Saturday, November 1, 2008

Penganjuran piala monson cup Pulau Duyung bersih? Jangan tipu

Kita tidak tolak pengisytiharan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Mohammad Said Hamdan bahawa penganjuran piala monsoon Cup di Pulau Duyung sebagai “bersih” iaitu bebas daripada sebarang penyelewengan.

Memang kita boleh dakwa bahawa baju kita bersih “Putih” tidak terpelit dengan sebarang kekotoran. Persoalannya rakyat Terengganu rata rata tidak boleh menerima dengan apa ada dalam baju yang berwarna putih itu.

Putih memang putih. Tidak dapat dinafikan baju yang dipakai oleh seseorang itu berwarni putih dan bersih nampaknya, Bukan sahaja nampak putih dan bersih, malah dia adalah bersih dan sebersihnya.

Bersih pada baju tidak semestinya putih juga didalamnya. Lebih-lebih lagi siasatan yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah bukan atas nama aduan individu, tetapi atas nama laporan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS nnegeri Terengganu dan media yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said Menteri Terengganu.

Beliau berbuat demikian kerana tidak puashati dengan perjalanan piala monsoon Cup dan meminta Badan Pencegah Rasuah menyiasat.

Sama ada BPR menyiasat atau tidak kita tidak tahu. Tapi adalah kerja BPR dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan agar setiap penyelewengan disiasat dan diambil tindakan undang undang jika didapati ada asas yang kukuh.

Sejarah telah membuktikan ikan bilis sahaja nampaknya di siasat dan di dakwa, manakala ikan jerung, tidak dinafikan ada juga yang disiasat dan didakwa , tetapi mereka boleh bebas walapun jelas telah mengelapkan wang sebanyak RM78 juta.

Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas penganjuran piala monsoon cup di Pulau Duyung itu.

Kalau ikan bilis yang melakukannya sudah barang tentu ada yang didakwa walaupun tidak ada individu yang membuat aduan.Jika setakat maklumat sahaja sudah tentu tidak mendapat layanan dari BPR.

Ini telah dijelaskan sendiri oleh Pengarah BPR negeri Terengganu Sharuddin Sapian dalam satu kenayatan media baru-baru ini.

Individu manakah yang membuat aduan mengenai penganjuran piala monsoon cup di Pulau Duyung itu, sedangkan hampir semua para pemimpin Umno Terengganu berpendapat ia menguntungkan.

Kita lihat hari ini nampaknya Ahmad Said seorang sahaja yang mahu supaya penganjuran piala Moson cup itu disiasat.Manakala yang lain nampaknya telah mengambil sikap membisu seribu bahasa.

Kita tidak tahu mengapa boleh bertindak demikian, sebaliknya setuju penganjuran piala moson cup itu di teruskan. Pelik juga. Termasuk Ahmad Said yang kelihatan begitu bersamangat untuk memberhentikan.

Kini setelah didapati penganjuran piala monsoon Cup bersih keghiarahannya begitu terserlah agar ianya dapat diteruskan walaupun jelas tidak mamberi sebarang manfaat kepada rakyat Pulau Duyong.

Ini menunjukkan Ahmad Said sendiri tidak “ikhlas” atau dengan kata lain tidak ada kesungguhan untuk membenteras gejala rasuah yang semakin parah dan sememangnya tidak dapat dipisah dengan orang Umno baik akar umbi mahu pun peringkat tertinggi.

Malahan gejala rasuah sudah menjadi darah daging orang Umno baik puncuk kepimpinan mahu pun akar umbi yang sedang diperalatkan untuk menaikkan seseorang presiden, timbalan Presiden, Naib presiden, MT, ketua Bahagian sekalipun dahulu hingga kini.

Bukan setakat itu sahaja malah diperingkat cawangan yang dikatakan akar umbi ini diperalatkan oleh seseorang yang berkepentingan untuk duduk diatas kerusi ketua cawangan dan ketua bahagian.

Atas sebab itulah rakyat Terengganu tidak yakin dengan kebersihan yang ada pada penganjuran piala monsoon cup itu.Mereka tidak percaya. Malah 48 peratus rakyat Terengganu tidak percaya ia bersih.

Kita boleh percaya dan yakin baju yang di pakai itu sahaja yang bersih, manakala yang didalam baju itu belum tentu bersih meski pun telah di isytiharkan sebagai bersih oleh ketua pengarah BPR Malaysia.

Bukan atas nama mereka yang tidak percaya itu pembangkang, tetapi atas kelaziman yang berlaku dan diperlakukan oleh para pemimpin Umno sejak dahulu hingga kini.

Kalau tidak mana mungkin baru sahaja menjadi adun sudah boleh bina rumah kediaman macam istana. Bukan setakat itu sahaja, malah kita boleh lihat sendiri kereta mewah yang di beli.

Bukan sebuah Mercedes E200 Compressor , malah memiliki dua tiga buah jenis kereta mewah yang lain di halaman rumah masing masing. Dari manakah mereka ambil wang sebanyak itu untuk membolehkan mereka hidup dalam zon semewah itu?


Itu apa yang ada pada ADUN bagaimana pula apa yang ada pada sesorang EXCO. Sudah pasti mereka lebih mewah berbanding adun biasa.
Jika kita lihat semua ini, maka adalah sangat wajar rakyat Terengganu mempertikaikan “bersih” yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah terhadap penganjuran piala Monsoon cup yang dikatakan dapat menjual nama negeri Terengganu ke peringkat antara bangsa itu.

Bayangkan kes itu hanya baru sahaja disiasat oleh Badan pencegah Rasuah atas permintaan Ahmad Said. Ini sudah tentu lojik di pertikainan oleh rakyat Terengganu miskipun kelihatan BPR begitu hebat kerana dapat menyelesaikan penyiasatan yang membabitkan wang sebanyak RM 230 juta.

Tak kan dalam masa tiga bulan pihak BPR dapat buat keputusan maktamad ia bersih dan putih melepak macam kain putih. Nampak sangat ianya dilakukan secara terburu buru tergesa dan layak dipertikaikan banyak pihak.

Barangkali ini juga dilakukan atas desakan pihak tertentu agar penganjuran piala monsoon cup dapat diteruskan pada 3 -7 Disember 2008 nanti.

No comments: