Wednesday, August 27, 2014

Tahukah anda


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penulis kenali sejak tahun 70an itu sudah tahu yang dia akan dipenjarakan selepas ini.

Beliau seolah olah akan puashati dengan hukuman penjara yang telah dijatuhkan kepadanya selama enam tahun itu.

Kini beliau lebih rela di penjarakan semula atas kesalahan kes yang sama selepas ini dan berkata parti keadilan rakyat (PKR) tetap hidup.

Kata beliau lagi, PKR tetap hidup miskipun dia dipenjarakan, kerana hidup mati sesebuah parti bukan berpunca beliau berada dalam penjara.

Sejarah telah membuktikan sudah banyak parti mati. Kalau hidup pun, hidup macam rumput ditepi jalan.

Bercakap pasal ini, teringat penulis akan perihal parti semangat 46 yang pernah disebut oleh Tengku Razalieh Hamzah bahawa parti itu tidak akan mati.

Akhirnya apakah yang telah terjadi pada semangat 46? Semua sedia maklum KU LI yang berkata dialah yang ada dibawah paying miskipun hanya tinggal seorang diri.

Bukan setakat dia seorang sahaja yang tinggal dibawah payung semangat 46 itu, malah dia juga masuk kedalam sampul surat besar masuk semula umno.

Demikianlah yang berlaku pada parti serpihan umno itu. Oleh kerana PKR adalah parti serpihan umno, maka tidak mustahil parti itu akan mati macam juga parti semangat 46.

Lebih lebih lagi, Anwar Ibrahim sudah ada dalam penjara dan anak anak muridnya kebanyakan tiada matlamat muktamad dalam perjuangan.

Bukti kukuh, apakah yang telah terjadi kepada kerajaan Selangor. Pasti  dek hasil tidak puas hati Anwar sendiri dan rakan rakan yang membabi buta.macam juga ketika dalam umno suatu ketika dahulu.

Pada hal Anwar Ibrahim sudah berada pada nombor dua dalam kerana yang bila bila akan akan naik duduk di tempat nombor satu.

Hasil kegelojohan dan tidak puashati Anwar sendiri, meka berlaku perkara yang menyebabkan Tun Mahathir Mohamad menyembelih Anwar hidup hidup.

Kini berlaku pula Anwar yang menyemlebih Tan Sri Khalid Ibrahim hidup hidup akan isterinya menjadi besar Selangor ganti Khalid yang dipecat parti itu.



Wednesday, August 20, 2014

Pemimpin tertinggi PAS juga mahu Hadi Letak jawatan?

Membaca tajuk diatas pasti ia prejudis. Akan tetapi apa yang penulis Nampak mungkin ramai yang tidak Nampak.

Penulia dengan nyata apabila DatukSeri Haji Abdul Hadi Awang buat pendirian mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Apa kata Mohammad Sabu orang nombor dua dan rakan rakannya. Mereka tidak setuju dengan pendirian yang dibuat oleh presiden.

Nampak dengan jelas bahawa mereka tidak setuju dengan presiden mereka dan sebalik sangat setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan isteri sebagai menteri besar baru Selangor.

Setelah untuk ada suara yang mahu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang “letak jawatan”. Ini menunjukkan bukan sahaja orang luar yang mahu peresiden PAS sekarang letak jawatan malah orang dalam sendiri dah tak mahu Haji Abdul Hadi pegang jawatan presiden PAS.

Penulis tidfak hairan jika orang umno yang buat mulut agar haji abdul Hadi Awang letak jawatan, tetapi tersiratnya orang dalaman sendiri pun sudah tidak mahu presidennya kekal sebagai presiden.

Bukti yang sangat nyata, PAS pusat dengan sebulat suara cadang dua nama calon menteri besar Selangor Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali, tapi pada mesyuarat PR Mohamad Sabu setuju dengan Pakatan bahawa calon menteri besar hanya satu nama sahaja.

Ini menunjukkan sudah belaku pukulan hebat bukan sahaja pada presidennya malah terhadap partinya sendiri bahawa timbalan presiden ketika dalam mesyuarat  pakatan rakyat setuju dan hormat dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tak hormat dengan presiden dan partinya sendiri.

Ini juga merupakan suatu tindakan yang sangat tidak patuh dilakukan oleh seorang timbalan presiden jika tidak ada agenda tertentu.

Yang pasti Mohammad sendiri mahu supaya presidennya letak jawatan. Kalau tidak mana mungkin belaiu langgar keputusan sebulat suara parti yang dibuat bersama pada mesyuarat parti 17 ogos itu.

Ahli jawatankuasa  professional PAS pusat kelihatan mahukan Abdul Hadi di tukar kepada Mohammad Sabu, sesuai dengan PAS yang telah dilebalkan beberapa orang penganalisis politik Negara sebagai pas moden dan dah tak sesuai lagi berketuakan seorang  ulamak.


Rupa rupanya sudah sekian lama bukan  orang umno sahaja yang tak mahu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pegang jawatan presiden, malah orang pas sendiri pun demikian.


