Apabila
mendengar kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam, penulis
difahamkan bahawa PAS tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Yang
peliknya mengapa Ahli jawatankuasa Pas Pusat tidak setuju dengan pendirian
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presidennya.
Bukan sahaja
setakat tidak setuju, malah mereka menempelak presiden atas sebab menyokong Tan
Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Bukan
setakat itu sahaja, malah mereka tidak setuju dengan keputusan yang dibuat
“syura ulamak” bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim mesti kekal menteri besar Selangor
dalam mesyuarat di Kota Baharu dua hari lepas.
Persoalan
yang timbul sekarang, apakah benar Pas tidak ada kena mengena dengan kedudukan
Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Jika
demikian apa penting PAS campur tangan dalam kemelut tersebut. Bukankah ada
lebih baik serah sahaja kes itu pada PKR untuk menyelesaikannya.
Lebih lebih
lagi itu adalah kes rumahtangga PKR yang sangat wajar diselesaikan senditi oleh
PKR, agar rumahtangga mereka dapat
diselamatkan.
PKR lebih
arif apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka dan difahamkan dari kenyataan media Daruk Seri
Anwar Ibarhim yang penulis kenali sejak tahun 1972, bahawa PAS tidak ada hak.
Jika tak hak
ddengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sudah
barang tentu PAS tak perlu campurtangan.
Kuasa untuk
menentukan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor
terletak ditangan PKR sendiri dan PAS tidak ada hak, malah tidak ada kena
mengena pun.
PAS tidak
boleh buat apa apa dengan keputusan yang dibuat oleh PKR, termasuk akan
berhadepan dengan dipecat sebagai Ahli parti.
Dan tidak
mustahil Tan Sri Khalid Ibrahim akan dipecat sebagai ahli parti dan secara
tidak langsung gugurlah jawatan yang disandang itu.
Inilah tindakan yang boleh menukar Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar Selangor kepada menteri besar baru Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disenaraikan oleh Suaminya.
Persoalan boleh atau tidak wanita di lantik sebagai menteri besar Selangur tidak berbangkit, miskipun ada hadis yang menyatakan tiada mencapai falah melantik wanita sebagai ketua
Oleh itu,
tercapailah cita cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Isterinya sebagai
menteri Selangor yang baru.
7 comments:
Sememangnya PAS tak perlu masuk campur urusan dalam kain orang . Ini dok menyibuk sape suruh . Hidung tak mancung pipi tersorong=sorong . Ambil jalan selamat supaya PAS tidak dilihat jahil bersahabat dan berpolitik . INGAT ..... ! apa yang UMNO & TV suka , itu tanda tidak baik untuk kesihatan Rakyat Selangor !!!
Hukum hudud lebih kecik berbanding kes mb....
Apa pulak tak ada hak...pas lebih byk kerusi di selangor dan MB bukan hak peribadi Pkr...ihsan dari pas juga...malu lah sikit
penulis mabuk ketum...perlantikan MB Selangor atas persepakatan 3 parti politik..PAS 15 kerusi. DAP 15 kerusi dan PKR 14 kerusi. Kalau nak pecat presiden PKR memang PAS tak boleh campur tangan..Kes ini nak pecat MB yang disepakati...berat66
Penulis yang senget sebelah... Terlantiknya MB Selangor atas persepakatan 3 parti politik PAS (15), DAP(15) dan PKR (14). Kalau nak pecat presiden PKR memang patut PAS tak boleh menyebuk dan campur tangan dalam bangsal PKR, Kes ini nak pecat MB yang di sepakati bersama...berat66
Haji hadi yang memmbawa kejatuhan pas , ingat ka kelakuan nasarudin mat isa timbalan presiden pas
Anwar Ibrahim yang kata dalam sidang media. rujuk berita perdana TV3
Post a Comment