Islam diwajibkan zakat dan zakat ini dikhaskan kepada lapan asnaf manakala orang kafir diwajibkan membayar jizyah dan pungutan jizyah inilah yang sepatutnya diagihkan kepada orang bukan Islam (Kafir). Kafir pula terbahagi kepada 72 puak yang pasti sekarang kafir itu ada dua - satu “zimmi” dan “arbi”.

Walaupun Rasulullah pernah mengatakan sesiapa yang khianat kepada zimmi maka dia mengkhianati aku. Apakah kafir yang ada hari ini sudah jadi kafir zimmi dan tidak lagi Arbi?

Pengiraan zakat telah tetap caranya, manakala jumlah jizyah bergantung pada pendapat Khalifah selaku ketua negara. Walaupun jumlah kedua tidak sama,Malah jumlah punggutan cukai negera lebih besar berbanding dengan punggutan zakat iaitu sebanyak 56 bilion satu satu tahun namun ini adalah tidak adil kerana tidak ada bahgian khusus untuk diagihkan kepada orang bukan Islam yang miskin sepertimana yang ditetap oleh zakat.

Islam mengukur keadilan berdasarkan hukum wahyu, bukan hukum akal dan nafsu. Justeru, apa sahaja hukum yang ditetapkan oleh Allah, maka itu adalah adil bagi manusia. Sebagai Muslim, kita mesti ingat bahawa Allah adalah Pencipta Manusia, Pembuat Hukum, Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Oleh itu, apa sahaja yang diputuskan oleh Allah yang berupa hukum-hukum syarak bagi manusia, maka kesemuanya adalah adil. Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah zalim sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang orang Yahudi dan (dengannya juga) ulamak mereka dan pendita penditanya (menjalankan hokum Allah) sebab mereka diamanahkan memerlihara dan menjalankan hukum hukum dari kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang pengubahan). Oleh itu jangan kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKU (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahku) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan ) ayat-ayatku dengan harga yang sedikit(kerana mendapat rasuah pangkat dan lain lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang orang kafir.”(Surah Al Maidah ayat 44).

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (surah Al Maidah ayat 45)- “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang orang yang fasik” (surah Al Maidah ayat 47)

Tidak memberi wang zakat kepada orang kafir suatu hukum yang telah ditetap oleh Allah, maka memberi zakat kepada orang kafir atas alasan dan tujuan hendak memjinak jinak oleh bukan Islam ialah suatu hukum (menghukum boleh atau menghalalkan) maka mereka yang berbuat demikian adalah terdiri daripada orang-orang kafir, zalim dan fasik.

Jika direnung dengan teliti, pandangan supaya wang zakat diagihkan kepada orang bukan Islam ini juga merupakan manifestasi dari fahaman liberalisme yang sedang menular di kalangan umat Islam. Ia cuba meliberalkan semua perkara termasuklah hukum-hukum Allah yang qat’ie sifatnya. Idea yang dicanangkan oleh Barat ini telah mendapat tempat di kalangan orang-orang Islam yang atas ilmu Islam.

Oleh kerana terlalalu luas pengetahuan agama di kalangan umat Islam itu sendiri, maka fahaman dan pemikiran asing yang merosakkan Islam boleh bercambah dengan suburnya. Hukum akal dan hawa nafsu diutamakan dan didewa -dewakan, manakala hukum wahyu ditinggalkan. Malang sungguh bagi umat Islam kerana di kalangan mereka, terdapat golongan seperti ini yang menjadi pemimpin termasuk ulamak dan mufti.

Friday, November 7, 2008

Ahmad Said antara prestasi dan emosi

Kabinet Malaysia akan di rombak dalam masa terdekat ini. Begitulah berita yang bertiup kencang beberapa hari ini.Rombakan itu akan dibuat atas sebab beberapa orang menteri dan timbalan menteri MCA yang kalah dalam pertandingan di perhimpunan agung parti itu tidak lama dahulu.

Walau bagaimana pun Kabinet Malaysia pasti akan dirombak, kerana menteri dan timbalan menteri yang “kalah” dianggap oleh parti berkenaan tidak layak memegang sebarang jawatan didalam Kabinet.

Zaman Tun Mahathir Mohammad menjadi perdana Menteri tidak demikian, kerana salah seorang ahli MIC yang tidak bertanding dalam pilihanraya umum dilantik sebagai timbalan menteri miskipun tidak di persetuju oleh Presidennya.

Demikian juga dizaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Orang yang tidak bertanding pun dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Jadi apa salahnya menteri dan timbalan menteri MCA yang kalah itu dikekalkan.

Lain pula ceritanya dengan apa yang berlaku di Terengganu kini. Gamat dan Riuh rendah sekali orang membicarakan pasal kepelikan yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.

Memang pelik macam mana orang yang menang sebagai ketua dalam pertandingan mesyuarat agung UMNO bahagian dikatakan akan di pecat dari jawatan EXCO. Dalam MCA orang menang wajib naik menjadi menteri. Tetapi di Terengganu orang yang menang besar dan bergaya itu dikatakan akan dipecat.

Pelik juga. Tetapi dalam politik tidak ada perkara yang pelik, malah perkara mustahil pun kadang-kadang boleh berlaku dengan sewenang-wenangnya.Ini pula pasal tukar dan pecat orang yang dianggap tidak sebulu.Itulah kuasa yang ada pada seorang Menteri Besar.

Menteri Besar boleh buat apa sahaja yang dia suka, miskipun kadang-kadang jelas kelihatan ianya bercanggah dengan kerasionalannya.Inilah yang dikatakan politik dan begitulah nasib orang politik.

Kalau dahulu Datuk Seri Idris Jusoh yang pecat tok iman dan bilal yang dilantik oleh kerajaan PAS, termasuk beberapa orang pegawai kerajaan yang sokong PAS juga turut dipecat dan perlakukan sedemikian rupa.

Tetapi kini Ahmad Said pula yang nampaknya semacam hendak mengamuk sesama sendiri apabila ada orang tidak ikut perintah, wal hal tindakan pecat memecat itu boleh memecahbelah Umno itu sendiri.

Adalah wajar dakwaaan setengah orang Umno bahawa UMNO kini “macam telur diujung tanduk”. Masa kan tidak? Kita boleh lihat apa yang sudah berlaku pada pilihanraya lepas. Memang kelihatan telur yang ada diujung tanduk itu hampir hampir hendak jatuh.Hanya tunggu masa sahaja untuk jatuh.

Ini bukan pasal orang yang tidak sebulu sahaja yang akan menjadi mangsa, tetapi yang langgar perintah sepertimana YB Yahaya Khatib Mohamad, ADUN Pengkalan Beranggan yang juga pengerusi jawatankuasa pembangunan infrastuktur dan kemudahan awam negeri, yang menang bergaya sebagai ketua Umno Bahagian Marang akan menerima nasib yang sama,

Langgar perintah dianggap oleh Ahmad Said sebagai orang yang lawan “tauke”dan adalah sangat tidak layak jadi EXCO yang membuat dan memutusakan dasar kerajaan.

Kita tahu dalam kerajaan, jika seseorang pegawai yang langgar perintah Am boleh di pecat kerana ia dianggap boleh mengancam prestasi kerja. Barangkali atas sebab itulah Ahmad Said tidak akan membiarkan YB Yahaya Khatib Mohamad mengancam kerajaan yang diterajuinya.

Bermakna YB Yahaya Khatib Mohamad tidak akan tersenarai sebagai EXCO kerajaan pada siri rombakan itu nanti.Bukan YB Yahaya Khatib seorang sahaja yang terbabit.Malahan dikatakan Asha’ari Idris ADUN Langkap dan yang juga Pengerusi Jawatankuasa kebajikan pembangunan masyarakat dan wanita negeri turut menjadi mangsa.

Persoalan yang timbul kini siapa pula yang akan dilantik sebagai EXCO mengganti YB Yahaya Khatib Mohamad, yang mengalahkan “Giant killer” Datuk Abdul Rahman Abu Bakar dengan majoriti 196 undi.

YB Alias Abdullahkah yang akan dilantik? Alias Abdullah ADUN Alor Limbat, yang juga timbalan YB Yahaya awal-awal lagi telah menyatakan yang beliau tetap di belakang Ketuanya.Beliau dikatakan mmberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Bermakna berdiri teguh walau dengan apa cara sekalipun.

Sudah tentu nama itu tidak akan ada dihati Ahmad Said, kerana orang yang bersekongkol dengan orang yang akan digugurkan itu mustahil diberi tempat untuk menduduk jawatan EXCO.

