Sunday, July 16, 2017

Husam Musa menteri Besar Kelantan?





Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar jika mereka berjaya menawan Kelantan adalah mimpi disiang hari.

Bercakap pasal Husam Musa calon menteri besar Kelantan teringat  penulis,bahawa  umno Kelantan  pernah mengumumkan Datuk seri Awang Adik sebagai calon menteri besar Kelantan suatu masa dahulu juga sia sia.

Bayangkan, Umno parti nombor satu di Malaysia juga gagal angkat Datuk Seri Awang Adik sebagai menteri besar Kelantan Apatah lagi parti Pan yang diterajui Mohamad Sabu yang cabut lari dari Pas itu.

Siapa sebenarnya Mohamad Sabu, bekas timbalan presiden Pas yang cabut lari dari pas selepas kalah dalam permilihan muktamar agung tahunan  dan jelas utamakan kepentingan diri sendiri serta gila pangkat.

Cuba anda bayangkan presiden PAN itu berbanding Datuk Asri Muda, bekas Yang Dipertua Pas Malaysia yang digantung dan pernah tubuh parti Hamin, hanya menang satu kerusi sahaja di Kelantan dalam Pilihanraya umum suatu ketika dahulu.

Demikian juga umno, parti besar punya ahli jutaan orang dan ratusan cawangan di Kelantan berbanding dengan parti PAN yang bergabung dengan DAP, Bersatu dan  PKR dalam pakatan harapan.

Setakat hari ini PAN, belum ada  satu cawangan pun di negeri miskin rakyat kaya itu. Demikian juga PKR yang juga tiada sebarang cawangan.Macam mana hendak bertanding , sedangkan jentera parti tidak ada yang akan bekerja dalam musim PRU 14 nanti.

Tidak dinafikan kalah/menang bukan hak manusia. Allah boleh anugerahkan kepada mana mana parti untuk menang dan memerintah sesebuah negeri dan negera.

Atas sebab itu kebanyakan rakyat jelata gelak apabila nama Datuk Husam Musa diumumkan oleh Lim Kit Siang sebagai calon menteri besar Kelantan baru baru ini.

Umno Kelantan masih belum yakin dapat menumbangkan Pas Kelantan miskipun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Kenapa? Kerana faktor rakyat negeri kelantan tidak sama dengan rakyat kebanyakan lain lain negeri di Melaysia ini.Rakyat Kelantan kelihatan berbeza dalam arena politik berbanding rakyat lain lain negeri. Mereka tidak mudah dibeli. Bukan macam rakyat Terengganu.macam ikan keli.

Rakyat Kelantan lebih suka Pas memerintah negeri miskin rakyat kaya ini berbanding Umno/BN yang memerintah selama dua belas tahun (1978-1990) dahulu.

Kenapa? Kerana apabila umno/BN memerintah wujud puak puak  yang akan tercicir apabila Datuk seri Mohammad Yaakub jadi menteri besar berbanding Pas memerintah hampir tiga puluh tahun itu.

Inilah punca rakyat Kelantan tidak suka umno/BN menang. Apabila Datuk Seri  Mohammad Yaakub menjadi menteri besar sudah tentu puak dia sahaja yang dapat layanan baik, manaakala  puak lain tersingkir.

Macam di negeri Terengganu sekarang ini , puak Datuk seri Ahmad Said tersingkir. kebanyakan hilang segala galanya. Malahan ada yang tiada apa apa projek diberi, kerana telah dibolot oleh puak Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Inilah yang menakutkan orang umno Kelantan.Sebab itu mereka tak suka umno/BN menang dan lebih suka pas memerintah, kerana mereka mendapat layanan yang baik dan seksama.

Puak A dapat projek kerajaaan dan puak B pun dapat juga. Oleh itu ramai yang gelak dengan calon menteri besar Kelantan Husam Musa dari parti Pan,yang di umum Kit Siang itu.

Jika umno/BN, calon menteri besarnya Datuk seri Awang Adik pernah gagal, maka jangan harap  calon menteri besar dari Pan Datuk Husam Musa boleh menang dan memerintah Kelantan pada PRU 14 nanti.



























Monday, July 10, 2017

Perhimpunan Jubli Jerusalem?



Bercakap pasal perhimpunan jubli Jerusalem teringat  dengan syarahan Mohamed Razali Abdul Rahman bekas pengarah strategik orang melayu islam DAP yang pernah dilatih oleh Mossad.

Memang DAP mempunyai hubungan istimewa dengan Israel. Kalau tidak istimewa mana mungkin !7 orang anggota pakar stratigek DAP dilatih oleh Mossad.

Betapa istimewanya hubungan Israel dengan DAP, termasuk Mohamed Razali Abdul Rahman yang pernah dilatih hampir tiga tahun oleh Israel.

Untuk makluman, kata Mohamed Razali, tiap tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Dia biasa mengikut banyak kali rombongan beliau ke Singapura pada  hari Sabtu petang dan akan balik Ahad petang.

Katanya, di Singapura kita akan jumpa dua orang sahaja, satu bekas perdana menteri Singa[pura Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil duta Israel. Dua ni yang akan kita jumpa.
Jelas beliau lagi, sewaktu kita jumpa duta Israel atau wakilnya pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU 13. Benda ini antara projek Israel singapura dan DAP.

Tambahnya, bila  saja  bubar parlimen, masa itulah duit akan masuk dan juga pakar pakar Istrael. Mereka merupakan beberapa warga asing akan menyusup masuk ke bumi Malaysia.

Oleh iru hujahnya,himpunan jubli jesusalem yang dikatakan diadakan di Melaka bukan rekaan akan tetapi ia suatu reality yang didalangi oleh DAP sebagai agenda sembunyi bersama diantara Singapura dan Israel.

Maka isu hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel suatu masa dahulu bukan khabar angin, akan tetapi ia suatu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Bermakna bukan DAP sahaja yang ada hubungan akrab dengan Israel, malah PKR juga punya hubungan  dengan Israel.


Wednesday, June 28, 2017

Allah larang lelaki berkahwin



Macam mana Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin lelaki kafir, sedangkan dalil qati’e firman Allah yang bermaksud: “janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman”.

Macam mana benda yang dilarang dengan perkataan janganlah oleh Allah kepada lelaki Islam dengan perempuan kafir,dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir.

Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus kepada semua lelaki beragama Islam.

Jika lelaki Islam dilarang dengan perkataan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada perempuan yang bersifat lemah itu.

Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang menikahi lelaki kafir.

Tidak dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.

Sehubungan dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kafir ahli kitab.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Dan dihalalkan mengahwini wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu”.

Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud yang paling berbahaya itu.

Oleh itu, Hanya sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab sepertimana perkataan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu.

Mengapa tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan Nasrani yang berpegang dengan kitab Bable.

Hujahnya, Yahudi dan Nasrani  tidak sekali kali setuju dan benci dengan Islam dan tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin dengan Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan seorang wanita Yahudi di Sham.

Atas sebab itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan perempuan yahudi ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab kebimbangan kalau kalau terkena perempuan sundal.

Saidina Umar menulis kepada Huzaifah,  aku berharap sebelum kau selesai membaca surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan kamu itu menjadi ikutan orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih perempuan ahli kitab, kerana kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman kepada perempuan Islam.

Saidina Umar dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan yang buruk yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap kepada musuh dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.

Pernah ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab agar ada kejelasannya.

 Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan peremuan perempuan msyrik kepada orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar daripada seorang yang berkata Isa itu tuhannya atau tuhannya hamba Allah.

Macam mana Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh berkata, perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. Mana dia dalilnya.

Sudah tentu dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah diperjuangkan oleh ulamak jahat bersama musuh musuh  Allah Subha nahu wataalah dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.

Pada hemat penulis, perdapat  yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu wali untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan lelaki boleh berkakwin sama lelaki.

 ia tidak lain dan tidak bukan suatu ajaran sesat dan perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan sekali kali dibiar bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam agama rasmi Negara.


Tuesday, June 20, 2017

Tidak hairan dengan wanita SIS



Penulis tidak hairan dengan pendapat wanita wanita anggota Sisters In Islam, kerana ada menteri dan timbalan menteri yang memberi sokongan penuh dengan NGO tersebut

YB Datuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menteri kementerian Belia dan Sukan ada berkata tangkap orang tak puasa tidak bagus yang bagus kena beri bantuan kepada asnaf.

