Wednesday, December 29, 2010

Ibrahim Ali rasa dia lebih layak jadi menteri besar Kelantan

Memang Ibrahim Ali ni layak menbuat gesaan supaya Nik Aziz letak jawatan.
Dulu Tun Mahathir Mohammad berusaha bertungkus lumus untuk menyingkir menteri besar Kelantan dengan hujah Nik Aziz hanya layak di dalam masjid jadi Tok imam.

Sekarang ini tugas itu diambil alih Ibrahim Ali pulak, kerana dia dah jilat punggung Mahathir selepas kembali kepangkuan umno.

Tugas itu Nampak mudah tapi berat kerana sehingga hari ini Nik Aziz masih kekal sebagai menteri besar popular dan lama.

Memang itulah tugas yang diberi dan diterima secara rela tanpa bantahan dengan cita cita Nik Aziz akan lepaskan jawatan yang diandang selama 20 tahun itu.

Mengapa tidak? kerana dia rasa lebih layak jadi menteri besar berbading Nik Aziz.Lebih lebih inilah satu satunya usaha untuk dia kembali semula kepada Umno.

Seperkara lagi biasalah musuh. Mana ada musuh akui musuhnya layak. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah dituduh gila oleh orang kafir.

Jadi perangai ini pasti dijiwai oleh mereka yang memusuhi seseorang hatta musuh mereka itu seorang nabi sekalipun.Apalah sangat seseorang yang bukan nabi.

Atas sebab itulah saya berani mengatakan Ibrahim Ali ni rasa dia lebih layak Nik Aziz dan suruh lepaskan jawatan menteri besar.

Jika Nik Aziz Nik Mat lepas kan jawatang sebagai menteri besar Kelantan, maka itulah kejayaan besar dan akan dinilai oleh perdana menteri untuk dia layak diterima semula sebagai ahli umno.

Yang menyedihkan, dia (Ibrahim) tergamak menuduh Tok Guru ulamak tahi kucing suatu masa dulu.

mungkin merasa yang beliau adalah merupakan orang yang paling layak jadi menteri besar kelantan, sebab itu dia mahu supaya nik aziz letak saja dan berkata, berilah kepada orang lain itu” aku”, kerana orang lain “aku” lebih layak darimu".

Demikianlah perangai musuh.

Tapi kita juga kena ingat bukan musuh saja yang berusaha untuk menjatuhkan Nik Aziz, malahan ada ulamak dan guru guru pondok yang makan upah dengan upah sedikit memainkan peranan untuk menyingkir menteri besar Kelantan itu.

Yang sangat pelik ada juga orang Pas, termasuk beberapa orang puncuk kepimpinan tertinggi dah berusaha kearah itu.Mungkin proksi.

Atau dengan kata lain mahu menguling Nik Aziz Nik Mat dari jawatan menteri besar dengan alasan sudah lama, tua dan uzur.Ini selari dengan usaha Ibrahim Ali yang tak tahu di untung.

Friday, December 24, 2010

Najib takut sebut wangtunai FELDA

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Tanpa menyedari ini mengambarkan yang dia sanggup berbohong dengan rakyat, kerana tidak berani mendedahkan wangtunai FELDA yang ada tersimpan di dalam akauan.

Tidak dinafikan sesungguhnya Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.Tapi tidak berani menyebut berapa jumlah.

Beliau hanya mampu berkata, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.Bagaimana pula dengan wangtunai yang diakatakan ada tapi berapa jumlahnya.

Ini menunjukkan kata kata yang dihalakan “Felda bankrap” walaupun disebut ...mana ada? semacam ada kebenaranya.

Alasan bahawa Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat," semacam tak masuk akal, kerana saham yang ada jika dicairkan dissbut dengan penuh semangat.

Bukan setakat itu saja malahan kelihatan dirinya begitu bangga dengan saham sejumlah RM 4.3 bilion itu.

Tapi malangnya sampai giliran pasal wang tunai FELDA Najib kelihatan gugup sikit miskipun mendapat tempukan gemuruh dari para hadiri tanda sokongan bahawa FELDA berjasa pada rakyat Negara ini.

Sah FELDA muflis ada asasnya, kerana Najib enggan sebut wangtunai yang ada dalam simpanan, Sedangkan sebutan wang tunai sekian sekian adalah satu sandaran bukti maklumat yang tidak meragukan bahawa kata kata FELDA bangkrap tak masuk akal.

Sekarang ini rakyat masih keliru dengan kenyataan Perdana menteri yang menafikan…” mana ada FELDA tak bangkrap”

Najib hanya mampu berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap sebenarnya telah membuat pembohongan kedua terbesar selepas kononnya akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008.

Ini betapa tidak rela dirinya tersingkir dan berkata, adalah wajib bagi rakyat termasuk warga Felda untuk mempertahankan kerajaan sedia ada di Putrajaya.

Memang tidak elok didengar apabila dia menyifatkan golongan berkenaan sebagai pengkhianat dan tidak berhati perut kerana sanggup menghina dan mencemar imej Felda tanpa menyedari dirinya sebagai punca pengkhianatan itu berlaku.

Sehubungan dengan itu, Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.

Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang inbi akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda?

Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.

Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta.

Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!

Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Sudah tentu tidak adanya wangtunai yang diakatakan ada. Tapi tak banyak kan? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.

Saturday, December 18, 2010

Dr Fadzillah Kamsah mungkin calon parlimen UMNO/BN

Ada orang sebut atau disebut sebut Dr Fadzilah Kamsah adalah calon Umno/ BN Parlimen negeri Selangordalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Saya setuju, kerana Dr Masitah Ibrahim yang buat fatwa Ibu tunggal melacur boleh jika darurat diberi bertanding dan dilantik sebagai timbalan menteri pada pilihanraya umum ke 11.

Tak bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 pun diberi jawatan timbalan menteri di jabatan Perdana menteri, kerana banyak berjasa dengan kerajaan Umno/BN ketika jadi pensyarah UIAM bersama Prof Dr. Amina Wadud.

Kenapa Dr Masitah Ibrahim diminati oleh Perdana menteri Tun Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Razak? Kenapa tidak? Kerana pendapatnya sesuai dan selari dengan misi dan visi kerajaan yang memerintah sekarang.

Pendapat boleh ibu tunggal menjadi pelacur dalam darurat membuat perdana menteri begitu sayang dengan Dr Masitah Ibrahim,tak bertanding pun dalam pilihanraya pun dilantik Senator dan timbalan menteri.

Demikian juga dengan Dr Fadzilah Kamsah yang disebut sebut akan beri bertanding Kawasan parlimen negeri Selangor dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.Dulu Dr Amran Kasimin juga diberi bertanding dan menang.

Atas sebab pendapatnya itu adalah sama dan selari dengan pendapat Dr Masitah Ibrahim yang menjadi isu dan polimek.

Saya kenal Dr Fadzilah Kamsah menerusi rancangan Motivasi dalam TV 3 yang punya pendapat yang “songsang” mengenai Islam. Antara lain, beliau berkata serta bertegas bahawa seorang perempuan yang tak tutup aurat(tak pakai tudung) jika dia solat puasa keluar zakat - perempuan itu, perempuan “solihah”.

Macam mana boleh digelar perempuan yang tak tutup aurat perempuan solihah sedangkan hadis Rasulullah SAW barangsiapa (perempuan) tak tutup aurat tidak diterima segala amalannya. Kedua, barangsiapa (perempuan) tak tutup aurat tak bau cium syurga.

Mungkin pendapat semacam itulah orang motivasi dengan alasan hendak pujuk atau tak boleh paksa orang buat baik sehingga tergamak mengatakan“Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah, ketika mengulas laporan seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Ini tidak lain dan tidak bukan ia suatu pendapat yang “songsang menurut perspektif Islam yang mana itu adalah menghalalkan perkara yang haram.Barang siapa menghalalkan yang haram dan mengaharamkan yang halal hukumnya kafir.

Mungkin ada pendapat yang mengatakan belum jadi kafir, kerana motivasi juga penting dalam , dalam kes seperti ini, sepertimana yang disebut bahawa “paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu.”

Dr Fadzilah Kamsah bukan sahaja malahan sangat berani mengatakan boleh “melacur” malah memberi sokongan dengan berkata,“Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu sehingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

Lantas berkata, dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.Tapi malangnya Dr Fadzilah Kamsah sendiri nampaknya tak pun berubah, baik dari segi praktikal dalam keluarganya sendiri.

Saya sangat tercuit dengan pendapatnya sejak sekian lama, termasuk tergamak berkata,“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan, sedangkan mana istilah darurat dalam bidang pekerjaaan.

Kalau mahu menjadi pakar motivasi biar motivasi berteraskan islam. Jangan pakai akal, kerana akal manusia sangat lemah, ia hanya untuk membezakan manusia dengan haiwan saja tidak lebih dari itu.

Pendapat berbentuk Motivasi inilah punca betapa ramai gadis mencenderung dan menceburi lapangan GRO dan dunia pelacuran dan seks bebas hingga betapa ramai yang melahirkan anak tanpa nikah dan dibuang disana disini.

Bukan setakat itu saja malahan ada pendapat mengatakan solat, puasa, zakat tak apa tak dikerjakan, kamu tetap juga Islam. Ini juga punca 83 peratus orang yang mengaku Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedangkan tinggal solat dengan sengaja jadi kafir.

Bagaimana pula dengan larangan Allah, jangan kamu menghampiri zina,serta jangan jadi macam Yahudi dan jangan ikut orang kafir sepertimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis sahih.

Sehubungan dengan teringat saya dengan friman Allah yang bermaksud: Wahai orang orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan” (surah As saff ayat 2).

Tuesday, December 14, 2010

Lupakan keturunan masing masing?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu.


Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, kikis lupa diri demi untuk mempertahankan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Cuba anda bayangkan Tun Mahathir Mohammad minta rakyat Negara ini lupa keturunan masing masing kalau mahu berjaya.Manakala Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu supaya kikis lupa diri.

Namun demikian, teringat saya dengan kata kata Tun Mahahtir Mohammad suatu masa dulu, kalau mahu maju atau berjaya “tinggal dulu Islam”.

Ini dapat kita simpulkan bahawa “Islam” yang menjadi anutan orang Melayu dianggap oleh Tun Mahathir sebagai batu penghalang kemajuan yang di programkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang di terajuinya selama 22 tahun itu.

Kita tidak nafi, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajui Tun Mahathir Mohamad dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.Tapi apakah ia suatu yang tidak bertentangan dengan asal usul terciptanya bangsa bangsa manusia.

Yang paliknya, Tun Mahahtir mahu apabila berbicara mengenai perpaduan kebangsaan rakyat mesti lupakan sejarah bangsa masing masing. Termasuk lupa keturunan dan menganggap diri orang melayu China dan India sebagai rakyat Malaysia.

Kata beliau lagi, Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera ataupun bukan bumiputera.

Ini menjadi syarat untuk mencapai kemajuan. Apakah ia sesuai dengan slogan “rakyat didahulukan” dan” pencapaian diutamakan”


Yang anehnya,Dr Mahathir membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

Lagi aneh dan tak masuk akal dengan kata katanya, bahawa kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India, jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Macam mana rakyat boleh lupa asal keturunan mereka,sedangkan bangsa banagsa itu asas untuk manusia atau rakyat kenal mengenal satu sama lain dan kerana keturunan inilah juga merupakan asas perpaduan yang diprogram oleh BN selama ini seperti mana wujud pendidikan varnikular iaitu ada sekolah jenis kebangaan yang jelas boleh membuat rakyat berpecahbelah.

Pelik juga Tun Mahathir Mohammad guru kepada perdana menteri Najib berkata lain dan Najib sendiri berkata lain semacam tak selarian dalam melayari bahtera kerajaan punya moto baru mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat.

Saya kira Tun Mahahtir Mohamad masih khayal, oleh itu Mohd Najib mahu supaya mengikis penyakit khayal yang di milik oleh kebanyakan anggota Barisan nasional.

Mengapa tidak? Punca mereka mengidap penyakit khayal ialah kerana judi dan arak yang dilesenkan oleh pihak kerajaan. Masakan tidak, beli nombor ekor, beli Toto dan Bigs Sweet dan malam berkhayal dapat RM 3,000 dapat RM10,000 dapat RM 30,000.

Ini tak termasuk habuan mengujudkan projek projek mega yang mendatangkan wang saku jutaan ringgit dengan nisbah persen persen yang dipersetujui.

Friday, December 10, 2010

Mahasiswi Melacur untuk hidup mewah?

Jika di negara Indonesia mahasiswi melacur adalah lazim dengan alasan “terpaksa” yang dianggap “darurat” dan dibolehkan melacur diri.

Kita dimaklumkan bahawa ada pendapat ulamak di Indonesia bahawa terpaksa itu memboleh sesiapa saja boleh menjual diri untuk menyara hidup keluarga termasuk menbayar yuran pengajian.

Suatu masa dulu di Negara kita ada pendapat membenarkan ibu tunggal melacur kerana terpaksa untuk menyara anak anak yang ditinggalkan.

Ada yang difahamkan bahawa melacur diri dibolehkan jika terpaksa, namun kegiatan melacur diri berlsaku secara beleluasa di pusat bandar besar.

Kita dimaklumkan bahawa semakin hari semakin ramai mahasiswi di Negara ini melacur diri kerana terpaksa sepertimana di nyatakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) percaya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat dengan kegiatan pelacuran.

Dan di percayai penuntut institusi pengajian Negara ini atas keinginan mereka untuk hidup mewah.

Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita) GPMS, Rafidah Mohd. Ariffin berkata, pihaknya juga percaya faktor mahu menyara kos kehidupan bukannya alasan utama penuntut terbabit.

Beliau menambah, meskipun masalah tersebut merupakan kes terpencil, ia harus diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak berkaitan.

"GPMS berpendapat kes-kes sebegini adalah terpencil tapi harus diberi perhatian yang serius.

"Alasan untuk menyara hidup bukanlah alasan utama tetapi lebih kepada untuk hidup mewah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr. Jaina Sintian baru-baru ini mendedahkan bahawa ada pelajar IPT terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dilaporkan berkata, kebanyakan yang terlibat datang daripada keluarga bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.

Menurut Rafidah, setakat ini belum ada fakta tepat atau tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh penuntut luar negara yang belajar di institusi pengajian tinggi swasta.

"GPMS sedia bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, polis dan pihak media bagi menangani isu ini," katanya.

Sunday, December 5, 2010

DAP halau Melayu di baik pulau Pulau Pinang?

Oleh kerana sebut bahawa orang Melayu balik Pulau, Pulau Pinang di halau teringat saya apa yang pernah berlaku kepada orang melayu Pulau Pinang semasa kerajaan GERAKAN memerintah mahupun dimana mana di Negara ini.

Orang Melayu dipinggir bukan setakat dipinggirkan malah dinafikan haknya baik untuk memiliki rumah,tanah dan sebagainya.

Boleh tanya orang Melayu Pulau Pinang akan prihal ini.Malahan mereka sangat tidak selesa tinggal di negeri kelahirannya lantas menyatakan lebih pindah saja.

Hal ini bukan saja berlaku di Pulau Pinang ,malah diserata pelusuk negara malaysia ini.termasuk kena halau oleh pemerintah yang mereka undi

Tak perlu saya sentuh apa yang berlaku d negeri Johor dan Selangor khususnya Kuala Lumpur dan Wailayah Persekutuan yang mana orang melayu dipinggirkan sekaligus dinafikan haknya serta sangat buruk keadaannya.

Paling malang sekali ada kalangan orang agama yang setuju dengan gerakan meminggirkan orang melayu ini dengan hujah jika tak mampu kerana taraf hidup tinggi lebih baik berjihrah, sedangkan Rasulullah SAW pernah menyatakan tiada lagi hijrah selepas hijrahku ini.

Hendak beri tahu bahawa isu yang kita sedia maklumni bukan atas nama DAP yang sedang memerintah Pulau Pinang sekarang, tetapi atas nama UMNO/BN juga demikian.Pendek kata dua kali lima saja.

Lihat di Terengganu, negeri orang Melayu pun Melayu dipinggirkan.malahan sudah sampai tahap Yahudi mengganas di Bandar dan kampong.

Di Kuala Terengganu sudah habis kampong milik Melayu di robek robekkan atas nama pembangunan bandar sejak sekian lama.

Kampong Tanjung Kapur seratus peratus penduduknya adalah Melayu.

Demikian juga kampung Ladang. Sudah habis dibangunkan dan orang melayu dihalau ke hutan dan hulu.

Mengatakan orang balik pulau Pulau Pinang di halau jawapnya "YA" Tapi orang melayu di Kuala Terengganu apa kurangnya.Termasuk orang Melayu Kuala Lumpur sedang terhakis menerusi menjana tranformasi ekonomi.

Pendek kata apa yang berlaku sejak UMNO/BN diberi mandat memerintah selama 50 tahun lebib ini orang Melayu bukan saja dihalau, malah telah dikhianati oleh umno yang dikatakan membela nasib bangsa Melayu, agama dan negara.

Kita tidak tahu apakah yang dibela selama ini. Mungkin membela perut para pemimpinnya boleh diterima dan masuk akal.

Berkata membela bangsa melayu pasti tak masuk akal,kerana nasib orang melayu semakin hari semakin buruk serba serbi.