Kalau sekiranya nama Alias Abdullah tidak ada didalam hati menteri Besar yang panas baram itu bermakna tiada seorang pun EXCO dari daerah Marang.Namun demikian siapa pula garangan yang akan dilantik sebagai EXCO nanti.

Sudah tentu mereka itu ADUN luar dari daerah Marang yang barangkali sudah sedia ada dihati Ahmad Said.Nama Wan Hakim Wan Mukhtar ADUN Air Puteh dan Mohamad Pehimi Yusof ADUN Kota Putera telah disebut sebagai calon yang paling layak sebelum ini dilantik sebagai EXCO. Kalau bukan nama itu sudah tentu calonnya datang dari Kuala Nerus.

Nampaknya ADUN Dari Kuala Nerus yang bernasib baik nanti. Begitulah tuah manusia yang tiada siapa yang tahu. Lebih lebih lagi setakat ini sudah tidak ada lagi ADUN yang masih setia dengan Menteri Besar, hatta Kuala Nerus sudah punya dua orang EXCO.

Orang yang dikatakan akan dilantik itu kelihatan tidak pernah membantah misi dan visi Menteri Besar walaupun ianya melampau, termasuk cuba mencantas orang yang tidak sebulu dengannya.

Ahmad Said dalam suatu kenyataan pernah mengatakan edia tidak singkir sesiapa sebaliknya tindakan yang dilakukan semasa melantik EXCO dahulu sebagai suatu yang terbaik, miskipun ada beberapa orang yang menyokong Idris Jusoh yang terbaik dan masih boleh di pertimbangkan menjawat jawatan EXCO.

Tetapi malangnya mereka itu dinafikan haknya. Bayangkan apakah yang terjadi kepada kerajaan orang yang tidak layak dilantik sebagai EXCO, manakala yang layak dinafikan haknya.Jawapannya memang sudah sedia ada. Anda sedia maklum.

Sekarang kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri bahawa Ahmad said sendiri sedang berhadepan dengan permaslahan prestasi yang sangat rendah sehingga menyebabkan pihak kerajaan yang diterajui itu berada terumbang ambing.

Bukan itu sahaja malah soal bayaran kepada kontraktor terlewat sehingga ada kontraktor yang mendakwa sudah enam bulan mereka tidak mendapat bayaran kerja mengikut progress yang dijadualkan.

Saturday, November 1, 2008

Penganjuran piala monson cup Pulau Duyung bersih? Jangan tipu

Kita tidak tolak pengisytiharan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Mohammad Said Hamdan bahawa penganjuran piala monsoon Cup di Pulau Duyung sebagai “bersih” iaitu bebas daripada sebarang penyelewengan.

Memang kita boleh dakwa bahawa baju kita bersih “Putih” tidak terpelit dengan sebarang kekotoran. Persoalannya rakyat Terengganu rata rata tidak boleh menerima dengan apa ada dalam baju yang berwarna putih itu.

Putih memang putih. Tidak dapat dinafikan baju yang dipakai oleh seseorang itu berwarni putih dan bersih nampaknya, Bukan sahaja nampak putih dan bersih, malah dia adalah bersih dan sebersihnya.

Bersih pada baju tidak semestinya putih juga didalamnya. Lebih-lebih lagi siasatan yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah bukan atas nama aduan individu, tetapi atas nama laporan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS nnegeri Terengganu dan media yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said Menteri Terengganu.

Beliau berbuat demikian kerana tidak puashati dengan perjalanan piala monsoon Cup dan meminta Badan Pencegah Rasuah menyiasat.

Sama ada BPR menyiasat atau tidak kita tidak tahu. Tapi adalah kerja BPR dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan agar setiap penyelewengan disiasat dan diambil tindakan undang undang jika didapati ada asas yang kukuh.

Sejarah telah membuktikan ikan bilis sahaja nampaknya di siasat dan di dakwa, manakala ikan jerung, tidak dinafikan ada juga yang disiasat dan didakwa , tetapi mereka boleh bebas walapun jelas telah mengelapkan wang sebanyak RM78 juta.

Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas penganjuran piala monsoon cup di Pulau Duyung itu.

Kalau ikan bilis yang melakukannya sudah barang tentu ada yang didakwa walaupun tidak ada individu yang membuat aduan.Jika setakat maklumat sahaja sudah tentu tidak mendapat layanan dari BPR.

