Wednesday, April 29, 2009

Kemunduran orang Melayu disebabkan makan riba

Kerajaan yang memerintah sejak dahulu lagi telah buat sesuatu supaya membebaskan orang melayu dari belenggu kemunduran.Pelbagai rancangan dan projek telah dilaksanakan.

Bukan setakat itu sahaja malah UMNO ajar orang melayu buat duit, kumpul harta supaya mereka jadi kayaraya.

Akhirnya para pemimpin melayu sahaja yang kayaraya, manakala kebanyakan orang melayu masih mundur dengan gelaran orang Islam masih mundur.

Hasil dari usaha UMNO ajar orang Melayu buat duit akhirnya mereka yang diamanah menjadi pemimpin lupa amanah yang diberikan kerana sibuk kumpul harta tanpa kira halal dan haram.Juga lupa daratan yang menyebabkan Umno gagal membela rakyat yang bernama Melayu.

Sekarang ini pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk membebaskan orang Melayu yang masih mundur. Cadangan demi cadangan semata mata untuk menjamin kedudukan orang Melayu tidak tersungkur dibumi sendiri.

Buat apa apa pun semuanya gagal. DEB juga gagal yang kononnya kena ganti dengan yang baru yang lebih baik untuk tolong orang Melayu.

Apa yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN semuanya tidak menjadi. Mengapa? kerana membelakangkan Al Quran dan hadis, termasuk apa yang sedangkan dilakukan oleh Perdana Menteri baru Datuk Seri Mohd Najib Razak iaitu melibralisasikan ekonomi yang mana nama Islam ditonjolkan.

Tanpa mengambil kira apa yang pernah dinyatakan oleh Allah Subha nahu wataala dalam surah Baqarah ayat 284 yang bermaksud: ”

Segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya nercaya Allah akan menghitung dan menyatakan kepada kamu. Kemudian dia mengampunkan bagi mereka yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang undang peraturannya) Dan ingatlah. Allah maha kuasa atas tiap tiap sesuatu."

Mengapa orang Melayu tidak berjaya mencapai apa yang di impiankan, kecuali para pemimpin sahaja yang dapat mencapai matlamat yang dicita citakan sehingga membuat lupa dengan amanah yang diamanahkan.

Atas nama jadi pemimpin yang diangkat oleh rakyat jelata, Anak anak mereka jadi kaya raya, isteri mereka jadi kayaraya, keluarga mereka jadi kaya raya, korni kroni mereka kayaraya, pengampu mereka kaya raya, talibarut mereka jadi kayaraya. menantu mereka jadi kayaraya.Tapi yang lain lain hidup menderita, termasuk terpaksa bayar hutang Bank kerana kerajaan yang merintah ini mengajar mereka berhutang dan berhutang. Tunai haji juga boleh hutang dengan bank.

Kenapa orang Melayu mundur dan tidak berjaya jadi usahawan, walaupun ada DEB? Tidak dinafikan ada yang berjaya, tetapi hanya setengah jalan sahaja lepas itu muflis. Kemana perginya wira2 Melayu yang kaya raya hasil nekmat DEB saperti Tan Sri Halim saad,Tan Sri Amin Shah,Tan Sri Tajuddin Ramli,Tan Sri Rashid.Ada kah mereka ini lenyap tak berkubor kerana DEB.

Saya lihat dalam list orang yang terkaya dalam Malaysian Business,terdapat nama Ananda Krisnan,Francis Yeo,Quek Leng Chan,Teh Heng Piau dan banyak lagi.Tiga puluh tahun dahulu mereka ini hanya perniaga biasa,nak bayar hutang bak pun susah.

Ada kah Melayu diatas itu product dari pelaksanaan DEB kerana mereka guna hawa nafsu termasuk terbabit dengan Riba dan rasuah.

Sedangkan Allah telah menyatakan secara jelas dan terang akan perihal orang makan riba sepertimana yang maksud firman Allah dalam Surah Baqarah ayat 275:

”orang orang yang memakan Riba itu tidak dapat berdiri betul melain seperti berdiri orang orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang, kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan jualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambilnya) maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya".

Barngakali Perdana Menteri yang dahulu dan yang baru tidak sedar akan hakikat ini, sebab itu lakukan sesuatu yang jelas bercanggah dengan kehendak Allah Subha nahu wataala.

Allah menyatakan lagi dalam surah yang sama ayat 276 yang bermaksud:

"Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".

Sebab itu orang Melayu gagal dalam bidang usahawan. Sebab mereka makan riba dan Allah nyatakan harta yang mereka perolehi akan "susut" (hilang atau habis kerana terpaksa tanggung faedah Bank yang diharamkan oleh Islam miskipun disebut perbankan Islam sekalipun.

Buatlah apa yang terbaik sekalipun yang terbit dari hati yang dikatakan ikhlas untuk tolong Melayu, ia akan menemui kegagalan jika masih beramal dengan riba.

Ini janji Allah kepada manusia yang diciptanya.Oleh kerana kebanyakan kita menggunakan hawa nafsu maka itulah jadinya. dan akan terjadi sampai bila bila jika tidak kembali kepada Islam yang syumul.

Jangan jadikan alasan itu dan ini, pokoknya mereka makan riba dan rasuah yang sangat sangat dibenci oleh Allah.

3 comments:

Bang_Zai said...

Saudara,

Setuju dengan pandangan saudara.

Kita juga tidak harus lupa bahawa terdapat orang Melayu, terutama yang berjawatan tinggi dalam kerajaan turut terlibat dengan rasuah, sesuatu yang dilarang dalam agama.

Hasilnya, orang Melayu terus dilanda kemunduran.

ana said...

yang menyedihkan kita ada pemimpin melayu menyalahkan Islam.

Bermakna Islam dipersalahkan, sedangkan orang Islam yang buat kesilapan.

Yang paling mengecewakan kita ada pemimpin Melayu yang sarankan supaya tinggal dahulu Islam kalau mahu maju dan berjaya.

Ini bermakna Islam menghalang kemajuan dan kejayaan seseorang.

Sampai begitu sekali fahaman para pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam.

Anonymous said...

Kemunduran orang Melayu bukan disebabkan riba sahaja.

Kemunduran kerana orang Melayu tidak kota (hounour) pada janji2 mereka.

Janji mereka untuk mematuhi ajaran Islam. Tetapi ramai orang Melayu tidak mematuhi ajaran Islam.

Bila tidak kota (honour) ajaran Islam seperti janji2 mereka, maka kelamkabutlah hidup mereka.