Thursday, January 28, 2016

Tidak masuk akal



Sangat tidak munasabah presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan mengajak orang bukan Islam (kafir)sokong undang undang Islam.

Penulis tidak tahu mengapa beliau cenderong  ajak orang bukan Islam (kafir) sokong undang undang Islam, sedangkan Allah telah nyatakan dengan sejelas jelasnya.

Mustahil beliau tidak tahu status qua kafir yang banyak dijelaskan didalam Al Quran secara nyata dan terang terangan.

Orang orang awam boleh faham bahawa orang orang kafir tidak sekali kali akan redha dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah Saw sepertimana yang tertera dalam ayat 120 surah Baqarah yang bermaskud:

 “orang orang Yahudi dan kristian tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepada Mu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)….

Walau pun tak salah, tetapi nampak dengan jelas seolah olah tidak percaya dengan kejelasan yang telah diberikan oleh Allah dalam Al Quran yang tiada sebarang keraguan lagi.

Apabila kita ajak orang kafir sokong undang undang Islam seolah olah kita masih ragu ragu dan tak percaya dengan penjelasan Allah bahawa orang orang kafir tidak sekali kali akan bersetuju dengan Islam.

Allah nyatakan orang orang kafir tidak sekali kali akan bersetuju (redha) dengan Islam tiada kebenarannya atau dengan kata lain kita mengharapkan orang orang kafir akan menyokong dengan usaha kita mengajaknya.

Tidak dinafikan ada orang orang yang menyatakan yang mereka akan menyokong undang undang islam yang hendak didaulat oleh Pas itu. Akan tetapi kenyataan satu kumpulan (kumpulan penyokong Pas) di Kelantan itu, apakah ada kebenaranya sehingga kita boleh yakin.

Yang peliknya, presiden Pas datuk seri Abdul Hadi Awang masih tidak boleh menilai status qua orang kafir di atas muka bumi Allah ini sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa status qua orang orang menetapi apa yang telah di jelaskan Allah pada 120 surah Al Baqarah.

Apa pun redha dengan kafir maka kita jadi kafir. Inilah yang sepatutnya kita ambil kira walaupun dalil Allah memerintah Musa AS pergi dakwah Fira’un.

Dan sejarah telah membuktikan Musa AS dikepung dan lari untuk menyelamatkan diri yang akhirnya Allah menyelamatkan pengikut Nabi Musa dengan makjizat sebatang tongkat membelah laut Merah sebagai laluan perangkap maut pauk puak Fira’un.

Oleh itu, bagi penulis ajak orang orang bukan islam (kafir) sokongan undang undang Islam macam kita mengajak kanak kanak yang tidak tahu apa apa tentang politik dan agama sebaliknya ia adalah suatu usaha yang tidak masuk akal.

orang kafir ajak orang orang Islam tolok undang undang islam memang masuk akal, kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. cuma satu puak sahaja yang diterima iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW manakala 72 puak lagi tidak diterima keislmannya.

Ada umat Islam yang redha dengan kafir sedangkan apabila redha dengan kafir maka kafirlah kita.demikian juga orang Islam yang amal politik suku agama suku juga jadi kafir tak payah masuk kristian.

Al Quran ada menyatakan bahawa ada umat islam pagi islam petang kafir dan sebaliknya.sejarah telah membuktikan kebanyakan orang umno bukan tak suka dengan undang undang Islam malah mereka menolak dan menentang tak mahu hudud.

Bukti sejarah dah ada orang islam yang saman undang undang Islam.Ini suatu yang amat lojik dan masuk akal. Inilah yang sedang diushakan DAP termasuk membeli orang Melayu kerana orang melayu memang boleh dan mudah di beli.

Pengajaran yahudi mengkhianati perjanjian dalam kerajaan Madinah yang diterajui Rasulullah SAW dan Yahudi mengkhianati perjanjian perjanjian demi perjanjian perjanjian dengan pemimpin palestin sejak 1948.



 

