Kabinet Malaysia akan di rombak dalam masa terdekat ini. Begitulah berita yang bertiup kencang beberapa hari ini.Rombakan itu akan dibuat atas sebab beberapa orang menteri dan timbalan menteri MCA yang kalah dalam pertandingan di perhimpunan agung parti itu tidak lama dahulu.
Walau bagaimana pun Kabinet Malaysia pasti akan dirombak, kerana menteri dan timbalan menteri yang “kalah” dianggap oleh parti berkenaan tidak layak memegang sebarang jawatan didalam Kabinet.
Zaman Tun Mahathir Mohammad menjadi perdana Menteri tidak demikian, kerana salah seorang ahli MIC yang tidak bertanding dalam pilihanraya umum dilantik sebagai timbalan menteri miskipun tidak di persetuju oleh Presidennya.
Demikian juga dizaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Orang yang tidak bertanding pun dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Jadi apa salahnya menteri dan timbalan menteri MCA yang kalah itu dikekalkan.
Lain pula ceritanya dengan apa yang berlaku di Terengganu kini. Gamat dan Riuh rendah sekali orang membicarakan pasal kepelikan yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.
Memang pelik macam mana orang yang menang sebagai ketua dalam pertandingan mesyuarat agung UMNO bahagian dikatakan akan di pecat dari jawatan EXCO. Dalam MCA orang menang wajib naik menjadi menteri. Tetapi di Terengganu orang yang menang besar dan bergaya itu dikatakan akan dipecat.
Pelik juga. Tetapi dalam politik tidak ada perkara yang pelik, malah perkara mustahil pun kadang-kadang boleh berlaku dengan sewenang-wenangnya.Ini pula pasal tukar dan pecat orang yang dianggap tidak sebulu.Itulah kuasa yang ada pada seorang Menteri Besar.
Menteri Besar boleh buat apa sahaja yang dia suka, miskipun kadang-kadang jelas kelihatan ianya bercanggah dengan kerasionalannya.Inilah yang dikatakan politik dan begitulah nasib orang politik.
Kalau dahulu Datuk Seri Idris Jusoh yang pecat tok iman dan bilal yang dilantik oleh kerajaan PAS, termasuk beberapa orang pegawai kerajaan yang sokong PAS juga turut dipecat dan perlakukan sedemikian rupa.
Tetapi kini Ahmad Said pula yang nampaknya semacam hendak mengamuk sesama sendiri apabila ada orang tidak ikut perintah, wal hal tindakan pecat memecat itu boleh memecahbelah Umno itu sendiri.
Adalah wajar dakwaaan setengah orang Umno bahawa UMNO kini “macam telur diujung tanduk”. Masa kan tidak? Kita boleh lihat apa yang sudah berlaku pada pilihanraya lepas. Memang kelihatan telur yang ada diujung tanduk itu hampir hampir hendak jatuh.Hanya tunggu masa sahaja untuk jatuh.
Ini bukan pasal orang yang tidak sebulu sahaja yang akan menjadi mangsa, tetapi yang langgar perintah sepertimana YB Yahaya Khatib Mohamad, ADUN Pengkalan Beranggan yang juga pengerusi jawatankuasa pembangunan infrastuktur dan kemudahan awam negeri, yang menang bergaya sebagai ketua Umno Bahagian Marang akan menerima nasib yang sama,
Langgar perintah dianggap oleh Ahmad Said sebagai orang yang lawan “tauke”dan adalah sangat tidak layak jadi EXCO yang membuat dan memutusakan dasar kerajaan.
Kita tahu dalam kerajaan, jika seseorang pegawai yang langgar perintah Am boleh di pecat kerana ia dianggap boleh mengancam prestasi kerja. Barangkali atas sebab itulah Ahmad Said tidak akan membiarkan YB Yahaya Khatib Mohamad mengancam kerajaan yang diterajuinya.
Bermakna YB Yahaya Khatib Mohamad tidak akan tersenarai sebagai EXCO kerajaan pada siri rombakan itu nanti.Bukan YB Yahaya Khatib seorang sahaja yang terbabit.Malahan dikatakan Asha’ari Idris ADUN Langkap dan yang juga Pengerusi Jawatankuasa kebajikan pembangunan masyarakat dan wanita negeri turut menjadi mangsa.
Persoalan yang timbul kini siapa pula yang akan dilantik sebagai EXCO mengganti YB Yahaya Khatib Mohamad, yang mengalahkan “Giant killer” Datuk Abdul Rahman Abu Bakar dengan majoriti 196 undi.
YB Alias Abdullahkah yang akan dilantik? Alias Abdullah ADUN Alor Limbat, yang juga timbalan YB Yahaya awal-awal lagi telah menyatakan yang beliau tetap di belakang Ketuanya.Beliau dikatakan mmberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Bermakna berdiri teguh walau dengan apa cara sekalipun.
Sudah tentu nama itu tidak akan ada dihati Ahmad Said, kerana orang yang bersekongkol dengan orang yang akan digugurkan itu mustahil diberi tempat untuk menduduk jawatan EXCO.
Kalau sekiranya nama Alias Abdullah tidak ada didalam hati menteri Besar yang panas baram itu bermakna tiada seorang pun EXCO dari daerah Marang.Namun demikian siapa pula garangan yang akan dilantik sebagai EXCO nanti.
Sudah tentu mereka itu ADUN luar dari daerah Marang yang barangkali sudah sedia ada dihati Ahmad Said.Nama Wan Hakim Wan Mukhtar ADUN Air Puteh dan Mohamad Pehimi Yusof ADUN Kota Putera telah disebut sebagai calon yang paling layak sebelum ini dilantik sebagai EXCO. Kalau bukan nama itu sudah tentu calonnya datang dari Kuala Nerus.
Nampaknya ADUN Dari Kuala Nerus yang bernasib baik nanti. Begitulah tuah manusia yang tiada siapa yang tahu. Lebih lebih lagi setakat ini sudah tidak ada lagi ADUN yang masih setia dengan Menteri Besar, hatta Kuala Nerus sudah punya dua orang EXCO.
Orang yang dikatakan akan dilantik itu kelihatan tidak pernah membantah misi dan visi Menteri Besar walaupun ianya melampau, termasuk cuba mencantas orang yang tidak sebulu dengannya.
Ahmad Said dalam suatu kenyataan pernah mengatakan edia tidak singkir sesiapa sebaliknya tindakan yang dilakukan semasa melantik EXCO dahulu sebagai suatu yang terbaik, miskipun ada beberapa orang yang menyokong Idris Jusoh yang terbaik dan masih boleh di pertimbangkan menjawat jawatan EXCO.
Tetapi malangnya mereka itu dinafikan haknya. Bayangkan apakah yang terjadi kepada kerajaan orang yang tidak layak dilantik sebagai EXCO, manakala yang layak dinafikan haknya.Jawapannya memang sudah sedia ada. Anda sedia maklum.
Sekarang kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri bahawa Ahmad said sendiri sedang berhadepan dengan permaslahan prestasi yang sangat rendah sehingga menyebabkan pihak kerajaan yang diterajui itu berada terumbang ambing.
Bukan itu sahaja malah soal bayaran kepada kontraktor terlewat sehingga ada kontraktor yang mendakwa sudah enam bulan mereka tidak mendapat bayaran kerja mengikut progress yang dijadualkan.
No comments:
Post a Comment