Baru baru ini dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.
Sebelum ini Mohamad Sabu Naib Presiden PAS pernah mencadangkan supaya wang zakat disalurkan kepada orang bukan Islam (kafir). Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah juga mencadangkan demikian.
Kita tidak tahu mengapa mereka itu membuat cadangan seumpama itu, sedangkan zakat telah ditetapkan dengan lapan asnaf sahaja termasuk “mualaf” iaitu orang kafir yang sudah memeluk Islam.Bermakna mereka adalah Islam. Namun mualaf ini boleh disalurkan wang zakat.
Mufti Dr Asri Zainal Abidin berkata pemberian yang zakat itu ialah untuk menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam.Mengapa beliau berkata demikian? Sedangkan “mualaf” iaitu sudah jadi Islam.Bukan sudah jadi Melayu sepertimana pernah didakwa sebagai "masuk Melayu".
Ada sebab dan asas yang kukuh mengapa ada pihak mengatakan mualaf itu masuk Melayu. Alasannya ialah motif mereka memeluk Islam semata-mata hendak berkahwin dengan orang Melayu.
Adalah tersangat wajar mereka di labelkan demikian. Kerana kebanyakan orang kafir yang memeluk Islam tidak beramal dengan rukun Islam yang lima apa tah lagi hendak beramal dengan rukun iman yang enam
Sehubungan dengan itu, ada pihak menuding jari bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak amanah dengan bidang tugas dakwah, sehingga kebanyakan mualaf dibiarkan terumbang ambing. Malah ramai pula yang turut murtad.
Inilah yang ditakuti oleh Mufti Perlis yang liberal itu.maka katanya wang zakat boleh menjinakan orang bukan Islam. Bermakna wang zakat boleh disalurkan atas tujuan agar mualaf jinak dengan Islam dan tidak murtad.
Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik. Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.
Dr. Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan perkara itu ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.
Beliau menegaskan bahawa ia merupakan soalan (kemusykilan) bukan usul. Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak cadangan tersebut dari dilaksanakan dalam negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ketika ini.
Keseluruhan asnaf yang layak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah hanya kepada orang-orang Islam sahaja. Ia termaktub dengan jelas di dalam Al-Quran,
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan ibnu sabil. (Yang demikian itu) sebagai satu ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Taubah ayat 60)
berdasarkan pada ayat diatas ada orang berpendapat amat naif sekali pandangan yang menyatakan agar zakat turut diberi kepada orang-orang kafir. Inilah akibatnya apabila konsep keadilan yang sama rata yang terdapat dalam fahaman sosialis ingin diterapkan ke dalam Islam.
‘Keadilan’ di dalam Islam langsung tidak sama dengan ‘keadilan’ yang ada di dalam Ideologi cipta manusia. Keadilan dalam Islam bukan bergantung pada kesamaan dalam hal material yang dibahagikan kepada seseorang walaupun ianya makna keadilan yang terdapat di dalam Ideologi Sosialis mahupun Kapitalis.
ada juga yang berpendapat Islam memandang bahawa dua bahagian kepada anak lelaki dan satu bahagian kepada anak perempuan dalam masalah pusaka adalah adil.Ini pun masih ada orang mempertikaikan.
Bukan setakat mempertikaikan malah negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang jelas bercanggah dengan Islam, tetapi tetap dijadikan pegangan walaupun salah.Kita kena ingat bahawa umat Muhammad ada 73 puak. Puak puak ini sudah berbeza sama sekali dalam banyak perkara.Hatta ada yang mempertikaikan ayat-ayat Allah dan juga hadis nabi. Malah kelihatan mereka ini lebih bijak daripada Allah dan Nabi.
Ada yang berpendapat bahawan Islam memandang aurat lelaki, dari pusat ke lutut dan aurat perempuan, adalah keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka. Tetapi masih ada orang yang mengaku Islam mempertikaikan dengan pelbagai alasan dan hujah walaupun hujjah itu adalah hujah hawa nafsu yang dilarang oleh Islam.
Ada yang berpendapat Islam memandang bahawa lelaki boleh kahwin sehingga empat manakala perempuan satu sahaja adalah adil. Tetapi masih ada yang mempertikaikan dengan mengatakan itu bukan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga.
Dengan kata lain, keadilan di dalam Islam adalah dengan mengikuti setiap perintah dan larangan Allah, walaupun hak dan pembahagian tersebut tidak sama pada pandangan manusia. Hal ini berbeza dengan Ideologi Sosialis mahupun Kapitalis yang mengukur keadilan menggunakan akal dan hawa nafsu.
Jadi cadangan supaya wang zakat diagihkan kepada orang kafir adalah datang dari tuntutan hawa nafsu,. Termasuk apa yang dikatakan oleh Dr Asri Zainal Abidin, mufti Perlis itu.
Saidina Omar r.a pernah berkata, dia bimbang, kerana suatu masa nanti ulamak juga akan menggunakan hawa nafsu dalam memutuskan hukum hakam. Jadi tidak hairanlah dengan apa yang dicadangkan bahawa wang zakat hendak diagihkan kepada orang bukan Islam, kerana mereka baik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Mohamad Sabu naib Presiden PAS terdiri daripada orang buta al Quran.
Kita juga tidak hairan dengan tindakan mereka itu, kerana adalah suatu kelaziman apabila berkawan dengan orang bukan islam, mahu tidak mahu wajib ada satu usaha untuk mengambil hati atau menawan hati-hati boleh bukan islam yang kita percaya, sedangkan dalam islam dilarang berpcata pada orang kafir hatta dia itu seorang Dr pakar sekalipun.
Kita juga tidak hairan kenapa boleh berlaku demikian? Kerana Rasulullah Saw pernah berkata umat ku terbahagi kepada 73 puak. Apabila sebut sahaja banyak “puak” sudah sudah bebeza satu sama lain sepertimana kata orang tua tua rambut sama hitam tapi hati lain lain.
Dalam Islam, orang Islam diwajibkan zakat dan zakat ini dikhaskan kepada lapan asnaf manakala orang kafir diwajibkan membayar jizyah dan pungutan jizyah inilah yang sepatutnya diagihkan kepada orang bukan Islam (Kafir). Kafir pula terbahagi kepada 72 puak yang pasti sekarang kafir itu ada dua - satu “zimmi” dan “arbi”.
Walaupun Rasulullah pernah mengatakan sesiapa yang khianat kepada zimmi maka dia mengkhianati aku. Apakah kafir yang ada hari ini sudah jadi kafir zimmi dan tidak lagi Arbi?
Pengiraan zakat telah tetap caranya, manakala jumlah jizyah bergantung pada pendapat Khalifah selaku ketua negara. Walaupun jumlah kedua tidak sama,Malah jumlah punggutan cukai negera lebih besar berbanding dengan punggutan zakat iaitu sebanyak 56 bilion satu satu tahun namun ini adalah tidak adil kerana tidak ada bahgian khusus untuk diagihkan kepada orang bukan Islam yang miskin sepertimana yang ditetap oleh zakat.
Islam mengukur keadilan berdasarkan hukum wahyu, bukan hukum akal dan nafsu. Justeru, apa sahaja hukum yang ditetapkan oleh Allah, maka itu adalah adil bagi manusia. Sebagai Muslim, kita mesti ingat bahawa Allah adalah Pencipta Manusia, Pembuat Hukum, Maha Mengetahui dan Maha Adil.
Oleh itu, apa sahaja yang diputuskan oleh Allah yang berupa hukum-hukum syarak bagi manusia, maka kesemuanya adalah adil. Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka dia adalah zalim sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang orang Yahudi dan (dengannya juga) ulamak mereka dan pendita penditanya (menjalankan hokum Allah) sebab mereka diamanahkan memerlihara dan menjalankan hukum hukum dari kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang pengubahan). Oleh itu jangan kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKU (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahku) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan ) ayat-ayatku dengan harga yang sedikit(kerana mendapat rasuah pangkat dan lain lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang orang kafir.”(Surah Al Maidah ayat 44).
“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (surah Al Maidah ayat 45)- “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang orang yang fasik” (surah Al Maidah ayat 47)
Tidak memberi wang zakat kepada orang kafir suatu hukum yang telah ditetap oleh Allah, maka memberi zakat kepada orang kafir atas alasan dan tujuan hendak memjinak jinak oleh bukan Islam ialah suatu hukum (menghukum boleh atau menghalalkan) maka mereka yang berbuat demikian adalah terdiri daripada orang-orang kafir, zalim dan fasik.
Jika direnung dengan teliti, pandangan supaya wang zakat diagihkan kepada orang bukan Islam ini juga merupakan manifestasi dari fahaman liberalisme yang sedang menular di kalangan umat Islam. Ia cuba meliberalkan semua perkara termasuklah hukum-hukum Allah yang qat’ie sifatnya. Idea yang dicanangkan oleh Barat ini telah mendapat tempat di kalangan orang-orang Islam yang atas ilmu Islam.
Oleh kerana terlalalu luas pengetahuan agama di kalangan umat Islam itu sendiri, maka fahaman dan pemikiran asing yang merosakkan Islam boleh bercambah dengan suburnya. Hukum akal dan hawa nafsu diutamakan dan didewa -dewakan, manakala hukum wahyu ditinggalkan. Malang sungguh bagi umat Islam kerana di kalangan mereka, terdapat golongan seperti ini yang menjadi pemimpin termasuk ulamak dan mufti.
No comments:
Post a Comment