Tuesday, August 12, 2014

Hendak buat macam mana


Jika betul Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika bertemu dengan Datuk Anwar Ibrahim di Kuala Ibai itu mahu nama lain bukan Dr Wn Azizah Wan Ismail pasti akan gagal untuk tukar menteri besar Selangor yang masih disandang Tan Sri Khalid Ibrahim itu.

Bukan kerana Datuk Seri Anwar tidak setuju dengan nama lain selain daripada nama isterinya, tetapi Al Sultan punya angkara yang tetap mahu Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Ianya bukan kerana Datuk seri Haji Abdul Hadi Awang yang mahu nama lain dan bukan juga kerana Anwar tetap mahu Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor ganti Khalid Ibrahim, tetapi kerana Sultan salngor sendiri yang setuju khalid Ibrahim kekal menteri besar.

Memang tidak pernah berlaku seorang bebas (tiada menganggotai mana mana parti boleh jadi menteri besar) sedangkan mengikut perlembagaan Negara dan negeri parti yang menang majoriti dalam musim PRU boleh bentuk kerajan dan melantik menteri besar dari kalangan ADUN.

Pelik dan ajaib Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat oleh PKR boleh kekal menjadi menteri besar Selangor atas kemahuan Sultan negeri tersebut yang berbunyi: “ beta mahu Khalid Ibraim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Meneliti kes ini, teringat penulisdengan apa yang telah berlaku di Terengganu selepas PRU12 yang mana Datuk Seri Idris Jusoh bekas menteri besar Terengganu (2004-2008) yang telah dilantik melalui surat watikah pelantikan menteri besar negeri minyak itu oleh umno pusat gagal jadi menteri besar Terengganu.

Umno gagal jadikan Idris Jusoh sebagai menteri besar.Mengapa boleh jadi demikian? Kerana Al Sultan Terengganu berkata yang berbunyi: beta tak mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar Terengganu.

Hal ini ada persamaan dengan apa yang berlaku di Selangor. Bayangkan jika Sultan Selangor berkata yang berbunyi: “ beta mahu Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, wal hal Khalid Ibrahim bukan lagi ahli mana mana parti gabungan yang memerintah Negari terkaya itu.

Hendak buat macam mana jika sultan kata beta mahu Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Sudah barang tentu ia jadi sukar untuk tukar menteri besar yang kemelutnya semakin hari semakin parah itu.

Kata kata beta tak mahu Datuk Seri Idris Jusoh dapat diselesaikan apabila nama Datuk Ahmad said dicalonkan sebagai menteri besar negeri kaya rakyat miskin itu yang bertahan selama satu penggal satu tahun itu atas sebab Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu nama lain sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU13.

Oleh kerana perancangan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk melantik menteri besar lain di Terengganu gagal atas sebab awal awal lagi disekat oleh Datuk Seri Ahmad Said, maka nama Mat Said tidak kekal dan diminta letak jawatan untuk ganti dengan Razif Abdul Rahman.

Macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buat untuk tukar menteri besar Selangor, sedangkan Haji Hadi Awang mahu nama lain dan Anwar Ibrahim sendiri mahu Wan Azizah Ismail calon menteri besar Selangor yang baru dan Al Sultan mahu Khalid Ibrahim kekal sandang jawatan menteri besar.







Saturday, August 9, 2014

PAS tak ada hak?

Apabila mendengar kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam, penulis difahamkan bahawa PAS tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Yang peliknya mengapa Ahli jawatankuasa Pas Pusat tidak setuju dengan pendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presidennya.

Bukan sahaja setakat tidak setuju, malah mereka menempelak presiden atas sebab menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bukan setakat itu sahaja, malah mereka tidak setuju dengan keputusan yang dibuat “syura ulamak” bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim mesti kekal menteri besar Selangor dalam mesyuarat di Kota Baharu dua hari lepas.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah benar Pas tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Jika demikian apa penting PAS campur tangan dalam kemelut tersebut. Bukankah ada lebih baik serah sahaja kes itu pada PKR untuk menyelesaikannya.

Lebih lebih lagi itu adalah kes rumahtangga PKR yang sangat wajar diselesaikan senditi oleh PKR,  agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan.

PKR lebih arif apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan  difahamkan dari kenyataan media Daruk Seri Anwar Ibarhim yang penulis kenali sejak tahun 1972, bahawa PAS tidak ada hak.

Jika tak hak ddengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sudah barang tentu PAS tak perlu campurtangan.

Kuasa untuk menentukan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor terletak ditangan PKR sendiri dan PAS tidak ada hak, malah tidak ada kena mengena pun.

PAS tidak boleh buat apa apa dengan keputusan yang dibuat oleh PKR, termasuk akan berhadepan dengan dipecat sebagai Ahli parti.

Dan tidak mustahil Tan Sri Khalid Ibrahim akan dipecat sebagai ahli parti dan secara tidak langsung gugurlah jawatan yang disandang itu.

Inilah tindakan yang boleh menukar Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar Selangor kepada menteri besar baru Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disenaraikan oleh Suaminya.

Persoalan boleh atau tidak wanita di lantik sebagai menteri besar Selangur tidak berbangkit, miskipun ada hadis yang menyatakan tiada mencapai falah melantik wanita sebagai ketua


Oleh itu, tercapailah cita cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Isterinya sebagai menteri Selangor yang baru.