Wednesday, April 29, 2009

Kemunduran orang Melayu disebabkan makan riba

Kerajaan yang memerintah sejak dahulu lagi telah buat sesuatu supaya membebaskan orang melayu dari belenggu kemunduran.Pelbagai rancangan dan projek telah dilaksanakan.

Bukan setakat itu sahaja malah UMNO ajar orang melayu buat duit, kumpul harta supaya mereka jadi kayaraya.

Akhirnya para pemimpin melayu sahaja yang kayaraya, manakala kebanyakan orang melayu masih mundur dengan gelaran orang Islam masih mundur.

Hasil dari usaha UMNO ajar orang Melayu buat duit akhirnya mereka yang diamanah menjadi pemimpin lupa amanah yang diberikan kerana sibuk kumpul harta tanpa kira halal dan haram.Juga lupa daratan yang menyebabkan Umno gagal membela rakyat yang bernama Melayu.

Sekarang ini pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk membebaskan orang Melayu yang masih mundur. Cadangan demi cadangan semata mata untuk menjamin kedudukan orang Melayu tidak tersungkur dibumi sendiri.

Buat apa apa pun semuanya gagal. DEB juga gagal yang kononnya kena ganti dengan yang baru yang lebih baik untuk tolong orang Melayu.

Apa yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN semuanya tidak menjadi. Mengapa? kerana membelakangkan Al Quran dan hadis, termasuk apa yang sedangkan dilakukan oleh Perdana Menteri baru Datuk Seri Mohd Najib Razak iaitu melibralisasikan ekonomi yang mana nama Islam ditonjolkan.

Tanpa mengambil kira apa yang pernah dinyatakan oleh Allah Subha nahu wataala dalam surah Baqarah ayat 284 yang bermaksud: ”

Segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya nercaya Allah akan menghitung dan menyatakan kepada kamu. Kemudian dia mengampunkan bagi mereka yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang undang peraturannya) Dan ingatlah. Allah maha kuasa atas tiap tiap sesuatu."

Mengapa orang Melayu tidak berjaya mencapai apa yang di impiankan, kecuali para pemimpin sahaja yang dapat mencapai matlamat yang dicita citakan sehingga membuat lupa dengan amanah yang diamanahkan.

Atas nama jadi pemimpin yang diangkat oleh rakyat jelata, Anak anak mereka jadi kaya raya, isteri mereka jadi kayaraya, keluarga mereka jadi kaya raya, korni kroni mereka kayaraya, pengampu mereka kaya raya, talibarut mereka jadi kayaraya. menantu mereka jadi kayaraya.Tapi yang lain lain hidup menderita, termasuk terpaksa bayar hutang Bank kerana kerajaan yang merintah ini mengajar mereka berhutang dan berhutang. Tunai haji juga boleh hutang dengan bank.

Kenapa orang Melayu mundur dan tidak berjaya jadi usahawan, walaupun ada DEB? Tidak dinafikan ada yang berjaya, tetapi hanya setengah jalan sahaja lepas itu muflis. Kemana perginya wira2 Melayu yang kaya raya hasil nekmat DEB saperti Tan Sri Halim saad,Tan Sri Amin Shah,Tan Sri Tajuddin Ramli,Tan Sri Rashid.Ada kah mereka ini lenyap tak berkubor kerana DEB.

Saya lihat dalam list orang yang terkaya dalam Malaysian Business,terdapat nama Ananda Krisnan,Francis Yeo,Quek Leng Chan,Teh Heng Piau dan banyak lagi.Tiga puluh tahun dahulu mereka ini hanya perniaga biasa,nak bayar hutang bak pun susah.

Ada kah Melayu diatas itu product dari pelaksanaan DEB kerana mereka guna hawa nafsu termasuk terbabit dengan Riba dan rasuah.

Sedangkan Allah telah menyatakan secara jelas dan terang akan perihal orang makan riba sepertimana yang maksud firman Allah dalam Surah Baqarah ayat 275:

”orang orang yang memakan Riba itu tidak dapat berdiri betul melain seperti berdiri orang orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang, kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan jualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambilnya) maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya".

Barngakali Perdana Menteri yang dahulu dan yang baru tidak sedar akan hakikat ini, sebab itu lakukan sesuatu yang jelas bercanggah dengan kehendak Allah Subha nahu wataala.

Allah menyatakan lagi dalam surah yang sama ayat 276 yang bermaksud:

"Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".

Sebab itu orang Melayu gagal dalam bidang usahawan. Sebab mereka makan riba dan Allah nyatakan harta yang mereka perolehi akan "susut" (hilang atau habis kerana terpaksa tanggung faedah Bank yang diharamkan oleh Islam miskipun disebut perbankan Islam sekalipun.

Buatlah apa yang terbaik sekalipun yang terbit dari hati yang dikatakan ikhlas untuk tolong Melayu, ia akan menemui kegagalan jika masih beramal dengan riba.

Ini janji Allah kepada manusia yang diciptanya.Oleh kerana kebanyakan kita menggunakan hawa nafsu maka itulah jadinya. dan akan terjadi sampai bila bila jika tidak kembali kepada Islam yang syumul.

Jangan jadikan alasan itu dan ini, pokoknya mereka makan riba dan rasuah yang sangat sangat dibenci oleh Allah.

Sunday, April 26, 2009

Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu sudah dinilai prestasinya

Setelah dinilai prestasi Datuk Ahmad Said selama satu tahun menjadi penerajui, maka Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman mengingatkan kerejaan Terengganu.

Ingatan itu dibuat setelah didapati penerajui kerajaan selama setahun ini dikatakan berbelanja gila gila atau gila gila berbelanja yang membabitkan wang sebanyak RM 13 bilion entah kemana.


Tengku Baderulzaman mengingatkan kerajaan melalui ucapan persamian sidang Dewan Undangan negeri ke 12 yang berlangsung pada 13 April 2009 bahawa kerajaan Terengganu hendak memberi sepenuh perhatian terhadap perancangan pembangunan tanpa meletakkan kepentingan politik sebagai asas.

Bermakna selama satu tahun perancangan pembangunan yang dilaksanakan dilihat bahawa kepentingan politik diletakkan sebagai asas yang barangkali ianya bercanggah dengan motto belanjawan 2009 yang berbunyi me rakyat kan pentadbiran.

Oleh itu, Tengku Baderulzaman dalam ucapannya bahawa dalam kemelesetan ekonomi pada masa ini perhatian dan tindakan yang betul amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan yang timbul.

Ini dapat kita fahamkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah melakukan kesilapan yang sama sepertimana pernah dilakukan oleh Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad adan Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini hendaklah merancang perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran wang rakyat.

Atas sebab itu, Tengku Baberulzaman mahu perkara tersebut harus dilaksanakan melalui kaedah perbincangan secara telus dan bersopan. Lebih lebih lagi berikutasn kejatuhan harga minyak dunia yang menyebabkan pendapatan kerajan melalui royalti minyak berkurangan.

Kata kata itu, seolah olah apa apa yang dilakukan oleh Ahmad said tidak dilakukan melalui kaedah perbincangan secara telus dan sopan. Rasa rasa mustahil, Ahmad Said tidak berbuat demikian, kerana setiap projek yang hendak dilulus dan dibuat mesti melalui perbincangan dalam mesyuarat EXCO yang diadakan setiap minggu.

Kalau Ahmad Said berbuat apa yang dikehendak oleh Tengku Baderulzaman, mana mungkin kerajaan dingatkan supaya merancanglah perbelanjaan dengan sebaik mungkin, kerana situasi ketidakstabilan ekonomi dunia memerlukan semua bersatu hati untuk menanganinya.

Titah Tengku Baedrulzaman lagi, ingat mengingatkan agar semua pihak meneruskan amalan hidup sederhana dengan membuat perbelanjaan secara berhemah dan mengamalkan sikap jimat cermat.

Namun begitu, penulis nampak apa apa yang orang lain tidak nampak dan orang lain barangkali nampak yang penulis tidak nampak. Jadi penulis nampak dengan jelas yang kerajaan berbelanja gila gila atau gila gila berbelanja. Sebab itu diseru agar ”jimat cermat”.

Seruan jimat cermat dinyatakan oleh Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja di tujukan kepada kerajaan Terengganu, khusus kepada Menteri besar Ahmad Said yang barangkali masih belum mencapai piawai yang ditetap.

Persoalannya mengapa seruan jimat cermat dibuat? Jawapannya sudah tentu ada yang tidak kena dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh pemerintah kini.

Sebelum ini iaitu semasa Terengganu diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh wang sebanyak RM 7 bilion wang rakyat sudah habis dibelanjakan, manakala RM 6 bilion entah kemana yang barangkali dianggap terlalu boros serta tidak wajar berlaku sekali lagi.

Rakyat Terengganu sudah tentu tidak kisah sangat dengan amalan boros yang dilakukan selama ini. Hatta wang Tabung amanah sebanyak RM 270 juta hilang entah kemana. sebab itu Umno/BN negeri minyak ini boleh memerintah semula selepas tumbang teruk pada pilihanraya umum ke 10.

Ahmad Said barangkali tidak sentitif dengan seruan yang dibuat oleh pemangku Al Sutlan tempoh hari, kerana terlinganya terngiang ngiang dengan khabar angin usul undi tidak percaya terhadapnya.

Tapi bagi penulis seruan itu merupakan pukulan hebat keatas dirinya, lebih lebih lagi belanjawan 2009 berjenama ”me rakyat kan pembangunan” me rakyat kan pentadbiran yang barangkali serasi dengan moto perdana menteri baru ”rakyat di dahulukan”prestasi diutamakan tidak menepati piawai berbelanja.

Atau dengan kata lain pemangku Al Sultan mencabar Ahmad Said supaya jimat cermat dalam berbelanja miskipun wang royalti lima peratus sudah diberi semula kepada kerajaan Terengganu selepas ditarik balik pada 2001 dahulu.

Walaupun sudah banyak wang iaitu RM 1.5 bilion satu tahun, tapi ingat jangan boros, kerana boros itu amalan syaitan dan syiatan adalah musuh yang nyata kepada manusia. Oleh itu hendak berjimat cermat.

Persoalannya mengapa muncul seruan seumpama itu?

Sudah barang tentu kerajaan yang diterajui oleh Ahmad Said dilihat sudah, sedang dan akan berbelanja tidak berhemah iaitu boros yang jelas dan nyatakan sangat dibenci oleh Islam.

Sebagai contoh, sebagaimana yang penulis nampak. Ahamd Said telah meluluskan yang cukup besar dalam bidang pelancongan.Sebanyak RM 77 juta diperuntukan untuk pelancongan yang barangkali tidak munasabah.

Kos sebanyak RM25 juta untuk tujuan membangun Bukit Pak Apil. RM 50 juta diperuntukan untuk membangun Tasik kenyir yang barangkali akan jadi senasib dengan apa pernah dialami oleh ketengah dahulu.

Taman Orkid yang diperuntukan sebanyak RM 43 juta disebut semula oleh Ahmad Said, sedangkan projek itu hanya ada pada nama sahaja, wang tersebut hilang entah kemana.

Adalah suatu yang sangat menyedihkan jika taman yang tiada wujud itu dibangunkan semula dengan kos yang barangkali lebih besar berbanding sebelum ini.

Demikian juga dengan wang sebanyak RM 1.9 juta yang diperuntukan untuk membina dua buah bot yang pernah dibina oleh Ketengah sehingga hari ini tidak dapat dimanfaat langsung.Malah ianya dikelasfikasikan sebagai membazir.

Telah dilukskan RM 5 juta kos tambahan kepada projek empat buah pulau buat manusia di dasar Sungai Kuala Terengganu yang mana projek itu pernah dianggap sebagai membazirkan wang rakyat.

RM 500 juta diperuntukan untuk membangun Bandaraya Persisir Air dan RM 43 juta diperuntukan membina jalan sehala, jalan Air Jernih sepanjang satu kilo meter setengah, Jalan Batas Baharu sepanjang satu kilo meter dan jalan Sultan Ismail sepanjang setengah kilo meter.

Kos ini barangkali ianya kurang munasabah.malah kebanyakan penduduk bandaraya Kuala Terengganu persisir Air mempertikaikan dengan katanya ia tidak dapat menyelesaikan permasalahan kesesakan yang dialami.

Yang sangat menghairankan kita ialah mengenai kos Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dalan sidang dewan sebelum ini dinyatakan sebanyak RM 500 juta, tetapi dalam sidang dewan yang terbaru dinyatakan kos sebanyak RM 900 juta pula.

Barangkali inilah yang memyebabkan Tengku Baderulzaman mengingat kerajaaan khususnya Ahmad Said supaya berhemah dan jimat cermat didalam berbelanja. Lebih lebih lagi semasa negeri diterajui Datuk Idris Jusoh selama empat itu jelas banyak membazirkan wang rakyat.

sekian.

Friday, April 24, 2009

Cari jalan mudah untuk tukar Menteri Besar Terengganu

Sekiranya Idris Jusoh benar benar hendak tukar Menteri Besar Terengganu senang sangat.

Jalan undi tidak percaya terhadap Ahmad said jalan yang payah dan tak mungkin berjasa. Percayalah.

Speaker Tengku Puteri Tengku Awang orang Ahmad Said, sudah tentu usul yang dikemukakan ditolak bulat bulat.

Jalan mudah dan senang Idris Jusoh orangnya seramai 10 orang itu lompat sahaja ke parti keadilan rakyat.

Sebelas orang Adun yang lompat itu dicampur dengan 8 adun PAS jumlahnya 19 dan lawan 13 orang adun sudah tentu jatuhlah kerajaan yang diterajui Ahmad said.

Apabila jatuh maka bolehlah membentuk kerajaan baru atas nama pakatan rakyat, maka bolehlah tukar Menteri Besar lain.siapakah orangnya boleh fikir kemudian. Idris jangan diharap kerana sultan tak berkenan.

Inilah kaedah untuk tukar menteri besar dan sekaligus tukar kerajaan Umno/BN yang sudah lama tidak boleh diharapkan lagi untuk membela agama, bangsa dan negara.

Ia bukan terhenti setakat itu sahaja, malah mudahlah untuk tukar kerajaan yang diterajaui Datuk Seri Mohad Najib Razak kepada kerajaan Pakatan rakyat.

Sekarang ini sudah ada 34 orang orang Umno yang tidak gemar dengan Najib Razak. Namun sangat mudah untuk tukar kerajaan jika mahu. Tak mahu seribu dalih mahu mudah sahaja.

Mengapa cari jalan payah. Bukankah ada jalan mudah yang mungkin tidak sakit kepala dan sakit hati.

Mengapa tidak? Orang Idris Jusoh dikatakan hendak muntah apabila tengok wajah Ahmad Said. Jadi untuk atasi rasa muak dan hendak muntah itu jalannya tidak lain dan tidak bukan lompat sahaja.

Jangan buat macam songkok yang tetap diatas kepala dan kadang kadang ada juga orang letak diatas kepala lutut. Jangan buat macam kasut dibubuh dikaki sahaja. Ia pesis. Manusia tidak.

Parti hanya alat untuk manusia bejuang. Apa salah tukar parti dan ambilah parti yang boleh diharap untuk bela agama, bangsa dan negara. Kalau Umno tidak tak boleh buat biar parti lain pula yang buat.

Saya harap fikir dan fikir, agar jadi baik. Untuk jatuh Ahmad Said itulah kaedah yang terbaik dan mudah, tidak pening kepala. Najib tak pening. Pendek kata semua orang boleh terima.


Cuma hawa nafsu sahaja yang tidak boleh menerimanya. Sultan boleh menerimanya Ahmad Said pasrah sahaja.

Monday, April 20, 2009

Nik Aziz tetap mahu bukan Islam sertai PAS ?

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya PAS perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu.

"Bukan Islam pun dah mula undi PAS, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini tidak lama dahulu.

Pada muktamar PAS yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai PAS mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.

Barangkali atas sebab berita diataslah saya menerima Komen mengenai orang bukan Islam menjadi ahli PAS.Komen ini juga mungkin ada hubungkait dengan sokongan Melayu terhadap PAS sudah merosot dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April 2009.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jangan duduk releks dengan kemenangan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar dalam pilihanraya kecil itu. PAS memang dengan sokongan orang china dan India.

Orang yang hantar kepada kepada penulis ini bukan calang calang orang dari pengetahuan agama islam. Beliau pesara sebuah universiti di Terengganu. Dia bukan seorang pengampu bukan pembodet jauh sekali seorang tali barut sepertimana yang ada dalam Umno hari ini.

Komen ini berbunyi begini: Pandangan ini dilihat dari segi parti Islam se Malaysia (PAS) parti yang menyeru manusia kepada mantauhidkan Allah Subha Nahu wataala dan mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Mohamad SAW.

Islam tidak redha dengan kekufuran dan maksiat demikian juga PAS.

Justeru itu apabila orang bukan Islam diterima sebagai ahli pas sama ada ahli biasa, bersekutu atau ahli kehormat, maka mereka akan menjadi sebahagian daripada PAS.
Ini berarti kita ahli ahli PAS redha dengan kekufuran yang ada dalam diri mereka.

Mengikut kaedah Islam redha dengan kekufuran adalah menjadi kufur, redha dengan maksiat adalah kemungkaran.

Saya berkeyakinan kaedah ini ahli ahli PAS tidak memandang sebagai perkara remeh. Perlembagaan PAS Juga menyatakan diantara syarat untuk menjadi ahli PAS adalah islam yang membuktikan pas tidak redha dengan kekufuran.

