Macam mana Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dijangka angkat sumpah sebagai perdana menteri Pada Jumaat boleh bercakap Umno bersih dan perhimpunan Agung Umno baru baru ini dikatakan perhimpunan Agung paling bersih.
Macam mana dia boleh bercakap begitu, sedangkan anggota Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, Beberapa pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas.
Kalaulah benar apa yang bahawa beberapa pemegang jawatan tertinggi Umno kini disiasat, bermakna Umno masih kotor dan perhimpunan agung Umno 2008 yang berlangsung itu jelas dan nyata kotor.
Kata Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas lagi, memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah bilangannya.
Beliau menjelaskan, siasatan berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak. Walaupun beliau tidak menyatakan berapa jumlah kes, tetapi ia ada aduan dan banyak kes sedang disiasat oleh lembaga disiplin Umno.
Cerita ini bukan cerita rambang tetapi ianya suatu cerita yang shahih yang keluar dari mulut salah anggota lembaga disiplin Umno selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia.
Beliau ketika ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung UMNO itu berakhir menjawab Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang.
Ini dapat kita buat kesimpulan bahawa politik wang dalam Umno macam ”isi dengan kuku”. Nampaknya semacam telah diharus dan halalkan oleh presiden baru Umno Datuk Seri Najib Razak yang menerajui negara Jumaat ini.
Jika benar ada siasatan yang dilakukan oleh lembaga disiplin Umno, maka apa pula akan berlaku terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang jelas didapati bersalah dengan politik wang.
Khairy Jamaluddin walaupun boleh bertanding dan menang jika melihat Umno itu bersih sudah pasti tidak akan terkecuali. Lebih lebih lagi dia jelas dan nyata bersalah dan harus akan dikenakan tindakan sepertimana yang pernah berlaku keatas Tan Sri Isa Samad dan digantung tiga tahun serta dilucutkan jawatan menteri wilayah.
Sehubungan dengan Tan Sri Najmuddin berkata, sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin.
Yang menghairan kita mengapa Megat Najmuddin berkata, pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu. Bagaimana untuk kita pastikan niat sesiapa? kerana niat tidak ada lafaznya.
Atas sebab itulah Datuk Seri Najib Razak berkata sukar untuk membentras politik. Memang sukar untuk kita tentu wang sebanyak RM50 yang diberikan itu tujuannya untuk membeli undi yang dikira rasuah dan politik wang.
Patut pun Umno tidak boleh menghapuskan politik wang, kerana Jumlah wang yang diberikan kepada seseorang tidak penting dan apa yang penting ialah niat sepertimana yang dijadikan syarat sah dalam solat.
Kalau begitulah prasyarat yang ditentu oleh Umno, maka jelas dan nyatakan Umno masih bersih sepertimana yang disebut oleh datuk Seri Najib Razak nyatakan melalui ucapan pengguluangan tempoh hari.
Apakah ianya benar benar bersih dari mata rakyat? perdana menteri kata bersih, tetapi rakyat tetap mengatakan Umno masih kotor, kerana terpalit dengan politik wang yang dikira tidak salah apabila niatnya bukan membeli undi.
Niat seseorang memang tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kerana bukan suatu yang zahir tetapi ianya batiniah, kecuali Allah Subha nahu wataal yang tahu kerana ia maha mengetahui.
Oleh itu sampai bila pun politik wang yang berlaku dalam Umno tidak dapat dihapuskan kerana kriteria yang digunakan pakai itu bukan suatu kaedah atau dengan kata lain memang Umno tidak ada niat untuk menghapus politik wang miskipun kuota pemilihan jawatan punca politik wang dalam Umno akan dibuang.
Atau Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan sekalipun.
Usah dengan lima langkah membanteras rasuah iaitu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah, gaji lebih baik untuk kakitangan awam, kurangkan birokrasi, ketelusan dalam penajaan politik dan pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.
Sebab dosa pahala tiada perbezaan bagi orang Umno. lebih lebih pada para pemimpin tertinggi Umno yang ada sekarang. Kalau mereka mengambil kira dosa pahala sudah tentu tidak akan dijadikan amalan. Bukan setakat itu sahaja malah politik wang dan rauah sudah menjadi darah daging orang Umno dari peringkat setinggi tinggi jawatan kepada serendah rendah jawatan.
Pendek kata politik wang dan rasuah sudah meresap ke akar umbi Umno yang mempunyai ahli sebanyak tiga juta orang sekarang ini. Rakyat tidak boleh bergerak jika tidak diberi dan terima rasuah sepertimana kata Najib tidak beri salah apabila beri kalah.Maka jadi serba salah kerana banyak buat helah.
Dengan cadangan itu memang elok sangat tetapi apakah ianya boleh memberi impak kepada Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan barisan Nasional. Apa akan terjadi pada negara Malaysia ditadbir oleh manusia jenis ini?
No comments:
Post a Comment