Saturday, August 9, 2014

PAS tak ada hak?

Apabila mendengar kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam, penulis difahamkan bahawa PAS tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Yang peliknya mengapa Ahli jawatankuasa Pas Pusat tidak setuju dengan pendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presidennya.

Bukan sahaja setakat tidak setuju, malah mereka menempelak presiden atas sebab menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Bukan setakat itu sahaja, malah mereka tidak setuju dengan keputusan yang dibuat “syura ulamak” bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim mesti kekal menteri besar Selangor dalam mesyuarat di Kota Baharu dua hari lepas.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah benar Pas tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Jika demikian apa penting PAS campur tangan dalam kemelut tersebut. Bukankah ada lebih baik serah sahaja kes itu pada PKR untuk menyelesaikannya.

Lebih lebih lagi itu adalah kes rumahtangga PKR yang sangat wajar diselesaikan senditi oleh PKR,  agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan.

PKR lebih arif apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan  difahamkan dari kenyataan media Daruk Seri Anwar Ibarhim yang penulis kenali sejak tahun 1972, bahawa PAS tidak ada hak.

Jika tak hak ddengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sudah barang tentu PAS tak perlu campurtangan.

Kuasa untuk menentukan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor terletak ditangan PKR sendiri dan PAS tidak ada hak, malah tidak ada kena mengena pun.

PAS tidak boleh buat apa apa dengan keputusan yang dibuat oleh PKR, termasuk akan berhadepan dengan dipecat sebagai Ahli parti.

Dan tidak mustahil Tan Sri Khalid Ibrahim akan dipecat sebagai ahli parti dan secara tidak langsung gugurlah jawatan yang disandang itu.

Inilah tindakan yang boleh menukar Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar Selangor kepada menteri besar baru Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disenaraikan oleh Suaminya.

Persoalan boleh atau tidak wanita di lantik sebagai menteri besar Selangur tidak berbangkit, miskipun ada hadis yang menyatakan tiada mencapai falah melantik wanita sebagai ketua


Oleh itu, tercapailah cita cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Isterinya sebagai menteri Selangor yang baru.


8 comments:

Anonymous said...

Sememangnya PAS tak perlu masuk campur urusan dalam kain orang . Ini dok menyibuk sape suruh . Hidung tak mancung pipi tersorong=sorong . Ambil jalan selamat supaya PAS tidak dilihat jahil bersahabat dan berpolitik . INGAT ..... ! apa yang UMNO & TV suka , itu tanda tidak baik untuk kesihatan Rakyat Selangor !!!

Anonymous said...

Hukum hudud lebih kecik berbanding kes mb....

Zaharudin Harun said...

Apa pulak tak ada hak...pas lebih byk kerusi di selangor dan MB bukan hak peribadi Pkr...ihsan dari pas juga...malu lah sikit

Anonymous said...

penulis mabuk ketum...perlantikan MB Selangor atas persepakatan 3 parti politik..PAS 15 kerusi. DAP 15 kerusi dan PKR 14 kerusi. Kalau nak pecat presiden PKR memang PAS tak boleh campur tangan..Kes ini nak pecat MB yang disepakati...berat66

Anonymous said...

Penulis yang senget sebelah... Terlantiknya MB Selangor atas persepakatan 3 parti politik PAS (15), DAP(15) dan PKR (14). Kalau nak pecat presiden PKR memang patut PAS tak boleh menyebuk dan campur tangan dalam bangsal PKR, Kes ini nak pecat MB yang di sepakati bersama...berat66

Marzuqi Alang said...

Haji hadi yang memmbawa kejatuhan pas , ingat ka kelakuan nasarudin mat isa timbalan presiden pas

CEO Siber said...

(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


Sumber
>>> Klik Di Sini

abdullahngah said...

Anwar Ibrahim yang kata dalam sidang media. rujuk berita perdana TV3