Tidak ada apa apa halangan bagi orang bukan Islam mengundi calon calon PAS dalam mana mana pilihanraya, sebaliknya mereka digalakan mengundi PAS, sekiranya pas dapat memerintah Malaysia, kerana kedudukan orang bukan islam bertambah baik atas sebab Islam itu fliksibel dan adil untuk semua manusia.

Dengan itu mereka lebih mudah mengenali Islam, alam akhirat dan berusaha untuk menjadi orang Islam yang diredhai oleh Allah subha nahu wataala, manakala pas memerintah Negara.

Matlamat perjuangan PAS ialah untuk mengajak manusia beriman kepada Allah Subha nahu wataala percaya kepada adanya hari akhirat, membuat perkara baik meninggalkan perkara buruk dan mentadbir Negara/institusi mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Ada pun menyertai pilihanraya bukan matlamat PAS tetapi adalah satu satunya cara untuk mencapai matlamat.

Sekiranya system demokrasi di Negara ini musnah PAS tetap wujud dan terus berjuang dengan cara yang sesuai pada masa itu untuk mencapai matlamatnya kerana PAS bersifat universal.

Tidak sepatutnya PAS mengorbankan matlamat dari segi keahlian kerena mementangkan cara iaitu mengharapkan kepada ahli ahli PAS yang bukan islam (jika diterima menjadi ahli) mengundi calon-calon PAS dalam pilihanraya yang belum pasti mereka akan mengundi PAS kerana mereka masih belum Islam.

PAS boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam sama ada dalam menghadapi pilihanraya atau pemerintahan negeri seperti wujudnya Pakatan Rakyat (PR), maka tidak ada sebab perlembagaan PAS akan dipinda sedangkan ruang kerjasama dengan mereka sentiasa terbuka.

Kegagalan mereka menerima Islam sepertimana mempertikaikan hukum hudud menyebabkan mereka tidak layak menjadi ahli PAS bukan kerana perlembagaan atau ahli ahli PAS tidak berdakwah tetapi mereka tidak mendapat hidayah daripada Allah subha nahu wataala.

Oleh itu tugas kita ahli ahli PAS hendak terus berusaha dan berdoa serta berdakwah supaya mereka menerima islam sehingga layak menjadi ahli PAS.

PAS jelas berbeza dengan parti prti lain seperti Umno danh parti keadilan rakyat Malaysia. Keahlian PAS terbukan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira an warna kulit. Matlamatnya untuk menubuhkan Negara islam di Malaysia.

Parti Umno ialah parti kebangsaan Melayu dan bumi putera lain, matlamat perjuanganya untuk menjadi rakyat Malaysia golongan materialis dan sekularis.

Parti keadilan rakyat Malaysia keahliannya terbukan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. Matlamat perjuanganya menwujudkan keadilan umah.

Sekiranya PAS menerima orang bukan islam menjadi ahli, maka PAS sama dengan parti keadialan rakyat dua parti yang sama dalam sebuah Negara adalah merugikan.

Oleh itu PAS tidak boleh membuang syarat keahliannya Islam sama ada ahli biasa , ahli bersekutu dan ahli kehormat kerana parti itu bekerja mencari keredhaan Allah, membiarkan kekufuran wujud dalam rumah tangga sendiri adalah dimurkai oleh Allah subha nahu wataala, kerana khianat kepada parti dan berlakulah ketika itu satu perpecahan yang tidak mungkin boleh diselamatkan lagi.

Saya siar komen ini dalam blog saya semata mata untuk dijadikan bahan renungan kepada para pemimpin PAS yang kelihatan ghairah dengan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 12 setelah bersama sama dengan DAP dan perti keadilan rakyat.

Jangan duduk sedap, kerana undi Melayu dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang sudah merosot dan undi China dan India naik.

Saya ketika bersama sama dalam majlis kesyukuran di Taiping Ahad 19 April 2009 sempat dengar bisik bisik dari kalangan orang PAS yang bukan pemimpin tinggi sudah mula bimbang. Malah ada yang tidak mahu Dewan dibubar bimbang dengan apa yang berlaku sekarang.

Akan tetapi Datuk Seri Mohammad Nizar ketika berucap dalam majlis itu sangat sangat mengharapkan DUN Perak di bubarkan agar krisis politik yang semakin buruk ini dapat diselesaikan dengan cara serahkan kepada rakyat untuk menentukan ssiapakah kerajaan yang akan memerintah Perak. PR atau BN.

Saturday, April 18, 2009

Mengapa tiada seorang ahli parlimen Terengganu dilantik timbalan menteri

Datuk Seri Mohd Najib Razak, berjanji dengan Umno Terengganu bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan dilantik sebagai timbalan menteri jika menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Oleh itu, kesemua Ahli Parlimen Terengganu menaruh keyakinan akan ada salah seorang dilantik sebagai timbalan menteri yang pernah diberikan kepada Allahyarham Razali Ismail dan Datuk Wan Ahmad Farid.

Apabila Wan Ahmad Farid kalah dalam pilihanraya kecil tempoh hari sudah pasti dia tidak akan dilantik semula, tetapi harus ada salah seorang yang dilantik sebagai timbalan menteri yang dikuotakan itu.

Malangnya pengumuman kabinet baru tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Terengganu dilantik dan disamping nama Datuk Seri Idris Jusoh yang menang jawatan ahli majlis tertinggi juga disebut sebut akan dilantik menteri turut tersingkir.

MIC jelas dan nyata menyatakan tidak puas hati dengan kebinet baru yang diumumkan oleh perdana menteri baru yang menggunakan motto satu Malaysia dan mengutamakan rakyat dan mendahulukan prestasi.

Orang Terengganu rata rata merasa tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak keatas Umno Terengganu. Barangkali orang Umno juga turut merasai demikian.

Penulis percaya keenam enam orang Ahli parlimen Terengganu merasa kecewa apabila tiada seorang pun dilantik menjawat jawatan timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri keenam.

Begitulah nasib malang yang menimpa Umno Terengganu ketika Malaysia mendapat perdana menteri baru yang mengutamakan rakyat.

Tak kan tiada seorang pun layak dilantik sebagai timbalan menteri yang pernah diperuntukan kepada Umno Terengganu.Atau dua orang yang pernah disebut sebut akan dilantik sebagai timbalan menteri itu orang Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Sebab sekarang ini seramai 34 orang ahli parlimen di negara ini dianggap orang PaK Lah. termasuk Datuk Idris Harun, timbalan menteri pengajian tinggi tidak dilantik semula.

Kalau Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh layak dilantik sebagai timbalan menteri keselamatan dalam negeri ketika Malaysia di terajui Tun Abdullah Ahmad Badawi, masakan tiada seorang yang layak.

Kalau tiada seorang ahli parlimen yang layak, takan Datuk Seri Idris Jusoh yang pernah dilantik sebagai timbalan menteri perusahaan awam suatu ketika dahulu juga tidak dapat dipertimbangkan.

Atau Idris Jusoh masih tidak mendapat perkenan Al Sultan Terengganu untuk dilantik semula sekurang kurangnya sebagai timbalan menteri yang pernah diperuntukan kepada Terengganu itu.

Penulis ketika tumpang sekaki berbual pasal tiada orang Umno Terengganu dilantik timbalan menteri penuh dalam telinga dengan kata kata yang berbunyi: ”tunggulah apa akan terjadi di Terengganu pada pilihanraya umum ke 13 nanti.”

Kata kata itu berupa amaran yang datang dari orang Terengganu berhubungan dengan kabinet baru yang dibuat oleh Mohd Najib yang berjanji akan buat perubahan besar dalam Umno.

lebih-lebih lagi Timbalan perdana menteri Tan Sri Mahyiddin Yassin telah buat janji bahawa dalam masa dua tahun akan berlakulah perubahan pada Umno yang lemah selama ini.Bermakna Umno akan kuat semula.

Kata kata itu dapat penulis gambarkan bahawa orang Umno akar umbi Terengganu sangat kecewa dan marah marah dengan Datuk Seri Mohd Najib yang bertindak tidak melantik ahli parlimen Terengganu sebagai timbalan menteri yang pernah diberi sebelum ini.

Memang orang Umno Terengganu tersangat marah, malah ada desas desus akan ada seorang ahli parlimen yang keluar parti dan letak jawatan dalam masa yang terdekat ini yang menyebabkan akan ada satu lagi pilihanraya kecil Terengganu sebagai langkah mencabar perdana menteri baru.

Itu cakap yang penulis dengar meniti dari mulut ke mulut yang pasti hanya khabar angin sahaja sepertimana yang usul undi tidak percaya terhadap Datuk Ahmad yang juga merupakan khabar angin.Tidak lebih daripada itu.

Semua sedia maklum bahawa orang Umno tidak akan berbuat demikian, kerana mereka mungkin masih ada peluang lain sepertimana yang diperolehi Datuk Abdullah Mat Zain dan dilantik sebagai penasihat agama perdana menteri yang bertaraf menteri.

Demikian juga apa yang berlaku keatas Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan sultan untuk dilantik kali ke dua sebagai menteri besar Terengganu diberi pengerusi MARA sebagai Kenang jasa atau jasamu dikenang.

Hal itu dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipertikaikan kewibawaanya dan ketika sedang menunggu masa untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak.

Tidak mustahil ada seorang dua ahli parlimen Terengganu yang disebut sebuat akan dilantik sebagai timbalan menteri akan diberi jawatan lain yang juga bertaraf menteri dengan tujuan untuk meredakan kemarahan.

Sehubungan dengan itu Jam sebelas pagi (khamis) 9 April 2009 penulis didatangi bekas ketua biro ekonomi Umno salah satu bahagian di negeri Terengganu.

Beliau memberitahu penulis tiada seorang pun ahli parlimen Terengganu dilantik sebagai timbalan menteri.

”Menteri?” tanya penulis. ”Datuk Ahmad Shabery Cheek mungkin bertukar ke kementerian lain,” katanya.

Rupa rupa apa yang dinyatakan itu benar menjadi kepada kenyataan, Ahmad Shabery diberi jawatan menteri Belia dan Sukan.

Beliau beritahu penulis, memang setakat hari ini tiada seorang pun ahli parlimen Terengganu yang layak dilantik sebagai timbalan menteri. Apa lagi menteri yang memerlukan ketokohan yang benar berwibawa.

Memang pun, Datuk Razali Ismail yang dilantik sebagai timbalan menteri pelajar itu adalah bekas seorang pengarah maktab perguruan, dan bekas pengarah pelajaran Terengganu dan bekas pengarah bahagian pengambilan dan penempatan guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Itu pun selepas satu penggal menjadi menjadi ahli parlimen dan pengerusi PTPTN baru layak dilantik sebagai timbalan menteri pelajaran.

Bayangkan layakkah ahli parlimen yang ada sekarang. misalnya Datuk Mohd Jidin Shafie,Ahli Parlimen Setiu, yang pernah menjadi EXCO kerajaan negeri, Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Ahli parlimen Kuala Terengganu yang pernah jadi pengerusi Golden Pharus. Mohd Nor Othman, Ahli parlimen Hulu Terengganu bekas guru dan Matulidi Jusoh Ahli Parlimen Dungun, bekas pegawai tadbir KETENGAH.

Thursday, April 16, 2009

Sifat dendam masih terpahat kejat dalam hati orang Melayu Umno

Bas baru yang digelar 'bas Rakyat' yang dipandu Datuk Seri Najib Razak sudah pun bergerak dan berjalan minggu lalu. 'Bas Rakyat' itu dipandu laju lebih had kelajuan yang ditetapkan.

Bas itu mempunyai penumpang yang terdiri dari menteri dan timbalan menteri yang menjadi fokus sepenuhnya kepada rakyat atas falsafah memandu 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

Untuk memastikan ia dapat samapi ke setesen yang dituju oleh pemandu dan penumpang, Najib menyediakan kayu ukur melalui Petunjuk Prestasi di Utamakan (KPI). Ramai yang mengatakan Najib serius dalam hal ini.

Bukan setakat itu sahaja malah ramai pula yang puji akan kemahiran Najib memandu bas baru tanpa menyedari dengan sikap gelojoh yang dimiliknya.

Kata orang pandu laju jiwa tidak selamat. Jadi bagaimana pula ada memuji sikap Najib yang jelas memandu bas tidak berhemah itu. Sepatutnya kita sebagai rakyat beri nasihat walaupun para penumpang yang ada didalam tidak bimbang.

Tetapi malanngya setakat hari ini tiadak ada seorang pun berani menasihati najib.Kecuali pembangkang yang banyak kritik. Ini menunjukan mereka yang jadi penyokong bak kata perpatah sokong membawa rebah.

Wal hal memandu begitu jarang selamat, miskipun Bas yang dipandu itu bas baru.
Itulah akan sudah berlaku, dan sedang berlaku dan mungkin akan berlaku keatas Bas yang baru dan pandu oleh Najib walaupun pemandu nombor dua Tan Sri Mahyiddin Yasin dianggap mahir memandu.

Soal berkemahiran memandu bas tidak boleh dijadikan ukuran sama ada bas itu sampai ke setesen yang dituju jika sikap yang ada dalam dirinya itu tidak ambil kira undang undang jalanraya.

Ini juga menjadi penentu sokongan serta prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ini jelas mengambarkan masih ramai rakyat negara ini tidak tahu perangai sebenar orang Umno atau mereka pura pura buat tidak tahu.

Apakah yang dilakukan oleh Mohd Najib terhadap orang Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Barangkali semua maklum apa dilakukan oleh Najib kepada Tun Abdullah.

Seramai 34 orang orang Tun Abdullah di ketepikan.Ini juga lubang yang terbuka seluas luasnya untuk PR menubuhkan keraajaan yang diharp harapkan.

Bayangkan 34 orang ahli Parlimen yang menyokong Tun Abdullah di ketepikan dengan semahu mahunya.

Untuk Makluman mereka masing masing 3 di Perlis, 1 di Pulau Pinang, 1 di Melaka, 7 di Perak. 3 di negeri Sembilan, 1 di Wilayah persekutuan,2 di selangor, 6 di Johor 6 di Pahang, 3 di terengganu 1 di Kelantan.

Demikian juga dengan apa yang berlaku di Terengganu iaitu 19 ADUN Boikot DUN. itulah perangai orang Umno.Ini dikatakan sedang menganggu Najib yang sedang memandu bas dengan had laju yang tidak menantu.

Cantas mencantas satu sama lain tidak boleh hapus sampai bila bila, kerana sudah dijadikan amalan sejak dahulu lagi. Lebih lebih orang Melayu yang di ajar oleh Umno buat harta. Apabila pandai buat harta mereka lupa daratan, lupa amanah yang diberikan.

Jadi, sampai kiamatlah perangai itu terpahat kejat dalam hati orang Umno.Hal ini dapat kita tengok apa yang dibuat keatas kerajaan PAS Kelantan 1978. Semua rakyat tahu, Cuma buat buat tak tahu.

Mungkin ada yang masih ingat dengan apa yang dilakukan oleh Tan Sri Wan Mukhtar pada Datuk Nik Hassan.

difahamkan, tindakan itu jenamanya ialah "dendam". Dendam inilah dijadikan amalan orang Umno baik sesama sendiri atau orang yang bukan ahlinya.

Selepas itu tiada ada seorang pun orang Nik Hassan diberi peluang untuk jadi calon bertanding, di kerat habis.

Demikian juga dengan boikot DUN yang dilakukan oleh orang Idris Jusoh yangmasih menyimpan dendam kesumat terhadap Ahmad said yang penah menjadi setiausahanya semasa menjadi presiden pelajar USM tahun 1980.

Lazimnya Orang memiliki sifat dendam walaupun bijak sekalipun mereka tetap jahat. Jahat apabila tidak dapat peluang untuk kepentingan diri. Tengok Tun Mahathir. Dia bijaksana tetapi jahat kepada kerajaan Tun Abdullah.

Mereka tergamak melakukan apa apa sahaja demi mencapai matlamat yang dicita citakan.Sekarang ini terlalu baik dengan Najib, kerana anaknya Datuk Mukhriz dapat jawatan timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Dulu kata Najib pengecut.

Demikian juga Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan sultan untuk dilantik sebagai menteri Besar kali kedua. Sebelum ini dia sendiri pernah berkata yang dia ”pasrah, dan serah kepada ketentuan Allah, tapi malangnya beliau tetap simpan dendam kesumat tehadap Ahmad Said.

Termasuk 22 orang. hatta 10 EXCO yang dilantik oleh Ahmad said juga masih berpendirian sama.

Mereka ini bukan sahaja muak atau nak muntah tengok muka Ahmad Said, malah mereka mahu jatuhkan juga walau dengan cara apa sekalipun.

Ahmad Said tahu. Datuk Seri Najib pun tahu. Tun Mahathir tahu. Tun Abdullah pun tahu. Mahyiddin pun tahu.

Oleh itu apa yang disebut rakyat didahulukan itu suatu pembohongan.Tidak lebih daripada itu.

Tun Mahathir ketika mula jadi perdana menteri cakap begitu,malah slogannya bersih cekap dan amanah dan penerapan nilai nilai Islam dan kepimpinan melalui tauladan lebih gah berbanding dengan slogan satu Malaysia rakyat didahulukan kejayaaan melalui prestasi macam ikan sigang yang tawar tidak cukup asam garam.

Tun Abdullah ketika mula mula jadi perdana menteri cakap begitu juga. malah slogannya cukup menarik. Bayangkan cemerlang gemilang dan terbilang dengan sajak yang membuat rakyat terpesona.

Tapi apa yang berlaku. Amalannya tidak pergi kemana. Rakyat didahulukan tetap berlaku. Tapi kepada rakyatn yang sokong BN sahaja.

Di Kelantan, baja padi berlambangkan dacing tidak diberi kepada rakyat yang sokong PAS.

Di Terengganu atap rumah warna biru tidak diberi kepada orang miskin yang sokong Pas. Apakah dia bukan rakyat.

Sifat Dendam ini jadi milik orang Umno selama lamanya. sama sama umno pun mereka berdendam .Dendam mendendam tidak pernah padam.berlaku terus berlaku. Apa lagi kepada orang bukan Umno.Ada yang dizalimi dengan sezalim zalimnya.

Untuk makluman, undi tidak percaya terhadap Ahmad Said sebenarnya bukan khabar angin sepertimana yang disebut kebanyakan media.

Oleh kerana yang hendak buat usul undi tidak percaya itu sudah dapat baca apa yang akan berlaku keatas diri mereka jika menteri besar mengadap Sultan memohon dewan dibubarkan.Pasti nasi jadi bubur dan mereka takut dengan bayang bayang sendiri.

Ini telah dijelaskan sendiri oleh Ahmad said dengan katanya sesiapa yang buat usul tidak percaya kepadanya akan dipecat.

Dalam Reaksi itu, Datuk Rosol Wahid berkata, menteri besar tidak boleh pecat ADUN dan keahlian Umno seseorang.

Betul menteri besar tidak boleh pecat ADUN. Memang dia tidak ada kuasa, tetapi dia ada kaedah untuk pecat mereka yang terbabit apabila DUN dibuburkan.

Pilihanraya akan diadakan dan nama nama calon yang akan bertanding pasti ditangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.Dia ada kuasa berbuat demikian.

Pengerusi boleh menentukan siapakah calon 32 DUN dalam pilihanraya itu nanti.
Sudah tentu yang terbabit itu tiada nama didalam senarai nama nama calon dalam pilihanraya itu nanti.

Inilah yang membuat mereka yang merancang untuk keluar notis usul undi tidak percaya kepada Ahmad biokot Dewan dengan alasan 3 orang adun ada menerima SMS ugutan bunuh. Amboi, takut mati juga mereka ya. Karpal Singh yang terima dua biji peluru pistol tidak bertindak macam itu. beliau masih hadiri ke Parlimen.

Ugutan bunuh sudah dijadikan alasan kuat yang dia biokot Dewan dan meminta jaminan keselamatan. Apabila ada jaminan baru mereka hadir semula dewan.tetapi Rosol Wahid tetap degil juga. tidak hadir.

Jaminan itu datang daripada Najib Razak pemamdu bas baru dua yang juga memiliki sifat dendam yang menyebabkan Khairy yang menang ketua pemuda tidak dilantik apa apa jawatan, sedangkan naib ketua Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.Mukhriz yang kalah dapat jawatan timbalan menteri kanan.

Demikianlah apa yang berlaku di Terengganu. Idris Jusoh tetap menyimpan dendam kesumat terhadap Ahmad said. Ahmad said pun demikian. sama sama kita tengok apa yang akan terjadi dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Saturday, April 11, 2009

Tun Mahathir anggap kabinet Najib positif?

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang dikehendaki Tun Dr Mahathir.

Sebab. apa yang dia kehendaki tidak dapat, maka dia keluar Umno, hentam Umno habis habisan.

Benci kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak beri apa yang dikehendakinya, termasuk tidak lantik anaknya menjadi salah satu timbalan menteri.

Sebaik sahaja hentan Tun Abdullah, maka dihentam pula Mohd Najib dengan kata kata pengecut dan tidak layak jadi perdana menteri.kerana ikut cakapnya dan tidak beri kerja sama dalam usaha menjatuhkan perdana menteri yang dianggapnya salah pilih pengganti.

Lepas itu puji Tan Sri Mahyiddin Yassin, kerana mendesak Tun Abdul Abdullah letak jawatan, atas nama peralihankuasa seberapa segera dengan alasan inilah salah satu kaedah untuk memperkasakan umno yang sudah lemah.

Sekarang ini Tun Mahathir puji Mohd Najib Razak dengan katanya kabinet baru positif. mengapa tidak? Anaknya Datuk Mukhriz sudah dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Alasan yang dia puji Tan Mahyiddin dan Mohd Najib Razak ialah mereka tidak guna wang. Bermakna mereka yang berganding dalam kerajaan sekarang tidak terbabit dengan politik wang. Syabas, kerana cepat dan pantas cop benda buruk menjadi baik.

Betul kah perdana menteri dan timbalan perdana baru tidak terbabit dengan politik wang? Mana ada orang umno yang tidak terbabit dengan politik wang. Kan politik wang itu sudah jadi darah daging orang umno sampai ke akar umbi.

Beri BAS untuk pemerhati satu satu bahagian untuk menghadiri perhimpunana agung Umno di PWTC Kuala Lumpur, barangkali bukan politik wang, kerana tiada niat yang mereka hendak beli undi.

Yang kalah dalam pertandingan dibahagian seluruh negara bukan kerana mereka tidak terbabit dengan politik wang. Mereka terbabit, tetapi yang kalah itu kurang mampu berbanding dengan yang menang.

Yang kalah mungkin hanya dapat memberi wang sebanyak RM 200 sahaja kepada para perwakilan, tetapi yang menang mungkin berupaya membelanja wang sebanyak RM 300 hingga RM 600.

Untuk makluman semua bahawa kes ketua bahagian yang menang dan digantung selama tiga tahun, termasuk yang berlaku keatas Ketua Bahagian Tanah Merah pada pemilihan 2008,. Yang kalah juga pakai wang.

Yang menang dikatakan mampu membeli para perwakilan sebanyak RM300 setiap seorang, manakala yang kalah hanya mampu membeli sebanyak RM 200 sahaja.

Dimaklumkan semua perwakilan menerima wang dari kedua dua yang bertanding , tetapi perwakilan hanya memberi undi kepada yang memberi wang lebih. Inilah yang membuat pihak yang kalah tidak puashati lantas membuat laporan kepada lembaga disiplin Umno.

Siasat punya siasat mereka yang menang didapati terbabit dengan politik wang, wal hal yang kalah juga terbabit dengan politik wang, malangnya tidak diambil tindakan mengantung keahlian selama tiga tahun yang dikenakan keatas yang menang.

Hal ini sama juga dengan apa yang berlaku keatas Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Mereka berdua didapati bersalah terbabit dengan politik wang. Salah tetap salah, tetapi diberi amaran dan masih boleh bertanding ketua pemuda dan menang tapi tidak dilantik apa jawatan pun, manakala Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai tiumbalan menteri Belia dan Sukan dikatakan tidak terbabit dengan politik wang.

Manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga tetap bersalah terbabit dengan politik wang, tidak diberi amaran, tetapi tidak boleh bertanding dan masih kekal jadi Ketua Menteri Melaka.Inilah tindakan Umno yang pura pura mahu menghapuskan politik wang. Buat itu dan buat ini, tipu rakyat.

Inilah yang dinamakan manusia yang duduk dalam Umno. demikian juga Tun Mahathir yang bijaksana, tetapi tindakannya kurang bijaksana. Malah dapat dibaca bahawa tidaknya masuk semula kedalam Umno semata mata mahukan anaknya dilantik sebagai salah satu jawatan timbalan menteri.

Maka kabinet yang diumumkan itu adalah kabinet yang positif tanpa menyedari raputasi dia seorang yang digelar negarawan itu tercemar kerana bersikap asalkan aku dapat, biar orang lain merana.

Inilah positifnya yang dilakukan oleh Mohd Najib yang mahu kepimpinan melalui prestasi yang mungkin tidak akan diambilkira soal karisme seseorang yang dilantik. nampaknya prestasi yang dijadikan ukuran tanpa melihat pemabangunan insan yang menjadi eset penting dalam pembangunan negara.

Mustahil Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak terkilang dengan tindakan Najib yang mengetepikan orang orangnya termasuk mengetepikan menantunya sendiri, manakala naib ketua pemuda Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan menantunya habuk pun tidak ada..

Thursday, April 9, 2009

Najib bertindak gopoh gapah?

Jika benar Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri yang dilantik tidak sampai seminggu ini sudah membentuk kabinet, maka berani saya katakan tindakannya itu adalah suatu tindakan yang tersangat gopoh gapah.

Saya berani buat kesimpulan tindakan itu merupakan tindakan yang tidak bijaksana walaupun Tan Sri Ismail adam dalam Dialog@ 1 TV 1 8 April 2009 malam begitu yakin dengan perdana menteri baru.

Tan Sri Ismail Adam yakin, kerana Datuk Seri Najib Razak boleh buat sesuatu, kerana semasa menjadi menteri belia dahulu beliau ada motto "belia cemerlang" tapi malangnya motto belia cemerlang wang KOBENA hilang.

sekarang ini saya dapat baca bahawa Mohd Najib masih berpegang dengan amalan sikap "tak apa, biarkan. Sikap ini adalah sikap yang dimiliki orang orang melayu sejak zaman berzaman lagi.

Ayahandanya Tun Razak juga memiliki sikap itu. Juga Tunku Abdul Rahman, Juga Tun Husein Onn Juga Tun Mahathir, juga Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru serah jawatan yang disandangnya.

Orang tua tua ada mengatakan biar lambat asal selamat. Tapi sekarang ini Mohd Najib buat biar cepat walaupun tidak selamat.Ini sesuai dengan kata kata yang diucap berubah atau rebah.

Rebah seorang pemimpin tidak memberi sebarang kesan pada dirinya. Mereka tetap kayaraya. Ia tetap memberi impak yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Sebab itu para pemimpin tidak pernah ada niat untuk membela rakyat kecuali hanya kata kata yang mampu diucapkan.

Mereka boleh bercakap tapi cakap tidak serupa bikin, malah ada udang di sebalik batu.

Kalau mereka adan niat sudah barang tentu nasib rakyat, terutama Melayu tidak berada ditahap macam yang ada sekarang. Orang Melayu lemah dalam bidang usahawan. tidak maju.Apa lagi dalam bidang keagamaan. 72 peratus orang Islam tidak solat lima waktu sehari semalam.

Orang melayu yang teramai terbabit dengan dadah, orang melayu yang ramai terbabit dengan rasuah. orang melayu yang ramai terbabik dengan gejala sosial. orang melayu juga ada yang juah bini. orang melayu juga paling ramai terbabit dengan judi.

Tahap pemilikan ekonomi tetap ditakak lama, masih 18 peratus dan masih jauh untuk mencapai 30 peratus yang di peruntukan oleh DEB.Mengapa begitu, sedangkan dalam Islam tiada hak kecuali jangan ambil hak orang lain sahaja.

Wednesday, April 8, 2009

Idris Jusoh akan dilantik menteri pusat?

Jam 3 petang 9 April 2009 Datuk Seri Mohd Najib Razak akan umum Kabinet baru.

Sebut sahaja nama bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh teringat penulis akan nama Datuk Rahim Abu Bakar, bekas Menteri Besar Pahang.

Rahim Abu Bakar tidak mendapat perkenan Sultan Pahang yang menyebabkan dia dilantik sebagai pengerusi Mara.

Demikian Idris Jusoh yang juga tidak mendapat perkenan sultan Terengganu untuk dilantik semula sebagai menteri besar kali kedua selepas Umno/ BN kekal menang pilihanraya umum ke 12 8 Mac 2008.

Setelah tidak mendapat perkenan Sultan yang juga Yang Di Pertuan Agong Malaysia dia dilantik sebagai pengerusi Mara atas sebab kenang jasa.

Kenang jasa itu dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipertikaikan kewibawaanya dan sedang tunggu masa untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilakukan atas desakan Umno agar dilakukan peralihan kuasa dengan seberapa segara atas sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi terlalu lemah yang menyebabkan UMNO/BN lemah dan kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 12.

Bukan setakat tidak mendapat dua pertiga, malah lima buah negeri yang diperintah oleh BN jatuh ke tangan Pakaran Rakyat yang dianggap bukan kuat tetapi kerana kelemahan berada pada Umno.

Sebelum ini nama Idris Jusoh pernah disebut sebut akan dilantik sebagai menteri. tetapi malangnya tidak menjadi kenyataan. Dia hanya dilantik sebagai pengerusi MARA sahaja.

Sebaik sahaja perhimpunan agung Umno ke 59 berakhir, nama Idris Jusoh meniti dari mulut ke mulut akan dilantik sebagai menteri atas sebab menang dalam pertandingan Ahli Majlis Tertinggi.

Pelik juga, dia yang bukan pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan bukan seorang Menteri Besar turut menang dalam permilihan tersebut

Beliau hanya pengerusi Mara dan hanya ketua Umno Bahagian Besut boleh menang, sedangkan dua orang menteri Datuk Shahrir Samad Menteri Perdaganag Dalam Negeri dan Datuk Azalina Said, Menteri Pelancungan boleh kalah.

Datuk Shahrir Samad meletak jawatan sebaik sahaja diisytiharkan kalah. Manakala Datuk dan Datuk Azalina Said, menyerahkan jawatan itu kepada budi bicara Perdana Menteri baru.

Empat orang Menteri Besar turut kecundang dalam pertandingan MT kali ini. Mereka ialah Datuk Adnan Yaakub, Menteri Besar Pahang yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika untuk meninggalkan jawatan itu.

Datuk Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohd Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang dikatakan kekalahan itu atas sebab mereka masing masing orang PAK LAH.

Datuk Idris Jusoh juga orang Tun Abdullah Ahmad Badawi. tetapi beliau menang sebaris Datuk Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang juga disebut sebagai orang Pak Lah.

Kalau Idris Jusoh orang Pak Lah sudah tentu tidak akan dilantik sebagai menteri oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila membuat rombakan kabinet nanti.

Lebih lebih lagi kuota menteri yang diberi kepada Terengganu hanya satu sahaja dan dua Timbalan Menteri yang sudah kosong itu kemungkian besar akan diberi kepada tokoh lain negeri kerana fakta tiada seorang pun ahli parlimen Terengganu yang layak.

Untuk menjaga hati rakyat Terengganu kedua dua jawatan timbalan menteri yang kosong dan juga kuota kepada Umno Terengganu.Mahu tidak mahu orang Terengganulah yang berhak untuk menyandang kedua dua jawatan itu.

Jika kedua dua jawatan itu beri kepada orang negeri lain sudah barang tentu ianya akan berlaku taufan baru yang membuat Umno yang baru hendak stabil tidak mungkin akan pulih sepertimana yang diharapkan akar umbi.

Ini juga merupakan masalah yang bukan kecil untuk ditangani dan menjadi cabaran kepada perdana menteri baru yang akan melakukan perubahan yang dijanjikan melalui ucapan perasmian dan pengulungan yang diwar warkan berubah atau rebah.

Kalau berubah sudah tentu Umno tidak akan rebah, tetapi kalau tidak berubah sudah pasti akan rebah. Begitulah persepsi akar umbi terhadap Umno yang diterajui oleh Mohd Najib Razak.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri baru ada menyebut tidak beri salah beri pun salah yang menimbulkan reaksi yang pelbagai dikalangan akar umbi umno kini.

Ini boleh kita kaitkan dengan apa yang sedang sibuk diperkatakan oleh orang Umno Terengganu. Rakyat juga turut tumpan sekaki berbual mengenai Idris akan dilantik sebagai menteri.

Sesetengah mengatakan mustahil. Sesetengah mengatakan munasabah. Mustahil akan dilantik sebagai menteri, kerana dia tidak mendapat perkenan sultan Terengganu yang juga Yang Di Pertuan Agung.


Inilah berbetulan dengan kata kata Datuk Seri Najib bahawa tidak beri salah, beri pun salah yang barangkali akan berlaku juga keatas Umno Terengganu apabila hendak membentuk kabinet baru yang dikatakan bersesuaian dengan kehendak dan matlamat serta agenda untuk tujuan perubahan Umno dan kerajaan yang sudah lama berlaku krisis keyakinan.

Datuk Idris Jusoh bukan sahaja dapat mengekalkan jawatan ahli majlis Tertinggi Umno, malah beliau antara tokoh Umno yang dikatakan jaguh kampungan itu merupakan tokoh yang layak menjadi menteri.

Mengapa tidak? Beliau pernah menjadi timbalan menteri perusahaan Awam dan Menteri Besar yang memacu Terenganu maju, berbanding dengan Tokoh lain seperti Datuk Nasir Ibrahim dan Mohd Jidin Shafie yang di sebut tidak layak. Tapi bagaimana dengan nama Mohd Nor Othman, Ahli Palimen Hutu Terengganu, bekas seorang guru dan Matulidi Jusoh Ahli Parlimen Dungun bekas pegawai tadbir

Apa pula akan terjadi jika Datuk Idris Jusoh dilantik sebagai timbalan menteri salah satu timbalan menteri yang di peruntukan kepada umno Terengganu itu.

Penulis berani mengatakan akan terjadi apa yang pernah terjadi keatas Ahli Parliman Kimanis, Datuk Anifal Aman yang dilantik sebagai timbalan menteri telah menolak dan meletak jawatan. Demikian apa terjadi keatas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh dan Ahli Parlimen Jerantut Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang dilantik sebagai Timbalan Menteri tetap menolak dan meletakkan jawatan.

Mengapa tidak? kerana ketiga tiga orang itu pernah dilantik sebagai timbalan menteri sebelum ini adalah wajar dinaikkan pangkat menjadi menteri. Adalah tidak wajar ketiga tiga tokoh itu dilantik timbalan menteri.

Penulis boleh bayangkan bahawa Idris Juosh juga akan berbuat demikian jika beliau tidak lantik sebagai timbalan menteri, kerana beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan tersebut.

Ini membuat Perdana Menteri baru jadi serba salah. Tidak beri salah, beri pun salah dan boleh jadi Umno Terengganu yang diterajui Datuk Ahmad Said akan menghadapi masalah yang sangat rumit dan kian mencabar. Lebih lebih lagi nama beliau disebut sebut sebagai seorang Menteri Besar yang lemah.

Masakan tidak? setakat hari ini mana ada projek yang dirancang dan dilaksanakan olehnya, kecuali projek projek yang ditinggalkan oleh Idris jusoh.

Dalam sibuk sibuk Idris Jusoh akan dilantik sebagai menteri timbul pula cerita Ahmad Said, tidak punya wibawa. Program ”sehari bersama Menteri Besar” di Kampung Maras, satu tahun memerintah Terengganu muncul pelbagai cemuhan yang tidak disangka sangka, termasuk mempertikaikan integeritinya didalam melayari Terengganu maju ini.

sekian.............

Monday, April 6, 2009

Jangan beri peluang kepada Perdana Menteri ke enam

Sudah lama rakyat melihat kepimpinan yang di tunjukkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Rakyat sudah sedia maklum kepimpinannya semasa menjadi menteri Belia dan Sukan.

Sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan KOBENA yang mempunyai harta sebanyak RM 400 juta jatuh muflis.

Para belia mengharap KOBENA menjadi sebuah koperasi yang maju dan berjaya, tetapi malang jatuh muflis sampai sekarang.

ketika menjadi menteri pelajaran betapa banyak faedah yang didapati melalui pembinaan sekolah sekolah baru di seluruh negara.

Apa pula yang terjadi apabila dipertanggungjawab keatas FELDA. aset FELDA dikatakan semakin susut sekarang.Ini diceritakan oleh peneroka seluruh negara yang jelas dan nyata ada perkara yang tidak kena berlaku.

Jadi tidak perlukan meminta rakyat negara ini supaya bersikap terbuka serta positif dalam menilai dan seterusnya memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan kepimpinannya itu lagi.

Sudah lama rakyat memberi kepercayaan kepada Umno. Malangnya para pemimpinya bukan untuk membela rakyat malah mengkhianati rakyat, terutama orang Melayu yang tidak mustahil akan hilang dan pupus.

Sudah cukup bukti yang Perdana Menteri baru memang tidak boleh diharap walaupun beriltizam untuk memahami apa jua aspirasi rakyat.

Tidak perlu berjanji lagi kalau tiada niat untuk melakukan yang terbaik daripada segi kepimpinan sama ada membabitkan sudut dasar, pelaksanaan dan program yang akan dilakukan.

Tun Dr Mahathir Mohammad sudah buat yang terbiak, tetapi terbaik untuk kroni kroninya anak beranaknya. Demikian juga Tun Abdullah Ahmad yang nampak sangat serius untuk menbenteras rasuah.

Akan tetapi tidak akan kemana juga rasuah tetap berlaku, malah berlaku dengan bermaharjalela. Atas sebab itulah menubuhkan suruhanjaya pencegah rasuah Malaysia, kerana badan pencegah rasuah tidak mampu berbuat demikian.

Rakyat negara ini sudah bersikap terbuka dan positif menilai kepimpinan setiap perdana menteri dan beri peluang tunjukkan kepimpinan masing masing agar dapat dimanfaatkan.

Malangnya rakyat negara di perbodohkan dan dijadikan makanan setiap perdana yang dilantik. Tun Mahathir ketika jadi perdana menteri memperbodohkan rakyat, terutama sekali orang Melayu yang mudah percaya dan mudah lupa dengan pembohongan yang dilakukan.

Mudah-mudahan rakyat negara kita kali tidak mudah tertipu dengan tipu daya perdana menteri baru yang bercakap mahu melakukan yang terbaik kepada rakyat melalui kepimpinannya.

Apakah benar yang beliau sentiasa mengingatkan dirinya supaya berpijak di bumi yang nyata dan bersikap mesra rakyat, tegas tetapi penuh dengan perasaan bertimbang rasa kepada orang lain dalam menjalankan tugas.

Kalau beliau ingat semua itu mana mungkin beliau tergamak mengatakan Umno bersih dan berkata bahawa perhimpunan agung umno kali ke 59 adalah perhimpunan agung umno yang paling bersih.

Bagaimana pula Umno yang masih kotor dengan politik wang dianggap bersih. Ini jelas nyata suatu kenyataan untuk menipu rakyat iaitu yang kotor dikata bersih dan mungkin yang bersih dianggap kotor.

Cakap sumpama ini pasti mendapat perkeanan orang seperti Tun Mahathir Mohammad. Sebab secara drastik menyertai semula Umno.Mungkin ada motif lain lagi, termasuk moga moga anaknya akan dilantik sebagai MT dan sekali dapat duduk dalam kabinet.

Untuk mendapatkan suatu faedah Tun Mahathir nampaknya sanggup turun padang berkempen didalam pilihanraya kecil perlimen Bukit Gantang tanpa menyedari cara kempem yang dilakukan membuat pengundi mual dan muak.

Ada tidaknya, Tun Mahahir kelihatan melakukan serangan peribadi bertubi tubi keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan katanya Anwar bukan orang baik. Bolehkah kita jadikan pemimpin orang macam itu.

Sama ada Datuk Seri Mohd Najib menyedari akan hakikat itu kita tidak tahu. Tapi kempen Tun Mahathir yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin itu sah membuat pengundi bukit gantang marah kepada Umno.

Lebih lebih lagi, Perdana menteri baru sudah buat janji dengan rakyat yang dia akan buat yang terbaik untuk rakyat.

Baik kah kemepen menyerang peribadi Anwar yang didapati tidak bersalah dalam kes liwat ciptaan Tun Mahathir mencantas orang yang cuba menurunkan perdana menteri yang masih asyik dan belum puas untuk mengumpul harta.

Kalau perdana menteri ke enam berniat buat yang terbaik sudah tentu dia tidak kata yang kotor itu bersih. Ini menunjukkan beliau memang tidak niat pun berbuat yang terbaik.

Rasuah bukan kotor, malah adalah haram dan mereka yang melakukannya adalah sesuai dibakar oleh api neraka ( maksud Hadis sahih)

Apa akan terjadi dengan usaha Tun Mahahtir dan kucu kucunya mem babi kan rasuah apabila dia masuk semula dalam kandang ”babi” yang dianggap oleh Najib bersih, sedangkan ia jelas dan nyata najis.

Najis babi masih boleh disamak, tetapi haram rasuah tidak boleh disamak atau dikikis tempat yang terkena, malah ia boleh dihancurleburkan oleh api neraka sahaja.oleh itu bertaubatlah kerana pintu taubat masih terbuka seluas luasnya.

Thursday, April 2, 2009

Politik tidak boleh masuk dalam masjid?

Tidak keterlaluan kalau kita kata bahawa orang Umno tidak kira dia mufti ke, alim ulamak ke, atau yang punyai PHD dalam bidang agama Islam ke, mereka terdiri daripada orang Islam libralisme.

Mengapa tidak? kalau mereka tidak menganut fahaman libralisme Islam mana mungkin masjid sejak dahulu dijadikan tempat solat sahaja.Politik tidak ada tempat dalam masjid. Lebih lebih lagi Umno selama lamanya menyatakan politik suku-agama suku. Agama tidak bercampur dengan politi. Politik tidak bercampor dengan agama.

Ali Abdul Razid dalam bukunya menjelaskan begitu. agama tidak ada kena mengenai politik dan politik pulan tidak ada kena mengeni dengan agama. Ianya tiada kaitan langsung.

Inilah yang dijadikan panduan oleh orang Umno yang faham dengan Islam hadhari. Bukan Al Quran dan bukan hadis yang dijadikan panduan. Jauh sekali untuk dijadikan pedoman.

Mengapa saya kata begitu? anda tentu ada jawapannya. Mufti Perak Datuk Seri Harusani Zakaria pernah berkata sangkut politik di pagar mesjid ,jika hendak masuk kedalam masjid. Bermakna politik tidak boleh bawa masuk kedalam masjid.

Malam satu haribulan April dalam ruangan dialog @ 1 TV 1 Datuk Zamby Abdul Kadir, bekas pensyarah Sains politik yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak bercakap dan berhujah seperti menghina Datuk Seri Mohamad Nizar yang diberi peluang menjadi imam solat dalam salah sebuah masjid di kawasan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Apa tidaknya? katanya saya boleh jadi imam. semua orang boleh jadi imam. Kata kata itu mengambarkan yang Datuk Zambry sangat tidak setuju dengan tidak Datuk Seri Nizar yang barangkali telah mengambil kesempatan selepas selesai solat konon.

Kita tahu Umno memang selama lamanya tidak suka pihak lain mengadakan tazkirah dalam mana mana masjid di seluruh negara ini. Apatah lagi untuk mengadakan ceramah agama.

Di negeri Kelantan sehingga hari Menteri Besar YAB Datuk Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih tidak dibenarkan untuk mengadakan tazkirah dalam masjid, walaupun ada imam imam masjid membenarkan Menteri Besar itu menjadi Imam.

Kalau Umno ikut ajaran Islam yang Rasulullah SAW sampaikan sudah tentu majlis tazkirah tidak dihalang atau menjadi halangan, kerana inilah masanya untuk alim ulamak menyampaikan peringatan selain dari khutbah yang disampai tiap tiap hari Jumaat.

Dalam Islam ingat mengingat suatu yang tersangat penting dituntut sepertimana yang dinyatakan dalam surah ”Al asr” yang bermaksud: ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang orang yang beriman dan beramal solih dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran”.

Sehubungan dengan ini Datuk Seri Mohamad Nizar dianggap emosional oleh Datuk Zambry Abdul Kadir dengan katanya ”jangan emosional”. Antara mereka siapa sebenarnya emosional?

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa orang yang beri tazkirah dalam masjid dianggap emosional. manakala orang yang menghalang pula, orang yang beriman kerana IQ nya tinggi.

Atas sebab itulah orang Umno menganggap halal haram tiada perbezaan. Mereka boleh mengamalkan politik wang, sedangkan politik wang itu boleh merosak akidah seseorang. Orang Umno boleh makan riba, sedangkan riba itu membuat mereka berjalan terhuyung hayang dan hartanya akan di susutkan oleh Allah sehingga boleh jadi muflis.


Sebab itu kebanyakan orang Umno yang makan riba, makan rasuah tidak mencapai kejayaan penuhnya. Ini dapat kita lihat dan dengar bagaimana hujah para pemimpin bahawa orang melayu lemah dan tidak berjaya menjadi uasahawan yang berjaya.

Allah Subha nahu wataala telah menyatakan sesiapa yang makan riba hartanya akan di susutkan. Bermakna dihabiskan iaitu menjadi muflis. Mana ada orang yang dahulunya kaya raya kekal menjadi kayaraya jika riba dijadikan amalan.

Bank juga turut menjadi mangsa bergabung untuk terus operasi. Kalau tidak berbuat demikian. Lihat Bank Bumiputra. Apa akan jadi dengan bank Islam suatu masa akan datang.

Tidak dinafikan memang ada yang kayaraya tetapi tidak tahan lama jatuh muflis juga akhirnya . Kalau kaya raya pun kaya hutang Bank.

Minta maaf tulisan ini terpaksa pergi jauh sikit dari topik asal. Tapi inilah realitinya apabila menganut fahaman lebralisme Islam yang tidak ada kena mengena dengan ajaran islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Islam lebralisme adalah Islam yang wujud dari hawa nafsu alim ulamak jahat. sepertimana dinyatakan oleh Allah dalam ayat 175 surah Al Baqarah yang bermaksud: ”mereka itulah orang orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan pertunjuk (agama Allah)”.....

Pelik juga mereka seolah olah tersangat tidak suka dengan pesan memesan satu sama lain yang dilakukan oleh manusia yang punyai agenda untuk menyelamatkan manusia dunia dan akhirat.

Mereka seolah olah tidak mahu kerahmatan dan keberkatan yang dijanjikan.sebaliknya ”membeli azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan
Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu” Sambungan ayat 175.

Wednesday, April 1, 2009

beberapa orang pemimpin tertinggi Umno disiasat

Macam mana Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dijangka angkat sumpah sebagai perdana menteri Pada Jumaat boleh bercakap Umno bersih dan perhimpunan Agung Umno baru baru ini dikatakan perhimpunan Agung paling bersih.

Macam mana dia boleh bercakap begitu, sedangkan anggota Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, Beberapa pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas.

Kalaulah benar apa yang bahawa beberapa pemegang jawatan tertinggi Umno kini disiasat, bermakna Umno masih kotor dan perhimpunan agung Umno 2008 yang berlangsung itu jelas dan nyata kotor.

Kata Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas lagi, memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah bilangannya.

Beliau menjelaskan, siasatan berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak. Walaupun beliau tidak menyatakan berapa jumlah kes, tetapi ia ada aduan dan banyak kes sedang disiasat oleh lembaga disiplin Umno.

Cerita ini bukan cerita rambang tetapi ianya suatu cerita yang shahih yang keluar dari mulut salah anggota lembaga disiplin Umno selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia.

Beliau ketika ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung UMNO itu berakhir menjawab Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang.

Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa politik wang dalam Umno macam ”isi dengan kuku”. Nampaknya semacam telah diharus dan halalkan oleh presiden baru Umno Datuk Seri Najib Razak yang menerajui negara Jumaat ini.

Jika benar ada siasatan yang dilakukan oleh lembaga disiplin Umno, maka apa pula akan berlaku terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang jelas didapati bersalah dengan politik wang.

Khairy Jamaluddin walaupun boleh bertanding dan menang jika melihat Umno itu bersih sudah pasti tidak akan terkecuali. Lebih lebih lagi dia jelas dan nyata bersalah dan harus akan dikenakan tindakan sepertimana yang pernah berlaku keatas Tan Sri Isa Samad dan digantung tiga tahun serta dilucutkan jawatan menteri wilayah.

Sehubungan dengan Tan Sri Najmuddin berkata, sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin.

Yang menghairan kita mengapa Megat Najmuddin berkata, pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu. Bagaimana untuk kita pastikan niat sesiapa? kerana niat tidak ada lafaznya.

Atas sebab itulah Datuk Seri Najib Razak berkata sukar untuk membentras politik. Memang sukar untuk kita tentu wang sebanyak RM50 yang diberikan itu tujuannya untuk membeli undi yang dikira rasuah dan politik wang.

Patut pun Umno tidak boleh menghapuskan politik wang, kerana Jumlah wang yang diberikan kepada seseorang tidak penting dan apa yang penting ialah niat sepertimana yang dijadikan syarat sah dalam solat.

Kalau begitulah prasyarat yang ditentu oleh Umno, maka jelas dan nyatakan Umno masih bersih sepertimana yang disebut oleh datuk Seri Najib Razak nyatakan melalui ucapan pengguluangan tempoh hari.

Apakah ianya benar benar bersih dari mata rakyat? perdana menteri kata bersih, tetapi rakyat tetap mengatakan Umno masih kotor, kerana terpalit dengan politik wang yang dikira tidak salah apabila niatnya bukan membeli undi.

Niat seseorang memang tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kerana bukan suatu yang zahir tetapi ianya batiniah, kecuali Allah Subha nahu wataal yang tahu kerana ia maha mengetahui.

Oleh itu sampai bila pun politik wang yang berlaku dalam Umno tidak dapat dihapuskan kerana kriteria yang digunakan pakai itu bukan suatu kaedah atau dengan kata lain memang Umno tidak ada niat untuk menghapus politik wang miskipun kuota pemilihan jawatan punca politik wang dalam Umno akan dibuang.

Atau Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan sekalipun.

Usah dengan lima langkah membanteras rasuah iaitu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah, gaji lebih baik untuk kakitangan awam, kurangkan birokrasi, ketelusan dalam penajaan politik dan pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

Sebab dosa pahala tiada perbezaan bagi orang Umno. lebih lebih pada para pemimpin tertinggi Umno yang ada sekarang. Kalau mereka mengambil kira dosa pahala sudah tentu tidak akan dijadikan amalan. Bukan setakat itu sahaja malah politik wang dan rauah sudah menjadi darah daging orang Umno dari peringkat setinggi tinggi jawatan kepada serendah rendah jawatan.

Pendek kata politik wang dan rasuah sudah meresap ke akar umbi Umno yang mempunyai ahli sebanyak tiga juta orang sekarang ini. Rakyat tidak boleh bergerak jika tidak diberi dan terima rasuah sepertimana kata Najib tidak beri salah apabila beri kalah.Maka jadi serba salah kerana banyak buat helah.

Dengan cadangan itu memang elok sangat tetapi apakah ianya boleh memberi impak kepada Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan barisan Nasional. Apa akan terjadi pada negara Malaysia ditadbir oleh manusia jenis ini?