Thursday, May 18, 2017

Pas bimbang tanding tiga penjuru?



Penulis ada dengar  kata kata rasa bimbang yang melompat keluar dari mulut orang orang Pas di Terengganu.

Tidak dapat dinafikan perasaan bimbang terpahat dihati orang orang Pas pasal tanding tiga penjuru pada Pilihanraya umum ke 14 nanti.

Kalah dalam pertandingan pada PRU memang perkara biasa pada Pas. Pasal apa mesti bimbang. Kalah menang adalah anugerah Allah Subha nahu wataala.

Allah boleh beri kemenangan dan Allah boleh beri kekalahan. Itulah hakNya. Maka jangan bimbang dengan apa yang akan berlaku pada PRU 14 nanti

Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, mudah mudahan kamu mendapat kemenangan (surah Ali Imaran ayat 200)

Allah juga boleh tarik balik kerajaan yang sedang memerintah dan memberi kepada golongan yang lain untuk memerintah.

Itu, adalah hak Allah. Dialah yang memberinya. Pasal apa mesti bimbang. Jangan bimbang. Berusahalah untuk mencapai kemenangan yang diharap harapkan.

Bercakap pasal tanding tiga penjuru pada PRU 14 nanti yang mungkin akan diadakan pada tahun ini (September 2017)

Tarikh itu disebut oleh salah seorang penyokong umno Selangor pada penulis baru baru ini.

Barangkali itu, hanya ramalan seorang  penyokong tegar umno Selangor yang optimis umno/BN boleh memerintah semula negeri kaya itu.

Akan tetapi khusus di Terengganu, rata rata mengatakan pas boleh memerintah semula miskipun tanding tiga penjuru.

Demikianlah positifnya kepimpinan pas Terengganu di bawah pesuruhjaya dahulu (ustas Saiful Bahri mamat, Adun Paka). Tak tahulah penulis dengan pesuruhjaya  baru (Datuk Hussein Awang,ketua Dewan ulamak pas Terengganu)

Pasal apa boleh berlaku demikian? Tidak lain tidak bukan PKR,bersatu dan Amanah (pakatan harapan) tiada satu cawangan pun di negeri kaya rakyat miskin ini.

Pakatan harapan boleh bertanding tanpa ada jentera piliharaya sebagai punca sebenar calonnya boleh menang.

Calon untuk bertanding di semua DUN  dan Lapan parlimen di Terengganu memang tidak mempunya msalah.

Memang pakatan harapan ramai calon untuk bertanding, malah mereka berebut rebut untuk jadi calon.

Pas yang banyak cawangan dan ramai jentera pilihanraya pun kalah sikr untuk memang melawan umno yang banyak duit untuk membeli undi.

Macam mana pakatan rakyat hendak masuk bertanding sedangkan satu cawangan pun tidak wujud. Tidak dinafikan wujudnya cabang cabang diseluruh negeri Terengganu.

Macam mana pakatan harapan hendak bertanding, sedangkan hendak mengadakan mesyuarat bincang pasal PRU 14 baru baru ini gagal.

Hanya beberapa orang sahaja yang hadir, manakala wakil parti bersatu tidak Nampak muka.

Muka yang jelas dan nyata dalam majlis yang gagal diadakan itu hanya Azam Ismail (Adun Bandar)  Datok Raja ( Ahli parlimen Kuala Terengganu) dan Dr Syed Azman. (Adun Batu Burok) wakil bersatu tak nampak hidung pun (dari sumber yang boleh di percayai.Mana pergi yang lain lain lagi.

Jika mesyuarat membincangkan hal ehwal pilihanraya gagal diadakan macam mana nak bertanding disemua DUN dan Parlimen pada PRU 14 nanti.

Pasal wang pertaruhan yang ditetap SPR rasa rasa tidak jadi masalah sangat kerana DAP parti yang paling kaya di Malaysia boleh bantu.

DAP boleh bagi wang bila bila masa kepada parti parti pemakan dedak yang dijadikan alat ini.

Rasa rasa DAP  kena fikir juga dengan risiko untuk labur wang yang begitu banyak, kerana tidak mustahil semua calon yang bertanding di DUN dan parlimen di Terengganu hilang semua wang pertaruhan.termasuk wang pertaruhan memasang poster sebanyak RM 3,000 disetiap DUN.

Kerugian dalam arena perlaburan harus diambil kira oleh DAP miskipun wang yang dilabur itu dapat percuma dengan Yahudi untuk menumbangkan umno/BN pada musim PRU 13 dan PRU 14 di Malaysia ini.




No comments: