Tuesday, December 27, 2011

Ramai orang kaya umno hilang duit?

Maaf ya..ini hanya cerita dari mulut kemulut. Betul atau tidak saya taj tahu. Cuma dengar cerita saja ramai orang kaya umno Terengganu hilang duit.

Hilang duit bukan kena rompak atau kena curi di TOYOL.Tapi hilang duit kena tipu oleh sendikit saham cepat kaya.

Ramai yang naik hairan dengan orang kaya umno ini.Mengapa tidak. Dahlah mereka ini kayaraya tapi nak cepat kaya lagi hingga kena tipu hilang duit berjuta juta setiap orang.

Saya tidak hairan, kerana duit zakat sebanyak RM 20 juta tidak lama dulu juga turut hilang kerana pengerusi dan pesuruhjaya majlis agama bermain saham.Bukan setakat itu saja malah dikatakan ada duit zakat dikebasnya.

Kononnya nak gandakan wang zakat biar dapat lebih lagi. Akhirnya hilang RM 10 juta . Padan muka.

Demikian apa yang berlaku pada orang kaya umno Terenggani dua tiga minggu ini yang dikata berputih mata, kerana hilang wang berjuta juta.

Maaf sekali lagi. Ini hanya cerita yang dihebuhkan ketika umno bahagian hendak hantar permerhati ke perhimpunan agung umno di Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Betul atau tidak saya tak tahu. Allah dan mereka yang kena tipu saja yang tahu.Orang kena tipu menang malu nak beri tahu yang dia kena tipu.

Menurut laporan akhbar baru baru ini seramai 200 ribu orang kaya umno seluruh negara kena tipu kerana melabor dalan skim cepat kaya.

Skim cepat kaya yang dikata dikelola oleh seorang bergelar ustaz telah berjaya mengumpul dana sebanyak Rm 2.6 bilion.

Yang mengejutkan kita skim cepat kaya itu telah rasmikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai skim cepat kaya yang berlesen.

Ada yang kata skim cepat yang direstu oleh perdana menteri ke 6 itu ditubuhkan untuk mencari dana pilihanraya yang bakal diadakan Mac 2012 tahun depan.

Sesetengah mengatakan skim cepat kaya itu hak perdana menteri dan dikelolakan mereka yang dipercaya boleh mempengaruhi orang orang kaya yang mahu lebih kaya lagi.

Ini kata sesetengah orang kepada penulis.

Tuesday, December 20, 2011

Kalau rakyat macam Nik Aziz tak apalah

Saya pernah kata pada Ustaz Harun Taib kalau rakyat Terengganu macam “ustaz” sudah lama umno tersungkur.

Yang payahnya hanya 10 pertus saja rakyat Terengganu macam ustaz Harun Taib. Sebab itu PAS sukar untuk menang dalam musim pilihanraya umum.

Telah ditakdirkan menang dalam musim pilihanraya umum ke 10 (1999) tak panjang usianya miskipun banyak insentif di usahakan.

Dua tiga hari ini Datuk Nik Aziz Nik Mat menteri Besar Kelantan pula yang minta rakyatnya isi borang bantuan RM 500. Dengan kata lain isi, jangan tak isi. Satu lagi isi tapi jangan tak hantar.

Barangkali Datuk Nik Abdul Aziz yakin rakyatnya yang menerima bantuan itu nanti akan undi PAS juga dalam pilihanraya PRU 13 nanti.

Wang RM 500 bukan macam sekapit gula satu helai kain pelekat yang sah tidak boleh tergoda dan ternoda.

Bayangkan wang RM 500. 50 peratus rakyat Kelantan pasti tergoda dan ternoda lantas membuat perhitungan bahawa orang tak tahu undi yang diberi.

Barangkali Datuk Nik Aziz Nik Mat lupa dengan apa yang pernah berlaku pada pilihanraya umum ke 11 (2004) yang mana kerajaan yang diterajuinya hampir hampir tumbang dek bantuan RM 600 satu kepala.

Kerajaan PAS Terengganu gugur hanya dengan wang sebanyak RM 300 setiap kepala. Bantuan RM 500 jangan pandang ringan dan jangan buat mudah.

Bukan setakat itu saja malahan menteri besar waktu Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru rakyatnya ambillah wang itu, ia tak haram.Tun Salleh Abas berkata wang ehsan itu adalah haram.bermakna tak boleh ambil dan jangan ambil.

Ingat jangan samakan kita dengan rakyat. Kefahaman pemimpin dengan jauh macam langit dan bumi. Pemimpin reti rakyat tak reti.Oleh itu jangan sekali kali buat mudah dalam perkara sogokan kerajaan kepada rakyat.

Ratus, ratus. jatuh, ribu, ribu. mata jadi kelabu dan juta, juta mata dan hati jadi buta.Wang jangan main main.

Ia bukan macam kain pelekat dan gula apabila ambil, undi tetap undi PAS juga kerana apalah sangat harga sekapit gula dan sehelai kain peletak. Tapi ini wang lima ratus ringgit.Bayangkan.

Ini wang RM 500 yang boleh mengubah fikiran rakyat dalam memilih kerajaan. Namun. Ingat rakyat Kelantan bukan macam Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kena ingat juga satu kajian yang dibuat oleh institut penyelidikan belia Negara bahawa 50 peratus remaja di Malaysia ini suka pada suapan iaitu rasuah.

Oleh itu, Nik Aziz dan sura ulamak harus buat sesuatu semoga rakyat Negara ini termasuk rakyat Kelantan tidak tergoda dan ternoda dengan kata kata tak apa ambillah.

Jangan anggap rakyat Kelantan macam NIK Aziz sudahlah.

Thursday, December 15, 2011

Tun Mahahtir takut Bayang bayang sendiri?

Tun Mahahtir Mohamad menulis pasal “takut”. Tidak dinafikan 99 peratus manusia diatas muka bumi Allah mengidap penyakit takut.Terutama sekali mereka takut “mati”.

Mereka seolah olah mahu hidup sampai bila bila tanpa menyedari apabila tua kurang upaya dan tak mendapat layanan dari anak anak ada yang membunuh diri.

Apabila membaca rencana takut dalam blognya saya dapat membuat kesimpulan bahawa takut ini menghantui dirinya.Mungkin tak lena tidur kerana fikiran sering terganggu.

Atas sebab itu Tun terlalu marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Marah kerana telah membebaskan Datok Seri Anwar Ibrahim. Lebih lebih lagi Anwar telah diwar warkan akan menjadi perdana menteri ke tujuh selepas PRU 13 nanti.

Malahan kedudukan Anwar dan Najib, Anwar dikatakan popularitinya lebih tinggi berbanding Najib, miskipi Najib telah berbuat sesuatu yang baik kepada rakyatsepertiman slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Inilah yang membuat Tun Mahathir takut dan kecut perut. Cuba anda bayangkan jika ditakdir PKR menang dalam PRU 13 ini.

Pasti Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai perdana menteri ke tujuh. Perdana menteri walaupun ditembok pasti ditembusi peluru, tapi dia kebal dari segi undang undang dan perlembagaan Negara.

Setakat hari ini belum ada seorang pun perdana menteri yang di dakwa di mahkamah, miskipun sah terbabit dengan sebarang kes perfail tinggi sekali pun Perdana menteri tetap kebal.

Kekebalan ini sudah tak ada lagi pada diri Mahathir. Dia boleh didakwa jika pihak kerajaan mahu berbuat demikian.

Siapa tak takut jika dirinya sudah tidak kebal lagi. Maka penyaklit takut yang dihidapi Tun Mahathir telah diterjamahkan dalam rencana takut dan blognya.

Kalau panjang umar tak mustahil ada orang yang mencadangkan agar Tun Mahathir dikenal tindakan undang undang macam Kuala Lumpur membicarakan Bekas presiden Amerika Syarikat dan bekas perdana menteri Bristih.

Sehubungan dengan itu, Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan secara terbuka yang dia tidak akan berdendam. Tapi Tun Mahathir Tak percaya dengan pengakuan itu.Sebab itu dia takut akan nasibnya apabila kerajaan 1 malaysia bertukar teraju.

Memang pun manusia boleh buat kengakuan itu dan ini. Inilah yang membuat Tun Mahathir takut dan cuba nasihat orang umno jangan menggunakan bomoh,kerana bomoh tidak boleh beri jaminan manusia kebal macam apa yang berlaku pada dirinya setelah meletakkan jawatan perdana menteri.

Inilah yang membimbangkan Tun Mahathir sehingga mati matian memberi sokongan padu kepada usaha Najib membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 2.6 bilion demi menjamin kemenangan Umno/BN PRU 13 nanti.

Mengapa takut. Tak perlu takut. Mati tetap mati. Allah dah nyatakan diakhirat nanti yang baik jadi warga syurga dan yang jahat jadi warga neraka.

Kan berani kerana benar. Takut kerana salah. Yang takut itu pasti orang yang bersalah. Takut mati nyata mereka hidapi penyakit jahiliah.

Yang perlu takut ialah takut masuk neraka maka tak akan berbuat dosa.Tapi kebanyakan manusia berani buat dosa.hendaklah takut kepada Allah.

Friday, December 9, 2011

Bolehkah anak anak orang PAS meneruskan sesinambangan perjuangan Islam

Mungkin ada orang PAS sendiri nampak anak anak mereka ada yang tak boleh meneruskan kesinambungan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh ibu bapanya.

Atas sebab itu ada yang bimbang lantas mencadangkan agar para Pejuang PAS khususnya para ulamak diseru supaya memastikan isteri,anak-anak dan kaum keluarga mereka meneruskan kesinambungan perjuangan Islam memastikan usaha dakwah ini berterusan di bumi Malaysia ini.

Barangkali hendak mengharapkan anak anak orang umno sudah tentu tidak boleh sama sekali, kerana mereka telah dididik dengan didikan ibubapa yang cenderung dengan rasuah dan riba.

Ini berdasarkan kepada satu kajian yang telah dibuat oleh institute penyelidikan belia Negara bahawa 50 peratus belia di negara ini cenderung disuap.

Bukan setakat itu saja, malah remaja atau belia hari ini kelihatan begitu ghairah memakan riba yang telah dihalalkan oleh kebanyakan ulamak dalam umno dan dijadikan amalan.

ulamak umno bukan saja menggalakkan rakyat negara memakan riba malah telah menghalalkan iaitu menyamakan jualbeli dengan riba yang diharakan dan dikatakan apabila jualbeli kereta dan rumah secara ansuran di akad atau ada akad jualbeli maka ia bukan riba.

Atas sebab itulah kebanyakan anak anak orang PAS mengambil peluang sama mengayakan diri dengan kereta baru lagi mewah yang dibeli dengan menggunakan kaedah faedah 3.6 peratus yang diakad jualbelinya sebagai tak apa, sedangkan ia miskipun satu sen tetap riba.

Pendek kata kebanyakan anak anak orang PAS menerima pendapat ulamak umno dengan lapan dada, termasuk ibu bapa mereka yang seolah olah setuju dengan kaedah itu dan berdiam diri dengan apa yang telah diharamkan oleh Allah.

Mungkin atas sebab ini juga, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein mengulas dalam ucapan berkenaan peranan ahli PAS terutamanya para ulamak dalam memastikan risalah PAS terus disambung oleh ahli kaum keluarga dan zuriat para pejuang Islam.

Apakah akan jadi pada PAS apabila anak anak mereka yang bakal mawarisi perjuangan islam di Negara ini berperangai macam anak anak orang umno yang kelihatan semakin hari semakin jauh hubungannya dengan Allah.

Saturday, December 3, 2011

Marah Mahathir pada Abdullah semakin marak

Terbakar dihutan Nampak asapnya. Terbakar di hati tiada sesiapa yang Nampak konon. Tapi terbakar dihati Mahathir ramai yang Nampak.

Ya tak ya juga, Siapa tak marah jika orang yang dia bunuh dihidupkan semula. Demikianlah tabiat manusia yang tak beriman. Lainlah jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Cuba anda bayangkan apabila orang yang dibenci dan di sayangi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu malah sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Datukr Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Sudah tentu hati Tun Mahathir Mohamad terbakar hangus, kerana orang yang dihukum dibebaskan.

Kemarahanya bukan setakat berkata Tun Abdullah merosakkan umno, malah Tun Mahathir bertindak keluar parti menunjukkan kemarahan yang amat sangat.

Bukan setakat itu saja termasuk mengugut cabinet umno/BN menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri dan sekaligus menyerahkan jawatan presiden umno.

Abdullah Ahmad Badawi diserang segenap penjuru beralasan dialah punca kekalahan teruk umno dalam musim pilihanraya umum ke 12 sehingga kerajaan hilang kelayakan dua pertiga di parlimen.

Alasan tersebut jelas tak lojik, kerana bukan Abdullah Ahmad Badawi seorang saja yang salah dan buat silap jatuhnya umno, malahan semua anggotan cabinet umno terbabit.

Oleh kerana kemarahan Tun Mahathir pada Abdullah Ahmad Badawi, maka itulah senjata yang terbaik untuk menurunkan presiden yang dibenci itu.

Setelah berjaya menurunkan Abdullah Ahmad Badawi yang pasrah itu tidak lama kemudian Mahathir masuk semula umno dan Tan sri Sanusi junid presiden uiversiti Islam antara bangsa Malaysia dipecat kerana keluar parti ikut Mahahtir.

Tun Mahathir semakin marah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebut akan menjadi perdana menteri selepas PRU 13 nanti.Tambahan pula kKini antara Najib dan Anwar, Anwar dikatakan lebih pupolar berbanding Najib perdana menteri ke enam yang penuh dengan kontroversi itu.

Marah Tun Mahathir semakin marak, kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku setelah Malaysia di terajui Anwar Ibrahim musuh ketatnya itu, walaupun Anwar telah membuat pengakuan terbuka yang dia tidak akan mendendami sesiapa.

Barangkali Tun Mahathir kurang yakin dengan pengakuan yang dibuat oleh musuh ketatnya sebab itu dia seranag Abdullah Ahmad Badawi habis habisan macam pukul anak sindir menantu.

Maklum sajalah mana boleh percaya dengan pengakuan Anwar yang pernah dikenalpasti sepanjang menjawat jawatan timbalan menteri , menteri dan perdana menteri sepanjang 22 tahun Tun menjadi perdana menteri.

Bimbang nanti cakap tak serupa bikin maka nahaslah.