Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang dikehendaki Tun Dr Mahathir.
Sebab. apa yang dia kehendaki tidak dapat, maka dia keluar Umno, hentam Umno habis habisan.
Benci kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak beri apa yang dikehendakinya, termasuk tidak lantik anaknya menjadi salah satu timbalan menteri.
Sebaik sahaja hentan Tun Abdullah, maka dihentam pula Mohd Najib dengan kata kata pengecut dan tidak layak jadi perdana menteri.kerana ikut cakapnya dan tidak beri kerja sama dalam usaha menjatuhkan perdana menteri yang dianggapnya salah pilih pengganti.
Lepas itu puji Tan Sri Mahyiddin Yassin, kerana mendesak Tun Abdul Abdullah letak jawatan, atas nama peralihankuasa seberapa segera dengan alasan inilah salah satu kaedah untuk memperkasakan umno yang sudah lemah.
Sekarang ini Tun Mahathir puji Mohd Najib Razak dengan katanya kabinet baru positif. mengapa tidak? Anaknya Datuk Mukhriz sudah dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Alasan yang dia puji Tan Mahyiddin dan Mohd Najib Razak ialah mereka tidak guna wang. Bermakna mereka yang berganding dalam kerajaan sekarang tidak terbabit dengan politik wang. Syabas, kerana cepat dan pantas cop benda buruk menjadi baik.
Betul kah perdana menteri dan timbalan perdana baru tidak terbabit dengan politik wang? Mana ada orang umno yang tidak terbabit dengan politik wang. Kan politik wang itu sudah jadi darah daging orang umno sampai ke akar umbi.
Beri BAS untuk pemerhati satu satu bahagian untuk menghadiri perhimpunana agung Umno di PWTC Kuala Lumpur, barangkali bukan politik wang, kerana tiada niat yang mereka hendak beli undi.
Yang kalah dalam pertandingan dibahagian seluruh negara bukan kerana mereka tidak terbabit dengan politik wang. Mereka terbabit, tetapi yang kalah itu kurang mampu berbanding dengan yang menang.
Yang kalah mungkin hanya dapat memberi wang sebanyak RM 200 sahaja kepada para perwakilan, tetapi yang menang mungkin berupaya membelanja wang sebanyak RM 300 hingga RM 600.
Untuk makluman semua bahawa kes ketua bahagian yang menang dan digantung selama tiga tahun, termasuk yang berlaku keatas Ketua Bahagian Tanah Merah pada pemilihan 2008,. Yang kalah juga pakai wang.
Yang menang dikatakan mampu membeli para perwakilan sebanyak RM300 setiap seorang, manakala yang kalah hanya mampu membeli sebanyak RM 200 sahaja.
Dimaklumkan semua perwakilan menerima wang dari kedua dua yang bertanding , tetapi perwakilan hanya memberi undi kepada yang memberi wang lebih. Inilah yang membuat pihak yang kalah tidak puashati lantas membuat laporan kepada lembaga disiplin Umno.
Siasat punya siasat mereka yang menang didapati terbabit dengan politik wang, wal hal yang kalah juga terbabit dengan politik wang, malangnya tidak diambil tindakan mengantung keahlian selama tiga tahun yang dikenakan keatas yang menang.
Hal ini sama juga dengan apa yang berlaku keatas Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Mereka berdua didapati bersalah terbabit dengan politik wang. Salah tetap salah, tetapi diberi amaran dan masih boleh bertanding ketua pemuda dan menang tapi tidak dilantik apa jawatan pun, manakala Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai tiumbalan menteri Belia dan Sukan dikatakan tidak terbabit dengan politik wang.
Manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga tetap bersalah terbabit dengan politik wang, tidak diberi amaran, tetapi tidak boleh bertanding dan masih kekal jadi Ketua Menteri Melaka.Inilah tindakan Umno yang pura pura mahu menghapuskan politik wang. Buat itu dan buat ini, tipu rakyat.
Inilah yang dinamakan manusia yang duduk dalam Umno. demikian juga Tun Mahathir yang bijaksana, tetapi tindakannya kurang bijaksana. Malah dapat dibaca bahawa tidaknya masuk semula kedalam Umno semata mata mahukan anaknya dilantik sebagai salah satu jawatan timbalan menteri.
Maka kabinet yang diumumkan itu adalah kabinet yang positif tanpa menyedari raputasi dia seorang yang digelar negarawan itu tercemar kerana bersikap asalkan aku dapat, biar orang lain merana.
Inilah positifnya yang dilakukan oleh Mohd Najib yang mahu kepimpinan melalui prestasi yang mungkin tidak akan diambilkira soal karisme seseorang yang dilantik. nampaknya prestasi yang dijadikan ukuran tanpa melihat pemabangunan insan yang menjadi eset penting dalam pembangunan negara.
Mustahil Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak terkilang dengan tindakan Najib yang mengetepikan orang orangnya termasuk mengetepikan menantunya sendiri, manakala naib ketua pemuda Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan menantunya habuk pun tidak ada..
No comments:
Post a Comment