Thursday, December 14, 2017

Seperti si kudung dapat cincin?



Apa apa yang berlaku terhadap wang negera, termasuk kerugian puluhan billion ringgit pasti berpunca angkara perdana menteri yang pentingkan diri sendiri.

Barangsiapa yang ada sifat pentingkan diri memang tidak layak dilantik jadi perdana menteri sesebuah Negara.

Mengapa? Kerana inilah punca adanya penyangak wang Negara yang kita lihat sejak dahulu hingga hari ini dihulu airnya keruh tak dapat tidak hilirnya keruh juga.

Jika zaman Tun Dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri selama lebih 20 tahun itu air dihulu keruh dan dihilir pun keruh juga, miskipun didakwa kerajaan bersih, cekap dan amanah.

Air keruh dalam fiqah Islam mungkin bersih boleh ambil wuduk, tetapi istilah keruh dalam arena politik memang tidak baik kepada pengurusan kewaangan Negara.

Apabila perdana menteri seorang yang pentingkan diri sendiri, sudah barang tentu dilantiknya menteri kewangan yang boleh memberi impak apa apa yang menjadi impian untuk kumpul sebara banyak harta.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohammad telah lantik Tun Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan. Malangnya menteri kewangan yang dilantik itu lama kelamaan disah sudah jadi penyangak wang negera.

Selepas itu dilantik pula Datuk Seri Anwar Ibrahim ayam sabung Tun Dr Maahathir yang dipelihara untuk memberi impak kepada cita citanya. Malangnya menteri kewangan yang juga timbalan perdana menteri itu jadi musang berbulu ayam.

Apabila berlaku demikian, menteri kewangan dipegang sendiri oleh perdana menteri konon mereka yang dilantik itu tidak boleh dipercayai, sedangkan perdana menteri sudah berjaya mengumpul harta puluhan bilion ringgit.

Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu jadi perdana menteri melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan akan tetapi air dihulu tetap keruh juga, apa tah lagi air di hilir, semakin keruh.

Ketika Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambil alih perdana menteri pun demikian sehingga semakin hari semakin banyak skandal berlaku yang menyebabkan wang Negara hilang entah kemana.

Kalau waktu Tun Dr Mahathir Mohammad jadi perdana menteri Tun Daim Zainuddin jadi penyangak wang Negara dan siapa pula bapak penyanggak wang Negara.

Mudah faham, tidak lain dan tidak bukan Tun Dr Mahathir Mahammad yang wajar diambil tindakan undang undang sebagai balasan kemungkaran yang dilakukan sepanjang menjawat jawatan perdana menteri.

Ingat, jangan lupa dengan apa apa yang dilakukan oleh perdana menteri yang baru kerana beliaulah punca air keruh di dihulu masih semakin keruh dihilirnya dek pentingkan diri.

Kelihatan kini, semakin ramai si kudung yang mendapat cincin. Bayangkan si kudung mendapat cincin. sudah barang tentu mereka menjadi gelojoh dan rakus apabila ada kuasa mengendalikan kewangan Negara.

Inilah yang sentiasa mengetuk pintu hati penulis dan juga pintu hati rakyat jelata miskipun dilaungkan slogan rakyat didahulukan.

No comments: