Friday, December 1, 2017

Ego Mahfuz Omar terbongkar




Mahfuz Omar Ahli parlimen Pokok Sena Kedah namanya dikatakan telah disingkir oleh Pas sebagai calon untuk bertanding pada PRU 14 nanti.

Bermakna, beliau walaupun masih kekal sebagai ahli pas sudah tidak ada dalam senarai calon pas Kedah yang akan bertanding pada PRU 14 yang akan diadakan bila bila masa dari sekarang.

Akan tetapi masih ada yang bimbang, kerana nama Mahfuz disingkir oleh Pas kedah dan bukan Pas pusat, sedangkan pas pusat yang memnentukan senarai yang layak bertanding pada Pru 14 nanti.

Pas kedah hanya menghantar senarai calon kepada Pas pusat untuk dipertimbangkan menjadi calon yang layak bertanding pada mana mana pilihanraya umum.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang disingkirkan nama oleh pas Kedah ada kemungkinan akan dipertimbang semula sebagai calon pada pru 14 nanti oleh Pas Pusat.

Mengapa tidak? Beliau masih seorang ahli pas yang barangkali boleh dipertimbangklan semula untuk bertanding pada PRU ini.

Mahfuz walaupun menjadi duri dalam daging kepada pas, akan tetapi masih disayangi oleh kebanyakan ahli jawatan pas pusat, termasuk Mat Sabu dan Husam Musa.

Datok Husam Musa walaupun sudah dipecat masih ramai lagi ahli jawatan kuasa Pas pusat sayanginya, kerana dia orang baik dan dia orang bijak yang ada potensi diangkat sebagai pemimpin pelapis pas suatu masa akan datang.

Mat Sabu presiden Pan walaupun dicop sebagai pemimpin yang derhaka juga masih ada yang sayanginya, malah masih ramai yang duduk berdoa agar Mat sabu rujuk semula dan menyertai pas. Lebih lebih lagi ada yang menganggap tali hayat parti PAN tidak panjang.

Sehubungan itu, kehadiran Mahfuz Omar pada majlis menandatangani perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat dengan Invoke Solutions Sdn Bhd (INVOKE) pada 19 November, membuktikan peluang untuk  bertanding pada PRU 14 cerah.

Pada penulis,  pengisytiharan harta Mahfuz membutikan beliau berhasrat untik menjadi calon untuk bertanding sama ada atas tiket pas dan parti Amanah.

Buktinya,  pengisytiharan harta yang Mahfuz buat, bahawa “Saya, Dato’ Mahfuz bin Omar (No. Kad Pengenalan: 570825-02-6067) yang beralamat di 11, Taman Al-Walid, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah, dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 bagi tujuan mengisytiharkan harta saya sebagai seorang yang berminat menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14.”

Maka Sahlah  pengisytiharan harta yang dibuat itu adalah kerana minat dan yakin sertai mempunyai harapan untuk bertanding semula pada PRU 14 ini, miskipun namanya sudah disingkir Pas Kedah.

walaupun namanya sudah tersingkirkan namun atas hujah masih yakin dan percaya yang dia masih layak menjadi calon, maka mahu tidak mahu pengisytiharan harta ini mesti dibuat untuk menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sama samalah kita tunggu dan tengok apakah nama musuh dalam selimut ini akan masuk dalam senarai calon pas pusat  atau sebaliknya, kerana ada suara yang mengatakan atas sebab mahfuz masih disayangi, maka dia tidak dipecat keahliannya sepertimana nasib buruk yang menimpa Datuk Husam Musa..


No comments: