Memang Ibrahim Ali ni layak menbuat gesaan supaya Nik Aziz letak jawatan.
Dulu Tun Mahathir Mohammad berusaha bertungkus lumus untuk menyingkir menteri besar Kelantan dengan hujah Nik Aziz hanya layak di dalam masjid jadi Tok imam.
Sekarang ini tugas itu diambil alih Ibrahim Ali pulak, kerana dia dah jilat punggung Mahathir selepas kembali kepangkuan umno.
Tugas itu Nampak mudah tapi berat kerana sehingga hari ini Nik Aziz masih kekal sebagai menteri besar popular dan lama.
Memang itulah tugas yang diberi dan diterima secara rela tanpa bantahan dengan cita cita Nik Aziz akan lepaskan jawatan yang diandang selama 20 tahun itu.
Mengapa tidak? kerana dia rasa lebih layak jadi menteri besar berbading Nik Aziz.Lebih lebih inilah satu satunya usaha untuk dia kembali semula kepada Umno.
Seperkara lagi biasalah musuh. Mana ada musuh akui musuhnya layak. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah dituduh gila oleh orang kafir.
Jadi perangai ini pasti dijiwai oleh mereka yang memusuhi seseorang hatta musuh mereka itu seorang nabi sekalipun.Apalah sangat seseorang yang bukan nabi.
Atas sebab itulah saya berani mengatakan Ibrahim Ali ni rasa dia lebih layak Nik Aziz dan suruh lepaskan jawatan menteri besar.
Jika Nik Aziz Nik Mat lepas kan jawatang sebagai menteri besar Kelantan, maka itulah kejayaan besar dan akan dinilai oleh perdana menteri untuk dia layak diterima semula sebagai ahli umno.
Yang menyedihkan, dia (Ibrahim) tergamak menuduh Tok Guru ulamak tahi kucing suatu masa dulu.
mungkin merasa yang beliau adalah merupakan orang yang paling layak jadi menteri besar kelantan, sebab itu dia mahu supaya nik aziz letak saja dan berkata, berilah kepada orang lain itu” aku”, kerana orang lain “aku” lebih layak darimu".
Demikianlah perangai musuh.
Tapi kita juga kena ingat bukan musuh saja yang berusaha untuk menjatuhkan Nik Aziz, malahan ada ulamak dan guru guru pondok yang makan upah dengan upah sedikit memainkan peranan untuk menyingkir menteri besar Kelantan itu.
Yang sangat pelik ada juga orang Pas, termasuk beberapa orang puncuk kepimpinan tertinggi dah berusaha kearah itu.Mungkin proksi.
Atau dengan kata lain mahu menguling Nik Aziz Nik Mat dari jawatan menteri besar dengan alasan sudah lama, tua dan uzur.Ini selari dengan usaha Ibrahim Ali yang tak tahu di untung.
No comments:
Post a Comment