Monday, May 22, 2017

Mengapa marah



Rasulullah SAW pesan umatnya jangan marah. jangan marah. jangan marah.Akan tetapi hari ini presiden Pas,Datuk Seri Haji Hadi Awang yang buat baik dengan umno dimarahi.dicaci dan dihina.

Bukan setakat doimarahi, malah ada yang sumpah seranah dan maki hamun dan ada yang kata itu dan ini dengan pelbagai gelaran huduh dan buruk. Nak sebut malu.

Walaupun Rasulullah saw berpesan sebanyak tiga kali agar jangan marah, bukan bermakna tidak boleh marah langsung.Boleh marah, tapi kena pada tempatnya, Wajib marah dengan orang buat jahat.

Marah dalam hati dengan orang orang yang buat jahat, tanda aras bahawa kita masih ada iman setebal selaput bawang. Maka marah kadang kadang kala jatuh wajib, haram dan harus.

Tidak marah langsung dengan orang orang yang jahat, bermakna kita redha dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Ada pula yang kata, kita tidak marah dengan mereka yang melakukan kejahatan. Macam macam pandapar yang telah sedang dan boleh kita dengar menerusi media maya.

Oleh itu, wajib marah agar mereka sedar dengan kelakuan buruk yang boleh menjejaskan sebuah parti dan kerajaan yang di terajui mereka.

Maka, marah ahli akar umbi terhadap presiden pas memang ada asas iaitu tidak boleh berbaik dengan pemimpin yang mungkar dan zalim.

Sesetengah ahli akar umbi mengatakan apa yang dilakukan prisedien Pas itu jelas bercanggah dengan pesan Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika menjawat jawatan musyidul Am pas.

Mengapa tidak? Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan jangan sekali kali percaya dengan umno. memang pun para pemimpin umno tidak boleh dipercayai kerana mereka bercakap tak serupa bikin.mereka kadang kadang berdusta, sedangkan berdusta itu amat dibenci oleh Rasulullah SAW.

Lihat Hadis diriwayat dari sayidatina Aishah yang bermaksud: tidak ada peribadi yang paling dibenci oleh Rasulullah SAW selain dari berdusta.

Bukan setakat berdusta, malah, mereka gembira dengan murka dan kebencian Allah. Ingat, jangan sekali kali kita gembira dengan murka dan kebencian Allah.

Akan tetapi jangan lupa dengan kata kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jadi isu di perbincangkan diperingkat pusat dan negari oleh Lujnah penerangan dan lujnah politik, implikasinya.

Apakah kata kata itu? Kata kata itu berbunyi: kalau umno mahu Islam kita bubar Pas.

Rasa rasa , inilah kata kata yang dijadikan pegangan presiden Pas yang sedang melayari bahtera parti  Islam se Malaysia itu.Sebab itu adakan silaturrahim dengan Perdana menteri Datuk Seri Mohd najib Razak

Beliau percaya umno parti orang melayu yang beragama Islam mahu kepada Islam. Buktinya, umno menyokong RUU355 yang di bentang oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awng di Parlimen Khamis (5 April 2017).

Atas sebab itulah Haji Hadi dan Mohd Najib ada hubungan jinak menjinak dan berkata,Kuasa politik orang melayu ada pada parti Pas dan umno. Jika mana mana parti nak tadbir Malaysia pilih pas atau umno. Kita terbuka kepada mana mana parti nak bersama dengan pas, syaratnya mahukan Islam.

Dahulu  pucuk kepimpinan pas boleh percaya dengan parti DAP butir tahi PAS yang penuh dengan tipu muslihat dan bertahaluf siyasi dan sanggup apa sahaja hatta demi politik untuk tumbangkan Umno/BN tak kan berbaik dengan umno yang mahukan islam tidak boleh.

Waktu bersama sama pakatan rakyat presiden pas boleh berkata, boleh kawan dengan yahudi dan yang tidaknya zionis. Manakala timbalan presiden Mat Sabu tergamak berkata, demi poitik agama boleh berkompromikan (politik menghalalkan cara. Bermakna halal/haram belakang kira.

Sehubungan dengan itu bagaimana pula dengan amanat Haji  Hadi yang mengatakan umno kafir. Ramai yang kata kena tarik balik perkataan pas kata umno kafir baru boleh berbaik baik dengan umno.

Pada penulis isu itu tidak timbul, kerana pas tak kata umno kafir. Yang kata umno kafir orang umno sendiri yang rekacipta bahawa pas kata umno kafir sedangkan erti sebenarnya orang umno kata umno kafir bukan pas yang kata umno kafir.

Sila rujuk semula ucapan Haji Abdul Hadi Awang dalam suatu ceramah di kampung Banggol Peradung, Kuala Nerus Kuala Terengganu pada 7 April 1981.


Thursday, May 18, 2017

Pas bimbang tanding tiga penjuru?



Penulis ada dengar  kata kata rasa bimbang yang melompat keluar dari mulut orang orang Pas di Terengganu.

Tidak dapat dinafikan perasaan bimbang terpahat dihati orang orang Pas pasal tanding tiga penjuru pada Pilihanraya umum ke 14 nanti.

Kalah dalam pertandingan pada PRU memang perkara biasa pada Pas. Pasal apa mesti bimbang. Kalah menang adalah anugerah Allah Subha nahu wataala.

Allah boleh beri kemenangan dan Allah boleh beri kekalahan. Itulah hakNya. Maka jangan bimbang dengan apa yang akan berlaku pada PRU 14 nanti

Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, mudah mudahan kamu mendapat kemenangan (surah Ali Imaran ayat 200)

Allah juga boleh tarik balik kerajaan yang sedang memerintah dan memberi kepada golongan yang lain untuk memerintah.

Itu, adalah hak Allah. Dialah yang memberinya. Pasal apa mesti bimbang. Jangan bimbang. Berusahalah untuk mencapai kemenangan yang diharap harapkan.

Bercakap pasal tanding tiga penjuru pada PRU 14 nanti yang mungkin akan diadakan pada tahun ini (September 2017)

Tarikh itu disebut oleh salah seorang penyokong umno Selangor pada penulis baru baru ini.

Barangkali itu, hanya ramalan seorang  penyokong tegar umno Selangor yang optimis umno/BN boleh memerintah semula negeri kaya itu.

Akan tetapi khusus di Terengganu, rata rata mengatakan pas boleh memerintah semula miskipun tanding tiga penjuru.

Demikianlah positifnya kepimpinan pas Terengganu di bawah pesuruhjaya dahulu (ustas Saiful Bahri mamat, Adun Paka). Tak tahulah penulis dengan pesuruhjaya  baru (Datuk Hussein Awang,ketua Dewan ulamak pas Terengganu)

Pasal apa boleh berlaku demikian? Tidak lain tidak bukan PKR,bersatu dan Amanah (pakatan harapan) tiada satu cawangan pun di negeri kaya rakyat miskin ini.

Pakatan harapan boleh bertanding tanpa ada jentera piliharaya sebagai punca sebenar calonnya boleh menang.

Calon untuk bertanding di semua DUN  dan Lapan parlimen di Terengganu memang tidak mempunya msalah.

Memang pakatan harapan ramai calon untuk bertanding, malah mereka berebut rebut untuk jadi calon.

Pas yang banyak cawangan dan ramai jentera pilihanraya pun kalah sikr untuk memang melawan umno yang banyak duit untuk membeli undi.

Macam mana pakatan rakyat hendak masuk bertanding sedangkan satu cawangan pun tidak wujud. Tidak dinafikan wujudnya cabang cabang diseluruh negeri Terengganu.

Macam mana pakatan harapan hendak bertanding, sedangkan hendak mengadakan mesyuarat bincang pasal PRU 14 baru baru ini gagal.

Hanya beberapa orang sahaja yang hadir, manakala wakil parti bersatu tidak Nampak muka.

Muka yang jelas dan nyata dalam majlis yang gagal diadakan itu hanya Azam Ismail (Adun Bandar)  Datok Raja ( Ahli parlimen Kuala Terengganu) dan Dr Syed Azman. (Adun Batu Burok) wakil bersatu tak nampak hidung pun (dari sumber yang boleh di percayai.Mana pergi yang lain lain lagi.

Jika mesyuarat membincangkan hal ehwal pilihanraya gagal diadakan macam mana nak bertanding disemua DUN dan Parlimen pada PRU 14 nanti.

Pasal wang pertaruhan yang ditetap SPR rasa rasa tidak jadi masalah sangat kerana DAP parti yang paling kaya di Malaysia boleh bantu.

DAP boleh bagi wang bila bila masa kepada parti parti pemakan dedak yang dijadikan alat ini.

Rasa rasa DAP  kena fikir juga dengan risiko untuk labur wang yang begitu banyak, kerana tidak mustahil semua calon yang bertanding di DUN dan parlimen di Terengganu hilang semua wang pertaruhan.termasuk wang pertaruhan memasang poster sebanyak RM 3,000 disetiap DUN.

Kerugian dalam arena perlaburan harus diambil kira oleh DAP miskipun wang yang dilabur itu dapat percuma dengan Yahudi untuk menumbangkan umno/BN pada musim PRU 13 dan PRU 14 di Malaysia ini.




Tuesday, May 9, 2017

Mahfuz Omar agen PAN?



Baru baru ini Mahfuz Omar ahli pas dan agen Pan tetap mengatakan Pas tidak betul kerana enggan menyertai Pakatan Harapan.

Oleh itu, betullah kata Allah, kebanyakan manusia tidak mengetahui.termasuk Mahfuz Omar yang tidak mengetahui hakikat sebenar.

Mengapa Pas tidak akan menyertai pakatan harapan.Tak kan Mahfuz Omar yang dikatakan hebat itu  tidak mengetahui hakikat sebenarnya.

Boleh dikatakan tiap tiap hari sebab musabab pas tidak akan menyertai pakatan harapan.
Pakatan harapan adalah gabungan parti parti pembanagkang yang tidak mahukan Islam.

Bukan setakat tidak mahu Islam, malah ada para pemimpin parti parti pakatan harapan yang menghina Islam.

Kalau setakat tak mahu Islam itu perkara biasa bagi orang kafir, tetapi ada para pemimpin yang mengaku masih beragama islam, tergamak menghina Islam.

Jadi, macam mana pas mahu bersama sama parti parti yang sanggup menghina Islam sedemikian rupa.

Sehubungan itu, penulis ada dengar dengan kedua dua telinga yang belum pekak  bahawa china tidak sama dengan Yahudi.

Dari segi sebutan memang china tidak sama dengan Yahudi, akan tetapi  kedua kedua ini adalah kafir.

Dan Allah telah jelaskan bahawa mereka sama sahaja sepertimana Firman Allah yang bermaskud: “ (keadaan orang orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Fir’aun dan orang orang terdahulu dari mereka.

Mengapa Allah nyatakan demikian? Tidak lain dan tidak bukan, mereka mendustakan ayat ayat keterangan Kami. Lalu Allah menyeksakan mereka disebabkan dosa dosa mereka. Dan (ingatlah) Allah maha berat azab sekasanya.

Barangkali, mengatakan kafir china tidak sama dengan kafir yahudi semata mata untuk membolehkan pas menyertai pakatan harapan.

Pucuk kepimpinan Pas ketika bersama sama dengan DAP sanggup berkata apa sahaja, termasuk berkata boleh berkawan dengan Yahudi. Yang tak boleh Zionis.

Bukan setakat itu sahaja malah ada yang tergamak mengatakan kristian tidak memusuhi Islam lagi sebaga langkah menghormati kerjasama yang tidak diharuskan Islam.