Friday, January 22, 2016

Kerajaan yang memerintah tak ada kuasa



Bercakap pasal tokoh wartawan Negara Datuk Kadir Jasin mengesa Raja Melayu, ahli politik segera selamatkan Negara teringat saya kata kata seorang JKKK Kampung menteri besar Terengganu yang berbunyi: “ kerajaan tak ada kuasa.
Tidak salah  gesaan tokoh wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin, akan tetapi ianya sangat tidak masuk akal.
Mengapa tidak? Kerana raja raja Melayu lagi tak ada kuasa berbanding kuasa gaib yang telah membuat Negara Malaysia yang seolah olah sudah berada ditangan orang lain dek karenah perdana menteri, timbalan menteri dan menteri menteri kabinet melayu yang diberi amanah memerintah negara.
Apatah berharap dengan ahli-ahli politik Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak ada apa apa jawatan dalam kabinet yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak .
Yang ada jawatan dalam kebinet pun kebanyakan jadi yes men belaka miskipun status qua Negara jadi tak keruan dek dipengaruhi kuasa gaib yang telah sedia maklum dikenalpasti paling berkuasa oleh perdana menteri dan jemaah menteri.
Mengharapkan raja-raja Melayu bertindak segera untuk memastikan negara dan ekonominya tidak merosot suatu yang omong omong kosong sahaja.
Mengapa, kerana Bab 2, perlembagaan Negara fasal majlis raja raja(2) majlis raja raja hendak menjalankan tugas tugasnya bagi- (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa perbuatan , amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan
(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa apa pelantikan yang, menurut perlembagaan ini, memerlukan persetujuan majlis raja raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja raja.
(d) melantik anggota anggota mahkamah khas dibawah fasal (12) perkara 42. Dan boleh menimbangkan soal soal mengenai dasar Negara(misalnya perubahan perubahan tentang dasar imigesen) dan apa apa jua perkara lain yang difikirkan patut.
(3) Apabila majlis raja raja menimbangkan perkara perkara mengenai dasar Negara Yang Di Pertuan Agung hendaklah disertai oleh perdana menteri dan raja raja yang lain dan gabenor gabenor di sertai oleh menteri menteri besar atau ketua ketua menteri mereka . dan pertimbangan pertimbangan itu adalah antara tugas tugas yang dijalankan oleh Yang Di Pertuan Agung mengikut nasihat jemaah menteri dan oleh raja raja yang lain dan gabenor gabenor mengikut nasihat majlis mesyuarat kerajaan mereka.
Bermakna raja raja melayu memang tidak ada kuasa dan tindakan raja raja melayu kena mengikut nasihat jemaah menteri diperingkat persekutuan dan mengikut nasihat masjlis mesyuarat kerajaan masing masing negeri.
Lihat bab 3, perlembagaan persekutuan fasal 39, kuasa pemerintahan persekutuan yang mana kuasa pemerintahan bagi persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agung, dan tertaktuk kepada peruntukan mana mana undang undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh jemaah menteri atau oleh mana mana menteri yang diberikuasa oleh jemaah menteri, tetapi parlimen boleh dengan undang undang memberi tugas tugas memerintah kepada orang lain.
Mari kita lihat fasal 40, Yang Di Pertuan Agung hendaklah bertindak mengikut nasihat (1) pada menjalankan tugas tugasnya di bawah perlembagaan ini atau dibawah undang undang persekutuan, Yang di Pertuan Agung hendaklah bertindak mengikut nasihat jumaah menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak dibawah kuasa Am jumaaah menteri, kecuali sebagaimana di peruntukan selainnya oleh perlembagaan ini: tetapi Yang Di Pertuan Agung adalah berhak atas permintaannya mendapat apa apa maklumat mengenai pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh jumaah menteri.
Manakala(1A) pada menjalankan fungsi fungsinya dibawah perlembagaan atau undang undang persekutuan, jika yang dipertuan agung dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, yang dipertuan agung hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
Kesimpulannya sah raja raja melayu dan gabenor gabenor tidak ada sebarang kuasa, kecuali mengikut nasihat menteri menteri besar dan ketua menteri negeri masing masing. Demikian juga yang di pertuan Agung yang mahu tidak kena dengar nasihat perdana menteri.
Macam mana kita boleh mengharapkan mereka menyelamatkan Negara ini sedangkan mereka  tidak ada kuasa dalam pemerintahan negeri dan Negara, kecuali atas nasihat yang diberikan oleh menteri menteri besar , ketua ketua menteri  menteri menteri kebinet dan perdana menteri sahaja.



Wednesday, January 13, 2016

Perjuanagna Amanah berdasarkan habuan



Tuntutan  kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.Sah itulah dasar  perjuangan parti Amanah yang diterajui Mohammad Bin Sabu.
Pendapat itu diutarakan,Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang mengatakan masih terlalu awal untuk berikan kerusi ahli majlis PBT kepada parti itu dalilnya.

Bukan atas sebab masih terlalu awal akan tetapi belum apa apa lagi dalam kerajaan sudah tuntut kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT Selangor begitu banyak taka munasabah.

Sudah diberi tetapi masih tidak puashati dengan apa yang ia dapat, tanda mereka tamak dan haloba dengan jawatan dalam kerajaan Selangor.

Barangkali, dua tiga hari lagi akan dituntut pula jawatan senator pula diberi kepada  Amanah kerana tak kan tidak ada peruntukan dengan parti yang sangat berjasa pada DAP yang berpengaruh itu.

Sebelum Amanah tuntut jawatan senator pun dah dapat kita andaikan bahawa parti amanah (presidennya) bukan  benar benar amanah kepada rakyat jelata sepertimana didakwa dan dicanang canangkan sedemikian rupa.

Lebih lebih lagi, Para pemimpin Amanah terdiri darpada tokoh tokoh yang gilakan pangkat dan mengejar habuan.termasuk Mat Sabu yang dapat habuan RM 15,000 dari DAP tergamak buat apa sahaja.

Buktinya, mereka apabila kalah dalam Muktamar agung Pas tempoh hari dan tak puas sanggup lari dan menubuh parti baru.

Ini menunjukkan mereka lebih utamakan pangkat dan habuan berbanding dasar yang diperjuangkan PAS untuk mendaulatkan undang undang islam.

Bukti kedua, Presiden amanah Mohammad Bin Sabu pernah berkata, agama boleh kompromi.(iaitu boleh apa sahaja) sepertimana fahaman Anwar Ibrahim yang menyokong SIS (Sister in Islam).

Bukti ketiga, beliau (Mat Sabu) mengaku yang beliau tidak berjiwa islam, termasuk Dr Mujahid Yusof yang ada PHD Alquran tergamak bersetuju dengan G25 menuntut kes kahlwat dimansuhkan atas sebab intip mengintip dilarang.
.

Saturday, January 2, 2016

Masih yakin lagi ke



Bercakap pasal Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Malaysia. Dahulu,penulislah merupakan orang yang sungguh sungguh yakin Anwar Ibrahimlah orangnya yang layak jadi perdana Malaysia suatu masa nanti.

Dahulu, semasa dalam ABIM penulis sangat yakin Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri Malaysia suatu masa nanti kerana karismenya yang begitu tinggi.

Apabila  Anwar Ibrahim memilih masuk umno ( masuk dalam tong tahi) keyakinan penulis  hari demi hari hilang.

Malah penulis berani buat kesimpulan sah beliau bukan seorang pemimpin yang boleh dan layak jadi perdana menteri, kerana tahaf kesabaranya masih rendah sehingga gagal urus emosi dengan baik

Bukan setakat itu sahaja , penulis marah dan benci dengan ijtihad terjunnya ke dalam tong tahi yang boleh menjejaskan imejnya sebagai presiden ABIM yang memperjuangkan Islam dengan cogan kata Islam syumul.

Andaian penulis bahawa Anwar Ibrahim tak layak jadi perdana menteri Malaysia  menjadi meleset, kerana beliau semasa berada dalam umno kelihatan semakin begitu gah dan berpengaruh berbanding dengan tokoh gerakan  pemuda umno sedia ada.

Andaian penulis terus meleset, kerana kedudukan Anwar dalam umno naik begitu mendadak, dari timbalan menteri jadi menteri penuh lantas menyandang jawatan ketua pergerakan  pemuda umno .

Tidak lama kemudian jadi naib presiden dan timbalan presiden dan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan .

Penulis tetap tegas mengatakan Anwar Ibrahim tak akan jadi perdana menteri Malaysia miskipun dia sudah berada dekat akan menjadi perdana menteri. Hanya satu tangga sahaja lagi.

Rupa rupanya andaian penulis ada kebenaranya apabila Anwar Ibrahim ditangkap dan dipecat kehaliannya oleh umno.sekaligus hilang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Setelah didakwa atas dua tuduhan rasuah dan liwat, maka dijatuhkan hukuman penjara dan dibebaskan termasuk dibebaskan tududahan liwat terhadapnya.

Lima tahun kemudian beliau boleh bergiat aktif dalam arena pilitik parti pembangkang.(PKR) dengan cogan kata reformasi bertanding di parlimen permatang 
Pauh menang dan  jadi ketua pembangkan di Parlimen bersama KETUM.

Sekali lagi didakwa atas kes liwat dan dijatuhkan hukuman penjara. Sekarang dipenjarakan dipenjara Sungai Buloh yang dianggap oleh penyokongnya sebagai penjara politik bukan atas kes liwat.

Sekarang ini ada pihak yang berusaha bersungguh sungguh untuk membebaskan Anwar Ibrahim atas sebab ketidakadilan pemerintah terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.

Dua tiga hari ini masih ada suara yang mengatakan Anwar Ibrahimlah perdana menteri Malaysia selepas ini. Dikuatkan dengan kenyataaan DR Yusof Qaradhawi presiden ulama sedunia mengatakan Anwarlah orang masih layak jadi perdana menteri Iaitu selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pada hemat penulis, tak masuk akal Anwar boleh diangkat menjadi perdana menteri selepas Mohd Najib di jatuhkan, kerana dalam umno masih ada timbalan perdana menteri dan Anwar Ibrahim bukan lagi Ahli parlimen.Kena tunggu lima tahun lagi selepas dibebaskan untuk membolehkan beliau masuk bertanding.

Yang peliknya masih ada yang yakin Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri Malaysia, sedangkan beliau merupakan seorang bekas timbalan perdana menteri (pemimpin) yang sokong fahaman Islam libral.

Penulis tidak tahu macam mana boleh ada orang yakin yang beliau akan menjadi perdana menteri Malaysia, sedangkan usaha pertamanya sudah gagal dan termakan sumpah ijtihadnya suatu masa dahulu .