Jika betul
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika bertemu dengan Datuk Anwar Ibrahim di
Kuala Ibai itu mahu nama lain bukan Dr Wn Azizah Wan Ismail pasti akan gagal
untuk tukar menteri besar Selangor yang masih disandang Tan Sri Khalid Ibrahim
itu.
Bukan kerana
Datuk Seri Anwar tidak setuju dengan nama lain selain daripada nama isterinya,
tetapi Al Sultan punya angkara yang tetap mahu Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai
menteri besar Selangor.
Ianya bukan
kerana Datuk seri Haji Abdul Hadi Awang yang mahu nama lain dan bukan juga
kerana Anwar tetap mahu Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor ganti
Khalid Ibrahim, tetapi kerana Sultan salngor sendiri yang setuju khalid Ibrahim
kekal menteri besar.
Memang tidak
pernah berlaku seorang bebas (tiada menganggotai mana mana parti boleh jadi
menteri besar) sedangkan mengikut perlembagaan Negara dan negeri parti yang
menang majoriti dalam musim PRU boleh bentuk kerajan dan melantik menteri besar
dari kalangan ADUN.
Pelik dan
ajaib Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat oleh PKR boleh kekal menjadi
menteri besar Selangor atas kemahuan Sultan negeri tersebut yang berbunyi: “
beta mahu Khalid Ibraim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Meneliti kes
ini, teringat penulisdengan apa yang telah berlaku di Terengganu selepas PRU12
yang mana Datuk Seri Idris Jusoh bekas menteri besar Terengganu (2004-2008)
yang telah dilantik melalui surat watikah pelantikan menteri besar negeri
minyak itu oleh umno pusat gagal jadi menteri besar Terengganu.
Umno gagal jadikan Idris Jusoh sebagai menteri besar.Mengapa
boleh jadi demikian? Kerana Al Sultan Terengganu berkata yang berbunyi: beta
tak mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar Terengganu.
Hal ini ada
persamaan dengan apa yang berlaku di Selangor. Bayangkan jika Sultan Selangor
berkata yang berbunyi: “ beta mahu Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, wal
hal Khalid Ibrahim bukan lagi ahli mana mana parti gabungan yang memerintah Negari
terkaya itu.
Hendak buat
macam mana jika sultan kata beta mahu Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Sudah barang tentu ia jadi sukar untuk tukar menteri besar yang kemelutnya
semakin hari semakin parah itu.
Kata kata
beta tak mahu Datuk Seri Idris Jusoh dapat diselesaikan apabila nama Datuk
Ahmad said dicalonkan sebagai menteri besar negeri kaya rakyat miskin itu yang
bertahan selama satu penggal satu tahun itu atas sebab Datuk Seri Mohd Najib
Razak mahu nama lain sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU13.
Oleh kerana
perancangan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk melantik menteri besar lain di
Terengganu gagal atas sebab awal awal lagi disekat oleh Datuk Seri Ahmad Said,
maka nama Mat Said tidak kekal dan diminta letak jawatan untuk ganti dengan
Razif Abdul Rahman.
Macam mana
Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buat untuk tukar menteri besar Selangor, sedangkan
Haji Hadi Awang mahu nama lain dan Anwar Ibrahim sendiri mahu Wan Azizah Ismail
calon menteri besar Selangor yang baru dan Al Sultan mahu Khalid Ibrahim kekal
sandang jawatan menteri besar.
2 comments:
Sonang jo beb! Cadangkan hasan ali jadi MB DAN nasharudin mdisa jadi speaker........selosai masalah.....dua orang pas dan orang sulutan MAIS JANGAN PANTAU RUMAH ULUT MA! Ini juga kesukaan hj hadi and menantu, pas for all hanya retorik puak ular dlm semak Pas (ulama akhir zaman manyak woo dlm pas).
bagi kat sultan pun hanya ada satu nama je. Ikut la tradisi sebelum ini, beri tiga nama pada sultan. Kalau sultan reject wan azizah, masih ada dua nama lain. Ingat sultan bodoh ke nak lantik adun bebas jadi MB. Yang bodoh, orang yang beri nama calon MB pada sultan. Bodoh sebab tak paham tradisi yang diguna pakai oleh Kesultanan Selangor sejak dulu lagi.
Post a Comment