Sesiapa sahaja boleh bercakap kerana mulut mereka tidak boleh ditutup sepertimana mulut tempayan mengenai kos satu satu program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Terengganu.
Anda barangkali masih belum lupa, walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan orang Melayu mudah lupa. Apakah yang anda semua belum lupa?
Anda tidak lupa dengan kata kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said, bahawa segala projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri Terengganu ini tidak banyak yang dapat beri manfaat kepada rakyat.
Kalau tidak dapat memberi manfaat, sudah tentu ianya membazir namanya. Islam melarang pembaziran,kerana ianya amalan iblis dan setan pasti amat dibenci oleh Allah dan Rasulullah saw.
Dengar pada gaya dari aspek percakapan Menteri Besar Terengganu itu bahawa beliau tidak suka dengan pembaziran yang berlaku.Malah boleh kita simpulkan yang beliau sangat anti-pembaziran.
Apakah benar Ahmad Said tidak suka berlakunya pembazir. Persoalannya kalau beliau anti- pembaziran mana mungkin kos bungi api semasa perasmian kuda lasak dunia dikatakan sebanyak RM 48 juta.
Ada yang mengatakan banyaknya.Ramai orang Terengganu terkejut apabila ada cerita (kahbar angin) bertiup bahawa harga bunga api semasa rasmi kuda lasak dunia yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak baru baru ini sebanyak RM 48 juta.
Akan tetapi ramai juga yang tidak terkejut langsung, kerana memang kos penganjuran sukan bertaraf dunia mesti mahal, lebih lebih lagi sukan kuda lasak itu bertaraf antara bangsa. Mana mungkin kosnya kecil.
Ada yang tidak percaya kos bunga api sebanyak itu, malah mungkin lebih mahal dari yang jadi kahbar angin itu. Ada yang berkata bukan RM 48 juta, tetapi RM 84 juta baru sesuai dengan sukan bertaraf dunia.
Betul juga kata mereka itu, kerana angka RM 48 juta apalah sangat dengan penganjuran sukan kuda lasak dunia, berbanding dengan sukan SUKMA tidak lama dahulu. Persiapan penganjurannya seperti membina satu Stadium bertutup dan stadium terbuka sudah menelan kos RM 550 juta.
Berbalik pasal kos bunga api yang dikatakan termahal itu, ada yang berkata, ada lebih baik wang sebanyak itu diberi kepada orang miskin untuk membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan.
Lebih-lebih lagi kerajaan sudah buat target sasar bahawa tahun 2015 Terengganu bebas kemiskinan tegal.bermakna tidak orang miskin lagi di negeri Terengganu darul Iman ini. Itu baru ada asas kukuh untuk membebaskan orang miskin. Ini RM 4.6 juta bantu ganti atap rumah orang miskin. Itu pun dilaksanakan secara pilihkasih.
Lihat bantuan RM 200 kepada nelayan. Ianya dilakasanakan secara tidak betul. Ada yang dapat dan ada yang tercicir. Demikian juga dengan duit raya yang janjinya akan diberi selepas hari raya, tetapi hingga sekarang habuk pun tidak ada, walaupun pihak kerajaan berjanji akan menyelesaikan kes itu dengan seberapa segera.
Ramai nelayan yang tercicir dan masih menuntut bayaran itu, agar dan meringan beban yang ditanggung, lebih-lebih lagi ketika menghadapi musim tengkujuh yang mula melanda Terengganu kini.
Ramai orang miskin termasuk nelayan berkata “tipu” kalau tidak mengapa hingga hari ini ramai kawan kawan masih belum dapat wang sebanyak RM 200 yang dijanjikan.
Kata sesetengah kami dipinggirkan, sebaliknya program yang jelas membazirkan wang rakyat lebih diutamakan.
Sesetengah mengatakan wang sebanyak RM 48 juta adalah suatu jumlah yang kecil berbanding dengan peganjuran perahu layar dunia itu. Betul juga kata mereka itu.
Adalah sangat tidak munasabah harganya sebanyak itu, kerana pengulas TV 1 yang menyiarkan majlis perasmian secara langsung berkata “bunga api di Stadium Gong Badak hampir menyamai bunga api perasmian sukan olinpik Beijing di China tidak lama dahulu.
Kalau benar apa yang dikatakan itu, memang angka sebanyak RM 48 juta adalah terlalu kecil dan tidak munasabah, kerana bunga api di majlis perasmian sukan olinpik lebih berpretij berbanding sukan kuda lasak di Lembah Bedung Terengganu.
Sebut sahaja hampir hampir menyamai dengan bunga api di Beijing sudah tentu harganya bukan RM 48 juta. Kalau bukan RM 48 juta, barangkali RM 84 juta kot.
Tetapi kita ada dengar kos bunga api semasa perasmian kuda lasak dunia di Stadium Gong Badak Kuala Terengganu dikatakan RMN 48 juta. Ada yang mendakwa tidak munasabah.
Mengapa? Pertama kerana sukan itu adalah sukan bertaraf dunia. Kalau RM 84 juta boleh jadi ya, kerana kos penganjuran monsoon Cup ada yang kata RM 160 juta sahaja dan ada yang berkata RM 200 juta.
Mana satu yang betul kita tidak pasti kerana menteri besar ketika menjawap soalan lisan pembangkang lain jawapannya, manakala jawapan yang diberi oleh EXCO lain pula. Berbeza satu sama lain.
Adalah tidak salah jika ada orang berkata belanja bunga api semasa perasmian sukan kuda lasak dunia yang berlangsung baru baru ini sebanyak RM 48 juta dan tidak salah jika disebut sebanyak RM 84 juta jika disbanding dengan penganjuran perahu layar yang juga bertaraf dunia.
perihal ini pernah dijelaskan oleh Dr Alias Razak ADUN Bukit Tunggal mengenai bajet yang dikeluar pada satu satu penganjuran sukan bertarap dunia.
Kata beliau lagi, pihak kerajaan bukan sahaja sanggup berbohong kepada rakyat, malah bertindak nekad menyembunyikan kos satu satu projek yang dilaksanakan.
Bukan setakat itu sahaja malah banyak soalan semasa persidangan Dewan Undangan negeri dari pembangkang dijawap tidak tepat.Banyak soalan yang dikatakan sensitive ditolak bulat-bulat.
Demikian juga dengan kos pengajuran monsoon cup. Apa tah lagi penganjuran sukan kuda lasak dunia yang julung julung kali diadakan ini. Sudah tentu kosnya lebih mahal berbanding dengan penganjuran Monsun Cup.
penulis tidak percaya kerana wang sebanyak RM48 juta itu tidak manusabah dan begitu mahal.Apatah lagi dikatakan RM 84 juta.
No comments:
Post a Comment