Pendapat ini  jelas dan nyata sebagai  trade mark salah seorang menteri  berbangsa melayu beragama islam dalam kerajaan satu Malaysia tidak suka dengan kerja amal Islam.

Pada hal kerja tangkap yang tidak berpuasa itu suatu tindakan yang di syariatkan Islam, kerana orang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai adalah jenayah syariah.mereka itu adalah pejenayah. Kena ambil tindakan berdasar enakmem jenayah syariat.

Macam juga tangkap orang melayu islam yang minum arak dikhalayak ramai yang jika sabit kesalahanya disebat 40 puluh sebatan  yang telah ditetapkan enekman jenayah syariah negari negeri di Malaysia ini.

Demikian juga tangkap orang Melayu Islam yang tidak berpuasa yang telah ditetap hukumannya jika sabit kesalahannya.

Akan tetapi dianggap oleh YB Datuk Khary Jamaluddin sebagai tidak bagus dan tidak harus dilakukan oleh pegawai penguat kuasa  jabatan agama Islam negeri Selangor yang beroperasi sepanjang bulan Ramadhan ini.

Demikian juga pendapat YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed –timbalan menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu hidangan arak dalam kapal terbang Mas.

Beliau berkata, arak bukan masalah. Padahal dalam Islam arak itulah ibu segala kejahatan yang jadi masalah kepada masyarakat  dan manusia yang meminumnya.

Tiba tiba timbalan menteri orang Melayu masih Bergama Islam yang diberi amanah oleh rakyat jelata memimpin Negara ini mengatakan arak bukan masalah.

Macam mana benda diharamkan oleh islam bukan masalah, sedangkan itulah permasalahannya yang jadi isu penumpang mabuk dalam kapal terbang Mas baru baru ini.

Apa bezanya dengan pendapat wanita wanita dalam sisters In Islam yang suatu masa dahulu pernah memdesak poligami diharamkan.Terbaharu wali tidak diperlukan lagi kepada wanita yang sudah berkahwin  dan yang hendak berkahwin. Bukan satakat itu saahaja malah sudah ada  pendapat bahawa kahwin lelaki sama lelaki dan perempuan sama perampuan sebagai satu rahmat 

Zainah Anwar adalah ahli pengasas dan bekas Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang bekerja mengenai hak-hak wanita dalam kerangka Islam. 

Kumpulan itu bekerja dalam bidang penyelidikan, advokasi, pendidikan awam dan pembaharuan undang-undang dan perkhidmatan untuk menolak kerana memahami berasaskan hak progresif Islam. Ia terlibat dengan pelbagai isu, termasuk Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Jenayah Islam, keganasan rumah tangga, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, Islam sebagai sumber undang-undang dan dasar awam, Islam dan hak-hak wanita.

Zainah adalah Pengarah Musawah, satu pergerakan global untuk kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Dia juga menulis kolum bulanan mengenai politik, agama dan hak-hak wanita, yang dipanggil Berkongsi Nation, dalam Sunday Star, Malaysia. Dia adalah seorang bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

pengalaman kerjanya yang lain termasuk: Ketua Pegawai Program, Bahagian Hal Ehwal Politik, Sekretariat Komanwel, London; Penganalisis Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Kuala Lumpur; dan Politik dan Penulis Diplomatik, New Straits Times, Kuala Lumpur. buku beliau, kebangkitan semula Islam di Malaysia: Dakwah Antara Pelajar, telah menjadi rujukan standard untuk kajian Islam di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di Fletcher School of Law and Diplomacy di Universiti Tufts, Boston University, dan Institut Teknologi MARA.

Penulis tidak nafi mereka juga Islam, akan tetapi Rasulullah SAW ada menyatakan umat islam suatu masa nanti kan brpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang di terima keislamannya , iaitu yang ikut ajaranNya.
oleh itu, orang Islam kena hati hati dengan pendapat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.kerana ajaran islam selain daripada yang diajar oleh Rasulullah SAW, tempatnya didalam neraka.