DAP memperalatkan PAS dan hari ini Pan yang presiden dibayar RM 15K sebulanm pula jadi alat kepada DAP dan tidak mustahil akan jadi tali barut pulak
 
Macam orang Melayu jadi talibarut bintang tiga yang memerintah malaya.selama 14 hari itu.

Bagaimana pun Datuk Mahfuz Omar masih ahli pas dan agen Pan tidak mustahil akan jadi alat dan talibarut DAP. Tidak mustahil akan dibayar. Sebab itu beliau bersungguh mengajak pas menyertai pakatan harapan.

Allah pernah nyatakan jangan kamu jual agama dengan harga yang sedikit. Mungkin boleh jual agama dengan harga yang banyak (jutaan ringgit) Yang tak boleh hanya sedikit.





Tuesday, May 2, 2017

Mengapa mesti putus



Kebanyakan , termasuk orang pas tidak faham apakah itu “Tahaluf”.Tidak dinafikan para pemimpin Pas memahaminya, tetapi tidak akur dengan keputusan muktamad Imam Hassan Al Banna dan syed Qutb.
Imam Hasan Al Banna menolak fikrah tahaluf dengan parti parti ketika memberi ucapan dalam muktamar Ikhwan yang kelima.(sila rujuk Majmu’ Rasail) Sayed Qutb juga mengikut langkah Imam Hasan Al Banna dalam pemisahan multak (al-mufasalah)
Parti Ikhwan yang pernah bertahaluf siyasi parti lain di Mesir, kalah teruk dalam pilihanraya, termasuk (parti Masyumi) Parti Majlis Syuro Muslimin Indonesia di Indonesia.Pas pernah menerima nasib yang sama selepas tahaluf siaysi dengan BN dalam PRU 1978.
Atas sebab tidak faham tahaluf inilah maka ada sesetengah orang pas tidak bersetuju pas memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan rakyat yang jelas dan nyatakan tidak mahu bekerjasama dengan parti Islam Se Malaysia.
Hari ini bukan sahaja tidak mahu beri kerjasama dengan pas, malah telah dan  terus menerus melakukan serangan yang bukan bukan pada  pas dan presidennya. Termasuk melakukan serangan terhadap kerajaan Kelantan.
Pada yang benar benar faham erti perkataan tahaluf siyasi pasti sangat setuju Pas putus hubungan dengan parti Keadilan rakyat. Malah banyak kawasan yang buat usul supaya pas putuskan hubungan dengan PKR.
Dewan Ulama PAS yang bersidang semalam bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR tetapi usul tersebut, bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
Jika Syura ulamak buat keputusan tidak bersetuju atau menolak usul tersebut,sah syura ulamak juga tidak faham perkataan tahaluf dan mengambil pedekatan yang dibuat oleh Dr Yusof Qardhawa yang berpendirian berbeza dengan kedua kedua tokoh Ikhwan
Perkataan Tahaluf ertinya bekerjasama dan tolong menolong atau bantu membantu satu sama lain. Pas tolong pkr dan pkr tolong pas. Pas bantu PKR dan PKR bantu pas. Kena tolong menolong dan bantu membantu, itulah yang dikatakan tahaluf.
Inilah yang dikatakan tahaluf siyasi. Jika pas tolong PKR dan PKR tidak tolong pas bermakna tidak berlaku timbalbalik dan harus diputuskan hubungan miskipun masih ada kebaikannya dalam arena politik tanahair.
 Mengapa mesti diteruskan hubungan dengan parti yang tidak tolong kita dan tidak boleh beri pertolongan. PKR tidak sokong RUU355 dibentangkan parlimen. Nampak dengan jelas dan sah tiada kerjasama dari pihak PKR.
Bukan setakat iutu sahaja, malah  PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, sebab itu Muktamar Dewan ulamak PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan.

Kita difahamkan ianya  tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS walaupun usul itu mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.