Ini telah dijelaskan sendiri oleh Pengarah BPR negeri Terengganu Sharuddin Sapian dalam satu kenayatan media baru-baru ini.

Individu manakah yang membuat aduan mengenai penganjuran piala monsoon cup di Pulau Duyung itu, sedangkan hampir semua para pemimpin Umno Terengganu berpendapat ia menguntungkan.

Kita lihat hari ini nampaknya Ahmad Said seorang sahaja yang mahu supaya penganjuran piala Moson cup itu disiasat.Manakala yang lain nampaknya telah mengambil sikap membisu seribu bahasa.

Kita tidak tahu mengapa boleh bertindak demikian, sebaliknya setuju penganjuran piala moson cup itu di teruskan. Pelik juga. Termasuk Ahmad Said yang kelihatan begitu bersamangat untuk memberhentikan.

Kini setelah didapati penganjuran piala monsoon Cup bersih keghiarahannya begitu terserlah agar ianya dapat diteruskan walaupun jelas tidak mamberi sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Duyong.

Ini menunjukkan Ahmad Said sendiri tidak “ikhlas” atau dengan kata lain tidak ada kesungguhan untuk membenteras gejala rasuah yang semakin parah dan sememangnya tidak dapat dipisah dengan orang Umno baik akar umbi mahu pun peringkat tertinggi.

Malahan gejala rasuah sudah menjadi darah daging orang Umno baik puncuk kepimpinan mahu pun akar umbi yang sedang diperalatkan untuk menaikkan seseorang presiden, timbalan Presiden, Naib presiden, MT, ketua Bahagian sekalipun dahulu hingga kini.

Bukan setakat itu sahaja malah diperingkat cawangan yang dikatakan akar umbi ini diperalatkan oleh seseorang yang berkepentingan untuk duduk diatas kerusi ketua cawangan dan ketua bahagian.

Atas sebab itulah rakyat Terengganu tidak yakin dengan kebersihan yang ada pada penganjuran piala monsoon cup itu.Mereka tidak percaya. Malah 48 peratus rakyat Terengganu tidak percaya ia bersih.

Kita boleh percaya dan yakin baju yang di pakai itu sahaja yang bersih, manakala yang didalam baju itu belum tentu bersih meski pun telah di isytiharkan sebagai bersih oleh ketua pengarah BPR Malaysia.

Bukan atas nama mereka yang tidak percaya itu pembangkang, tetapi atas kelaziman yang berlaku dan diperlakukan oleh para pemimpin Umno sejak dahulu hingga kini.

Kalau tidak mana mungkin baru sahaja menjadi adun sudah boleh bina rumah kediaman macam istana. Bukan setakat itu sahaja, malah kita boleh lihat sendiri kereta mewah yang di beli.

Bukan sebuah Mercedes E200 Compressor , malah memiliki dua tiga buah jenis kereta mewah yang lain di halaman rumah masing masing. Dari manakah mereka ambil wang sebanyak itu untuk membolehkan mereka hidup dalam zon semewah itu?


Itu apa yang ada pada ADUN bagaimana pula apa yang ada pada sesorang EXCO. Sudah pasti mereka lebih mewah berbanding adun biasa.
Jika kita lihat semua ini, maka adalah sangat wajar rakyat Terengganu mempertikaikan “bersih” yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah terhadap penganjuran piala Monsoon cup yang dikatakan dapat menjual nama negeri Terengganu ke peringkat antara bangsa itu.

Bayangkan kes itu hanya baru sahaja disiasat oleh Badan pencegah Rasuah atas permintaan Ahmad Said. Ini sudah tentu lojik di pertikainan oleh rakyat Terengganu miskipun kelihatan BPR begitu hebat kerana dapat menyelesaikan penyiasatan yang membabitkan wang sebanyak RM 230 juta.

Tak kan dalam masa tiga bulan pihak BPR dapat buat keputusan maktamad ia bersih dan putih melepak macam kain putih. Nampak sangat ianya dilakukan secara terburu buru tergesa dan layak dipertikaikan banyak pihak.

Barangkali ini juga dilakukan atas desakan pihak tertentu agar penganjuran piala monsoon cup dapat diteruskan pada 3 -7 Disember 2008 nanti.